29 April 2013

TTC #4 : Makanan Islam - Habbatussauda

Salam.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda :
"sesungguhnya Al Habbatus sauda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam"
aku bertanya " apakah Al-Sam itu?"
Baginda menjawab " al-sam itu ialah maut".
Riwayat Imam Bukhari.

Selain mendapatkan rawatan, kami juga mengamalkan pemakanan islam. actually, kami start dengan pemakanan islam dulu sebelum dapatkan rawatan. lepas setahun amalkan, baru kami pergi dapatkan rawatan. kami kahwin januari 2010. kira2 beberapa bulan lepas tu, kami amalkan makan supplement. multivitamin. lepas tu, kami mula makan makanan islam. ada beberapa. nnti saya cerita 1 persatu.

kemudian, lepas setahun 6 bulan kami kawin,  baru kami buat appointment di Az-Zahrah. 1st appointment jatuh masa birthday husband, june 2011. sampai sekarang boleh ingat=)

utk post ni, saya nk cerita pasal habbatussauda.

1st saya kenal habbatussauda masa ibu saya bawak balik beli dari masjid tempat  dari jenis soft gel brand Barakah. masa ni habbatussauda xberapa nak famous kat sini. susah nak dapat. ibu saya beli pun kat masjid. ada orang jual lepas class agama kat sana. tp sekarang ni brand Barakah antara yg famous. sbnrnya ibu saya beli utk adik saya yg resdung.

kemudian, FIL saya ke Mekah utk menunaikan umrah. saya dapat ole-ole habbatussauda ni. original. bukan soft gel ataupun minyak. dah dapat, tak tahu nak makan macam mana. nasib baik kakak sepupu husband ada ambik habbatussauda. tapi bukan utk ttc la.. utk kesihatan keluarga dia. dia kata, rendam sikit habbatussauda dalam air suam, biarkan sekejap & minum. mmg akan keluar minyak habbatussauda kalau kita rendam lama.

jadi macam tu lah saya amalkan.

satu hari, masa saya mencari 1 lagi makanan sunnah iaitu pati delima (masa tu susah sgt nak cari bahan2 ni.. xramai yg jual mcm sekarang. mungkin masa tu xramai yg ada kesedaran utk makanan islam ni kot), gerai tu ada jual macam2 makanan islam termasuk habbatussauda ni. happy betul saya! habbatussauda yg dijual ada 2 bentuk. 1 dalam bentuk minyak & 1 lagi dalam kapsul.

saya pilih kapsul.

inilah habbatussauda yg saya beli. setiap hari saya makan sebiji. ada 75 biji sbotol harga RM40 (harga  lebih kurang 2 tahun yg lepas).
lebih senang sikit & lebih mendisiplinkan saya makan tiap hari sbb kalau guna yg original tu, saya biasa terlupa.. dah rendam, terlupa nak minum.. hahaha..

saya makan Habbatussauda ni sehingga saya pregnant. tapi bila alahan mengandung saya datang, saya xboleh bau langsung kapsul habbatussauda ni. bau folic acid ok pulak. so, sepanjang pregnant saya stop makan sbb saya alah pada bau dia.

lepas dah bersalin  ni, saya amalkan balik. tapi tukar ke brand lain. brand barakah. sbb saya dah tak jumpa brand yg saya makan sebelum pregnant tu. dah lebih sebulan, stok Barakah saya habis & belum berganti. maka saya amalkan balik makan yg original.

