22 December 2009

sabun wangi..

setelah mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak, akhirnya bersetuju memberikan wedding favor yang sedikit special untuk rombongan lelaki nanti. setelah saya memerah otak berfikir-fikir dan sekali lagi otak ni menghantar maklumat mahukan sesuatu yang jarang dijumpai dipasaran..maka haruslah sesuatu barang yang DIY..saya mahukan sesuatu yang boleh di display diatas meja yang di reserved utk rombongan lelaki memandangkan saya menjimatkan budget dari segi hiasan meja VVIP.

Kalau dapat barang yang boleh display as part of VVIP table deco juga amat bagus..selesai makan, pihak rombongan boleh bawa pulang sebagai cenderahati..

Tiba-tiba macam dapat ‘flash’ dari zaman kanak-kanak.. saya teringatkan benda ini…



Ha…inilah dia sabun wangi yang menjadi pujaan ramai zaman saya kanak-kanak..beratus-ratus biji ibu buat sendiri & jual dekat office abah..ada jugak orang tolong jualkan..best..best..!

Dulu ibu jual sebijik berharga RM 5. Boleh dijadikan hadiah or diletakkan dikereta or almari. Bau wangi sabun tau..memandangkan sekarang dah lama gila saya tak nampak benda ini..maka, inilah barang yang jarang dijumpai!=) dan ia boleh diletakkan as table deco..bagitau kat ibu tentang hasrat ini..tahu apa?ibu & abah sangat teruja dgn permintaan saya ini.mereka pun hampir lupa pasal sabun wangi ini..

Macam biasa, dua sahabat baik dalam hal2 kraftangan *siapa lagi kalau bukan ibu & mak uda*, berpadu tenaga membuka semula buku-buku lama..sebab mereka pun sudah ingat-ingat lupa cara membuatnya..best tau buku-buku kraftangan dulu-dulu..mcm2 benda ada..tapi buku dari Jepun la..walaupun tak faham tulis ape, tapi tengok gambar step by step pun kita dah boleh buat sendiri..bagus betul..

Maka dgn segera ke SSF bagi mendapatkan bahan-bahan buat sabun wangi ini..kebanyakkan bahan-bahan utk wedding ini, saya borong dari SSF sebab memang menepati citarasa saya. Tambahan pula, saya ada membership kad. Boleh tambah point & habiskan voucher diskaun yg dapat sebagai hadiah birthday dari SSF aritu=)
 
 Inilah riben pilihan..dark purple (color code :143) & lilac (color code: 41)





Hasilnya…2 jenis color berbeza..

Saya akan selang-selikan 2 color ini masa display di meja reserved utk rombongan lelaki..kamu ingat lagi kan post saya mengenai hantaran yang saya teringinkan hitam & silver? tapi telah ditukar ke putih & dark purple..riben itu adalah balance dari riben membuat bunga sabun ini..yang riben color lilac tu, saya bagi En. Tunang pakai utk hantaran sebalah dia pulak=) sekali lagi..berjimat tak rugi apape pun..tetap cantik pada pandangan saya..

=)

19 December 2009

tirai hijau..

 
Bagi review sikit...hahaha..tirai bilik pengantin yg baru 10% je siap..lain-lain?tungguuu..=)
memang macam awalnya dah gantung tirai..mane yang mampu settle sendiri, settlekan lah..makanya, iron sendiri tirai...pasang cangkuk, panjat tangga dan gantung sendiri!


