31 July 2013

susu ibu adalah yang terbaik. tapi formula milk juga bukanlah racun


from my previous post.
saya selalu ingatkan diri saya supaya jangan terlalu obses dengan susu ibu.
stok susu saya makin berkurang. sangat2 kurang sbnrnya. sejak arwah abah meninggal, production saya xsehebat sebelumnya. sekarang ni nak bawak balik 10oz pun dah kira bersyukur sangat.

saya down. Ziyad belum pun setahun. takut susu xcukup. sampailah ibu kata "xpelah. xyah stress. kalau susu dah xde tu, maksudnya Allah bagi rezeki untuk Ziyad takat tu je lah. ada banyak lagi option lain"

lega sikit. xstress dah. tiap kali pum, doa & tawakal je lah..setakat ni saya hanya dapat seimbangkan stok saja.. kalau nak tambah kan stok, belum lagi.. production masih belum berlebihan utk stok baru walaupun sepanjang puasa ni, saya buat powerpumping setiap hari waktu lunch. nak buat waktu malam, xterlarat nak bangun.. heh heh..

post menarik di FB dari kawan saya. kawan saya ni pun fully bf anak dia.
inilah antara contoh negative yg bila seseorang tu terlalu obses dengan susu ibu.
tanpa sedar, kan dah sakitkan hati orang lain. strangers pulak tu..

semua mak sayang anak. semua mak nak yg terbaik untuk anak. so, xyah kepochi2 anak orang. jaga & buat yg terbaik utk anak sendiri, sudah.

kadang2 pelik jugak.. dok kepochi2 tegur orang xbagi anak susu badan. kan lebih bagus tegur orang yg anak dia xtutup aurat, bebas bergaul lelaki perempuan, xpuasa walau dah baligh. tu kan lebih 'nyata' dan 'jelas', dari nak tegur hal2 yg berkaitan dengan 'rezeki' yang satu dari Allah ni.

Wallahua'lam..

29 July 2013

Mini Library di rumah? mana mahu mulakan dulu?

Masa awal2 kawin dulu, saya & suami selalu berangan2 nak ada mini library kat rumah.
iyelah, mini library ni bukan boleh setup dalam 1 malam je kan? kalau boleh naklah buku2 dalam library tu adalah koleksi buku2 yg kami suka. 

bukan buku yg pergi kedai buku, tutup mata, ambik semua buku sampai cukup utk susun kat rak mini library lepas tu terperaplah buku tu jadi hiasan.

bukan.

tapi iyalah, bila masing2 sibuk, masa utk membaca jadi berkurang. lama2 xde langsung. bila xde peruntukkan masa utk membaca, maka xdelah buku2 baru di beli. kalau mcm ni, lepas 10 tahun pun, belum tentu mini library akan jadi reality.

since bulan Ramadhan ni mmg stay kat rumah ibu, jadi bila berkesempatan, sempat jugaklah tolong ibu kemas rumah sikit. sekali, bila sentuh rak buku, baru tahu rupanya koleksi adik saya yg berdua tu lagi banyak dari koleksi saya suami isteri..

Koleksi buku kepunyaan adik perempuan saya yg bongsu.. dia lebih suka buku2 keagamaan. dah dari Zaman Matrikulasi sampai masuk U pun, asyiklah orang lantik jadi Biro Kerohanian.

Fatimah Sharha & Dr. Farhan Hadi antara penulis kegemaran dia selain Habibur rahman El-Shirazy & Taufiqurrahman Al-Azizy.
ini pulak koleksi adik bongsu. lelaki. dia lebih indie sikit. Fixi lah, LejenPress lah, Terfaktab lah..
tapi buku Seksi Ovari, paling saya ingat sbb nampak je buku tu, terus sound adik. dahlah dia bawak baca time kenduri doa selamat saya masuk rumah baru. x ke haru, tetamu ramai, tgk tajuk mcm tu? sbb saya nampak tajuk tu mcm Seks Ovari.. hahaha.. tertinggal huruf 'i' dihujung Seks.

tapi adik bongsu saya ni lebih advance sikit. sbb dia jenis suka joint event2 indie, pemuisi2, penyajak2 ni semua.
setakat ni kalau xsilap saya dia dah keluarkan 2 naskhah zine. saya belajar istilah zine ni pun dari dia lah. moga cita2 dia nak jadi penulis berjaya tercapai. amin..

apapepun, habiskan SPM dulu. pastu kite g cari bengkel penulisan. pastu g apply penulisan kreatif. belajarlah sampai PhD, boleh jadi sasterawan negara. sapa tahu?
sanggup ok, pergi jumpa FynJamal sbb nak mintak autograph kak fyn letak kat buku Puisi Tepi Jalan yg adik saya dah beli lama dulu. 

2 karakter dalam koleksi buku2 di rumah ibu saya. hihihihi..

setakat ni, hanya buku2 yg terbaru je ada kat rak ni. koleksi buku2 lama ada simpan bawah katil. kebanyakkannya novel2 lah sbb waktu dulu, sebelum kawin, saya pun rajin menyumbang utk koleksi2 simpanan ni. tapi saya punya koleksi dari novel2 cinta biasa karya Norhayati Ibrahim, Sharifah Abu Salem, Fauziah Shaari, Anis Ayuni, dan lain2lah.