Family saya ada beli lagi habbatussauda masa mereka balik dari umrah baru2 ni. so, makin bertambah Habbatussauda saya sbb yg FIL bagi dulu pun xhabis lagi. Ibu saya kata, mutawif disana ajar cara makan habbatussauda ialah dengan menguyah 7 biji habbatussauda setiap pagi & petang.

saya pernah try kunyah. tapi disebabkan bijinya terlalu kecil, saya rasa xpuas. hihihi..

saya try jugak masukkan dalam minuman pagi saya. kalau sebelum ni, saya rendam dalam air suam  ikut suka hati berapa biji, kali ni saya sukat, ngam2 7 biji utk 1 mug nescafe dipagi hari. 1 bekas kecil habbatussauda ditinggalkan di office utk kemudahan.
Nampak macam xde kesan pulak 7 biji kecil terkontang kanting dalam 1 mug air begitu. so, saya ambik keputusan utk makan cara mutawif ajarkan. iaitu dengan menguyah. hahaha.. dah ada ustaz ajar cara makan, masih degil nak ikut cara sendiri.. last2 back to ajaran ustaz jugak.

owh, selain utk saya, saya juga akan rendamkan habbatussauda dalam air suam & suruh husband minum kalau dia kurang sihat. masa ziyad demam hari tu pun, saya masukkan 7 biji habbatussauda dalam bubur dia, masak sekali dengan bubur & blend. selamat atau tidak, saya berpegang pada apa yg pernah diriwayatkan. Nabi Muhammad saw pernah bersabda yg habbatussauda adalah ubat bagi segala penyakit. jadi, kenapa perlu takut?

itulah antara usaha kami utk mendapatkan zuriat dulu.. ada lagi beberapa makanan yg akan dikongsikan pada post akan dtg. tu pun kalau penulis blog tak perasan busy.. hahahaha...

Assalamualaikum.. xlama lagi saya dah masuk 8 bulan. Alhamdulillah..

25 April 2013

TTC #3 : macam mana mahu cari gynae?

Salam

Masa kami decided mahu dapatkan rawatan, kami memang blur.. semuanya main redah je. memang knowledge and info nearly to zero! hihihi... dengan hanya berbekalkan hasil carian dari google, saya decide utk pergi private hospital. dapat je persetujuan dari husband, terus laju saya mendail Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

sebab, saya pernah dengar ibu saya bercerita dengan makngah saya pasal kakak sepupu saya (ibu Al-Fatih) yg tengah consult dengan gynae from Az-Zahrah. jadi saya terus search website Az-Zahrah utk ambik no phone.

saya terus je cakap saya nak buat rawatan kesuburan & operator tu sambungkan ke bahagian O&G. lepas tu saya pun cakap yg saya nak buat rawatan kesuburan utk dapat baby sbb dah setahun lebih kawin tapi belum pregnant. nurse terus tanya saya mahu gynae mana. saya blur. siap tanya "boleh pilih ke?". nurse gelak. dia bagitau ada 2 gynae kat sana. saya tanya lagi "doktor perempuan ke?" "iye Puan. kami sediakan doktor muslimah sahaja utk kes begini". boleh pulak lupa ye, dah terang2 Pusat Rawatan ISLAM.. hihihi..

saya mmg x survey langsung pasal gynae yg ada. maksudnya tahu background doranglah. kalau sebut nama Dr. Hamid Arshad, mmg dah terkenal dalam bidang ni. orang lama. jadi, saya pilih gynae mana yg boleh saya buat appointment paling awal. makanya, saya pilih Dr. Fazlina.

...........................................................

macam tu lah pengalaman saya mendapatkan gynae. itu apa yg saya lalui berbekalkan info yg sangat sedikit. so, berdasarkan pengalaman, saya ingin kongsikan beberapa tips atau perkara yg boleh di'improve'kan dalam memilih gynae.

1. kalau boleh, pilihlah yg dekat. yang senang untuk berulang alik. sbb pergi bukan sekali dua. tiap2 cycle period kene 2-3 kali utk pantau perkembangan kita.

sbb saya xde pengalaman & xde sesiapa utk dijadikan rujukan, saya main redah je pergi ke Az-Zahrah nun jauh kat Bangi tu. padahal ada je gynae yg lebih dekat.

2. kalau boleh, pilihlah gynae yg korang selesa. sbb nnt gynae tu dah kira bff dah.. silap2 jumpa gynae lagi kerap dari jumpa bff kita.

