Pages

27 May 2010

ada pantang ke?

Salam..

just nak share dgn kamu semua, pernah tak kamu dgr ada pantang larang dalam memilih barangan utk dijadikan hantaran?

contoh, saya pernah dgr one of my aunties said Arwah Moyang pantang bagi hadiah/hantaran jam, baju dan frame gambar.. tak kisahlah jam tangan ke, jam dinding ke, jam meja ke.. sebab ia tanda perpisahan.. if pasangan yg bercinta, akan putus di tengah jalan.. yg berkahwin akn separuh jalan..

saya pun pernah bicarakan hal ini dgn my besties.. and ada mengaku lepas je dia bagi sweater kat boyfriend dia, a few months letter, they broke up.. 

for me, i memang tak percayalah dgn pantang tak logik macam ni kan.. what happen to one of my besties tadi just kebetulan je kot..and setelah difikir2, mungkin Arwah Moyang i yg berbangsa Cina ni terpengaruh dgn budaya masyarakat cina.. 

sbb my chinese friend kata jam melambangkan detik waktu kamu bersama. bila dijadikan hadiah, seolah2 kamu menghitung detik2 waktu bersama sebelum perpisahan.

baju pulak, sebab chinese mati mesti pakai baju cantik2..bukan pakai kain kapan macam kita..jadi hadiah/hantaran baju cantik2 mcm 'suruh pergi mati'.

frame pulak..kamu pergi kubur cina..mesti nampak gambar si mati dalam frame kan kat depan kubur?

HAHAHA.. pada saya ini kepercayaan karut tak boleh percaya.. we, as a Muslim, believed in Qada' & Qadar dari Allah..just i want to know if ada sesiapa tak yang ada pantang larang mcm ni..just sharing2 je.. kot2 masyarakat Jawa ke, Minang ke ada kepercayaan tersendiri.. share yek?

=)
DeepInsideMyHeart: Jam tangan dan frame gambar tidak termasuk dalam senarai barang hantaran kahwin mahupun bertunang saya dulu. sebab saya tahu, kerja saya ganas. kang burung patuk jam shining2 kang, calar, mahunye sayu hati ni..
Lain babe..bila dah jadi part of the hantarans, harga RM dah tak penting.. tapi sentimental value tuh, mana nak carik? 

24 May 2010

sponsor? ee..terima kasih je lah!

Salam

Memang banyak duit digunapakai utk majlis kahwin. Kalau yang bernasib baik, lahir dalam keluarga ‘berada’ yang parents sudi sponsor banyak, memanglah best. Lagi2 kalau parents cakap “nak ape lagi?” atau “order je ape nak, nanti mummy bayar” atau “duit cukup tak? Kalau tak, daddy bagi lagi”… Wah! Giteww..

Ada juga yang saudara mara or jiran tetangga taknak ketinggalan nak sponsor itu ini. sebagai tanda turut tumpang gembira diatas kebahagian pengantin. Kalau dulu2 di kawasan kampung, barang2 sponsor terdiri dari beras, gula, bawang.. bahan2 masak. Sebab dulu ada rewang2. Masak gotong royong.

Sekarang dah ramai guna khidmat caterer. Maka, bentuk barangan sponsor turut berubah. Mungkin 1 bekas hantaran, boleh jadi juga doorgift, barangan dekorasi, bunga telur pahar, dessert.. macam2 lah.. seiring dgn itu juga, perancangan majlis perkahwinan turut berubah. Dulu tak kisah pasal tema-tema ni. Janji barang ada & kawin=)

Isunya disini, bagaimana kamu nak pastikan barangan yang di sponsor selari dengan tema & kehendak kamu sebagai pengantin/tuan rumah? Macam malu lah kan nak arah2 orang nak macam ni macam tu.. lagipun 'cantik' adalah subjektif.. cantik pada si penaja tak semestinya cantik pada kamu..kan?