 

ok..bakal pengantin..bak kata LadyNoe...beranak pun kita boleh, takkan kerja ni pun tak boleh? ye tak?
apape pun, terpulanglah pada individu..ada yang berpendapat 'kesiannya si pengantin..susah2kan diri'..

pendapat saya, mudah..dah bersedia berkahwin, secara tak langsung bersedia pikul tanggungjawab.susah atau senang..leceh atau mudah..ribut atau tenang..setakat prepare majlis kahwin sendiri dah rasa menyusahkan hidup, baik fikir sekali lagi, bersediakah anda menempuh alam baru?

betul, pertolongan dari luar perlu..dari keluarga, dari saudara mara, dari kawan-kawan, dari jiran tetangga. tetapi kalau dapat settle sendiri, tak salah kan (kot)? dan janganlah memperlekehkan usaha bakal pengantin kalau anda sendiri belum atau tak pernah rasa sendiri kepuasan dalam diri bakal pengantin bila dapat buat seperti yang dihajati.kalau boleh, hulurkan bantuan..walau bukan dengan tenaga, cukup sekadar hanya secebis idea bernas sahaja..idea bernas,ok? bukan idea merapu...paling penting, jangan asyik kritik..kalau membina & berguna, ok..tapi kalau asyik kritik nak menjatuhkan,

'ini bukan majlis kamu.jadi apa masalah kamu?masalah jiwa?'

18 December 2009

siput pun siputlah...

kamu tahu, saya sibuk dengan apa selepas berjaya menyiapkan doorgift? ok, doorgift yang hilang itu telah disiapkan akhirnya walaupun sedikit 'lari' dari schedule asal. sekarang saya sibuk dengan ini...


ini..tapak untuk hantaran..mula-mula ingat mau guna tapak hantaran yang saya buat utk bertunang dulu..takpela kan recycle balik mane perlu..tak yah membazir2 semua pun nak baru..lagipun En. Tunang pun simpan lagi tapak hantaran dari pihak saya tu. tapi baru terperasan tapak bertunang dulu ada 7 je. hantaran kahwin dari pihak saya, ada 9. after bincang2, we agreed yg tapak hantaran masa saya bertunang, En. Tunang akan guna sebab hantaran lelaki ke pihak saya ada 7...cukup...saya punya buat baru..

 

ini bahan-bahan untuk bunga gim. mula-mula saya tak tau ape tu bunga gim. tak pernah tengok. dulu ingat nak bunga dip.mcm zaman dulu2..saya ingat lagi masa kecik2 ramai orang tempah kat ibu bunga dip & stokin. bila round2 kat semua house, gila berlambak pulak trend bunga dip ni..malaih ai..

ibu cerita masa ibu kawin dulu, bunga pahar ibu bunga gim. gold color. ibu buat sendiri. pergi rumah mak uda, tengok gambar bunga gim ni.ok jugak buat color silver utk bunga hantaran..*mak uda saya jiran dgn ibu dari kecil.tak sangka jadi biras.mak kepada mak uda saya -nenek eton-, pandai sangat buat bunga n gubahan. ibu belajar dari nenek tu la. nasib baik mak uda simpan lagi gambar2 n buku2 manual membuat pelbagai bunga dulu-dulu* 


inilah bunga gim..nampak tak manisan kat dalam bunga tu color hitam?saya ingat nak buat hitam & silver..bolehla padankan dengan riben hitam..tapi...orang dulu-dulu.."hitam? ni kenduri kahwin ke kenduri arwah?". (-_-")

"ini, trend sekarang..hitam itu menawan". mampu jawab dalam hati jer (-_-")

last-last, inilah color riben yang jadi pilihan..actually riben dark purple tu ialah balance dari riben utk wedding favor for pihak lelaki..kira VVIP giftla..i kan suka berjimat cermat..berjimat cermat tak semestinya kedekut kan?bersepah kan saya buat kerja?terabur semua barang..

inilah hasil pertama! sejadah yang asalnya nak lipat bentuk kipas..tapi tak jadi sebab mcm besar sangat..last2 main lipat je ikut suka..adik saya tanya "kakak buat bentuk siput ye?..."

setakat ni dah siap 3 dulang..dah 3 hari stop buat hantaran sebab dah 3 malam balik kerja buat cookies utk doorgift..

hah? siput?nampak macam siput ker?(-_-")

kad saya sudah siap!