3. kalau boleh, pilihlah yg 'mesra' poket.. supaya x stress.. hihihi.. stress adalah musuh utama dalam TTC.

4. pasal gynae lelaki or perempuan, muslim or non-muslim tu, terpulang pada pilihan masing2. tapi saya pernah terbaca urutan keutamaan dalam memilih doktor berdasarkan syariat Islam sperti berikut:

1. Doktor perempuan Islam
2. Doktor perempuan bukan Islam
3. Doktor lelaki Islam
4. Doktor lelaki bukan Islam.

Wallahu'alam.

24 April 2013

vicks kanak-kanak yang saya tidak tahu

Salam

saya tak tahu ada vicks for kids.

sy tahu, vicks biasa tu mmg xsesuai utk kanak2 bawah 2 tahun. mmg ada tulis kat label botol vicks tu. cinonet je tulisan dia. tapi clearly stated.

masa ibu saya menunaikan umrah, Ziyad demam. babysitter Ziyad, kak liza yg suggest and tunjuk sample vicks utk kanak2 ni. petang tu jugak husband cari di farmasi & beli.

keluaran 21st century.

bau dia best. strawberry. kami sapukan pada belakang, dada & sedikit pada batang hidung ziyad utk legakan hidung tersumbat. kami sapu juga kat tapak kaki & pakaikan stoking sebelum tidur. tapi biasalahkan, batuk n selseme ni makan masa sikit nk sembuh.

tapi 2-3 hari lepas ibu saya balik dari umrah, alhamdulillah, Ziyad dah sihat. ibu saya kata demam rindu tu yg badan dia panas on & off. batuk & selseme pun dah ok. balik je dari umrah, esok tu, nenek ziyad lapkan 1 badan ziyad dengan air zamzam..

Alhamdulillah, saya dah sihat.
tapi sabtu lepas, badan ziyad tiba2 panas masa saya susukan dia tengah malam tu. panas sampai dia merengek2.. punca demam tak tahulah. mungkin musim. tapi ibu saya kata mungkin jugak sbb nak tumbuh gigi.. erk! terus google. sbb nak tahu adakah normal baby 7 bulan tumbuh gigi. hahahaha.. tapi ibu saya kata proses tumbuh gigi baby ni makan masa. lagipun baru nmpk gusi dia putih2 je.. belum terasa lagi gigi dia.. tapi mmg air liur dia meleleh je.. tak tahulah samada sbb tekak dia sakit, so xleh telan air liur atau apa..

2 kali saya bawak ziyad ke klinik. klinik berlainan. sbnrnya saya concerned pasal batuk dia tu.. takut kan sekarang ramai yg terkena jangkitan paru-paru.. nauzubillah.. mohon dijauhkan.

Alhamdulillah, isnin malam tu dia ok walaupun badan dia masih dedar. tapi stil jugak bagi dia minum air zam-zam setiap hari & lap badan dengan air ramasan daun bunga raya.

orang tua2 kata, budak2 demam nak besar. demam nak buat akal?. hihihi..

23 April 2013

TTC #2 : adakah saya dah bersedia utk rawatan?

Salam

first sekali, setiap pasangan kene bincang betul2 kalau dah ready nak start treatment. fertility treatment bukan macam fever treatment. ia mungkin akan masa yg lama. sbb dalam 1 kitaran haid, peluang utk pregnant hanya sekali saja iaitu waktu kita subur. kalau percubaan utk cycle tu xjadi, so kene tunggu next cycle. itu pun kalau setiap bulan period dtg menjengah. kalau period ting tong, yg 2-3 bulan sekali baru muncul, lagi lah complicated sikit rawatannya.

sebelum ambik keputusan utk start rawatan, beberapa perkara kene consider berdasarkan pengalaman saya lah.