Abah saya selalu kata orang negeri sembilan ni ada budaya 'menanam'. maksudnya kita sponsor orang/anak orang lain kawin, nanti orang tu akan ingat dan balas balik masa kita/anak kita kahwin. biasanya amalan ni dalam kawasan kampung atau saudara mara. masing2 dah faham budaya 'menanam' ni. kita bagi ikhlaslah. bukan harapkan balasan pun. tapi sebab orang melayu ni memang dilahirkan berbudi bahasa dan mengenang budi, biasanya memang berbalaslah.. kata abah saya lah..zaman dulu2 dikampung beliau ada budaya 'menanam' ni..

so, macam mana? kalau ada orang nak sponsor, kamu terima atau tolak?yelah..nak terima, kadang2 takut pulak tak kena dgn 'selera' kita..tapi takkan nak tolak pulak kan? nanti dikata sombong..kalau nak erima, memang takde masalah.. tapi kalau nak tolak, cara bagaimana? 

17 May 2010

wedding list

Salam..

ada yang email saya mintak emailkan wedding list.. secara jujur, saya takde proper wedding list.. semua pun adik saya a.k.a event manager yang buatkan. sebab saya busy DIY brg2 kawin=)

dan lepas kahwin, terus lupa pasal wedding2 list ni.. bila tulis blog, baru teringat manelah wedding list saya.. dalam gambar, ada. hardcopy pun ada..softcopy, takde. pasal adik buat dan save dlm laptop dia.. jadi sekarang beliau dah delete (-_-") jadi saya share gambar je lah ye..

 tulisan ala doktor tu bukan tulisan saya..


walaupun dah buat cantik2, tapi harus dapat approval jugak.. dan bila bakal 'ratu sehari' tak setuju, maka haruslahh buat correction jugak=)

dan meeting juga taknak kat rumah.. mau meeting sambil makan sedap2.. jadi harus diturutkan..takut nanti beliau merajuk, sapa mau handle majlis i?

 
Akhir sekali, beberapa hari sebelum majlis, bila semua dah finalized dgn ahli keluarga, barulah explained kat bakal 'raja sehari' pulak supaya beliau boleh explained pada rombongan beliau.. tentang pukul berapa dtg, senarai merenjis/merestu, kedudukan rumah ERT..macam2lah..

begitulah halnya berkenaan wedding list saya yg dah takde softcopy nya lagi..

14 May 2010

dilemma antara ibubapa

Salam

saya tak tahu berapa ramai yang mengalami dilemma antara kehendak ibubapa dan kehendak diri sendiri dalam merealisasikan majlis perkahwinan sendiri. Yelah kan, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.

majlis perkahwinan adalah merupakan momento paling bersejarah dalam hidup kerana ia menjadi titik permulaan sebuah fasa kehidupan yang baru. seboleh2nya semua bakal2 pengantin inginkan yang terbaik utk diabadikan sebagai kenangan terindah. tapi semuanya pun harus lah mengikut kemampuan diri sendiri dan keluarga. kemampuan bukan sahaja diukur dari wang ringgit, tapi juga dari segi masa dan tenaga yang ada.

pernah seorang rakan mengadu. beliau dan bakal suami ingin mengadakan majlis serentak. semuanya adalah atas alasan kewangan. memang diakui majlis serentak boleh menjimatkan wang & kita juga boleh besarkan sikit budget dalam hal2 seperti baju, pelamin, kek dan doorgift. sebab tak payah buat 2 kali. dan juga sebab beliau kekurangan orang2 yang boleh diharapkan untuk merancang dua buah majlis. tapi, kedua ibubapa menolak utk mengadakan majlis serentak. dan ini menimbulkan dilemma pada beliau. haruslah bekerja keras menambah budget yang ada.

pernah juga seorang rakan ibu saya mengadu tentang dilemma yang beliau hadapi dengan anak perempuannya yang ingin berkahwin di dewan. hajat beliau ingin mengahwinkan anak di rumah seperti yang dilakukan pada anak beliau yang sulung. Menurut beliau, sebagai ibubapa seboleh2nya mereka ingin berlaku adil terhadap semua anak2. Beliau turut memikirkan ketiadaan tenaga kerja utk berulang alik dari rumah ke dewan memandangkan semua anak2 beliau adalah perempuan dgn yang sulung sedang sarat mengandung. Suami beliau pula dalam ketiadaan ‘mood’ utk bersuka ria sangat dgn majlis kahwin kerana masih bersedih atas kematian bonda tercinta.

