05 October 2010

ape perlu ada dalam hantaran?

Salam..

tajuk kali ni just nak share pendapat je. please be an open minded person. no heart feeling ya..

ok, macam mane korang semua senaraikan barang hantaran yg perlu ada? mcm saya, saya dah ceritakan dgn agak detail kenapa barang2 dlm hantaran kami dipilih utk dijadikan hantaran. dan saya rasa korang semua dah boleh faham & agak sikap saya yg lebih suka kepada yg praktikal, murah & realistik. semua perkara ni saya ambil kira dlm setiap perkara bagi menjayakan majlis ni.

bagi saya, barangan hantaran ada sentimental valuenya yg tersendiri. tak perlu terlalu mahal utk menjadikannya berharga. sbb sentimental value ni mmg tak ternilai harganya. sebelum bertunang dulu, ibu selalu tunjuk kat kami adik beradik, "ni lah handbag, baju, kasut hantaran ibu.." kalau lalu kat kedai Estee Lauder, mesti ada dialog ni "dulu perfume hantaran ibu, abah bagi perfume dari Estee Lauder lah..wangi.."

tiap kali dialog tu dilafazkan, dari suara ibu, dah boleh gambarkan betapa kenangan itu terlalu indah.. disinilah letaknya hebat & mahalnya sentimental value tu. abah pernah tunjuk botol perfume dari YSL.. dgn bangganya bagitau anak2 itulah perfume hadiah hantaran kahwin dari ibu. masih bersisa sikit lagi..tapi, ya ampun! baunya sudah tengik! yelah dah disimpan 27thn lamanya. tobat taknak bkk tutup botol perfume tu lagi.. 

dari sinilah saya mula berfikir. saya mahu barangan hantaran saya tu sesuatu yg boleh disimpan. selain tu mestilah sesuatu yg saya akan pakai. walau pun bukan selalu, tapi utk masa2 istimewa barang tu boleh digunakan.

saya elakkan dari memilih gadget atau apape brg teknologi. sbb teknologi berkembang pantas. hari ni kita beli handphone paling canggih, esoknya dah keluar handphone lagi canggih. mcm susut nilai lah. tapi kalau korang rasa berbaloi sbb boleh simpan buat kenangan, terpulanglah.. masing-masing kan?

Incik Asben pernah offer nak beli set utk facial dari SKII. tapi saya tolak. pasalnya, alhamdulillah kulit muka saya bkn jenis bermasalah sgt. boleh terima nitrogena & simple. kenapa nak manjakan dgn SKII? nnt dah tersedap pakai SKII, nk maintain terus pakai, kena fikir 10 kali. mahal wo!

memanglah, brg branded kalau landed atas dulang hantaran, nampak 'wah!' gitu..tapi eloklah pilih ape yg diri kita perlukan. praktikal & releven.

kalau boleh pilih barangan yg evergreen, yg sampai bila2 pun kita boleh pakai, boleh simpan jadi kenangan. contohnya macam Al-Quran & tafsirannya *but make sure jaga elok2, jgn suka2 letak bersepah2* , sejadah, telekung. eh, tapi jgn pulak korang simpan je Al-Quran tu. tak baca2.. beli Al-Quran cantik2 nak tatang kat hantaran, tapi lepas kawin tak pernah sentuh..tak elok tu! simpan je sejadah & telekung tu tapi tak pakai. isk..jgn! kalau nak pilih kain pasang utk dijadikan hantaran, pilihlah corak yg bukan ikut trend. macam batik ke, songket ke..evergreen kan?

buku pun something yg sangat2 berbaloi jadikan hantaran. pilihlah buku2 yg byk beri tips2 & panduan rumahtangga. buku memasak pun boleh!kan orang selalu kata, nak pikat suami, pikatlah perut dia dulu. air tangan isteri tu yg penting.. tapi kalau dah pandai masak b4 kawin, tak payahlah kot..=)


contohnya macam cousin saya ni, nilah hantaran masa dia bertunang dulu, pihak lelaki bagi 3 buku ni & yg berbalut tu, tak tahulah ape benda.. mungkin 1 set ensiklopedia kot=) nampak tak?secara tak langsung, bakal suami dia dah mula mendidik bakal isteri utk mempersiapkan diri menjadi isteri yang solehah.. inilah baru dikatakan suami tu bukan setakat teman, tapi imam kepada isteri..owh, how sweet!

seorang kawan saya, Doktor. yang akan ke bahagian pediatrics. masa beliau bertunang raya ke 4 yang lalu, bakal suami beliau bagi stethoscope sbgai hantaran. org tanya "eh, stethoscope hilang ke?" rupanya baru tau stethoscope utk pediatrics lain.. mesti sepanjang kat hospital tengah kerja asyik ingat kat bakal suami je. yelah dah stethoscope tu dok tergantung je kat leher.=) 

jadi, korang mcm mane? pilih barang berdasarkan ape? atas sbb cantik? mahal? branded? suka? ikut orang & trend?atau ape?

4 comments:

  1. setakat ni berdasarkan keperluan.. tp bnyk lg yg belum beli..hehe

    thanks for idea..

    ReplyDelete
  2. Ermm.. bg pendapat cik senah.. better bg barang2 keperluan tuan empunya diri.. ( cth : kasut, beg, kemeja, minyak wangi dll - yg dah kita besa tgk kat dulang hantaran bakal2 pasangan bertunang dan yg akan mendirikan rumahtangga ).

    p/s : tersentuh dgn hadiah buku dan stetoskop iteww.. so sweettt.. dan yg penting.. meaningful!!

    ReplyDelete
  3. tq.
    information yg berguna.
    pasal buku tu, mmg best dan lain dr yang lain.
    x pernah g mana2 wedding buat mcmtu. :)

    ReplyDelete
  4. saya sukaaaa yg cantik..yg tk mahal...n barang tu sy boleh pakaii selalu!!!~
    dulu mmg terfikir nk mintak gadget..fikir2 balik, macam akan membebankan bakal suami jee..baik takyahh...bg ape yg ade jee....tuk cukop syarat jee kann!!!~:)

    ReplyDelete