Ini adalah antara koleksi2 contoh kad jemputan yang saya minat dan selalu berharap dapat merealisasikannya..setiap kali goggle ‘garden wedding invitation card’ atau ‘english style wedding card’ atau ‘invitation card’ atau ‘do-it-yourself card design’ dan yang sewaktu dgnnya, mesti review semua gambar2 yang keluar and save dalam desktop mane2 yang berkenan utk rujukan..











Saya lagi siap berangan-angan nak buat DIY invitation card. Dah siap beli kertas2 tinggal nak design je. Yela kan..angan2 mat jenin mane nak menjadi. Akhirnya terfikir nak belajar guna Illustrator..siap pergi tuition dgn Albert. Tapi at the end of the day, Albert hadiahkan design kad selepas dia tengok koleksi2 contoh kad yg saya suka seperti di atas=) mungkin jugak sebab dia tengok saya macam ‘susah’ nak guna Illustrator tu jadi dia fed-up dan terus design kan sebagai hadiah kawin=)

Taaaadaaaa….inilah dia kad saya…



  bahagian depan & belakang

 bahagian dalam kad

Walaupun tak sama sebijik sejibun..but at least Albert berjaya designkan kad yang mirip seperti contoh yang akhir itu=) Albert tolong designkan je..dia bagi saya softcopy je..pandai2la cari kedai printing sendiri..last2 saya print kat supplier kalender park sebab dia quote harga paling murah..RM0.45 utk sekeping kad size 16.48cm X 15.33cm. okla kot..normal kad readymade memanjang..kalau petak segi mahal sikit..

Sebenarnya kad dah lama siap iaitu before raya haji..tapi baru sekarang nak citer pasal kad..

and masa edarkan kad, ramai dok sibuk tanya2 buat kat mane..bcoz dorang boleh notice design berbeza dari kad kawin biasa. kad kawin yang readymade biasanya dah siap template..juz pilih je. pastu print wording dgn ink hitam or bagi canggih sikit, color silver or gold yang shining. utk isi & map, just sisipkan kertas biasa yg diprint & ditampal pada kad template readymade tadi..siap..

apape pun, ini saya anggap rezeki sbb dapat buat kad custom made. and mungkin hikmah kerja di park..kenal ramai orang..

serius, saya budget sekeping kad tak lebih dari RM0.80. kalaulah kad custom made lebih dari budget sy, sy memang akan pilih yg ready made jugak..budget babe...budget...!

untuk info lanjut pasal printing semua, sila refer sini

DeepInsideMyHeart : thank you very much kepada semua yang cakap kad ni 'so sweet'...'amat comel'..'cantiknyeee'..dan terima kasih juga pada yang cakap kad ni 'tak macam kad kawin pun'...'besarnye mcm kad raya'...TERIMA KASIH...

16 December 2009

Pomander Dedaun

inlah dia pomander gubahan sendiri yang dijanjikan tu..tiba2 rasa nak share sedikit ilmu yg tak seberapa ni dgn readers especially bakal pengantin. dulu saya ada letak entri pasal minat terhadap pomander. bila ternampak polystyrene bulat2 ni kat kedai, hah..ape lagi, beli sebijik dgn harga RM1.50 sebijik di Lovely Palace.

Cari manik2 pearl nak jadikan tali & rambu-ramba kan bahagian bawah pomander nanti..sampai rumah, ambik bunga2 ros kecil lebihan utk buat doorgift & cuba tepekkan rapat2 pakai gam UHU sbb kalau gune hot glue mesti polystyrene akan mencair. utk kuatkan lagi, cucuk tengah bunga dgn jarum peniti.