1. takes two to tango.

maknanya suami isteri perlu bekerjasama. kadang2 ada isteri yg ready nak start treatment tapi husband xready lagi and vice versa. tak leh macam tu. sbb nak buat anak kene bekerjasama. kalau buat treatment sorang2, mmg xde guna.

2. Masa

kene betul2 willing nak korbankan masa sbb bila start rawatan, maknanya suami isteri perlu bagi 100% commitment dengan masa. sbb kene selalu attend appointment with gynae. macam kami dulu, saya perlu korbankan annual leave saya since saya bekerja 6 hari seminggu. cuti Ahad. klinik pun cuti. kalau appointment hari sabtu, saya still kene korbankan leave.

as for my husband, dia kene adjust jadual kerja dia. job scope dia memerlukan dia selalu berjalan2 a.k.a outstation. jadi bila start treatment, jadual outstation dia harus ikut tarikh appointment.

3. duit

penting jugak. jumpa gynae bukan murah. sekali jumpa mmg terbang ratus2. pengalaman saya, saya pilih dengan gynae from private hospital instead of gov service sbb merujuk kepada no.2. masa. saya mahu lebih menjimatkan masa, maka saya perlu korbankan duit. saya xde pengalaman dengan gov clinic utk ttc treatment, jadi xdpt nak kongsikan. kalau private hospital, mmg setiap kali appointment, makan beratus jugak. kalau makin banyak ubat/supplement yg diperlukan, maka makin mahal.

lagipun, rawatan2 macam ni, rasanya xde company yg akan cover. samalah kalau nak dapatkan injection or pil perancang keluarga, xde company yg cover bil utk tu..

ini saya mmg berterus terang. jgn ingat saya nak bangga diri pulak ye.. sy just nak bagi clear picture ttg rawatan ttc. nak share dgn kawan2 yg senasib dengan kami. sbb kami pernah berada dalam 'kasut' tu, jadi kami faham. topic ni, ssh nak bincang secara terbuka. maklumat pun tak berapa nak ada sangat.

itu antara faktor luaran yg penting utk kita consider before seeking for treatment/consultation. selain tu, faktor2 dalaman jugak harus kuat.

bila dah start treatment, mmg kene kuat mental & fizikal. kita akan jalani macam2 ujian utk tgk tahap kesihatan kita. makan ubat/supplement. so disiplin kene tinggi. kene ikut betul2 aturan makan ubat. kene bersabar tanggung side effect dari ubatan yg boleh tolong tingkatkan chances utk mengandung. as we know, setiap ubat ada side effect dia kan. tapi selagi kita ikut nasihat doktor, insyaAllah, side effect dia x membahayakan.

contoh paling senanglah. kalau gynae prescribe kita dengan Clomid (ubat kesuburan). Clomid ni ubat hormon. dia akan buat certain hormon dlm badan kita tinggi in order utk rangsang penghasilan ovum/telur yg matang utk disenyawakan. so, bila hormon dah ting tong, badan pun akan react & kita akan sedikit ting tong jugak. hahaha.. ada orang makan Clomid, selera makan tambah. so berat badan bertambah. jadi, perlukan kekuatan mental kat situ utk terima hakikat berat badan naik & perlu kawal sikit selera makan tu. kene jadi kentallah kalau malam2 lapar, jgn terjah kek. terjahlah buah delima.

macam tu lah.

xpe, nanti saya akan ceritakan pengalaman saya mendapatkan rawatan. mungkin boleh dapat gambaran lebih jelas lagi macam mana rawatan dijalankan. dari situ, boleh nilai sendiri samada kita dah ready atau belum utk rawatan.

sorrylah, lately semua post pasal pengalaman ttc. saya pindahkan dari blog ttc saya ke sini dengan gaya penulisan yg berbeza sikit. tapi info tetap sama=) maaf, sbb saya xbersedia nak publish blog ttc saya tu.. terlalu manis & terlalu peribadi utk tatapan umum yg mengenali saya secara maya mahupun reality.

