31 May 2012

Trying To Conceive (TTC) : dari pandangan seorang doktor

Salam

entri TTC masih dalam draft.. hehehe.. busy sikit lah nak taip panjang2.. so, saya tinggalkan satu entri dari salah satu blog kegemaran saya dulu berkenaan hal wanita terutamanya pasal fertility.. dari Dr. Zubaidi..

Harap lepas baca, sesiapa yg bercadang nak dapatkan rawatan, boleh dapatkan bayangan sikit on how fertility treatment been carried out..


Bai!

28 May 2012

Trying To Conceive (TTC): lama kawin, takde anak?

Hi..

ini adalah entri yang paling susah saya nak tulis. mulanya rasa macam xperlu kot nak share. tapi lepas berfikir panjang, hey! why not? saya pernah rasa macam mana susahnya nak cari info pasal hal ini, betapa susahnya nak cari orang untuk share pasal ini, susahnya cari orang yg boleh share usaha2 mereka sampai berjaya. jadi if saya share, mungkin dapat membantu yang lain.. mana tahu kan?

mungkin sebab perkara ni merupakan sesuatu yang taboo dalam masyarakat kita kot, jadi xramai yang 'berani' berkongsi atau bercakap pasalnya. takpe, kalau kamu rasa ia taboo dan xboleh diperkatakan secara terbuka, cukuplah kamu baca takat perenggan ini saja.. tapi kalau kamu boleh terima dengan terbuka, sudi-sudilah baca..

Mula2 sekali, please.. jgn salahkan diri sendiri if kamu tak berjaya conceive dalam masa terdekat selepas nikah. sbb masalah ni bukan berpunca dari isteri saja seperti kebanyakkan kita fikir.. remember, it takes two to tango, my dear!

haruskah saya dapatkan rawatan?

kalau kamu betul2 dah bersedia untuk dapatkan rawatan, silakan. bersedia 100% fizikal & mental. pasangan juga dah bersedia. again, it takes two to tango. rawatan ini perlukan kerjasama suami isteri. rawatan fertiliti bukan macam rawatan sakit biasa macam demam selsema yg selalu kita pergi jumpa doktor tu. ia melibatkan masa, wang ringgit dan kesungguhan yang tinggi. ia adalah rawatan yang berterusan. 

boleh ke saya dapatkan rawatan? saya baru 6 bulan kahwin. tak awal sangat ke?

menurut gynae saya (from private hospital), bagi pasangan yg tinggal sebumbung (not LDR/PJJ) dan berumur dah lebih 30 tahun, 6 bulan selepas nikah masih gagal conceive, dah boleh dptkan rawatan jika dah bersedia. tapi kalau masih muda, boleh tunggu setahun untuk try naturally.

macam mana saya nak dapatkan rawatan?

banyak option. kalau nak perkhidmatan dari government, try contact LPPKN. saya tak pasti procedure LPPKN sbb xde pengalaman. kalau nak private hospital/klinik, boleh juga.. cari klinik pakar wanita. biasanya ada perkhidmatan ni. kalau hospital, InsyaAllah, kebanyakkan private hospital ada perkhidmatan fertility & bahagian yang mengendalikan perkhidmatan ni adalah Obstetrics and gynaecology (O&G).

personally, saya prefer hospital. sebab kemudahan lengkap. kalau klinik, kadang2 ada certain test, contoh Semen Analysis (SA) kene buat kat tempat lain sbb klinik ni xde lab sendiri.

Mahal tak?

Sebenarnya harga rawatan ni sangat subjektif sebab bergantung pada tahap kesihatan kita dan ubat apa yg kita perlukan. masalah complicated, banyak ubat, maka tinggilah harganya. sebab tu saya kata, bila dah ready 100% mental & fizikal, barulah dapatkan rawatan.

Mana dulu? rawatan tradisional atau moden?

biasa kalau ikut mak-mak, makcik-makcik, kepochi-kepochi, mesti akan suggest pergi berurut. bila berurut, akan dengarlah, "ni rahim sejuk ni", "ni rahim kebawah ni, duduk xbetul", "isk.. ni ada gangguan ni".. itulah antara yg akan kamu dengar=)

sekali lagi my personal opinion, please seek for modern treatment & advice too..  nasihat saya, kita mahu anak. anak ni rezeki dari Allah. mohon padaNya melalui usaha yg dibenarkan oleh agama. jgn sampai terpengaruh dan terpesong akidah dengan usaha2 melalui bomoh, jampi serapah, air penawar, sirih penawar yg tak tahu apa yg dibaca.

