14 February 2011

siapa nak guessbook? angkat tangan!

Salam

Mcm dah pernah cakap dulu, saya tak review semua majlis kawin yg saya hadiri. just kalau ada benda yg menarik minat saya, saya akan kongsikan dgn semua.

Sabtu lepas, kami dah ke Ipoh untuk menghadiri wedding sepupu saya. seorang Doktor. usia, 26 tahun. jadi, cakap2 orang yg selalu kaitkan kerjaya seorang doktor akan melambatkan jodoh tu, memang saya tak setuju sgt. kan jodoh tu adalah janji Allah. dah ditetapkan sejak azali lagi. jadi, apa hak kita utk membuat andaian tentang lambat atau cepat hanya berdasarkan pandangan mata kasar, kan?

ok, back to the topic, perkara yg amat menarik minat saya utk dikongsikan ialah ini :

see! quilling! yes dear, ini adalah guessbook unik yg pernah dijumpai secara reality. haha.. selama ini dok tengok dalam internet je.. dok nganga nak belajar melalui youtube.. sekali jumpa, terus jakun!
*gambar diatas adalah dari facebook pengantin-sorry, ya. akak paste gambar ni kat sini*



dua gambar diatas adalah pada hari kejadian..

ini pulak ialah tuan empunya guessbook unik tadi.
Kawtsar & Fitri.
Selamat Pengantin Baru.

ok, dah. sampai sekarang masih kagum sorang2=) kan dah kata, makin hari makin canggih dah majlis orang kawin ni. sape nak guessbook macam tu, silalah ke sini dan berurusan sendiri dgn beliau. saya sendiri pun tak pernah jumpa beliau. just find out pasal beliau dari facebook cousin saya yang kawin ni lah. 

Selamat Menyambut Maulidur Rasul..

09 February 2011

Perompak di hari bahagia?!

Salam

Kisah Benar 1 (berlaku sekitar bulan November lalu)

Majlis perkahwinan di rumah seorang Dato’ & Datin. Terdapat seorang wanita bertanyakan kepada salah seorang tetamu yg memakai corsage. Dia memperkenalkan diri sebagai PA kepada Dato’ & Dato’ mengarahkannya mengambil barang dari bilik tidur Dato’.

Biasalahkan, yg pakai corsage ni mestilah ahli keluarga pengantin. tapi tak semestinya dia kenal siapa staff Dato’, siapa PA Dato’, siapa driver office Dato’ semua. Jadi berpegang pada kepercayaan semata-mata, si pemakai corsage ini pun menjalankan tugasnya menunjukkan kedudukan bilik Dato’.

Masa tu Dato’ & Datin agak sibuk bersiap sedia sbb pengantin akan tiba pada bila2 masa. Sebagai tuan rumah haruslah Dato’ & Datin menunggu utk menyambut keluarga besan. Jadi si pemakai corsage tidak mahu kacau Dato’. Lagipun setakat tunjukkan bilik Dato’, bukannya susah.

Selesai kenduri, satu rumah kecoh pasal barang2 berharga dalam bilik Dato’ hilang! Agak bersepah bilik tidur itu. Kerugian dianggarkan ribuan ringgit! Setelah diingat2, hanya perempuan yg memperkenalkan diri sebagai PA Dato’ itu yg masuk. Jadi si pemakai corsage pun menyatakan kejadian PA Dato’ adalah orang terakhir dilihat masuk ke bilik itu.

Alangkah terkejutnya si pemakai corsage apabila di perkenalkan dgn PA Dato’ yg sebenar. Rupanya bukan perempuan ini yg masuk ke bilik Dato’. Setelah disiasat, rupanya perempuan yg memasuki bilik Dato’ tadi adalah PA palsu & sebenarnya adalah seorang perompak.

Kisah Benar 2 (berlaku sekitar December lalu)

Majlis perkahwinan jugak. Seorang perempuan muda membawa beg, dilihat berlegar2 didalam rumah pengantin. tiada siapa pun mengendahkanya sbb masing2 ingat dia adalah saudara mara pengantin jugak. Yelah, family sebelah ayah pengantin ingat, perempuan itu family sebelah ibu pengantin perempuan & sebaliknya. Ada yg andaikan itu mungkin kawan pengantin. akhirnya kehadiran dia tak dipedulikan.