buat half way pasal tiba2 rasa mcm tah pape. nasib beli 1 bijik je polystyrene bulat tu. satu hari, buat lawatan ke KK Deco Mart sbb dapat idea suggested by Noe utk lilit2kan daun2 & bunga2 kat arch nnt sbb Noe tau concept saya mahu ialah garden wedding/english style..*saya cuba sedaya upaya merealisasikannya..tak tau jadi ke tak concept ni nnt since sy sedar utk btl2 ikut concept, guna ongkos yg bertimbun! jadi ada yg main tangkap muat saja asalkan ok & tak pelik*. sampai KK, terus hunting brg2 yg diinginkan iaitu daun lilit2 & bunga..dapat! tapi lagi best bile terpandang bola2 kecil berwarna hijau bergantungan..oohh..pomander dari dedaun kecil!


terus beli & bawa pulang. sampai rumah, kami berbincang & menjalankan kaedah cuba jaya menghias bola daun hijau tu dan hasilnya...taaadaaaa....


 

hahaha..walaupun tak full with flowers, but still..match dgn concept..ok..boleh beli lagi 4 bijik..oh ya, harga sebijik bebola hijau yg togel tanpa bunga & pearls ni ialah RM4.90.
Kira-kira :

Pomander dedaun : RM 4.90 x 5 biji            = RM 24.50
Pearls                   : RM 1.80 x 2 meter        = RM   3.60
Bunga kertas         : *extra dari buat doorgift*
Total                     : RM 28.10

jimat sikit ongkos dari membayar RM125 atau RM 64.50 *pernah survey kat kedai pomander size yg sama, RM25 sebijik dan 1 kedai lagi RM 12.90 sebijik.ini adalah hasil dari survey dibeberapa kedai & merupakan harga termurah yang dijumpai.* utk 5 bijik pomander readymade..kenapa bayar lebih? *tiru iklan*  (^_^)

DeepInsideMyHeart : hopefully after the Majlis, daun lilit2 & pomander buatan ini masih dlm keadaan baik sebab nak simpan and boleh guna bila ada saudara mara nak kawin lagi sekiranya mereka sudi. 

09 December 2009

bunga manggar

pergi cari bunga manggar ready-made tapi semua pun blink2 je..yang tak blink-blink, takde..tak tau la takde sebab orang tak jual sebab takde orang beli sebab orang dah tak pakai sebab semua orang pun nak pakai yang blink-blink..*hah..ayat pun dah mcm nak sambut Deepavali..*

jadi, haruslah bertanya pada si ibu yang super duper creative..hah..ape lagi, terus diturunkan ilmu dari kitab ke 1001=) mari kita share sama-sama...

bahan2 yang diperlukan ialah crepe paper mengikut warna kegemaran, gunting, gam & lidi..tak kenal crepe paper? tengok sini..


langkah-langkah...


 

 1. Jangan buka lipatan crepe paper. Just bahagikan sama rata crepe paper tersebut & gunting. Saya buat dapat 8 bahagian. Saya rasa kamu pun patut dapat 8 bahagian.

2. Ambil 1 bahagian & gunting kecil2 utk jadi macam rambu-ramba..ala..macam nak buat pom-pom tu..jgnla gunting sampai putus..tengok gambar di atas.


3. Bila dah siap gunting, baru bukak lipatan crepe paper. Kamu akan dapat sehelai crepe paper yang panjang yang telah dirambu-ramba kan..kalau kamu perasan, kat kedai pun ada jual bunga manggar belum siap lilit kat lidi..tapi stil blink-blink jugak..sekarang, letak sedikit gam dibahagian hujung crepe paper tu untuk memulakan lilitan pada lidi. Ingat, jangan letak gam banyak sangat. Crepe paper sangat nipis. Boleh jadi basah & koyak kalau letak gam banyak2..

