22 February 2013

kali pertama dalam hidup 5 bulan

Salam

Antara tarikh-tarikh penting dalam hidup
Ahmad Zahin Ziyad.


Kiri : 
Fresh from oven. 3.45kg.

Tengah : 
6.10.12. Sebulan selepas lahir. bersiap nak ke klinik for injection. pakai baju 1st ibu & ayah beli utk Ziyad. untuk 5 minit pertama, kepala xgerak2.. ingatkan kenapa.. rupanya Ziyad xbiasa ada topi kat kepala=) 4.9kg. menambahkan keyakinan ibu untuk terus menyusukan Ziyad sbb secara fizikal nampak ziyad macam xbesar je.. takut susu ibu xbantu pembesaran Ziyad.. tapi Alhamdulillah, itu illusi semata-mata.. hasilnya berat Ziyad naik lebih dari 1kg dalam masa sebulan.

Kanan :
6.11.12. Alhamdulillah, 2 bulan dah. Gambar masa nak pergi injection kat Klinik Khairat. Klinik ni dulu merupakan klinik saya pergi tiap kali sakit dari saya baby sampai sekarang. xsangka Ziyad pun serasi dengan klinik ini.. Dr. Khairat dari muda remaja sampai dah berusia. masih serasi air tangan dia dengan budak2.. pakar kanak-kanak, kan? 5.7kg. dah start kurang tidur.. lebih banyak masa berjaga sebab nak main-main!


Cukur rambut.. Husband saya yg cukurkan.. first time cukur rambut baby, kepala anak sendiri pulak tu.. mula2 takut, tapi lama2 dah yakin. Ziyad baik.. tidur je.. senang nak cukur. no majlis cukur jambul as i'm already explain in previous post..

rambut yg dah dicukur, kami simpan dalam bekas untuk di timbang. saya tak tahu kawasan lain, tapi untuk timbang rambut ni, boleh bawak pergi ke kedai emas. kalau kawasan yg berhampiran dengan kami, kami bawa ke kedai emas di Jusco Maluri. kedai emas melayu. xpasti pulak kalau kedai emas Poh Kong, Wah Chan, etc, ada khidmat timbang rambut baby ke x. kalau xsilap saya nama kedai emas tu Marz kot.. sebelah mesin ATM depan Black Canyon. Kedai tolong timbang & bagi tau nilai wang yg perlu disedekahkan. duit tu, kami serahkan kepada ustaz yg mengajar di Masjid ibu saya selalu pergi utk kelas agama. ustaz yg akan uruskan utk diberi kepada fakir miskin.


muka masam timbang berat masa umur 3 bulan. 6.3kg. masiih lagi klinik Khairat. klinik ni agak old school sikit.. maklumlah, klinik lama. yang penting, service masih tip top!

Umur Ziyad 2 bulan lebih, ibu saya dah xpakaikan mitten.. katanya biar Ziyad belajar bukak jari jemari & belajar grab. tapi itu pun sebab ibu saya berani potong kuku Ziyad. saya memang surrender bab potong kuku baby.. halus sgt jari baby.. takut terketip isi..ouchhh!


11.11.12 - Ziyad baru 2 bulan lebih. Ibu & Ayah bawak Ziyad jalan2 ke JJ Setiawangsa. pertama kali pergi shopping mall. masukkan dalam buggy. kene bedung sbb takut Ziyad terkejut2.. keluar xlama. dalam 2 jam macam tu, kami balik rumah. 

1.1.13- Tahun baru. Anniversary kami yg ketiga! Ziyad pertama kali masuk buaian pada usia hampir 4 bulan. mulanya ibu saya memang nak masukkan Ziyad dalam buaian, tapi saya yg agak keberatan. tunda-tunda, sampailah hari tu Ziyad nak berdukung & semua orang dah xlarat nak dukung, maka abah saya terus set upkan buaian. Actually ibu & abah saya dah lama beli kain & besi buaian ni sblm Ziyad lahir lagi rasanya.


17.12.12- 3 bulan lebih. Ziyad meniarap buat pertama kali!


6.2.13- Ziyad 5 bulan, 7kg. berat xnaik banyak. mungkin sebab Ziyad makin aktif meniarap, berpusing2, main2..


Ziyad sangat suka main dengan kain.. bagilah dia sapu tangan ke, tuala ke, dia boleh leka bermain dengan kain tu. tapi xboleh biarkan sorang2 sbb takut lemas dalam kain.


dari dalam perut, masa scan, Ziyad mesti dalam posisi silang kaki.. Doktor Shida selalu gelak.. hihihi.. sampai dah lahir pun masih sama. husband kata ikut cara saya tidur.


9.2.13- Birthday maklang Ziyad. Dinner kat luar. Ziyad masih belum tegap utk dibiarkan duduk. tapi TokBah & nenek Ziyad selalu suka buat Ziyad nampak macam dah besar. siap request baby chair padahal Ziyad duduk 1-2minit je.. pertama kali duduk baby chair. Ziyad pun suka berlagak macam dah pandai duduk.. bercita-cita besar budak bertuah ni..


1.12.12- pertama kali duduk dalam carseat. tidur. perjalanan balik kampung selama sejam setengah. 1st time  duduk, saya xpakaikan seat belt sbb nak bagi dia biasa dulu..

15.2.13 - kali pertama pergi Terengganu & kali pertama stay in 5 stars hotel. itu dah cerita dalam post lepas.

dan Ziyad sebenarnya jadi cucu pertama. tumpuan semua, kesayangan semua. moga2 kasih sayang yg melimpah ruah ni xspoilkan Ziyad. Moga Ziyad membesar menjadi insan soleh. amin..

1 comment:

  1. hoho..bagusnye..nnt nk catit cmni gk la..hihihii.. anak sulung memang excited kann

    ReplyDelete