26 April 2012

Cara pengurusan baju Little Caliph

Salam

Penyimpanan baju Little Caliph.

barang2 Little Caliph stil dalam plastic bag. so, terfikir nak cari almari utk simpan baju2 dia nanti. survey2, kebanyakkan bloggers share pengalaman dorang pakai almari dari Ikea ni.

Chest Drawer dari Ikea RM199. 

Cantik. baju baby pun banyak mana la sangat kan? muatlah dalam chest drawer ni. tapi setelah di fikir2kan, saya lebih suka kalau masa Little Caliph masih baby, penyimpanan bajunya ditempat yang senang di alih2kan.. mungkin chest drawer idaman kalbu yg cantik ni boleh mula dipakai dan lebih praktikal bila Little Caliph dah membesar sikit. bila kami dah mula setup satu bilik khas utk Little Caliph.

Masa Little Caliph baby lagi, dia akan tidur 1 bilik dengan kami dan akan dijaga oleh neneknya bila saya keluar bekerja. kami juga kerap pulang ke kampung. jadi pemilihan chest drawer utk awal2 ni, agak kurang praktikal.

saya terfikir nak pakai box Toyogo ni.

bila dah tak pakai lagi bekas ni, boleh simpan langsir dan bedsheet. tapi agak besar jugak. lepas browse lagi website Ikea, saya prefer box ni,

bed storage box. lebih leper, dan senang untuk dialih2kan. kotlah lepas mandikan Little caliph kat tingkat bawah, tiba2 rasa nak pakaikan baju lain. senang nak mintak tolong ayah dia bawak 1 box ni terus utk pilih baju lain.. hehehe.. awal2 ibu little caliph dah cerewet. bila dah pakai chest drawer, box ni boleh simpan langsir & bedsheet. lepas tu simpan bawah katil. nama pun bed storage kan..

box ni pun from Ikea. senang nak kemas box ni masukkan stok baju Little Caliph untuk 5hari utk dihantar ke rumah ibu saya. sbb nnt ibu saya yang nak jaga Little Caliph sampai dah besar sikit baru hantar rumah pengasuh or nursery (Amboi, syg btl nenek takut nak kasi org lain jg cucu dia). hari Isnin hantar box yg penuh, jumaat boleh bwk balik box yg kosong. tapi baju kotor mesti bwk blk hari2lah..

itu je lah kot setakat ni yg saya fikir cara praktikal utk kami nanti. belum rasa keadaan sebenar, jadi mungkin ada perubahan bila semakin lama semakin pandai & tahu nak sesuaikan diri.




23 April 2012

Madela FS, Spectra 3 & Spectra Dew 350?

Hi,

saya mmg berazam nak breastfeed Little Caliph sampai umur 2 tahun. mudah2an dimurahkan rezeki dengan susu yang banyak utk Little Caliph. jadi, saya mmg memerlukan breast feeding set termasuk breast pump, storage bottles, warmer & lain2. Sebagai anak sulung, mmg xde rujukan pasal breastfeeding ni. lagi2 kawan2 office semua belum kawin. yang dah kawin pun xde anak lagi (-_-") nak tanya ibu, dolu2 mana ada benda2 ni semua.. yg ada breast pump manual je.

lainlah kalau ada kakak sendiri yg ada anak. bolehlah kan pinjam set breast feeding kalau dia dah xpakai lagi, kadang2 ada jugak yg pinjamkan stroller lah, car seat lah.. wah..wah.. wah.. berjimat betul adik2 ni! hehehe..

jadi, saya nak mintak pendapat lah kat sesiapa yg ada pengalaman, breast pump apa yg best & berbaloi? setakat pembacaan saya, macam dah terjatuh hati kat Madela Freestyle. yup, harga mmg, wallah!

saya suka pasal dia double pumping, ringan, kecik, senang bawa, boleh pakai electric & batery.. lagi2 after baca Husna punya blog ni.. pump sambil discussed hal kerja dgn orang pun, org xperasan..