InsyaAllah, perancangan kami, lepas adik bongsu habis SPM, ruangan belajar dia tu akan ditransformkan utk jadi mini library. tempah rak buku yg bersesuaian. so xde lah koleksi di bawah katil lagi.. hahahaha..

kita tong2 duit eh.. tempah mini library.

Koleksi yg terselemat dari menjadi koleksi bawah katil. hihihi.. kebanyakkannya saya belum baca lagi sbb koleksi antara yg adik saya baru beli.

Suami Aku Ustaz, best! tapi bila nak ending, makin mendatar ceritanya. akan diadaptasikan ke Filem nnt lakonan Nora Danish & adi Putra. sesuailah karakter pelakon tu. harap kecomelan Nur Alisa dgn Ustaz Hafiz dpt dizahirkan dalam filem nnt.

5 tahun 5 bulan, best! tapi bahasa falsafah kedoktoran tu agak tinggi sikit. Hlovate, penulis misteri yg masih xmendedahkan identiti sebenar. lelaki ke, perempuan ke.. hahaha.. antara penulis kegemaran adik perempuan.

tengah berusaha nak habiskan novel Ustazah Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu.. antara novel terbaik beliau. lepas raya kot start baca. lepas tu nak cop baca Cinta High Class, karya suami Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi.

owh, dikesempatan ini, saya nak menjemput kepada sesiapa yg berminat nak buat review on whatever book that you have read, boleh contribute ke The Book Review Project handled by my sister-in-law yg jugak seorang ulat buku/bookworm.. hihihi.. hantar je review korang ke email address dia.

Tapi kene bagilah dia masa utk baca email korang sbb dia tengah sarat mengandung sekarang.

24 July 2013

kitchen cabinet dah buruk. budget xde. tapi dah nak raya. cuba idea ni!

bukanlah nak berlagak atau nak menunjuk kitchen cabinet ibu saya. tapi saya rasa idea dari ibu saya ni bagus utk dikongsikan bersama. memandangkan rumah kami xde apape progress, tah macam mana tiba2 rasa bagus jugak share idea ni walaupun bukan rumah saya.

idea ni dah lama.. dah setahun lebih pun.. baru tergerak hati nak share.

kali ni nak share pasal kitchen cabinet ibu yang dah berusia 21 tahun.

Masa pindah ke Pandan Jaya. umur saya baru 8 tahun.. xpernah ambik port pun psl hal pindah rumah. tapi perkara yg paling saya ingat pasal rumah ni ialah saya suka dapur ibu & bilik air.

Umah beli dah lama tapi disewakan kepada orang.

Masa pindah, ibu masih dalam pantang lahirkan adik yg ketiga.
sebelum pindah, dah siap2 buat kitchen cabinet. jadi jgn hairan kalau design dia agak outdated. tapi msh cantik di mata saya sbb color dia soft & 'sejuk'.


tujuan share kat sini bukan pasal kitchen cabinet 21 tahun. tapi cerita pasal langsir kotak2 hitam putih kat bawah tu.

asalnya cabinet bawah tu, pintunya adalah sama dengan pintu cabinet atas. sepadanlah dengan laci2 tepi tu.
tapi setelah hampir 20 tahun berkhidmat, pintu cabinet bawah tu dah kembang. iyalah, sbb anak2 ibu basuh pinggan ganas sangat sampai selalu kene air pintu cabinet tu. lepas tu malas nak lap bagi kering pulak tu.. lama2 pintu kembang.

nampak buruk bebenar bila pintu dah kembang. lepas tu arwah abah ambik keputusan utk cabut je..

sungguh x comel bahagian bawah tu terbukak begitu sahaja.. habis harta karun nampak dari luar.


so, ibu saya bercadang utk tutup dengan langsir. 1st time dengar ibu cakap nak ttp dengan langsir, saya mcm "hah? langsir? xburuk ke?"

siap pasang rail langsir.

tapi bila dah pasang, nampak ok pulak. hujung tahun lepas, kami buat renovation sikit.
ibu n arwah abah nak tukar tiles kat dinding dapur.. sebelum ni tiles biasa je jenis empatsegi putih yg bosan tu.

proses pemilihan tiles adalah hasil citarasa saya & ibu. kami beli di kedai jubin White Horse di Ampang Waterfront. kalau xsilap jubin ni dari koleksi Kyocera. upah Indonesian utk tukarkan tiles. upah adalah berdasarkan keluasan dinding. seluruh tiles didapur kami tukar dengan tiles yg baru, yg lebih modern sikit design nya.

itu saja.