Sehinggalah ada seorang tetamu ternampak perempuan muda ini keluar dari salah satu bilik dalam rumah tersebut & beg yg mulanya kempis, agak kembung. Terus tetamu ini masuk ke bilik yg perempuan tadi masuk & tahu ada rompakan berlaku bile bilik bersepah diselongkar!.. dia terus jerit arahkan perempuan itu ditangkap. Masa tu perempuan tu stuck kat depan pintu pasal orang ramai berkerumun nak tgk ketibaan pengantin.

Akhirnya, dapat tangkap! Mmg betul, beg perempuan itu penuh dgn brg berharga milik tuan rumah! Perempuan ini diserahkan kepada pihak polis.

Kisah Benar 3 (baru berlaku minggu lepas)

Seorang lelaki, tiba2 naik ke tingkat atas rumah pengantin. mungkin terkejut dgn kehadiran makcik & adik saya yg berada ditingkat atas sedang bersiap2 utk solat, maka lelaki ini terus menuju ke toilet. Dia siap marah makcik saya. “tepi sikit!”. Dgn nada sedikit marah. Jadi ini dah tarik perhatian makcik saya.

Pertama, siapa lelaki ini? tak pernah nampak pun sblm2 ni. Mungkin saudara mara sebelah kakak ipar makcik saya yg makcik saya tak kenal.

Tapi, kenapa dia perlu utk naik ke tingkat atas semata-mata utk masuk ke toilet sedangkan ada bilik air di tingkat bawah. Dan dia tidak solat sedangkan masa tu baru masuk waktu. Dah alang2 nampak ada sejadah terbentang, dah masuk ke toilet pun, terus je lah solat kan? Tapi dia turun ke tingkat bawah.

Teringatkan 2 kejadian kisah benar di atas yg berlaku pada ahli keluarga kami sebelum ini, terus suspect ada yg tak kena. Jadi makcik saya terus inform pada ayah sy.

Di tingkat bawah, ayah saya mengawasi lelaki ini. ambik gambar dia curik2. Dia keluar ikut pintu dapur! Maknanya masa dia msk tadi, dari pintu dapur lah!.. masih lagi lepak2 dikhemah di dapur yg agak kurang orang sbb pakai catering & orang sedang sibuk didepan tunggu ketibaan pengantin.

Agaknya terasa diperhatikan oleh ayah saya, lelaki ini pun terus blah. Tak makan pun. Dan rupanya dia dtg berdua dgn lelaki lain. Sbb bila dia dh blah, dari jauh nmpk dia berjalan dgn lelaki lain.

Lepas kenduri, tunjuk gambar lelaki tadi pada tuan rumah. Kot2 mmg ahli keluarga atau rakan2 tuan rumah yg kami tak kenal. Tapi tuan rumah pun tak kenal. Jadi kami anggap lelaki itu adalah perompak yg gagal merompak.

Saya kongsikan kisah ini utk perhatian bakal2 pengantin supaya mengambil langkah2 berjaga2..

Modus operandi,

1. Berlagak mcm tetamu
2. Melakukan sesi mencuri pada waktu puncak *iaitu waktu tetamu ramai & sibuk nak sambut kedatangan pengantin.

Hati2 tau!

04 February 2011

Untuk Rambut Cantik

Salam

Sape ada masalah rambut gugur kat sini? angkat tangan!

Saya memang dari dulu lagi tak boleh pakai syampu sembarangan. terutama syampu yg keluar iklan kat TV. tak tahu kenapa. rambut senang gugur. bukan tak pernah cuba. dah banyak kali cuba. selalu beli botol kecik je. pakai seminggu, pastu bagi je kat sape2 tolong habiskan. hehe..

sebut je, Pantene? mula2 ok. bau wangi tahan lama. rambut lembut. tapi bila tukar botol kedua yg mana packaging pun tukar baru, terus ada masalah balik.

Sunsilk? Pernah jugak. Yg Ginseng lah, yg untuk perempuan bertudunglah *masa tu Wardina jadi model dia, sbb suka Wardina, jadi tryla*.. ermm.. tak jalan!