Next entri, InsyaAllah, saya akan sharekan usaha kami sehingga wujudnya Little Caliph dalam rahim ini dengan izin Allah.. alhamdulillah..

p/s: sesiapa yg ada soalan, tapi malu nak tanya kat komen, emel saya pun boleh.. saya ikhlas nak share apa yg saya tahu melalui pengalaman saya. insyaAllah, saya akan cuba reply=) 

saya pernah berada dalam 'kasut' itu..

24 May 2012

Penyimpanan baju bayi 0-6 bulan

Salam

Tajuk sedikit skema mcmlah pakar sgt bab-bab baby ni kan.. oklah, mungkin bunyi yg sepatutnya ditambah 'mengikut cara saya'.. hehehe..

seperti dalam entri Cara Penyimpanan Baju Little Caliph, saya pun memulakan langkah pertama iaitu mencari box yg sesuai utk baju Little Caliph. kami rasa baju Little Caliph xkanlah banyak sgt utk 6 bulan pertama. mungkin nanti bila Little Caliph dah besar sikit, baru beli almari baju utk dia sebab bila dah besar sikit baru boleh gayakan dia dengan fesyen2 baju. koleksi baju pun bertambahlah..

mula2 nak cari box macam ni di Ikea.

Tapi ada officemate nampak good deal kat everyday.com dan bagi saya tengok.. terus saya order online. bagi saya agak berbaloi jugak sebab saya pernah tengok kat Jusco box yg sama dengan box dalam promosi everyday.com tu. tapi kat Jusco jual 1 box for RM 25.90 sedangkan everyday.com offer 2 boxes for RM30.00 sahaja. tanpa berlengah, sebelum deal ditutup, terus order!


ada 1 color and pattern ni je.. 
so, tak timbul soal "eh, baby girl ke boy ni nak pakai pinky pinky?"
eleh, sekarang lelaki gagah perkasa pun ada je pakai pink.. haha..

gambar tengah.. saya semangat sgt.. balik je kerja terus susun baju, mittens, booties & selimut Little Caliph dalam box baru ni=)

setakat ni saya rasa ok kot guna kaedah ni.. tak tahu effective ke x.. nak tau berkesan ke x, memudahkan ke x, kene tunggu Little Caliph lahir dulu.. tgk kelam kabut ke x baju Little Caliph kalau diurus dengan cara macam ni..

18 May 2012

nursing pillow.. kehendak or keperluan?

Hi,

Bila usia kandungan dah nak masuk 6 bulan, saya mula hadapi masalah masa tidur. macam2 position saya cuba. tapi still sakit pinggang dan belakang badan. sekarang ni dah jadi rutin suami tolong urutkan kaki kanan sebelum tidur sbb sakit. mungkin sebab drive setiap hari redah jalan sesak kot.. nasib kereta auto, kalau manual, mahu kiri kanan pun sakit.

Maka, koleksi bantal tidur semakin bertambah.

Nursing Pillow in the house!

Actually, nursing pillow ni husband buat surprise utk saya. Masa tu belum pregnant pun lagi. Tengok gambar pillow ni,

"looks like very comfortable kan tido dgn bantal ni?"
"nak?"
"xnaklah.. bukan pregnant pun"

a few weeks later, masa kat office, dapat parcel.. tgk2 suami beli nursing pillow ni & deliver ke alamat office saya=)

sekarang, nursing pillow ni bukan lagi bantal sampingan.. tapi dah jadi bantal utama tiap2 kali tidur.. selesa sbb boleh tampung bahagian perut..


gambar ni lah yg saya tgk nampak macam selesa sangat tidur dengan bantal tu..

Lain-lain kegunaan nursing pillow ni.. owh, after deliver pun boleh pakai utk Little Caliph.

memang bergunalah nursing pillow ni untuk saya.. dulu saya fikir nursing pillow ni dalam senarai barangan kehendak.. xsangka berubah menjadi barang keperluan saya.

16 May 2012

hasil dari expo

Hi..

Alhamdulillah.. misi di Mom and Baby Expo tempoh hari agak berjaya.

kenapa berjaya? sbb berjaya menahan diri dari memborong benda yang bukan2 terutama baju2 baby yg comel2 tu.. berjaya sebab beli barang dalam list saja walau ada terbabas sikit tapi taklah total damage tu sampai beratus-ratus RM.