23 July 2013

perkataan paling tepat untuk situasi ini

"abang, bila nak beli baju raya?"
"abang xnak baju raya"
"no, i mean baju raya like kemeja or t-shirt. bukan baju melayu"
"abang xnak"
.......................................................

sebenarnya, mmg saya pun xmahu baju raya. xde hati nak beraya. apatah lagi beraya sakan. tapi saje je tanya pada husband. kotla dia nak beraya dengan adik beradik & mertua saya kan? xadil lah kalau saya nak 'seret' dia sekali dalam kesedihan keluarga saya.

but for si little caliph sorang tu, ada lah jugak sediakan beberapa helai baju n seluar raya. kesian pulak dia baru 1st time beraya, xde baju baru cantik2.. at least, duapuluh tahun akan dtg, bolehlah tunjuk gambar dia beraya pakai baju cantik. ibu & ayah dia xkisah baju lama pun.

baju melayu untuk Ziyad, xbelikan pun. dah nama xde hati. jadi, just pakaikan dia jubah yg family saya beli dari Mekah & Madinah tempoh hari. ada 4 pasang. haruslah pakai sementara masih muat. lagipun jubah2 tu belum pernah pakai sejak diberi haritu. kira baju baru jugak la kan?

Mantai.

sesiapa anak jati negori, tahulah ape tu mantai. arwah abah, org negori. sehabis upaya dia nak terapkan nilai2 adat yg dia tahu kat kami. Mantai ni ialah cara orang negori menyambut Ramadhan. kalau dulu2 kat kampung, 10-12 orang akan share beli lembu sekor. sembelih & bahagi2kan. pastu masing2 masak. dah siap, tukar2 rasa dengan jiran. kira buat potluck lah. lepas tu, malam tu pulak, masuknya ramadhan, lepas solat maghrib akan buat tahlil sebelum isyak.

tapi arwah abah modernize kan sikit mantai ni. mana nak cari org nak share beli sekor lembu.. hihihi..lagipun neighbourhood saya campuran. ramai chinese & sikit indian. hihihi.. jadi, biasanya abah akan beli ayam kampung. buat rendang & makan malam tu, lauk kami seperti hari raya. tak pun, kalau dapat sayur maman, kami akan makan gulai maman. gulai maman, lauk tradisional kg. gedok. sedap woo.. tapi susah sikit nak dapat maman sekarang.

tapi tahun ni, kami tak buat mantai dah. takde rendang ayam kampung. mahupun gulai maman.

kami hanya buatkan tahlil. tu pun antara kami adik beradik je. xde jemput2 orang or buat makan2 pun.. mudah2an, doa dari anak2 arwah, sampai kepada arwah.

Sahur. 

sahur beramai2. adik & isteri setiap hari datang rumah ibu pukul 5 pagi utk sahur bersama. saja memeriahkan suasana utk bagi ibu berselera sikit makan. 

Berbuka.

berbuka beramai2. kadang2 je adik ipar buka puasa kat rumah family dia. ibu masih lagi xmampu nak penuhi undangan berbuka puasa dari saudara mara. tahun2 sebelum ni, mmg kadang2 kami akan berbuka puasa ramai2 dengan makcik2 saudara. pastu ramai2 berjemaah solat terawikh. time ni lah sesiapa ahli keluarga yg baru (baru kahwin) terutama yg lelaki, kene test jadi imam solat terawikh. alhamdulillah, setakat ni, semua pass with flying colours. kagum dengan abang sepupu ipar yg sedaya upaya menghafal surah yaasin. jadi, sepanjang terawikh, kalau dia jadi imam, mmg akan habis surah yaasin yg dibahagikan utk 8 rakaat.

raya pertama tanpa abah. raya pertama dengan little caliph.

takde perkataan yg tepat untuk gambarkan perasaan saya!

19 July 2013

rumah condo, setengah juta? baik beli rumah teres.

itu reaksi pertama saya bila arwah abah bagitahu adik saya suami isteri mahu membeli rumah awal pertengahan bulan April lepas.

Mungkin, pandangan kami berbeza. tapi akhirnya saya happy dengan keputusan mereka. 

saya membeli rumah pertama kami dengan harga kurang setengah juta. mmg harga rumah sentiasa naik dengan mendadak. nak2 kawasan2 dekat2 dengan KL, mmg xjumpalah rumah baru harga bawah 1 juta. perumahan kami adalah berkonsepkan township. kawasan tu dah lama buka. lebih 10 tahun kot. cuma baru2 ni, pihak pemaju ambik initiative utk membangunkan lagi kawasan tu. jadi dapatlah kami membeli rumah baru sbb ada beberapa seksyen baru buka.

tapi, kawasannya jauh sikit dari KL.

kalau dulu, dari rumah sewa di Pandan Jaya ke office, boleh sampai dalam masa 10 minit (jalan xjem) sekarang, rumah sendiri ke office, kene ambil masa 45 minit.

itulah 'harga' yg perlu kami 'bayar' sbb mahu rumah baru double storey harga kurang setengah juta. instead of bayar dengan duit, kami perlu korbankan masa. nasib masa beli rumah mmg dah pilih kawasan yg x jem teruk & tak perlu bayar tol..hahaha.. bende sekecik pondok tol pun diambil kira tau!

