30 August 2013

Kurma merah dan longan kering - betul ke boleh jadi milk booster?


Sekarang, stok susu saya sudah berada di paras kritikal sbb stok keluar, xde yg masuk. Ziyad consumed 3 bottles x 6oz susu sepanjang saya kerja dari 9 pg-6 ptg sedangkan saya berjaya pum sekurang2nya 12oz saja dengan 3 sesi pump di office.. maknanya mmg tak leh buat stok.

mungkin sbb dah ada pengalaman, so saya mmg advice adik ipar utk pumping every 2 hours if she insist to continue breastfeed Humaira walau lepas habis pantang . sekrang stok susu adik Humaira, alhamdulillah, meriah. bayangkan, baru hari ke 7 berpantang, ummu Humaira dapat 5 oz sekali pum!.. huhuhu.. boleh kongsi deep freezer abang Ziyad yg semakin kosong tu.. huhuhu..

Kurma Merah on the right and dried Longan on the left.

bought from kedai sensei depan rumah. RM 5 for each packet. nmpk sangat dried longan mahal sikit dari kurma merah.

lepas renehkan, sedia utk di minum.
mcm dalam entri lepas, saya sedang berusaha untuk tingkatkan production. tapi belum berhasil lagi sbb saya masih belum berjaya mengaplikasikan konsep 'demand vs supply'.. pumping hanya di office. masih 3 x. tapi kat rumah tak dapat langsung curi masa utk pumping. apatah lagi kadang2 Ziyad langsung xbangun mlm utk menyusu. so, waktu malam, waktu terbaik utk stimulate susu, saya terbongkang tidur kepenatan!.

Instant version
saya beli jugak versi segera. tapi manis bagi saya. mungkin dah terbiasa minum yg direneh sendiri tanpa gula kot. versi segera standby minum kat office in case xsempat nak reneh di rumah.

Moga berjaya. untuk diri sendiri. huh.

23 August 2013

Resepi triffle paling sedap

selama ni saya bekerja 6 hari seminggu. Alhamdulillah, minggu terakhir Ramadhan tu, hari bekerja saya telah bertukar menjadi 5 hari. Rezeki Ramadhan.. bolehlah spend lebih banyak masa dengan keluarga.

Memandangkan saya dah lama x memasak, apatah lagi mencuba resepi baru, jadi saya ambik kesempatan & juga masa yg ada menyediakan triffle untuk hidangan berbuka puasa. seriously, saya dah lama gile tak memasak sejak dah ada anak.. sibuk mencari rumah, urus rumah sana sini, pindah rumah.. kalau ibu saya masak, kami makanlah tapi kalau xmasak, kami beli je diluar.. memandangkan dah selalu sangat makan kat rumah ibu, lagi2 sejak arwah abah meninggal, jadi peruntukkan duit dapur kami, kami bagi ke ibu. bil2 rumah pun kami bayar lagi 2 bulan puasa lepas mmg menetap terus rumah ibu..



buat triffle ni, xdelah susah.. just leceh sikit pasal nak berlayer2..

resepi? google je, berlambak resepi keluar. tapi yg ni saya ikut resepi Mama Hanis Zalikha, aunty nani, model 80an tu..

Alhamdulillah, ahli keluarga bagi feedback positif.. mungkin sbb resepi dah sedia sedap kot..
lepas ni tak perlulah risau kalau orang buat potluck, kite nak bawak ape.. bawakkan je triffle ni..

sekarang ni, xsabar2 nak menunggu cuti sabtu & ahad.. nak asah semua skil yg sepatutnya dah lama tajam.. projek terbaru, tolong cousin saya buat bunga telur majlis kawin dia nanti..

Resepi disalin dari blog aunty Nani Rostam.  Kredit to her.
"Dah letak dah resepi triffle kat post yang lepas. Lebih baik pergi check cepat. Tapi tak apalah saya letak lagi di sini. Triffle ni dibuat mengikut kreativiti anda. Di sini triffle yang saya buat mengikut kreativiti saya sendiri. Kalau nak beli dari saya, saya tak dapat jual dengan harga murah sebab modalnya mahal. Satu bekas mangkuk queen anne yang saya tunjuk dalam post lepas tu saya jual dengan harga rm75.

Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.

Lapis ke dua - Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.

Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin). (Cara membuat kuah kastard, didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.

Lapisan ke lima - Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari. Itu pun kalau boleh bersabar setelah bangun pagi dan menjenguknya di dalam peti sejuk. hehe."

14 August 2013

pasca raya : jadual pumping yg ke laut.. kini mencari milk booster..

xde sebelum or semasa raya, tiba terus ke pasca raya?
cliche sgt time macam ni semua nak bercerita pasal raya.

the 1st raya for this anak bertuah, Ahmad Zahin Ziyad. ape yg boleh dikatakan, dia sangat bersemangat.. mungkin sbb dia jenis suka keluar berjalan2 di luar kot. 1st raya utk MakNgah Ziyad as isteri kepada orang2 biasa. hihihi..kelakar.. 2-2 org ni semangat nak berjalan raya.

tema tangkap muat. xde baju raya pun sbnrnya.. kebetulan, ada jubah putih utk 2 hero saya ni yg belum pernah pakai. jadi terus jadikan baju utk dipakai pagi raya. baju saya pulak, beli online 2 bulan lepas sbb stok baju kurang dah xde utk g kenduri kendara saudara mara. belum pernah pakai sbb labuh. terus decide pakai utk pagi raya.

kopiah Ziyad dari Madinah. family saya belikan masa pergi ziarah madinah march/april lepas.
Since blog ni bukan diari, so, malaslah nak cerita apa kami buat, ape kami makan, bla bla bla.. nak tulis pun macam bosan.. apatah lagi korang yg membacanya..

yg nak dikongsikan ialah, bekalan stok susu Ziyad yg kian meruncing. minggu terakhir bulan puasa tu, ibu ada bagitau Ziyad selalu mengamuk xcukup susu.. masa tu saya bekalkan setiap botol 5oz susu.. penuh botol susu Avent 4oz tu.. jadi, ahad terakhir ramadhan tu, pergi One Baby World utk beli botol susu 9oz.

suka buat kedai ni macam rumah sendiri.
Isnin tu, saya masih lagi bekerja. saya bekalkan 6oz dulu sbb muat2 je masuk dalam storage botol 5oz biasa tu.. Alhamdulillah, cukup. skrg ni tgh survey storage bottle yg lebih besar.. biasa jumpa 5oz je.. bila tanya mak-mak orang, anak dorang minum susu dalam 3-4oz je.. patutlah susah betul nak cari storage botol lebih 5oz.. nasib ada yg suggest katanya storange botol pigeon ada yg besar.. tapi belum jumpa lagi.. ada sesiapa tahu?

macam biasa, time raya ni, jadual pumping mmg lari sikit.. balik kampung, mmg pam sekali je.. siap2 dah bawak botol banyak konon nak pum dgn disiplin.. skali tgk keadaan peti ais yg tak mengizinkan, mambantutkan niat.. sudahlah stok critical. demand tinggi.. supply masih merangkak nak naik.. kene bantuan milk booster.

red dates + dried longan
pagi2 ni dengan semangat mereneh kurma merah dan longan kering.. bawak bekal pergi office.. moga menjadilah ye..

dulu sebelum kawin, rajin jugak minum air rebusan kurma merah+kurma madu. beli dari kedai sensei.. jiran saya yg ajar.. katanya bagus utk pengaliran darah & utk hal2 perempuan. since saya ni ada tekanan darah rendah, ibu pun berusaha suruh saya minum. bagi saya, ok lah.. kurang sikit pening2.. muka pun xdelah pucat sgt..

bila dah kawin, jarang sgt buat air ni.. ni dah ada masalah stok, baru teringat nak buat balik.. tapi kali ni ganti kurma madu dengan longan kering.

mudah2an mendatangkan hasil.

05 August 2013

cara nak atasi bos dan officemate yang suka perli ibu menyusu ni..