Akhirnya, terpaksalah mengadakan majlis dirumah selepas akad nikah di masjid dan didewan utk majlis persandingan. adil. memuaskan hati kedua-dua pihak. si anak dan si ibubapa. Dan beberapa minggu selepas majlis, beliau mengadu lagi. lauk banyak tak habis. Sebab selepas selesai akad nikah di masjid, ramai tetamu terus pulang. Tidak datang ke rumah utk makan. padahal dah siap pacak khemah utk tetamu makan. Begitu juga di dewan kerana majlis diadakan pada hari ahad sewaktu bukan musim cuti sekolah *dewan tersebut fully booked during school holidays*. dan penatnya adalah double triple.

Alhamdulillah, mengikut pengalaman saya, kehendak saya dan keluarga terutama ibubapa tidak banyak berbeza. kami sepakat dalam kebanyakkan perkara. mungkin sebab keluarga besar saya *terutama adik beradik sebelah abah saya* selalu bekerjasama dalam menjayakan sesebuah majlis perkahwinan sehinggakan masing2 sudah faham tugas dan peranan masing2. memandangkan ramai sepupu saya telah berkahwin, maka kami tidak mempunyai banyak masalah dalam hal2 perancangan. sebabnya masing2 dah ada pengalaman & habit mengadakan sesi 'post moterm' setiap kali selepas majlis selesai, banyak membantu. masing2 dah tahu 'flow' dan dah ada gambaran tentang majlis. tapi tetap jugak wujud perasaan 'cuak' sebab saya merupakan anak sulung. ibu dan abah takde pengalaman mengahwinkan anak lagi=) 

kamu, bagaimana? ada dilemma? macam mana kamu tangani masalah begini?

11 May 2010

petua badan bau wangi

Salam

Untuk menjadi ‘ratu sehari’ semestinya kita tak lari dari memikirkan cara2 dan amalan2 untuk menampakkan diri kita jelita & anggun pada tahap maksima. Selalunya aspek berat badan dan bentuk badan yg paling merisaukan selain kehalusan & kemulusan kulit muka. Maka tak hairan kalau spa-spa & pusat kecantikkan sekarang ni menawarkan pakej khas utk bakal ratu sehari.

Tapi jgn sampai mengabaikan aspek bau-bauan. Ada yg membeli perfume khas utk dipakai pada hari bersejarah ini. Maklumlah, nnt ramai peminat2 nak salam2 peluk cium ucap tahniah *sesame jantina lah*

Disini saya nak share tips/petua menghilangkan bau badan semulajadi yang saya amalkan sejak zaman remaja lebih tepat lagi sebelum akil baligh =) kadang2 bau badan ni boleh mengalahkan bau perfume paling mahal didunia. Yelah, bila dah berpeluh2 ditambah dgn bau perfume, mmg bau dia dah tak wangi macam perfume tu.. lagi teruk, adalah.

Amalkan mandi dengan air perahan limau kasturi. Perahkan beberapa biji limau dalam air mandian. Mulakan dengan selawat 3 kali. Kemudian gosok2lah seluruh bahagian badan. Paling penting, gosok ketiak dgn kepala lutut. Macam mana caranya? Sila fikir sendiri mcm mana nak buatkan ketiak dapat digosok oleh kepala lutut sendiri ya.. ini adalah petua utk membuatkan badan bau harum dan menghilangkan bau badan.

Hampas2 limau kasturi tadi jgn dibuang. Sebaliknya gosok/tenyehkan pada muka & kulit kepala. Khasiatnya utk jadikan kulit muka licin tanpa jerawat dan hilangkan kelemumur dikulit kepala. Selain itu, kepala akan rasa ‘ringan’ dan ‘sejuk’ je.. yelah, dekat2 nak kawin, memang tension dan selalu je sakit2 kepala kan?

 Kalau rajin, buatlah 3 kali seminggu. Paling2 malas pun, seminggu sekali.

InsyaAllah.. berkesan. Petua ini diajarkan oleh ibu dan abah saya. 

05 May 2010

doorgift makanan

Salam..

Susulan dari entri yang lepas mengenai tips memilih doorgift/ wedding favor, jadi kali ini kita tengok pulak ape barang2 yang berpotensi utk dijadikan doorgift.. sekali lagi, ini hanyalah pandangan/cadangan dan pendapat saya yang bukanlah pakar.. tapi just nak berkongsi idea saja..

Makanan..