lepas bersalin, ada baby kecik, rasa kesian kat baby nak kene travel everyday. sbb baby ibu saya jaga. ibu saya pun tinggal di Pandan Jaya. so, apapepun, mmg akan ke Pandan Jaya hantar anak, pastu g kerja.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk beli saja rumah kedua di Pandan Jaya. sbb fikir2 rugi je nak sewa, baik beli terus. mmg perancangan pun kalau ada rezeki lebih, nak tambah rumah utk investment. 

bernulalah pencarian Rumah Kedua

kemudian, Alhamdulillah, bertemu jodoh dengan rumah di Pandan Jaya, blok C3. senang. dekat dengan rumah ibu & dekat dengan office. hujung minggu saja pulang ke rumah pertama kami.

2 bulan lepas tu, arwah abah meninggal. tinggal ibu. jadi, saya akan bergilir2 dgn adik tidur rumah ibu. kalau dia kerja malam, saya akan bermalam di rumah ibu. kalau tidak, saya akan pulang ke C3. tapi sejak ramadhan, tiap2 hari saya bermalam dirumah ibu sbb ibu saya masih belum berselera sangat utk makan.. tambah lagi waktu sahur. risau kesihatan akan terganggu. jadi kami ramai2 akan bersahur dirumah ibu. even adik & isteri akan datang pukul 5 pagi tiap hari utk bersahur.

mungkin hujung tahun ni, urusan pembelian rumah adik saya akan selesai. jadi mereka akan berpindah. rumah yg mereka sewa sekarang ni, sekangkang kera je jauhnya dengan rumah ibu. tu yg boleh hari2 datang sahur pukul 5 pagi tu. jadi, kami akan menyewa rumah sewa adik sekarang di Pandan Jaya & memberikan orang lain menyewa di C3. sbb rumah sewa adik, dekat dengan rumah ibu. apape hal emergency di tengah malam, kami boleh terus berlari ke rumah ibu. tambahan pulak kadar yg perlu dibayar, adalah separuh dari harga yg perlu kami bayar untuk C3. boleh berjimat dlm masa yg sama.

Kenapa saya happy dengan keputusan adik untuk membeli condo dengan setengah juta?

sbb kawasan yg adik beli adalah strategik. dekat Desa  Pandan, xsampai 5 minit dah sampai ke Jalan Ampang ikut jalan dalam. condo tu kalau disewakan boleh cecah 4k sebulan sbb boleh tarik org2 yg bekerja di kedutaan2 utk menyewa.

condo tu xlah kecik. luas juga. kawasan pun redup je & sejuk. xdelah hingar bingar. paling penting, dekat dengan Pandan Jaya. hahaha.. jadi kami adik beradik akan duduk berdekatan degan ibu..

ya, mmg mereka perlu bayar mahal sbb harga rumah yg mahal. tapi mereka xperlu korbankan masa utk perjalanan harian yg jauh, xperlu korbankan tenaga. sekurang2nya, balik dari kerja, dah boleh spend time dengan anak. 

so, ikut oranglah. beli rumah mahal, tapi dekat dengan segala2nya. jimat masa, boleh spend more time dengan family. kurang sikit stress kecuali time nak bayar rumah je lah.. hihihi..

atau, beli rumah sederhana harganya, tapi jauh sikit (rumah dekat KL sekurang2nya dekat 1 juta dah). jimat duit rumah tapi spend more on petrol & masa. 

pilihan, ditangan masing2..

xsabar tunggu tahun depan. pindah masuk rumah sewa baru yg dekat dengan ibu, boleh spend more time dengan Ziyad. boleh asah balik skil memasak yg dah agak lama xdiasah sejak dari pregnant sampai sekarang. boleh try new recipe. boleh sambung balik kelas tajwid ber 'tok guru'kan husband, boleh belajar menjahit dengan ibu. boleh mula jalankan impian yg dah lama terbantut, moga membuahkan hasil yg membanggakan. InsyaAllah..

sedang mencari penyewa utk rumah C3. tapi available tahun depan. hihihi.. sesiapa berminat?

17 July 2013

blogger ni memang suka berlagak kan?

benda paling lama ambik masa nk tulis.

Adik perempuan saya yang bongsu pernah cakap kat saya. actually, dah lama gile dia tegur saya pasal benda ni.

"adik tak faham. blog tu sebenarnya ape? diari ke? buku online rujukan ke?"

"bergantung kat tuan blog la.. kalau dia rasa nak jadikan diari, so, ape yg dia buat, ape yg dia makan, mana dia pergi, semua dia tulislah"

"tapi kebanyakkan blog yg adik selalu jumpa jenis yg diari ni, kalau betul nak jadikan diari, kenapa dorang mcm xjujur je.."

"xjujur?"

"aah.. akak xperasan ke, kalau dia makan tempat yg best, mcm restoran mahal2, baru dia letak dalam blog. makan warung tepi jalan, xmasuk blog pun? atau dia g shopping beli handbag mahal, or jam mahal, baru masuk blog.. beli selipar jamban kat pasar malam, kenapa xmasuk blog?"