Sekadar sedikit pandangan,

Bos x support breastfeeding.. kawan2 pejabat selalu perli2 bila nampak susu dalam fridge, bila tengok kita selalu 'hilang' pergi mengepam.

bagi saya, xperlu marah ataupun terangkan kat mereka. apa yg lebih penting, kita sendiri kena 'terangkan' melalui tindakan kita. berusahalah sebaik mungkin utk tunjukkan yg bf mom ni x menyusahkan sesiapa.

contoh, kalau boleh, singkatkan waktu mengepam. mcm mana? berusaha beli pump elektrik double pumping. 20 minit, dah siap 2-2 belah. kalau berkemampuan, belilah yg bateri operated. Mcm Medela FS or Ameda. so, kita xdelah pakai sumber elektrik syarikat. kan lebih 'berkat'. tapi kalau xmampu nak adakan yg bateri operated, please.. mintak izin dari bos nak guna sumber elektrik syarikat. sbb kita pumping ni bukan utk syarikat, tapi utk keperluan peribadi. lebih baik mintak izin supaya anak minum susu dari sumber yg berkat.

kalau boleh, jgnlah selalu jadi chipsmore.. kejap ada, kejap takde.. kan menyusahkan rakan sekerja kalau ada perkara2 yg nak bincang, terpaksa tangguh sbb kita hilang pergi pump. mungkin sesetengah ibu xselesa pumping di workplace sendiri. tapi saya redah je.. pakai nursing cover/sweater besar, pump je kat workplace.. sambil pumping masih boleh menaip or baca document. anytime sy sentiasa ada ditempat saya unless keluar meeting je.. sbb sy xnak orang bengang dgn saya kalau saya pumping kat surau. bile orang bengang, xleh nak marah direct, tu yg di perli2 je tu..

again, please ibu2.. bawak cooler bag with icepacks yg dah beku. xperlulah kita simpan susu dalam fridge company kan? kita simpan susu dalam cooler bag je.. just make sure icepacks cukup utk keep our milk cold. bukan ape, some people rasa annoyed bila kene share fridge dgn something yg sangat peribadi mcm breastmilk ni. xsemua orang boleh accept. cuba fikir kalau officemate kita lelaki yg bukak fridge, tgk breast milk beratur kat dlm tu.. satu lagi cara, bawak bekas or tupperware yg xtransparent, simpan susu dalam tu, simpan dalam fridge.again, jgn lupa mintak izin tau.. moga lebih berkat..

kalau kita boleh bagi 100% commitment towards our bf journey, kenapa kita perlu kurangkan commitment kita pada kerja? kan 2-2 pun ibadah?

sorry admin, terpanjang pulak. sekadar pandangan sebagai bf mom yg pump di office tp xsuka staff2 sendiri ambik kesempatan bila jadi bf mom ni utk jadi kurang productive sbb focus pada kerja berkurang & beralih pada aktiviti mengepam je.. saya xnak disebabkan sikap bf mom ni buatkan orang2 sekeliling beranggapan menyusukan anak adalah sesuatu yg menyusahkan semua orang. dan saya xnk orang anggap kita ni terlalu obses dengan susu ibu sampai lupa pada tanggungjawab yg lain.

itu saja.. kalau terkasar bahasa.. saya mintak ampun & maaf.

...............................

status di atas saya posted kat group fb yg saya baru je join  lebih kurang 2 minggu lepas. sblm ni, saya left the group yg lebih kurang sama je theme dia pasal susu ibu ni after being annoyed by some of the status and comments posted dalam group yg pertama saya join tu..

saya bf mom. anak saya minum susu ibu sepenuhnya. tapi saya juga xpernah salahkan or pandang enteng pada ibu2 yg bagi FM. mcm saya cakap sebelum2 ni..



dan saya xberapa nak galakkan bf mom ni jadi obses dengan susu ibu. jadi, Jumaat lepas, saya ambik peluang utk sharekan pendapat saya. dan sekarang, saya sharekan pulak kat sini.
Sabtu lepas, ternampak ada group bagi tip mengepam di pejabat dengan menggunakan point yg sama dengan sedikit gubahan ayat dari status saya yg ini. takpe, sharing is caring..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.