Macam dalam entri lepas,

Bengkung


Bengkung tradisional cotton belacu & viscose dari MumDreams.
Siap dapat free air dengan coklat.
Harga online : RM 55 (belum masuk delivery charge)
Harga Expo : RM50

Byk booth jual bengkung versi moden punya. tapi kan dah kata saya ni jenis tradisional sikit dlm bab berpantang ni. jumpa booth yg jual set bersalin tradisional, so tanyalah bengkung sekali. kakak tu kata bengkung tali ni baru je habis sbb dorang turunkan harga jadi RM35.. takde rezeki la. just beli nursing cover dengan bunjut mandian herba je dari booth tu..

Sebelah dengan booth tu, ada jual bengkung yg sama mcm MumsDream. tapi bila saya mintak ajar, salesgirl tu kata dia tak tahu cara pakai. ada ke patut dia suruh saya tgk je mannequin tu pakai (-_-") harga, RM55.. nasib xbeli sbb jalan lagi, baru jumpa MumsDream yg siap tolong ajar cara pakai dan harga pun RM50.

Nursing Cover


Nursing cover Mypermatahatiku RM 45.
Bunjut mandian herba RM10.
dua barang dari booth yg sama.

Mula2 jumpa booth yg jual harga RM99. rasa mcm mahal sgt la pulak utk nursing cover bentuk mcm apron ni. jalan lagi, jumpa harga RM70. last2 jumpa kat booth yg jual set bersalin tradisional dengan harga RM45. beli sekali dengan bunjut mandian herba ni. 

Bunjut mandian herba ni xplan pun nak beli. tapi mcm menarik pulak sbb dia jual xtermasuk dalam set bersalin. nnt kita cerita pasal set bersalin ya.. tgh dalam dilema ni..

Mitten & Booties


set lubang2 tu, RM5.
set corak2, RM7. 

oklah kot harga tu.. kurang RM 0.90 je dari harga biasa. Saja je menambahkan koleksi yg ada.

Cucian baju baby


Liquid tu, RM 39.90.
Yg powder, RM 15.00

sebenarnya, xtau nak pakai yg liquid elok atau powder yg elok. so, beli je la.. nnt dah tau mana yg best, baru repeat beli lagi.. tapi tak taulah dapat beli dengan harga ni atau tak sbb xpernah survey pun harga pencuci ni kat kedai berapa.

Ayah bag & baby sling je yg tak dibeli seperti dalam list. xjumpa yg berkenan dihati terutama baby sling/poncho tu..

sedang mengemaskini senarai barang baby.. tak tahu lagi apa yg tak cukup & patut dibeli/disediakan. next expo ni pada 27-29 July 2012 di Mid Valley.. tapi yg terdekat ni, kat PWTC la bulan depan..

13 May 2012

mom n baby expo 2012

hi,

first time laki bini g baby expo.. agak jakun n excited sikit..
kepada semua ibu, selamat memborong mamy poko.. hampir setiap org yg kluar, mesti bwk at least 1 pack mamy poko..

next expo ialah 27-29 july 2012.. bulan puasa.. xtaulah g lg ke x..

11 May 2012

list barang untuk Mom & Baby Expo esok & lusa

Salam Jumaat..

Rasanya ramai dah tau yg sekarang ni ada Mom and Baby Expo kat Mid Valley sampai hari Ahad. kami dah plan nak pergi ke expo tu esok dan mungkin bersambung pada Ahad.. hehehe.. 

sebenarnya ada beberapa barang yang saya nak tengok, survey dan mungkin beli kalau berbaloi & puas hati. memang selalu dah survey online.. tapi sbb takde pengalaman lagi, jadi saya rasa elok saya tengok sendiri barang tu, baru decide nak beli jenis yg mana.

1. Bengkung

Yup, gambar from Bengkung Tali Mia hasil carian di google images semuanya. memang dah lama aim this type of bengkung. i'm a bit tradisional sikit kalau bab berpantang ni. tak tahu kenapa.. lagipun, ibu dah approved jenis yg ini. my aunty pun kata dia pakai bengkung macam ni masa dia berpantang dulu dan memang best sebb senang dan boleh dipakai sendiri sambil berbaring. 

ada yang panggil bengkung lipan atau bengkung roda. tapi pada saya ia macam bengkung kasut sekolah sbb tali dia macam kita ikat kasut sekolah. hehehe.. 

kita tgklah nanti kat expo tu kalau2 ada booth jual bengkung dan dgr dulu penerangan salesgirl.. mana yg berkenan dihati, insyaAllah, akan grab.. lagipun bengkung ni boleh turun temurun.. 

2. Ayah Bag

suka hati je panggil ayah bag=) bag ni perlu sebab nanti senang nak bawak barang Little Caliph time balik kampung ke, shopping ke, hantar rumah ibu ke, hantar babysitter ke, hantar nursery ke.. masa tgk kawan saya, Mama, pakai beg ni untuk Adam, saya rasa convenient sangat dan dah start aim for my baby walaupun masa tu baru je kawin..