As suggested by SIL, ok gak after baca review pasal spectra 3 ni. tapi rata-rata kata pump ni berat almost 2kg? betui ka? mmg beratlah mcm tu nak usung hari2.. plus, dia xde bateri.. buatnya hari ujan, jalan jem teruk gila, susahlah nak pump dalam kereta.. tapi saya ada baca, boleh beli adapter utk pakai spectra 3 dalam kereta.. mcm charge hp dlm kete la gayanya..

setakat ni 2 pump ni lah yg under consideration.. setakat ni lebih kepada spectra 3 sbb harga lebih affordable and takde pengalaman lagi.. tapi mana tahu rezeki lebih time nak beli nanti ter'ambik' Madela FS ke, kan?

sekarang tgh confuse pulak antara Spectra 3 dengan Spectra DEW 350.. nmpak gayanya kene pergi kedai survey tanya org kedai tu lah kot.. anyway, sesiapa ada pendapat atau pengalaman ttg breast pump, boleh x kongsi dgn saya? kalau malas nak tulis panjang2 kat komen, bagi link pun xpe.. nnt saya pergi baca=)

terima kasih..

20 April 2012

tempahan?

salam,

dah lama sbnrnya nk tulis pasal ni sbb saya selalu dpt email yg bertanyakan hal tempahan. jujurnya, sy xpernah lagi ambil apape tempahan gubahan brg kawin dr org luar. biasanya tempahan yg sy terima dr jiran2, saudara mara n kawan2 je. belum bersedia ambil tempahan dr luar.

minat ada, niat pun ada. sbbnya perancangan hidup sy sampai certain age, sy mahu berhenti dr mkn gaji. mahu ada business sendiri. mungkin kalau bukan dlm hal2 seni, mungkin, akan ke bidang perniagaan ternakan haiwan. ilmu zoology xptt disia-sia. apapu pun, itu hy perancangan. bukan mudah nk buat business. sdg usahakan kertas kerja bersama ex-coursemate.

since ada ramai yg email hal tempahan, sy akan senaraikan beberapa org yg sy kenal dan xkenal tp sy tahu dorang ada ambil tempahan.

bunga sabun wangi



hubungi mak uda saya, puan  Zuzalina (bandar baru bangi). untuk nombor phone, sila email saya dgn subjek : puan Zuzalina
bunga tisu

saya pernah buat entri cara buat bunga tisu. dlm entri ni saya ada letak gmbr bunga tisu dr google image. sampailah tuan punya gambar bgtau gmbr tu dr blog dia n dia ambil tmphan. sesiapa berminat, sila lawat blog beliau qanasuri.wordpress.com.

saya xkenal n xpernah jumpa qanasuri ni. sy hy kongsikan sj apa yg sy tau. mmg tu tujuan blog ni ditulis. berkongsi ilmu n idea. so, apape hal, terus berhubung dgn qanasuri ya.

bunga manggar.

mmg xambik tmphn. nnt time sy buat bunga manggar utk majlis adik, sy ambik video n kongsikan bersama supaya lebih mudah faham n kamu boleh buat sendiri. xyah tmph or beli ya.

cookies


tempahan org luar, xambik setakat ni kecuali musim perayaan saja. resepi? rasanya dh byk dh resepi chocolate chips kt internet. just utk almond flakes, resepi keluarga yg terpelihara. hrp faham=)

bunga stoking



tahun ni, xambil tempahan. insyaAllah, thn depan boleh kot. tp kene pick up dr rumah saya la. post xboleh. nnt takut xde rupa bunga pulak bila smpai ke tangan penerima.

Corsage/ bunga medel

Suka? nak tempah? email saya ya! =)

Ok, itu saja perkongsian hari ini..sila contact dan berurusan terus dengan nama2 yang saya bagi ya.. saya xnak jadi orang tengah.. pening mak noks..=)

18 April 2012

tips memanjakan anak buah

Hi..

tak sangka Uncle Bobo Little Caliph agak sweet rupanya.. ingatkan Uncle Bobo jadi uncle paling garang, rupanya tak.. Little Caliph kene cepat2 belajar membaca macam ni.. banyak benda yg dicoretkan untuk Little Caliph..


