14 May 2010

dilemma antara ibubapa

Salam

saya tak tahu berapa ramai yang mengalami dilemma antara kehendak ibubapa dan kehendak diri sendiri dalam merealisasikan majlis perkahwinan sendiri. Yelah kan, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.

majlis perkahwinan adalah merupakan momento paling bersejarah dalam hidup kerana ia menjadi titik permulaan sebuah fasa kehidupan yang baru. seboleh2nya semua bakal2 pengantin inginkan yang terbaik utk diabadikan sebagai kenangan terindah. tapi semuanya pun harus lah mengikut kemampuan diri sendiri dan keluarga. kemampuan bukan sahaja diukur dari wang ringgit, tapi juga dari segi masa dan tenaga yang ada.

pernah seorang rakan mengadu. beliau dan bakal suami ingin mengadakan majlis serentak. semuanya adalah atas alasan kewangan. memang diakui majlis serentak boleh menjimatkan wang & kita juga boleh besarkan sikit budget dalam hal2 seperti baju, pelamin, kek dan doorgift. sebab tak payah buat 2 kali. dan juga sebab beliau kekurangan orang2 yang boleh diharapkan untuk merancang dua buah majlis. tapi, kedua ibubapa menolak utk mengadakan majlis serentak. dan ini menimbulkan dilemma pada beliau. haruslah bekerja keras menambah budget yang ada.

pernah juga seorang rakan ibu saya mengadu tentang dilemma yang beliau hadapi dengan anak perempuannya yang ingin berkahwin di dewan. hajat beliau ingin mengahwinkan anak di rumah seperti yang dilakukan pada anak beliau yang sulung. Menurut beliau, sebagai ibubapa seboleh2nya mereka ingin berlaku adil terhadap semua anak2. Beliau turut memikirkan ketiadaan tenaga kerja utk berulang alik dari rumah ke dewan memandangkan semua anak2 beliau adalah perempuan dgn yang sulung sedang sarat mengandung. Suami beliau pula dalam ketiadaan ‘mood’ utk bersuka ria sangat dgn majlis kahwin kerana masih bersedih atas kematian bonda tercinta.

Akhirnya, terpaksalah mengadakan majlis dirumah selepas akad nikah di masjid dan didewan utk majlis persandingan. adil. memuaskan hati kedua-dua pihak. si anak dan si ibubapa. Dan beberapa minggu selepas majlis, beliau mengadu lagi. lauk banyak tak habis. Sebab selepas selesai akad nikah di masjid, ramai tetamu terus pulang. Tidak datang ke rumah utk makan. padahal dah siap pacak khemah utk tetamu makan. Begitu juga di dewan kerana majlis diadakan pada hari ahad sewaktu bukan musim cuti sekolah *dewan tersebut fully booked during school holidays*. dan penatnya adalah double triple.

Alhamdulillah, mengikut pengalaman saya, kehendak saya dan keluarga terutama ibubapa tidak banyak berbeza. kami sepakat dalam kebanyakkan perkara. mungkin sebab keluarga besar saya *terutama adik beradik sebelah abah saya* selalu bekerjasama dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan sehinggakan masing2 sudah faham tugas dan peranan masing2. memandangkan ramai sepupu saya telah berkahwin, maka kami tidak mempunyai banyak masalah dalam hal2 perancangan. sebabnya masing2 dah ada pengalaman & habit mengadakan sesi 'post moterm' setiap kali selepas majlis selesai, banyak membantu. masing2 dah tahu 'flow' dan dah ada gambaran tentang majlis. tapi tetap jugak wujud perasaan 'cuak' sebab saya merupakan anak sulung. ibu dan abah takde pengalaman mengahwinkan anak lagi=) 

kamu, bagaimana? ada dilemma? macam mana kamu tangani masalah begini?

9 comments:

  1. memang beTul.. diLema ngan mak ayah nie susah taw.. ade hati yang kite kene jage.. dan sesetengah perkare tak ley pentingkan diri...waLau hati sendiri nak kan sangat sesuatu tu..memang sakit hati..!! tapi tu Lar.. kene banyak mengaLah.. n berbincang....

    ReplyDelete
  2. ryna mak ayah sporting..walau ryna anak sulung..tapi buat majlis di rumah tanpa gotong royong..( katering..) pun meriah dan selamat..yg pntg bincang dan bertolaka ansur..

    mgkin bukan semua org bertuah..tapi hal majlis kena bincang pnjg2..takut nanti kelam kabut..

    ReplyDelete
  3. yup2..., anak nk cam tu cam gini, parents plak nk cam gitu n cam gini..... huhuhu, mmg dilemma sungguh...

    saya pown anak sulung, mak n ayah x der pengalaman..., dlm hal akad nikah saya nk uat di rumah, ayah nk uat kat masjid....erm, di sebabkan saya baru nk mkn garam, last2 2ggu borang nikah siap, tanya kat jurunikah, kat mana jurunikah nk uat....

    ReplyDelete
  4. betul tu. memang ada juga perbezaan kehendak, tapi, so far, saya turutkan semua kehendak mummy dan ayah sebab saya percaya pilihan mereka adalah yang terbaik! :)

    ReplyDelete
  5. btol.bukan sahaja wedding day..E-day pun sama..hu3
    mesti ade miscomunication dgn mak bapak kiter...
    kiter nak tu..makpak kiter taknakk....kiter taknak tu..mak pak kiter nak..hu3

    ReplyDelete
  6. Dilema saya adalah ayah serah semua urusan kepada saya...waaaa...pening sy!

    ReplyDelete
  7. thalhazlin : ibubapa sentiasa pilih yang terbaik utk anak

    ElyaElmo : pasal tulah wujud dilemma ni

    Zainur : itu maknanya ayah awak percaya awak dah cukup matang utk memilih yg terbaik

    =)

    ReplyDelete
  8. mcm2 dilema... harap semuanya dipermudahkan,,,, insyaAllah..

    ReplyDelete