22 December 2009

sabun wangi..

setelah mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak, akhirnya bersetuju memberikan wedding favor yang sedikit special untuk rombongan lelaki nanti. setelah saya memerah otak berfikir-fikir dan sekali lagi otak ni menghantar maklumat mahukan sesuatu yang jarang dijumpai dipasaran..maka haruslah sesuatu barang yang DIY..saya mahukan sesuatu yang boleh di display diatas meja yang di reserved utk rombongan lelaki memandangkan saya menjimatkan budget dari segi hiasan meja VVIP.

Kalau dapat barang yang boleh display as part of VVIP table deco juga amat bagus..selesai makan, pihak rombongan boleh bawa pulang sebagai cenderahati..

Tiba-tiba macam dapat ‘flash’ dari zaman kanak-kanak.. saya teringatkan benda ini…



Ha…inilah dia sabun wangi yang menjadi pujaan ramai zaman saya kanak-kanak..beratus-ratus biji ibu buat sendiri & jual dekat office abah..ada jugak orang tolong jualkan..best..best..!

Dulu ibu jual sebijik berharga RM 5. Boleh dijadikan hadiah or diletakkan dikereta or almari. Bau wangi sabun tau..memandangkan sekarang dah lama gila saya tak nampak benda ini..maka, inilah barang yang jarang dijumpai!=) dan ia boleh diletakkan as table deco..bagitau kat ibu tentang hasrat ini..tahu apa?ibu & abah sangat teruja dgn permintaan saya ini.mereka pun hampir lupa pasal sabun wangi ini..

Macam biasa, dua sahabat baik dalam hal2 kraftangan *siapa lagi kalau bukan ibu & mak uda*, berpadu tenaga membuka semula buku-buku lama..sebab mereka pun sudah ingat-ingat lupa cara membuatnya..best tau buku-buku kraftangan dulu-dulu..mcm2 benda ada..tapi buku dari Jepun la..walaupun tak faham tulis ape, tapi tengok gambar step by step pun kita dah boleh buat sendiri..bagus betul..

Maka dgn segera ke SSF bagi mendapatkan bahan-bahan buat sabun wangi ini..kebanyakkan bahan-bahan utk wedding ini, saya borong dari SSF sebab memang menepati citarasa saya. Tambahan pula, saya ada membership kad. Boleh tambah point & habiskan voucher diskaun yg dapat sebagai hadiah birthday dari SSF aritu=)
 
 Inilah riben pilihan..dark purple (color code :143) & lilac (color code: 41)





Hasilnya…2 jenis color berbeza..

Saya akan selang-selikan 2 color ini masa display di meja reserved utk rombongan lelaki..kamu ingat lagi kan post saya mengenai hantaran yang saya teringinkan hitam & silver? tapi telah ditukar ke putih & dark purple..riben itu adalah balance dari riben membuat bunga sabun ini..yang riben color lilac tu, saya bagi En. Tunang pakai utk hantaran sebalah dia pulak=) sekali lagi..berjimat tak rugi apape pun..tetap cantik pada pandangan saya..

=)

2 comments:

  1. hi~~~tgode la tgk benda alah yg comei ni...eheekkk2...leh x sher2 ckit cm ne nk buat die?

    ReplyDelete
  2. hi~~~tgode la tgk benda alah yg comei ni...eheekkk2...leh x sher2 ckit cm ne nk buat die?

    ReplyDelete