Jika kamu memilih makanan sebagai doorgift, haruslah memilih jenis makanan yang tahan lama & boleh dimakan oleh semua lapisan umur. Contoh disini:

1. Kurma (Dates)
- Saya rasa memberi kurma sebagai doorgift sangat cool!!..idea ini timbul masa bulan Ramadhan beberapa tahun lepas.. I berbuka puasa dgn my colleagues & boss yg memangnyelah bukan melayu & Islam tapi sangat2lah suka makan kurma.. jadi, kurma adalah makanan yg dimakan oleh semua orang..selain dari sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

2. Kismis/Raisin
Sama seperti kurma. Sangat cool! Lebih2 lagi jika dipacking dalam botol mini/ mini jar.. ala mcm botol jem mini tu.

3. Jem
Jem perisa buah-buahan sgtlah berguna.. mungkin kamu boleh mengukir nama kamu di botol tersebut. Sekurang2nya lepas jem habis dimakan, botol jem yg terukir nama kamu & pasangan, masih boleh disimpan dgn baik.

4. Bahulu
Ini memang ramai dah buat. Sgt classic tradisional. Senang juga nak cari vendors for kuih bahulu ni. Feedback yg biasa saya dapat bila hadiri majlis kahwin yg bg doorgift ini, mmg baik terutama dikalangan makcik2. Ada seorang makcik yg merupakan jiran saya, cdgkan kat ibu saya utk bg doorgift bahulu yg besar tu sebab beliau suka bahulu celup kopi panas=)

5. Telur
Semestinya dah menjadi tradisi majlis kahwin bersama telur rebus. Tak kisahlah telur rebus biasa atau telur pindang atau telur asin atau telur burung puyuh.

6. Muffin
Berbanding dgn kek, muffin lebih tahan lama. Tak mudah lapuk. Tapi harus pastikan muffin yang ditempah/dibeli itu betul2 muffin yg dimasak cantik. Cukup semua bahan. Sebab saya pernah dapat muffin yg separuh je dari cup dia. Maksudnya muffin tersebut mentat (tak cukup ‘kembang’)

7. Tart
Tak kisahlah egg tart ke, cheese tart ke..sedap jugak..selain comel..

8. Acar buah
kalau ikut resepi acar buah warisan keluarga saya, acar buah kami boleh disimpan lama. malahan makin lama disimpan, makn sedap sebab semua bahan2 bercampur sebati. makngah saya pernah bagi acar buah sebagai doorgift. acar buah ini sedap dimakan bersama nasi. mcm sambal belacan lah..

9. dodol/ wajik
dodol sekarang dah macam2 perisa. ada perisa kelapa, ada perisa durian..dah pelbagai. packing juga cantik2 & comel2.. ok jugaklah kan.. 

Itu jelah yg dpt dikongsi bersama.

Tiba2 saya terfikir. Sesiapa yg jadi ejen MLM tu, kot2lah nak promote produk sendiri, boleh jugak kan? Bagi seorang sepaket 3 in 1 kopi ke, minuman koko ke, minuman penambah tenaga ke.. apape jelah produk kamu jual tu.. selain meningkatkan jualan *sebab beli byk utk wedding sendiri*, kot2lah ada tetamu suka dgn minuman 3 in 1 tu, hah, terus jadi ahli.. bertambah2lah downline kamu..ye dok?=) kalau takde pun, anggaplah kamu buat ‘branding’ only=)

03 May 2010

lari topik

Salam

Let’s change our topic for today. No wedding thingy. Ala.. Sekali sekala kita alih topic yea..

Sekarang dah masuk May. Ada Hari Ibu dan Hari Guru. Of course bila dah lama tinggalkan sekolah, dah lama jugaklah tak membeli hadiah sempena Hari Guru.

Kamu bagi apa ya pada ibu kamu sempena Hari Ibu?

DeepInsideMyHeart : macam dah terfikir2 nak suruh anak sendiri panggil ‘IBU’ instead of ‘MAK’ or ‘MAMA’ or ‘MUMMY’ or ‘UMI’.. hanya kerana ada Hari Ibu not Hari Mak or Hari Mama or Hari Mummy..HaHa..boleh tak?padahal sama je..=)

Paling penting, belum pregnant lagi dah TERfikir panggilan ape..just terfikir masa taip post ni 
(^-^).. 

sape2 yang dah TERada baby tu, please jaga elok2..jgnlah buang2..cian baby tu..dahlah tak berdosa..