22 April 2013

TTC #1 :dah lama kawin, tapi x mengandung lagi.. ape perlu saya buat?

Salam

Finally! bukak post, tulis sikit. termenung. fikir ayat sesuai. taip. delete..taip. delete. last2 click save. so, berminggu gak lah post ni berstatus draft.

jom kongsi cerita & info yg saya tahu berdasarkan pengalaman saya..

Saya dah lama kawin, tapi tak mengandung. adakah saya xsubur? apa saya patut buat? saya malu nk tanya orang.

sebenarnya, bukan malu. tapi lebih kepada tak tahu kepada siapa harus ditanya atau dikongsi masalah. first, sebab bab macam ni, orang kita masih anggap taboo.. apehal cerita 'dalam kain' nak tanya/share dengan orang. tak semua orang bertuah, lepas kawin, boleh terus pregnant. tak semua orang bertuah, boleh pilih bulan berapa nak beranak, so bulan berapa nak pregnant. tak semua.

berapa lama kawin, boleh consider sebagai 'lamanya kawin tapi xmengandung pun'.. tempoh masa adalah subjektif. ada rasa 6 bulan kawin, masih belum dikira lama. masih baru. tapi ada jugak yg 3 bulan kawin dah agak panic bila belum pregnant lagi.

ikut pengalaman saya semasa berjumpa dengan gynae dulu, dia ada terangkan how to consider 'masa yg diambil after kawin' and when you should consider to get consultation from the expert. in this case, pakar sakit puan/tuan. biasanya kalau kat hospital, bahagian O&G.

1st, kene tahu waktu subur. jgn terkejut masih ramai xtahu bila waktu subur. jadi, kene belajar mcm mana kira waktu subur. bagi yg period tetap 28 hari kitaran, insyaAllah xde masalah. tapi if period xtetap, macam mana nak kira? selain kiraan, ada lagi tanda2 lain yg menunjukkan kita sedang subur. macam mana? nnt saya kongsikan dalam entri lain. satu persatu dulu eh..

kene jugak tahu, pasangan suami isteri tinggal bersama setiap hari atau hanya berjumpa dihujung minggu atau sebulan sekali atau mcm mana. ini juga mempengaruhi jugak. *persenyawaan memerlukan sperm utk menembusi ovum yg matang.*

tahu waktu subur (kalau student biology normally xde masalah nak tahu cara kiraan), dah try bersama setiap kali kitaran, tapi masih xdpt double lines kat pregnancy kits?

saya nak rawatan sekarang!

nanti dulu.

kalau pasangan suami isteri tinggal sebumbung & berjumpa setiap hari, kiranya bukan LDR (long-distance-relationship, bukan let-down-reflux tau), umur belum 30 tahun, biasanya doktor akan advise tunggu dalam tempoh setahun mencuba sebelum start treatment secara serious.

tapi kalau umur dah 30 tahun, tempoh 6 bulan mencuba dah mencukupi sebab faktor umur. iyelah, treatment nak dapatkan baby ni bukan macam treatment utk demam. makan ubat 2-3 hari dah boleh dapat anak. bukan. ia makan masa.

tapi kalau pasangan suami isteri merupakan pasangan LDR yang berjumpa sekali sekala, doktor suggest untuk bersabar sehingga setahun xkisah umur berapa pun. tapi tempoh ni bergantung juga pada kekerapan suami isteri berjumpa. iyalah, jumpa tiap2 minggu ke, tiap2 bulan ke. sebab kekerapan suami isteri berjumpa akan meningkatkan possibility utk pregnant. logic la kan?

apa yg perlu di korbankan utk dapatkan rawatan? nnt kita sambung...

silalah bersabar dgn blog ini utk seketika sbb topik ttc ni akan ambil beberapa post.