"ala, xkan semua nak masuk blog.. over la"

"so, hanya yg best2 je la masukkan dalam blog? tak takut ke jadi riak? bila kita bahagia, senang, dimurahkan rezeki, kita tunjuk pada 1 dunia. hakikat kehidupan sebenar kita dari sisi yg kurang kita suka, sisi yg kurang bahagia, kita simpan elok ke tepi.."

...............................................

hari tu, adik ipar meluahkan perasaan. we had a talk about her preparation untuk bersalin nanti. about the tips & experiences of other peoples.

"akak, sorry to say ye..saya selalu blog hopping..kadang2 saya rasa ada sesetengah blogger tu selalu rasa ape yg dia buat tu adalah "The Best". orang lain buat semua salah."

"nasib baik you choose the correct word. as you said, sesetengah blogger. so, akak xkecik hati.."

hahahahaha...

....................................................

So, saya tukarkan nama blog ini kepada "Bukan Diari". sekadar utk peringatan buat diri saya sendiri supaya kalau boleh, elakkan dari jadikan blog ni mcm diari. sebenarnya, mmg saya xnak terjebak dengan penulisan mcm diari ni. mmg niat asal dulu waktu awal2 tulis blog ni sbb nak share pengalaman uruskan majlis kawin sendiri sbb kebanyakkan sumber rujukan masa tu, semua majlis kawin grand2.. sedangkan saya orang biasa je, majlis biasa2.. jadi saya rasa nak share pengalaman majlis kawin mampu milik. hihihi..

Entri pertama blog ni pun saya dah cakap awal2 tujuan tulis blog ni. yup, saya ada 1 blog yg saya buat macam diari. makan best? update. beli barang mahal? update. pergi bercuti? update. tapi dah lama saya privatekan bila tersedar blog tu akan mengundang perasaan negative pada sesiapa yg xkenal saya lebih dekat. jadi sy privatekan blog tu hanya utk tatapan sepupu2 & saudara mara terdekat saya yg sama2 menulis blog. salah satu cara keluarga besar kami keep in touch selain dari medium telefon, fb, whats app & twitter. instagram juga! hahaha..

sbb dgn blog mcm diari tu, tgk sepupu g holiday, terus whats app, 

"hoi, best bercuti. hotel tu mahal x? brape?"

atau sepupu beli barang best,

"mak ai~~ puan sri skrg.. aku pernah tgk kat 1 kedai ni, boleh dapat murah sikit dari yg ko bli"
"apasal x inform?"
"dah ko tak tanya..hahahah"

macam tu lah.. dgn saudara mara sendiri, xdelah sampai terasa dia sedang membanggakan diri kan? 

tapi apape pun, marilah kita berblogging dengan cara yg sihat. 

tak yahla kita bc blog officemate pasal dia beli kereta baru, kita pun sibuklah nak jugak kereta baru. kalau xmampu, kita tulislah blog pasal kenkonon kita sayang sgt dgn kereta lama kite tu. defensive dengan diri sendiri padahal xde sape kisah pun kalau kita beli kereta ke tak..hahaha..

lepas tu, kepada pembaca2 blog, please be open minded sikit..

kalau kau baca blog tu, asyik tulis pasal perkembangan anak, perkembangan hiasan rumah (ehem..rujuk diri sendiri leteww) jgnlah kau nak berfikiran ortodoks sgt pergi serang penulis blog cakap dia riak or menunjuk2. lagi 'sakit jiwa' kalau kau rajin sangat buat counter entri. haih~~

cuba baca dari sudut positif sikit. mungkin cara ko didik anak, cara A. lepas tu, jumpa blog didik anak cara B. xyah cepat melatah nak cakap cara B tu over. lebih baik, duduk diam2, fikir dalam2.. mungkin kau boleh gabungkan cara A (cara kau) dengan cara B maka terhasillah cara C, yg mungkin sangat superb utk perkembangan anak kau.

atau pun, kau hias rumah pakai perabot murah je. lepas tu jumpa blog hias rumah cantik pakai perabot mahal. xyahlah nak melatah "bolehlah hias rumah cantik. dia kaya. perabot semua mahal2". ini dah tunjukkan yg sebenarnya kau jealous. dari buang masa & stress menjealouskan diri tgk hidup orang lain, baik gunakan masa tu utk fikirkan cara terbaik supaya perabot murah kau tu boleh nampak macam mahal dengan sedikit sentuhan lain.

senang, kan?

ada lagi sebab kenapa tukar nama kepada "Bukan Diari". tak lain tak bukan sbb nak ingatkan diri sendiri supaya menulis sesuatu yg boleh dimanfaatkan pada orang. contoh macam tips ke, petua ke, or ilmu yg kita tahu. bukan nak tunjuk pandai. tp sekadar berkongsi.

seronok sangat baca blog2 yg secara tak langsung berdakwah. adalah beberapa blog yg saya suka baca sbb boleh menambahkan pengetahuan terutama tentang ilmu agama. mungkin 1 hari nanti, saya juga mampu utk menulis blog yg mcm tu.sapa tahu, kan? tapi, iyalah. nak menulis ni, perlu ilmu. dan nak dapatkan ilmu tu, perlulah banyak membaca & bertanya pada yg pakar.