Banyaklah syampu dah try. Tapi paling saya ingat, Vidal Sassoon..oh, syampu ini benar2 berikan khidmat terbaik. tah sebab ape, tiba2 VS lenyap dari pasaran (-_-“) terpaksa carik syampu lagi.

Lepas dah macam2 syampu tak berjaya jugak, saya pun beralih kepada syampu herbal. Antaranya, Mustika Ratu. Rambut tak gugur. Tapi keras macam dawai (-_-“)

Saya pernah ambik vitamin untuk dapatkan rambut yg cantik & lebat atas nasihat pharmacist. Surbex-Zinc. Berkesanlah jugak. Tapi kena minum banyak air. Makan sebotol je. Sebab saya ni jenis susah telan ubat besar2. Selalu je tercekik bila makan supplement ni. Dan terus jadi malas nak makan.



Last sekali, saya berjumpa dgn Sebamed. Ibu saya kata memang saya ada chemistry yg hebat dgn Sebamed ni. Sejak lahir ibu dah pakaikan sabun Sebamed. Sebab sabun baby yg lain tak sesuai dgn kulit saya. Hanya Sebamed saja. Walaupun sedikit mahal berbanding sabun baby yg lain, tapi tak tahan tgk saya asyik melalak kulit naik ruam, berkorban jugaklah dapat anak ‘kulit anak orang kaya’ ni (-_-“)



Dengan Sebamed, memang lama. nampak tak? daily use. hari2 syampu rambut pun ok. Bila dah kawin, tah sebab apa, tak tahulah sebab perubahan hormone ke ape, tiba2 Sebamed menjadi immune terhadap kulit kepala & rambut saya.

Maka bertukarlah kepada syampu Himalaya. Ramai yg bagi respon yg baik terhadap Himalaya. Tapi tak bagi saya. Tak sesuai dgn saya. Lagi worst. Hari2 syampu pun, kepala gatal mcm ada kutu vavi kat atas kepala ni.

Sekali lagi pergi jumpa pharmacist.. tulah, org suruh ambik supplement, taknak! So, ambiklah syampu dari 21st Century ni. Sbb keluaran dari syarikat pembuat supplement yg baik utk kesihatan, jadi yakinlah boleh sembuhkan kegatalan kutu vavi ni.



2 bulan saya bersabar dgn syampu ni.. takde perubahan. Malu la hari2 syampu tapi asyik tergaru2 je. Last2 saya bertukar ke syampu ini


Ya, syampu BaWang.. saya beli set utk Hair Fall Control. Incik Asben yg decidekan utk ambik Hair Fall Control. Sbb mula2 saya nak ambik yg color hitam tu. Untuk Hair Strengthening. Tapi Incik Asben kata pakai yg Hair Fall Control color hijau ni dulu sampai habis. Kalau berkesan, rambut dah tak gugur, baru beli yg hitam ni.

Hasilnya? Alhamdulillah.. akhirnya berjumpa dgn syampu yg serasi dgn saya! Sangat suka bila sapu lantai kat rumah, dah kurang sangat rambut2 gugur dilantai =) rambut lembut beralun. tiba2 rasa feeling2 rambut heroin Bollywood.

Bau syampu ini agak kuat. Mula2 saya macam tak tahan jugak & risau Incik Asben pun tak tahan. Nanti dia taknak cium =(.. tapi tak disangka2 Incik Asben kata ok je bau syampu ni. Lama2 saya pun immune dgn bau yg kuat tu. Bau dia kejap je. Bila rambut dah kering, dah takde bau yg kuat tu.

Syampu ini agak leceh sikitlah. Sebab dia perlu DI BILAS dgn AIR SUAM. Conditioner dia pun sama. BILAS DGN AIR SUAM. Utk sesiapa yg ada water-heater kat rumah tu, senanglah. Mcm saya ni, dok rumah sewa mcm malas nak pasang water-heater. Jadi kena jerang air hari2 utk bersyampu.

dah pernah try bila syampu, g bilas dgn air paip biasa. memang tak menjadi. rambut tak selembut kalau kita bilas dgn air suam.
Syampu 21st Century tu, Incik Asben yg pakai. Sesuai dgn kulit kepala & rambut dia. jadi, taklah saya rasa bersalah tak habiskan syampu tu. at least, tak membazir=) 

Korang semua sesuai syampu apa?