16 December 2009

Pomander Dedaun

inlah dia pomander gubahan sendiri yang dijanjikan tu..tiba2 rasa nak share sedikit ilmu yg tak seberapa ni dgn readers especially bakal pengantin. dulu saya ada letak entri pasal minat terhadap pomander. bila ternampak polystyrene bulat2 ni kat kedai, hah..ape lagi, beli sebijik dgn harga RM1.50 sebijik di Lovely Palace.

Cari manik2 pearl nak jadikan tali & rambu-ramba kan bahagian bawah pomander nanti..sampai rumah, ambik bunga2 ros kecil lebihan utk buat doorgift & cuba tepekkan rapat2 pakai gam UHU sbb kalau gune hot glue mesti polystyrene akan mencair. utk kuatkan lagi, cucuk tengah bunga dgn jarum peniti.


buat half way pasal tiba2 rasa mcm tah pape. nasib beli 1 bijik je polystyrene bulat tu. satu hari, buat lawatan ke KK Deco Mart sbb dapat idea suggested by Noe utk lilit2kan daun2 & bunga2 kat arch nnt sbb Noe tau concept saya mahu ialah garden wedding/english style..*saya cuba sedaya upaya merealisasikannya..tak tau jadi ke tak concept ni nnt since sy sedar utk btl2 ikut concept, guna ongkos yg bertimbun! jadi ada yg main tangkap muat saja asalkan ok & tak pelik*. sampai KK, terus hunting brg2 yg diinginkan iaitu daun lilit2 & bunga..dapat! tapi lagi best bile terpandang bola2 kecil berwarna hijau bergantungan..oohh..pomander dari dedaun kecil!


terus beli & bawa pulang. sampai rumah, kami berbincang & menjalankan kaedah cuba jaya menghias bola daun hijau tu dan hasilnya...taaadaaaa....


 

hahaha..walaupun tak full with flowers, but still..match dgn concept..ok..boleh beli lagi 4 bijik..oh ya, harga sebijik bebola hijau yg togel tanpa bunga & pearls ni ialah RM4.90.
Kira-kira :

Pomander dedaun : RM 4.90 x 5 biji            = RM 24.50
Pearls                   : RM 1.80 x 2 meter        = RM   3.60
Bunga kertas         : *extra dari buat doorgift*
Total                     : RM 28.10

jimat sikit ongkos dari membayar RM125 atau RM 64.50 *pernah survey kat kedai pomander size yg sama, RM25 sebijik dan 1 kedai lagi RM 12.90 sebijik.ini adalah hasil dari survey dibeberapa kedai & merupakan harga termurah yang dijumpai.* utk 5 bijik pomander readymade..kenapa bayar lebih? *tiru iklan*  (^_^)

DeepInsideMyHeart : hopefully after the Majlis, daun lilit2 & pomander buatan ini masih dlm keadaan baik sebab nak simpan and boleh guna bila ada saudara mara nak kawin lagi sekiranya mereka sudi. 

1 comment:

  1. ii darl..i luf ur info..
    kreatif ;)
    nape la i xblh pk cam u ..huhu~
    ble x i ikut u nyer idea?
    i nak wat jugak...huhu~
    nway..hv a great w.Days dear!!
    =)

    ReplyDelete