Jom, blogging cara sihat!

16 July 2013

Rak besi

rak dalam stor kami

Rak besi saya beli melalui officemate saya. dia head utk bahagian maintenance. kat office ni, banyak dah rak ni kami pakai utk store2 kami. jadi, dia ada supplier sendiri yg bekalkan rak ni & boleh bagi special price.

untuk rak saya ni, panjang 4 kaki, tinggi 6 kaki dengan lebar 2 1/2 kaki, harganya RM 129.00. so, pada yg bertanya samada berbaloi atau tidak, anda nilailah sendiri. sbb berbaloi ke tak tu, sangat subjective.

bagi kami berbaloilah, sbb rak besi ni kukuh compare dengan rak Ikea yg dalam perancangan awal saya tu. barang yg kami letak pun bukan calang2 ringan. microwave la, oven la. dan kami plan nak pakai rak ni untuk jangka masa lama.. mungkin selama-lamanya sampai rak rosak.. hihihi..

rak ni boleh disassemble. yg mana, kalau 1 hari nanti tiba2 duit turun dari langit, & kami buat store siap dengan build in storage cabinet, jadi rak ni boleh dibuka & simpan. atau bagi pada yg memerlukan. kami bawak balik rak ni dari office ke rumah, pakai kereta husband je pun.. xyah nak sewa lori bagai. ok, kan? 

mungkin sesiapa yg nak dapatkan rak ni, boleh tanya kat kedai2 yg supply rak. saya pernah tgk kat Mudah. ada jual. tapi mahal sikit.

12 July 2013

Perut xsempat 6 packs lagi..Abang Ziyad..



1st time Ziyad duduk dalam troli. gayat kot.. pegang kiri kanan mcm naik roller coaster pakngah kata. takut ke? isk..nak jadi abang, mane boleh takut2 ni.. Abang Ziyad..

kejap je rasa masa berlalu.. rasa mcm baru semalam kuar labor room.. tengok2 anak dah besar =')

11 July 2013

perkara mistik?

Entri lepas, pasal Ziyad kene sawan tarik kali kedua.

saya ada tanya ibu, kenapa tiba2 suruh azan?

"tah. tiba2 ibu terdengar2 suara ustaz yg ajar ibu kat class suruh azan"

habis je husband azan di kepala Ziyad, terus dia sedar.

........................................

kami terus ke Darulsyifa. sesiapa yg biasa or pernah dapatkan rawatan disana mesti tahu. ustaz x akan cakap ape sebab. katakan, kalau kita terkena buatan orang, jgn harap ustaz nk bagitau siapa yg buat. sbb ustaz2 kat sana xmau ada dendam sesama kita. lebih baik tak tahu dari kita tahu & sakit hati kan?

hah, mcm tu lah. jadi masa kami ke Darulsyifa, ustaz xde cakap la yg Ziyad terkena gangguan ke hape. just ustaz bacakan ayat2 Al-Quran & kami doa sama2. ustaz hanya ajarkan supaya diberi minum air yg dah dibacakan ayat tadi 4 kali sehari. sblm minum, baca bismillah, al-Fatihah & selawat 3 kali.

lepas tu, lapkan badan Ziyad dgn air tu sekali sehari. waktunya dari lepas zohor hingga sebelum maghrib. lap dari kepala tarik ke kaki. ustaz adalah ajar cara2 untuk doa & ape yg diminta dalam doa.

tak tahulah.

kami amalkan je 2-2 cara. moden & islam. antibiotik pun kami bg, air penawar pun kami bagi. itu usaha kami. selebihnya doa & tawakal kepada Allah.

09 July 2013

Anak demam panas & diserang sawan tarik? ape perlu buat? (update)

Balik dari kerja, badan Ziyad sedikit panas. ibu cakap mungkin nak demam. tapi Ziyad masih aktif macam selalu. lepas maghrib, kami ke JJ. jalan2 hujung minggu katanya.

sebelum tidur, badan Ziyad makin panas. Sah demam. husband kata, pagi esok kita bawak g klinik. baiklah.
pukul 7 lebih, Ziyad bangun. nak susu. saya susukan. tiba2 Ziyad kejang!

terus jerit panggil ibu. Husband terus dukung Ziyad. masa tu Ziyad mmg dah lembik. mata dah keatas dan air liur dah xleh telan. something wrong with him. seriously. ibu terus tarik Ziyad dari husband dan peluk dengan comforter. panic.

kami lap badan Ziyad dengan air Zam Zam, Air yaasin.. sambil selawat, baca ayat kursi semua.. dalam 3 miinit, Ziyad sedar balik. kepala tegap. Alhamdulillah.

terus capai tudung pergi klinik. sampai klinik, terus masuk bilik doktor and nurse tolong check suhu since doktor tgh attend other patient. nurse cakap suhu tinggi. terus dia basahkan tuala & balut Ziyad dgn tuala basah. 