4. Ambil lidi & bengkok kan bahagian hujung lidi yang lembut *rujuk gambar di atas*.


5. Gamkan hujung crepe paper tadi dgn bahagian hujung lidi yang dibengkokkan tadi.



6. Teruskan melilit hingga hujung..biasanya untuk sebatang lidi, cukup dgn menggunakan 1 bahagian crepe paper tadi. Tapi ada jugak lidi yang panjang, terpaksa guna lebih dari 1 bahagian crepe paper. Maknanya, 1 crepe paper dapat buat 8 bahagian & dapat lilit 6-8 batang lidi. Dah siap, gamkan sekali lagi bahagian hujung yang akhir.

Sebagai langkah selamat, bolehlah sapukan gam sikit2 semasa proses melilit.


 

ini baru separuh siap..kalau boleh nak buat 40 batang lidi utk sebatang bunga manggar..bagi meriah..kalau bolehla..kalau sempat..kalau larat..usshh....banyaknya 'kalau'.

Selamat mencuba!

*all photos captured by my Adik sebab saya tak cukup tangan..nak demo lagi, ambik gambar lagi..terpaksala mintak bantuan adik kan?okla kot..at least I tak paksa dia drive kereta ke sana ke mari cari barang2..* 

DeepInsideMyHeart : mendapat semangat baru dari cerita kak nazza..baru sedar setiap pengantin melalui masa sukar & senang yang tersendiri..tapi berapa ramai antara kita mahu benar2 jujur kongsi pengalaman menuju hari bahagia?mahunya dicerita yang indah-indah saja..benarkah seindah itu? tiada langsung masalah walau sebesar zarah?

05 December 2009

elak pembaziran..pendirian harus teguh!

Ahad lepas, 29 Nov 2009, baju nikah dah siap dijahit! Semangat berkobar2 pergi ke Shah Alam untuk ambik baju tu. Baju nikah saya tempah sekali dgn baju ibu & adik yang mereka akan pakai masa bertandang ke majlis sebelah lelaki nanti.

Saya ada cerita hal saya berkenan dengan gambar pengantin pakai baju dari kain brocade dekat Alinas & terus je saya beli kain brocade tu untuk jadikan hantaran masa bertunang dulu & plan untuk dijadikan baju nikah. Masa berlalu, sebab tempoh bertunang menjadi agak lama iaitu setahun setengah, maka berkesempatan attended banyak majlis nikah kawin kawan2 & saudara mara. Semuanya pakai baju dari kain lace or chiffon.

Tiba2 jadi gelabah..mine?brocade? ada ke orang pakai kain brocade utk nikah? Banyak kali tanya ibu sampai ibu pun jadi rimas=) kebetulan ada rezeki terbang ke Bandung yang terkenal dgn lace2 yang cantik2 & murah2, I pun pergilah beli kain lace konon2 nak buat baju nikah. Nak tukar from brocade to lace. Kain brocade tu boleh guna bila2 after kawin.

I memang dah nekad that time. Lace! Hahaha..but everything changed. Fikir2 bagus jugak pakai kain yg orang jarang pakai. Lagipun tak payah lining2 segala. Bulan oktober, terus hantar tailor kat Shah Alam. Siap print balik gambar pengantin yg buat I berkenan dgn kain brocade mula2 dulu..tunjuk kat cik Emi, ‘saya nak macam ni’.

Saya puas hati dgn potongan dan jahitan cik Emi. Upah pun murah..maksud saya takla beratus-ratus ringgit. Juz RM 50 je utk sepasang baju tanpa lining.. tapi kalau baju berlining, upah dia RM 100 sepasang. Kalau baju & kain 2-2 pun berlining, upah dia RM125. Saya rasa okla dgn price ni. Reasonable.

Sapa2 yang berminat, boleh contact cik Emi : 03-5541 8381 terletak di Seksyen 18, Shah Alam.

Now tengah fikir, nak buat ape dgn kain lace dari Bandung tu..nasib baik kain..tak busuk..boleh simpan lama..mungkin boleh bagi kat best friend or saudara mara lain.