Buat bakal anak buah

Kehadapan little caliph,

Hey, pada saat ini uncle tak tau apakah jantina kamu, kerana ibu dan ayah kamu masih merahsiakannya dari uncle dan dari semua, memang sengaja mereka menimbulkan keterujaan ramai pihak. oh ya, untuk pengetahuan kamu memang uncle dan ibu kamu suka memberi kejutan untuk orang ramai. keh keh keh.

Well you can call me bobo, uncle bobo. Bukan apa uncle berharap bila kamu sudah mula pandai bercakap nanti perkataan pertama yang kamu akan cakap bobo. Hahahaha.

Saat uncle dapat tahu ibu kamu mengandung kan kamu, wah uncle sangat bersyukur dan sangat gembira, bersyukur kerana at last ada juga budak untuk uncle bobo dan uncle ipan buli. (oopss sorry ye kak kitaran hidup) hahaha. Takde la uncle bersyukur sebab akhirnya Allah makbulkan juga doa ibu dan ayah kamu. Ingat ni, untuk mendapatkan kamu macam-macam perkara mereka cuba macam-macam benda mereka harungi. Jadi jangan derhaka bila besar ok? Gembira melihat atuk dan nenek kamu teruja.

Little caliph,
Kamu lahir ditahun yang sangat mencabar buat uncle, sebabnya uncle nak naik pangkat, nak pegang status baru, jujurnya uncle sangat memerlukan bantuan ibu dan ayah kamu untuk menjayakan misi uncle ni. tapi takpa uncle percaya ibu kamu akan cuba membantu uncle sebaik mungkin., ayah kamu juga. Dalam kesibukan uncle menyiapkan diri untuk misi ini, percayalah uncle tak pernah lupa untuk mendoakan kamu selamat dalam perjalanan untuk melihat dunia yang penuh warna. Semoga kanvas hidup kamu berwarna ceria.

Nenek kamu selalu cakap uncle ni garang, tak suka budaj-budak. Mungkin betul uncle memang garang, uncle selalu meyakat budak-budak. Tapi dalam diam sebenarnya macam-macam yang uncle plan untuk kamu. Little caliph, tiap kali uncle buat rondaan di ofis uncle, uncle akan stop kat tempat permainan untuk tengok mana mainan yang sesuai untuk kamu. Kalau kamu lelaki, uncle akan belikan patung ultraman untuk kamu. sebab sulu uncle ada patung tu, jika kamu perempuan uncle da tengok satu patung barney.

uncle bila balik kerja selalu tengok kedai baby, wah kalau ikut hati macam-macam uncle nak beli untuk kamu, biar kamu nampak handsome cute macam uncle zaman muda-muida dulu. tapi uncle kena kawal sikit sebab ada misi y ang perlu diselesaikan. so tak boleh la nak over sangat teruja nanti misi gagal.

kamu tau tak uncle dulu kecik-kecik suka pakai tie, pakai baju overall. so uncle da tengok da kedai yang jual suit dengan baju overall. takpe nanti uncle belikan barulah kamu boleh jadi bobo Jr untuk sementara waktu. hahaha.

tapi andai kata kamu perempuan uncle rasa nak belikan kamu baju bunga matahari.

Little caliph, 
kamu patut rasa beruntung kerana mendapat ibu dan ayah seperti ibu dan ayah kamu, kerana mereka sangat penyayang, cuma mungkin ibu kamu nanti akan garang sikit. sebab ibu kamu memang garang dari kecik, mak neneklah katakan. semuanya menanti kelahiran kamu didunia ini. rasanya sampai sini dululah surat uncle untuk kamu, uncle harap kamu sihat sejahtera didalam kandungan ibu kamu, jangan mintak makan yang pelik-pelik sian ayah kamu nak cari. minum susu bia tulang kuat bia otak pandai bia cergas baru boleh masuk geng uncle bobo dengan uncle ipan, kita buli budak-budak lain. cepat-cepat besar nanti leh pergi makan ice-cream dengan aunt bobo kamu. hahaha. sekian.

yang menanti kelahiran kamu.

memang kena jadi ibu yang garang & tegas sbb nampak gayanya mcm ramai yang akan memanjakan Little caliph. Manja bertempat, xpa. sebab Little Caliph anak sulung (InsyaAllah, jika ada adik2 nanti), kena jadi 'kuat' dari segi emosi, kena jadi contoh untuk adik-adik, kena jadi good leader untuk adik-adik.