"tadi dia kene tarik"

i really had no idea maksud tarik. all i know, Ziyad mungkin diserang sawan. walau xpernah tgk even ambik tahu pasal sawan, tapi tak tahu kenapa dalam hati terdetik yg Ziyad kene sawan waktu mula2 dia kejang tu.

doktor suruh nurse masukkan ubat bontot utk turunkan suhu  badan & cakap kami boleh balik.

Itu je?

Iye.. itu saja! katanya normallah baby kene macam tu.

keluar bilik doktor, tanpa ambik ubat, kami terus jumpa Dr. Khairat. Doktor ni yg selalu rawat kami adik beradik dari saya masih 7 bulan. masa tu dah lega sikit sbb at least kami dah dapatkan 1st treatment walaupun xpuas hati sangat. klinik Khairat agak jauh dari rumah. tu sebab pergi dulu klinik terdekat.

..................................

Dr. Khairat kata suhu terlalu tinggi. 101 F. tu pun after sejam ubat bontot masuk. normally ubat bontot akan bertindak setengah jam kemudian utk turunkan suhu badan compared dengan ubat makan (syrup) yg ambik masa 4 jam. so, sy xdpt bygkan suhu Ziyad berapalah agaknya time kene attack tu.. xteringat langsung nak ambik suhu dia. panic.

doktor check. alhamdulillah, paru-paru clear. no sign of infection. check tekak, yes! inilah the real culprit! tekak Ziyad sedikit bengkak. infected. sbb tekak sakit yg buatkan suhu badan naik. akibat suhu badan terlalu tinggi, otak baby yg belum fully developed akan hantar signal & sensitif to perubahan suhu. jadi, oksigen xcukup sampai ke otak menyebabkan kejang/sawan.

baby dah pernah diserang, akan diserang sekali lagi. sbb otak dia dah cukup sensitif dengan perubahan suhu walaupun sedikit. so, utk prevent, pengawalan terhadap perubahan suhu badan dia amat penting. ada jugak baby yg kene sawan sekali je seumur hidup. ada yg kene berkali2.

normally, kalau lepas umur dia 5 tahun, dia xdiserang sawan, maka InsyaAllah, dia bebas sawan sepenuhnya. tapi kalau umur lebih 5 tahun & masih diserang, maknanya, penyakit tu adalah utk seumur hidupnya.

Penyebab?

Sbb jadi sawan tarik ni ialah sbb suhu badan terlalu tinggi. so, nak tahu kenapa suhu badan tinggi, kenelah jumpa doktor. perkara yg ditakutkan ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau yg lebih serious, jangkitan kuman pada otak. tapi dalam kes Ziyad, jangkitan pada tekak. tekak dia sakit. tu yg jadi dmm. doktor kata xde yg perlu dirisaukan. doktor bagi antibiotik & ubat demam.

Kesan?

tiada kesan yg merbahaya. cuma kalau diserang sawan terlalu lama, mungkin akan merosakkan otak & membuatkan seseorang lumpuh.

ape yg perlu buat jika diserang?

1. kalau dah pernah kene sekali, lain kali kalau anak baru nak demam, or badan panas sikit, sentiasa lap badan dengan kain basah utk turunkan suhu.

2. cepat2 bagi makan ubat dmm, so ubat dmm syrup tu sentiasa ada dalam simpanan lah. kalau ubat dmm syrup tu ambik masa 4jam utk digest & berkesan. tapi ubat bontot, setengah jam dah hadam. 
so, langkah berjaga2 kami lain kali, kalau suhu Ziyad 37.5 darjah Celsius, terus masuk ubat bontot. tapi kalau baru2 nak dmm & xberapa panas sgt, bagi ubat syrup & lapkan badan je. (belajar dari pengalaman)

Update : 2nd day, Ziyad kene attack sekali lagi. kali ni kami agak panic sbb ambik masa lebih lama. 5 minit dalam berjaga2 kawal suhu, xsangka suhu dia boleh naik mendadak.. suhu badan dia maintain 36-36.9 degree C. kain basah mmg balut badan. tapi kene jugak attack pagi tu.. lebih kurang waktu yg sama dengan hari pertama kene. 

mmg cuak. walaupun doktor dah terangkan masa hari pertama. cuak sbb lama Ziyad kene attack. saya dah nangis. serious..takut sangat. menggigil badan. nasib ada ibu.. ibu yg tolong pegang Ziyad & mengerengkan badan dia. baju ibu dah basah dengan air liur Ziyad. sampai ibu jerit, suruh husband saya azan. selesai azan, Ziyad sedar semula & tertidur. kami terus bersiap & ke DarulSyifa di Bangi..

Di DarulSyifa, Ziyad diberi air penawar. kami amalkan 2-2.. rawatan moden & islam.

3. baring & mengerengkan baby utk mudahkan aliran air liur keluar. waktu diserang, baby mmg xsedarkan diri. utk elak dari tertelan /lemas, biarkan airliur keluar dengan mudah.