3. Nursing Cover


Nursing cover penting sebab walaupun berpantang kat rumah ibu sendiri, stil rasa malu dengan adik2 lelaki dan ayah sendiri. xkanlah nak breastfeed depan dorang kan? and this cover sangat useful bila balik kampung. malu lah ada abang ipar dengan pak mertua..

saya tengok ada macam2 design dan corak nursing cover ni.. ada design macam apron, ada design macam pashmina.. tak tahu nak pilih mana. so mmg kene tgk sendiri then baru decide.

4. Baby sling

Selalu tengok anak buah saya duduk dalam ni.. nampak dia sangat selesa sampai lena tidur. SIL saya pun nampak selesa je letak anak dia dalam tu dan memudahkan pergerakkan dia.

5. Lain-lain

Hehehe.. lain2 tu maksudnya kalau2 ternampak barang2 yg tak terfikir lagi nak beli, tapi sebenarnya berguna.. 

so, mommies/mommies-to-be semua, jom ke sana.. oh ya, if sesiapa ada pandangan or pendapat or pengalaman mengenai barang2 diatas, boleh share x? sekurang2nya bolehlah saya jadikan panduan nak buat pilihan nanti.. 


08 May 2012

Alternatif kepada meja solek

Hi,

Sekarang ni, almari baju kami adalah jenis sliding dan disertakan sekali dengan cermin. kami tak beli pun meja solek/dressing table memandangkan masa awal2 dulu, baju tak lah banyak sangat dan koleksi bedsheet serta langsir pun xlah banyak mana, jadi muat je almari tu utk multipurpose as dressing table. malah ada 1 compartment yang memang kami gunakan untuk letak perfume, bedak, krim muka, losyen, & segala benda alah yg sepatutnya diletakkan di meja solek.

sekarang, almari semakin padat. jadi sebelum berpindah ke rumah baru sepenuhnya, saya sedang plan utk susun atur master bedroom kami termasuklah susun atur almari baju, penyimpanan bedsheet/comforter dan langsir. mungkin memerlukan tambahan almari untuk tujuan itu. apape pun, bergantung kepada budget. budget sekarang yg paling penting adalah utk kelengkapan Little Caliph dulu=)

saya memikirkan sudah sampai masanya saya mencari dressing table.




saya suka meja solek macam ni. Classic kan? konon2 macam princess la kan duduk depan cermin macam ni.. hehe.. tapi setelah difikir2kan, saya sebenarnya tak memerlukan meja solek yg begitu complicated siap kerusi kecil bagai. bukannya mengadap lama kat cermin pun sebab saya pun jenis simple je kalau bab bersolek.

keperluan solek harian saya hanya memerlukan krim muka, sikat rambut dan bedak Johnson. itu je.. hehe.. oh ya, lipstik sebatang dengan sebotol perfume. yg mungkin akan memenuhkan ruangan atas meja solek ni nanti mungkin koleksi brooch, rantai labuh dan gelang (dulu2 rajin kumpul gelang kristal). bab rantai labuh dengan gelang mungkin kena simpan dalam kotak dulu. sbb nanti risau pulak dah ada baby kecik, mesti dah tak pakai dah. risau takut anak tercekik tertelan rantai mak sendiri(-_-")



since saya dah ada chest drawer ni, mungkin saya boleh tambahkan je cermin didinding. jadi macam ni,


ok jugak kan? sehinggalah selepas merayap kat blog2 orang, terjumpa blog Fiza ni..

Fiza pun baru masuk rumah baru. untuk meja solek, dia buat macam ni. ok jugak. 1 shelf dan cermin. lepas tu nanti, kat tepi pintu bilik, letaklah cermin yg boleh tengok dari atas sampai ke kaki. sebelum keluar bilik, telek dulu diri kat cermin, tgk baju ok ke x sebelum keluar, kan? hehehe.. idea ni dah dapat greenlite dari husband. tinggal lagi berusaha utk merealisasikannya..

chest drawer nanti bolehlah dihiaskan dengan letak frame2 gambar kat atasnya.

07 May 2012

progress Majlis Adik

Hi,

in progress.. apa ni? sampai masa saya bagitau=) color di hitam putih kan dulu ya..

Time saya kahwin dulu, adik lelaki yang banyak membantu dari segi flow event selain dari terpaksa jadi runner on that day. saya hanya bagitau saya mahu flow majlis saya macam ni, macam tu, dia yang sediakan all the paperworks, pembahagian tugas, semualah. macam secretary saya. jarak jauh pulak tu sbb masa tu dia di UUM. semuanya by email. 

saya pulak lebih sibuk membuat semua projek DIY saya.