10 April 2013

motherhood is NOT competition

Salam

nak jadi ibu, bukan senang.
dah jadi ibu, pun bukan senang.
bagi saya lah.

mak yg bagi anak susu badan adalah lebih baik dari mak yg bagi susu formula. kesimpulannya, mak bagi fm adalah loser & mak bf adalah the best mother ever!

please, dont be too obsess dengan penyusuan susu ibu. mmg susu ibu adalah yg terbaik. tapi fm juga bukan racun. jgn obses sangat sampai nak bertekak dengan ipar duai or kawan2 semata2 sbb dorang xnak ikut cara korang bagi susu ibu. jgn sampai mengadu domba or nak sentap sangat kalau mak or mertua suggest fm or air masak utk ank kamu. again, air masak bukan racun. bayi yg minum susu ibu sudah cukup sehingga tak perlu diberikan lagi air masak. tak perlu, xdigalakkan. bukan tak boleh langsung.please, jgn kondem sangat formula milk seolah2 fm tu adalah racun. alah, korang pregnant pun, minum je kan susu Anmum lah, Enfamama lah, anlene lah,etc.. itu bukan formula milk ke?

Ziyad sendiri baru beberapa minggu, selain tahnik, ibu saya ada bagi air Zamzam & air yaasin.. suap pakai sudu. kadang masuk botol. tapi sikit saja & bukan hari2. masa tu saya mengaku, saya juga terpegaruh dan sedikit obses dengan pandangan pasal air masak. tapi bila fikir2, xde sapa pun kata air masak xboleh langsung. cuma xdigalakkan sbb susu ibu sendiri dah cukup utk baby. itu saja.

lagipun, saya & adik2 adalah hasil dari susu fm. yup,kami adik beradik dapat minum kolostrum saja. lebih kurang seminggu je menyusu badan sbb ibu saya sakit & doktor advice utk tidak susukan baby. tiap kali ibu saya susukan kami, ibu akan tercunggap2 & sesak nafas. jantung berdegup laju. sampai boleh pitam.

sampai sekarang, bila saya susukan ziyad, ibu mesti akan luahkan rasa 'ralat' xdapat susukan kami. tapi saya selalu kata, susu fm bukan racun. lagipun, alhamdulillah, kami membesar dengan sihat dan setakat ni, 3 dari 5 anak ibu dah degree pun. so, cakap2 orang yg susu lembu untuk anak lembu tu, agak kejam. dan kami patutu bersyukur sbb dpt membesar di sisi ibu dengan sihat.

bayi yang tak pernah terima apape suntikan vaksin, xpernah makan ubat, adalah bayi yg suci & sihat.

terkejut saya masa 'jumpa' dengan ibubapa yg tak pernah bawak anak mereka pergi suntikan vaksin. saya & suami punyelah skema ikut aturan suntikan vaksin. hihihi.. tiba2 dtg orang membawa ideologi yg suntikan vaksin adalah merbahaya & tak perlu? baby kalau sakit xperlu jumpa doktor. xperlu bagi ubat. susukan je baby tu..again, taksub dengan susu ibu..

maaflah, saya xbolehlah nak ikut cara awak. xbagi vaccination dalam dunia yg dah tercemar penuh virus penyakit ni. maaflah jugak, hati saya menangis xtahan nak biarkan anak sakit xbawak g jumpa doktor & susukan saja. saya mesti nak doktor periksa anak saya. sakit apa, serius ke, bahaya ke..

kalau nak berbahas dari segi agama dalam bab vaccination ni, nah! pergi baca ni dulu, baru kita bertekak. ok?