Kain brocade tu saya dapat murah je..dalam RM 80+ je sebab ada membership card, dapat extra discount..tudung saya beli tudung Ariani sebab awning dia membentuk dgn cantik. Aksesori lain macam brooch saya beli kat kedai brooch tepi jalan. Jgn expect mahal ok. Murah je. Untuk kasut..vincci kat Jusco depan rumah..pun beli time diskaun 70%. Saya memang jenis tak kisah dgn brand or harga. Asal berkenan dihati & berbaloi, balun je=) sebab tak semestinya yang mahal itu baik & yang murah itu tidak baik..cantik ni memang subjektif..lain orang, lain pandangan.

20 Dec 2009, plan nak hantar semua baju2 yang nak pakai masa 1,2 & 9 Jan 2009 ke kedai dobi utk dry clean.

pppsssssstttttttt...perabot bilik pengantin dah sampai semalam=)suka! kalau boleh nak guna perabot ni utk jangka masa lama..lagi2 bilik pengantin buat kat umah yang bakal didiami lepas kawin..kira saya anggap investment jangka panjang..

02 December 2009

ape nak takut..

kawan office tanya, masa pergi HIV test tu, macam mana?

haha..i pun cerita la..klinik kerajaan, biasalah dgn ambik2 nombor ni.so faham2 la mcm mane nak make sure dapat settlekan hari tu jugak. tak yah datang 2-3 kali. ada borang, kena isi. tunggu giliran. bila nurse tu panggil, masuklah..

ada lagi 1 borang lain kat nurse tu..kena isi. masa ni i memang gelabah coz i datang sorang2. then nurse tu nak i/c number bakal suami..dgn teruknye, just ingat nombor depan which is his birth date(^_^). then nurse tu mintak alamat dia..lagi la tak ingat. i pernah datang 2 kali je rumah bakal mertua sepanjang 6 tahun lebih kawan dgn En. Tunang. nurse suruh call. haiya..nurse, tunang i punya ladang walaupun mcm besar tapi susah mau dapat line! call jugak la..kot2 dapat. sah! memang tak dapat. i dah gelabah. then cakap kat nurse jap lagi I bagi all the details. Nasib baik nurse tu ok. Terus dia cucuk jari, ambik darah. Pastu, dia keluarkan flyers pasal HIV & AIDS dan explained pasal 2 benda tu.

Siap2 semua, tiba2 dia tanya,

“ni perkahwinan kali ke berapa?”

Sedikit tercengang & terkejut… "kali pertama”

“pernah buat hubungan seks sebelum kawin?”

Hah? Isk..ape punye soalan ni.. “tak!”

“ pernah terlibat dalam kemalangan yang ada pindah darah?”

“oh..tak jugak”

Kali ni baru dapat tangkap maksud soalan2 tu. Haih~~ masa nurse tu terang2 pasal HIV & AIDS, beriya2 mengangguk faham. Bila nurse tanya soalan, terkejut beruk macam tak faham2. Hahaha..sebenarnya, tujuan ditanya soalan tu ialah sebab virus HIV tak dapat di detect antara 3-6bulan selepas memasuki badan. Ini dipanggil window period. Bila nurse tu tanya mcm tu, dia nak pastikan if kita ada buat 2 bende mcm soalan di atas, dia akan advised utk check sekali lagi lepas window period ni.. sebab masa tu baru boleh kesan HIV ada ke tak..Utk keselamatan korang jugak kan..

Hah..utk simptom2 penyakit AIDS muncul, nurse tu kata ambik masa paling lama 10 tahun dari virus HIV masuk dalam badan. Dengar je la dia terangkan. At least tau la sikit2 pasal HIV & AIDS ni.

Lepas dah settle hal dgn nurse tu, tunggu sekejap. Pastu kena panggil masuk bilik jumpe doctor utk ambik result. Memang P&C betul result tu. Siap di seal. Tapi doctor tu ada tunjuklah result tu kat kita dulu.. positive or negative.