So, ibu selalu pesan, adik2 dah banyak tolong masa majlis saya, jangan pulak nanti time dorang nak buat majlis, saya buat don't know je. tak pun bagi alasan sibuk nak jaga anak lah, apa lah. sbb selalu sangat pesanan ni di 'zikir' kan ditelinga ni, jadi dah meresap dalam kalbu.. ceh..

hujung tahun lepas, masa adik bagitau dia nak kawin, kami masih berdua=) so, memang saya excited gile.. deko rumah baru & buat preparation wedding, 2 perkara yang mengujakan saya. Awal tahun, saya disahkan pregnant.. subhanAllah.. betul 'masin' mulut ibu=) so, jgn jadikan anak sebagai alasan!

Masa 1st trimester, mmg saya xsentuh langsung hal2 wedding adik. all-time-sickness plus the retroverted uterus,buat saya dilarang utk buat kerja2 berat. pergi shopping barang dapur pun doktor xbagi, suami pulak, angkat pinggan lepas makan pun xbagi, ini kan pulak nak bersengkang mata buat DIY majlis adik? mmg taklah.

Alhamdulillah, masuk 2nd trimester ni, mmg betul2 'honeymoon' trimester utk saya.. selera makan bertambah, berat bertambah (masa 1st trimester, hilang 3 kilo (dari 57kg ke 54kg), nasib doktor ok, nurse je macam bising2 kenapa berat turun) jadi saya sambung balik buat kerja2 DIY.. setakat ni tgh usahakan 1000 pcs bunga telur utk dijadikan goodies sbb adik nak konsep tradisional.

ibu pulak tgh focus siapkan corsage selain siapkan barut utk cucu, bantal & tilam cucu. mmg ibu suka DIY.. barut baby utk little caliph pun ibu nak jahit sendiri.. samalah bantal & tilam..xpe, kita bagi je peluang.. kalau dengan DIY boleh buat parents kita happy, why not kan? lagipun ada sentimental value disitu =')

harap little caliph ada sedikit bakat seni yang dapat diperturunkan..

04 May 2012

bahagian tangga dalam rumah #2

Salam Jumaat,

idea tambahan untuk bahagian tangga dari entri lepas

Tandas dibawah tangga
tengah b***k, orang lalu atas kepala
sungguh xtenteram..

(-_-")


unik tapi mengarut sikit kot utk orang kita..

hahaha..

03 May 2012

tempahan hantaran minggu lalu

hi

projek hujung minggu lepas.

kawan ibu mintak tlg buatkan hantaran bertunang utk ank lelaki dia. majlis akan berlangsung di langkawi. jadi kene pakai artificial flowers je la. dia mahu bunga stokin. tp ssh nk bwk naik flight.

saya tlg ibu siapkan bekas cookies.

almond flakes tu baru je buat jumaat lepas. saya beli je artificial flowers ni. dah color dia cntik n menepati selera makcik tg tempah tu.. grab je la. senang sikit bila pakai artificial flowers ni sbb just buat riben n susun2 je bunga tu. dah jimat masa utk buat bunga.

hasilnya,

just buat 4 bekas je sbb ni utk hantaran. nanti dah sampai langkawi, pandai2lah makcik tu letak kat dulang hantaran. susah jugak ye bawak hantaran naik flight.

yang ini pulak asam merah. letak dalam kotak sbb senang makcik tu nak bawak naik flight. makcik tu pilih asam ni lepas tengok gambar hantaran kahwin saya yg pakai asam ni jugak.

bekas hantaran yg lain, ibu yg buat. dah siap & saya xsempat ambik gambar sbb bekas tu dah hantar ke makcik tu. tinggal hantaran cookies and asam ni je yg saya buat.

Ibu cerita, masa pregnantkan saya dulu, ibu buat bunga telur. ada jiran arwah moyang saya tempah. bila ibu tgk saya buat hantaran ni, terus ibu teringat kenangan lalu. soalan sekarang, adakah Little Caliph pun akan 'diturunkan' minat yang sama?


soalan lain, kalau perempuan, oklah..sweet je kan buat hantaran. tapi kalau lelaki?ayah saya kata, xpe, kalau lelaki, sekurang2nya dia akan jadi seorang yg teliti. bukan cincai boncai punya orang. mungkin jugak seorang penyabar sbb nak buat kerja tangan macam ni, perlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi.


yang penting, doakan yg baik2 saja utk Little Caliph kami..