Pandangan Islam

baby yg makan homemade food lebih sihat & cerdas otaknya berbanding baby yg makan nestum, cerelec, etc.. dan mak baby yg pastikan anak makan 100% homemade food adalah mak yg terbaik sbb knowledgeable, rajin dan lebih urban. anak yg makan nestum, cerelec etc, maknya pemalas!

tak boleh nak cakap jugak. kalau dah si mak dok sibuk pung pang pung pang kat dapur 24 jam nak sediakan the so called fresh-organic-nutritious-homemade-baby-food, sampai xde masa nak spend quality time dengan anak pun, xelok jugak kan?

berpada-pada lah sebenarnya dalam mendidik anak. xde cara yang betul dan xde cara yang salah. semuanya bergantung kepada pilihan ibu bapa sebenarnya. kita xboleh nak kata anak orang yg duduk setinggan xcerdas akalnya berbanding anak orang duduk banglo. cuba fikir sikit, apa pilihan yg mereka ada? mereka membesarkan anak berdasarkan pilihan yg mereka ada. ada je jutawan lahir dari rumah banglo, tapi jangan lupa, ada jugak jutawan lahir dari kawasan setinggan. cuma perjalanan  & bagaimana mereka jd jutawan, itu yg berbeza. begitulah umpamanya..

motherhood is NOT a competition. samalah dalam membesar & mendidik anak. its not a competition. anak sapa paling berat, anak sapa paling cepat berjalan, anak sapa paling itu, paling ini.. its a journey. banyak cabang jalan yg perlu dipilih berdasarkan pilihan yang ada. asalkan destinasi & matlamatnya sama iaitu melahirkan zuriat keturunan yg berjaya dunia & akhirat. InsyaAllah, amin..


05 April 2013

bertemu di hadapan Kaabah

Salam

Some of you might read the post before. the post was circulated in fb for quite a while. 

yeah, she is my cousin.
perjalanan hidup kami selepas berkahwin lebih kurang sama bila tiba bab zuriat. both of us got married about the same time. she's on May 2009 & mine on Jan 2010. about 8 months gap.

we shared our TTC (Trying to conceived) journey. we wrote down whatever initiatives n treatment that we have done in our blog. i'd mentioned before, that i have 4 blogs including 1 blog yg khas utk catatan ttc saya?
btw, i'm not ready nk reveal blog ttc saya tu.. nanti2 lah ye.. maybe akan transfer info2 n pengalaman saya dlm blog ni.. tapi gaya penulisan kene tukarlah.. hihihi..

Rabu lepas, ayah saya kirim gambar ni.
kota Mekah sedang mengalami proses renovation untuk membesarkan ruangan yg ada.

SubhanaAllah! 3 keluarga bertemu di hadapan Kaabah!. cousin saya tu pergi menunaikan umrah bersama husband dia & mak dia (arwah ayah dia adalah abang ayah saya)

cousin saya baru je sampai Mekah masa tu sementara family saya pula dah selesai Umrah & akan berangkat ke Madinah untuk ziarah.

inilah post yg dimaksudkan

Muhammad Al-Fateeh, bidadari syurga..

04 April 2013

Kegilaan apakah ini?

Salam

masuk hari ni, adalah kali ke 5 dalam masa 2 minggu masuk office, ada breakfast free terbuntang atas meja.


breakfast dari restoran yg sama.. cuma menu berbeza.

"lately, i ate so much.. smlm dahlah makan cheezy2"
"mane ada u makan cheezy2?"
"la..yg you beli cake kat Komugi tu? u tau x, rasanya dia very rich tau!"
"u kan breastfeed baby.. have to eat a lot"
"yes, eat a lot. tapi bukan fast food or unhealthy food mcm ni.."
(-_-")

anyway,
terima kasih boss..


01 April 2013

penting ke buat stok susu berlambak-lambak?