4. jgn masukkan objek keras macam sudu dlm mulut. pernah ada kes patient bwk baby jumpe doktor dgn sudu disumbat dlm mulut. parents dia kata nak elak baby kancing gigi. doktor nasihatkan tahan dengan jari kita je. baby xde gigi lagi. gusi dia lembut lagi.. kesian dia kene gigit sudu besi dgn gusi.. biarkan baby gigit jari kita lebih lembut.

5. time duration : tgk tempoh baby diserang berapa lama. sbb kalau lebih 15 minit, dikira serious & pemeriksaan teliti harus dilakukan. Ziyad kene attack dalam 2-3 minit je rasanya.. sekejap. tapi cukup utk buatkan jantung saya berhenti berdegup!


Hari keempat, Ziyad masih lagi demam. makan ubat, dia kebah. pastu habis kesan ubat, demam lagi. Antibiotik pun dah habis. pergi sekali lagi jumpa doktor. lagipun kak Liza suggest bawak g hospital, lebih canggih sikit alatnya. anak dia 2 org ada sawan. tapi last kene attack masa umur dorang 3 tahun & lepas tu dah hilang terus.

jumpa doktor, check paru-paru ok. check tekak. masih lagi merah. belum baik lagi. antibiotik sebelum ni xberi kesan pada kuman tu. so, doktor tukar antibiotik yg lain.

Update : Kami bagitau doktor pasal Ziyad diserang kali kedua. doktor kata, mmg kebarangkalian utk dikene sekali lagi adalah tinggi. Sawan ni, kalau sekali dah serang, selalunya akan serang lagi. sbb otak patient dah sangat sensitive dengan sedikit perubahan suhu. suhu boleh naik mendadak secara tiba2.

kami tanya doktor pasal cadangan utk check dihospital. katanya, dalam kes Ziyad, dia xnampak keperluan utk ke hospital sbb kes Ziyad xbegitu serious. diserang sawan dalam 2-3 minit. lepas tu, paru2 clear. hanya tekak yg sakit. bila kami mentioned pasal risau takut penyebab sawan Ziyad ialah jangkitan kuman di otak, doktor jelaskan lebih lanjut.

doktor xsuggest utk refer to hospital sbb dia kata antara symptom baby kene sawan disebabkan jangkitan kuman pada otak ialah, lepas diserang sawan, tengkuk baby masih lagi keras. xboleh terlentuk.. sedangkan dia tgk Ziyad ok.. tapi Dr. Khairat akan bagi referral letter if we insisted nak bawak Ziyad g hospital.

after discussion, kami setuju utk bagi Ziyad new antibiotik and ubat demam yg ditukarkan waktu makannya from every 6 hours to 4 hours. Dr. Khairat pun bagi 24hours untuk Ziyad tunjukkan respond terhadap ubat yg baru. kalau stil demam lepas 24 jam, kene bawak Ziyad ke klinik & doktor akan refer to hospital.

keluar bilik doktor, husband terus tanya "nak g Ampang Putri or Columbia?". haaa? dalam kepala saya nak g HKL je.. tapi dalam hati, tetap doa, xnak g hospital langsung. moga Ziyad sembuh.

Alhamdulillah, Ziyad semakin sihat keesokkannya. mmg ubat yg doktor bagi tu buat Ziyad rest. tidur. bangun utk susu & makan je.

Penangan antibiotik yg baru. tidur. time demam ni, mmg Ziyad byk meragam. maybe sbb badan dia rasa xselesa. macam kita lah kalau demam. kene bagi dengar qasidah kesukaan Ziyad. Ya Hanana.. dari dalam pantang dah terbiasakan dia dgr qasidah ni. dah besar, dgr je Ya Hanana, pandai goyang badan.. konon2 menari lah tu..
lepas tempoh 24 jam, demam makin berkurang.. tapi stil monitor suhu badan dia & lapkan badan dengan kain basah. petang tu, keluar ruam2 merah. ibu kata, kene campak rupanya.. jenis campak yg keluar after demam.

Makin besar. makin pandai mengekspresikan perasan & buat mimik muka.

Alhamdulillah, dah nak masuk 2 minggu peristiwa berlalu. Ziyad makin sihat.. tapi ibu Ziyad ni fobia sgt. masih lagi tidur malam, letak termometer kat sebelah.

itu saja perkongsian saya mengenai pengalaman anak diserang sawan. moga bermanfaat untuk ibu-ibu lain. semua info yg saya berikan adalah berdasarkan pemahaman saya dari penerangan yg diberikan oleh doktor.

Salam Ramadhan semua.
Mohon ampun & maaf kalau2 ada yg terasa hati sbb baca blog ni.

Sorry, entri agak panjang. rasanya dah xde part yg tertinggal kot. serious, mmg pengalaman baru bagi kami.. pengalaman yg xmau diingati, tapi sangat terkesan kat hati.

Ubat dmm syrup & ubat bontot dah kene sentiasa ada kat rumah.