14 April 2012

Berpantang.. Cara Mana?

Hi,

Selalu saya dengar cerita kawan2 saya dah ada cara mereka 'sendiri' untuk berpantang sebab terlalu rimas & rasa complicated sangat if berpantang cara lama. ada jugak yang berpantang ikut cara lama yang bagi mereka ada bukti berkesan secara saintifik saja. tak kurang juga yang tak berpantang cara lama sebab dalam keluarga xde sapa yang tahu cara sebenar nak berpantang.. mungkin ada mak-mak kita yang dah lupa cara nenek2 dulu jaga mereka dalam pantang. tak kurang juga mak-mak yang dulu tak pernah ambik tahu pasal berpantang, so, xde ilmu berpantang nak diturunkan kepada si anak.

Bidan2 sekarang ni pulak, susah jugak nak cari. ada memang ada. tapi yang betul2 tahu berpantang cara lama tu, mmg jarang nak jumpa.

Ibu saya dulu tak berpeluang untuk berpantang sepenuhnya cara tradisional. sebab masa beranak terlalu susah dan jahitan banyak sampai sebulan terbaring saja xboleh duduk. jadinya xdapatlah berbengkung, bertanggas & berurut. 

sekarang, ibu saya sangat semangat nak saya berpantang penuh siap nak buatkan tempat untuk bertangas lagi. macam2 dah ibu ceritakan pada saya. nanti dah dekat2 bersalin, jgn lupa buat itu, buat ini.. jgn lupa petua itu, petua ini. nanti dalam pantang ibu buatkan itu, buatkan ini.. macam2.. dan setiap kali lepas berpesan, mesti ada ayat ni "jgn jadi mcm ibu dulu xpantang.. nilah jadinya perut buncit sbb peranakkan xcukup kecut"

bagi saya, senang je. saya akan buat semua peraturan berpantang tu bukan sbb percaya sangat-sangat dgn amalan tu. tapi sebagai anak, saya rasa kita patut mendengar nasihat dan tak boleh melawan kata-kata ibu bapa kita kan? jadi saya ikutkan je nanti sbb itu adalah nasihat dari ibu. takmo lah kan baru lepas beranak dah nak jadi 'Si Malim Kundang'..

5 bulan lagi.. InsyaAllah.. Minggu depan ada Pureen Stock Clearance Sale.. Rasa macam nak pergi je 2-2 hari..hahaha.. Jom terjah!

07 April 2012

Tak perlu tunggu birthday or anniversary utk jadi romantik

hi,


"nah sayang,hadiah dari abg untuk syg"

"eh,dh bulan 10 ke?" -bln 10,birthday si isteri-

"sape kata hadiah birthday? ni hadiah mengandungkan baby kita n sempena kesabaran thn all-time sickness masa 1st trimester"

sbnrnya suami ada pesan suruh rajin2 mengaji Al-Quran. siap download Quran Android dlm tab. pesannya lg senang nk cr2 info utk baby. dlm kete pun boleh google. 

tp ape yg ibu baby buat dgn tab setelah seminggu dlm tangan? 

tepat skali! 

update blog!

Astaqfirullahala'zim...

eh,selalulah mengaji dgn little caliph.. update blog tu baru 2 kali je sbb masih terkial2 nak taip kat touchscreen.. keyboard kan lebih senang=)

05 April 2012

Ruangan baru

Hi..

New page.. nampak x? IBUBAPA.. hehehe.. sempena peralihan status kan? xkan selamanya nak tulis pasal kawin-kawin je.. jom kita cerita pasal mak-mak pulak..

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-anak

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama:

Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua:

Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: 

Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: 

Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: 

Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda 
(intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: 

Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: 

Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan:

Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: 

Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: 

Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: 

Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas:

Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: 

Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: 

Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: 

Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


Sumber dari sini