Salam

Awal2 dulu memang saya rasa SANGAT penting untuk kumpul stok susu sampaikan dalam mindset saya, kejayaan penyusuan seseorang ibu bekerjaya boleh di'nilai' dari berapa banyaknya stok EBM yang berjaya dihasilkan. atas sebab tu, start dari dalam pantang lagi saya dah mula buat stok. tapi malangnya, Ziyad xmo direct feed. jadi saya terpaksa menjadi EP mom untuk tempoh yg agak lama. dan setiap kali pum, xsempat nak simpan dalam peti ais, Ziyad dah minum & habiskan..

sebenarnya saya silap. SILAP BESAR. saya terlalu terpengaruh dengan group2 yg saya join dalam fb. bila dah lama join n baca2 balik comment2 orang dalam tu, saya rasa mereka terlalu OBSES. maaf kalau ada yang tersinggung. kalau dulu masa dalam pantang, mmg hari2 saya hadap baca komen orang. nak cari ilmu pasal penyusuan susu ibu. tapi bila lama2 saya sedar, ada segelintir terlalu obses sampai nak marah2 mertua lah, marah mak sendiri la, sampaikan ada yg sanggup marahkan suami sbb xsokong & xpandai handle EBM. bg saya itu dah mengaibkan orang.

rutin saya biasanya saya akan tinggalkan 5 botol x 5 oz di rumah ibu. 4 botol memang confirm habis. sementara botol ke5 tu saya standby just in case saya balik lambat.

dalam 5 botol ni, 4 botol adalah fresh milk sementara 1 botol adalah frozen EBM yg dicairkan.  itulah sebabnya saya suka simpan stok 5 oz utk setiap plastic storage. senang. setiap malam, keluarkan sepeket frozen EBM utk dicairkan manakala 4 botol lagi adalah susu yg saya pump dioffice pada hari tersebut utk dijadikan bekalan Ziyad keesokkan harinya.

kalau ada lebih, baru saya simpan buat stok.

tapi kalau Ziyad mula menunjukkan tanda2 nak selseme, saya akan bekalkan semua fresh milk. xde yg frozen. sampai tanda2 nak selseme tu hilang & saya yakin kesihatan ziyad tiptop pada hari tu, baru saya akan bekalkan mengikut aturan biasa. 4 fresh, 1 thawed milk.

bila macam ni, stok ebm mmg lambat 'jalan'. sampaikan 1 tahap saya rasa xpenting pun buat stok banyak2. mulalah skip jadual pumping (-_-")

sampailah satu masa, saya perasan hasil perahan saya drop. dengan amat sangat. kalau biasa boleh dapat 6-8oz sekali sesi, tiba2 turun jadi 3oz je.. mula rasa pelik. mungkin sbb saya dah mulai culas dalam jadual pumping, maka jadi begitu. tapi rupanya 'aunty flow' datang visit selepas 4 bulan lepas bersalin.

dan rupanya saya jenis yg susu akan drop dengan jayanya bila period (-_-")

masa inilah baru saya terasa pentingnya ada stok susu. bayangkan dari 4 fresh, saya terpaksa bekalkan 3 thawed & 2 saja fresh milk.. saya masih belum bereksperimentasi dengan keadaan saya berpuasa. nak jugak tahu samada akan drop jugak atau maintain bila puasa.


stok susu Ziyad dalam deep freezer yg dihadiahkan suami selepas peti ais rumah saya & ibu penuh dengan susu ziyad.



saya juga buat 'penyata kira' untuk stok susu ziyad. setiap kali susu keluar masuk, saya akan rekodkan. dengan cara ni saya tahu berapa oz susu yg ada dalam deep freezer.

kesimpulan yg saya dapat dari pengalaman pertama ni, sebenarnya, TAK PENTING pun nak buat stok BERLAMBAK2 sangat. stok yg berlambak bukan kayu pengukur kejayaan seseorang ibu menyusukan anaknya.

tapi, amat PENTING untuk buat stok SEKADAR PERLU untuk keadaan & situasi kecemasan seperti period atau kita jatuh sakit. dan penting bagi ibu2 yg kerjanya memerlukan mereka selalu outstation atau berkursus.

tapi kalau dah dimurahkan rezeki susu berlambak2, Alhamdulillah. tapi kalau susu sekadar biasa2 je, bersyukur. xperlu stress nak jugak stok susu berlambak sampai penuh deep freezer. ok?