DeepInsideMyHeart : Rasa annoying gila dgn orang yg cakap “takyah nervous la dgn HIV test. Sendiri mau ingatlah..ko tak pernah ‘main’, takkan tiba2 ada”. Hello! HIV & AIDS bukan semata2 pasal seks, hoke!



01 December 2009

saudara mara amat penting..

Isnin, 2009 September 28

janganlah berkecil hati
 
Saya dah siapkan lebih kurang 500 pcs of handmade doorgift for my Big Day. TIDAKLAH SECANTIK OR SE’GRAND’ MANA,TAPI IA IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA..Masih kekurangan beberapa ratus pcs..rasa2 macam dah tak larat nak buat..then inform kat big boss (my father la kan) that I decided to buy the readymade doorgift yang berlambak2 boleh jumpa kat Jalan TAR or Nilai 3. In fact, saya dgn pandai2nya dah beli 400pcs of readymade doorgift sbb terpengaruh dapat harga murah gile masa bershopping di hari raya! *orang raya, I sibuk bershopping kawen bersama En. Tunang..kedai lengang gile takde orang* Then I wish to have VVIP doorgift too. Kebiasaan orang kahwin bagi something special utk orang2 tertentu (VVIP guest).

But big boss said:

“kalau boleh, doorgift yg nak bagi kat tetamu biar sama..semua orang dapat yang sama..bagi yang mana mampu kita bagi..no double standard..jgn nak buat mcm2 doorgift untuk mcm2 kategori tetamu..tak elok..”

“cuba fikir ape perasaan orang bila tgk orang ni dapat yang besar, cantik n mahal..tapi orang ni pulak dapat yang kureng skit..bagi sama adil..jgn memilih orang..jgn memandang orang2 tertentu..jgn meng’kategori’kan orang2..pada hal semua tetamu tu adalah saudara mara kita,kawan2 kita..kenapa nak beza-beza kan?”

DIAM..ya! saya hanya diam sebab mmg betul! Saya tak fikir pun itu semua..yg saya fikir,saya mahu semua gembira dgn majlis tersebut..tanpa sedar,membeza-bezakan doorgift hanyalah satu trend yg boleh membuatkan orang terasa hati, berkecil hati dan bersedih hati!

Hint disini : saya akan kembali sibuk bersengkang mata membuat doorgift dgn lebih byk lagi supaya semua boleh dapat yang sama..saya cuba ya! Tapi apa saya patut buat dengan 400pcs of readymade doorgift hasil dari ketidaksabaran *or sebenarnya hasil terover excited?* saya itu?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

entri di atas saya tulis & published dalam blog saya yang 1 lagi tu. as i mentioned earlier, doorgift saya telah hilang 2 boxes dan hanya sedar after hari raya yang lepas meyebabkan hanya tinggal 200pcs dalam tangan! frust, geram, marah, sedih..semua ada..sgt depressed sbb nak siapkan 800pcs in this short of time?saya nak standby at least 1k pcs doorgift..takpela lebihkan sedikit..boleh bagi sedara mara yang byk tolong selesai majlis. tanda penghargaan.

hujung oktober lepas, makngah Seremban called and bagitau beliau nak bagi 500pcs utk doorgift/goodies. sebab makngah dapat tau hal kehilangan doorgift saya tu.. maknanya saya kena siapkan 300pcs je la lagi..Masa jumpa maklang utk bincang pasal aturcara/protocol majlis, maklang kata takpe kalau ada 2 types of doorgift. Mula2 bagi yg handmade, bila habis baru bagi doorgift yg makngah sponsored tu. Kira nasib2la..bukannye sbb nak double standard atau ape2..lega sikit dengar..fuh~~
 

Tapi maklang advise, kalau boleh bagila something special sikit utk ‘orang sebelah’. Ermm..dipertimbangkan=)mungkin boleh gune doorgift yang saya dah terbeli masa raya tu..