Pages

29 November 2011

Centerpiece

Salam

Sedang mencari idea untuk centerpiece. rasanya mcm nak guna pasu kaca. nampak smart dan kemas je.

macam ni. centerpiece yang simple.  

tapi.. mungkin akan guna pasu buluh DIY macam yg saya guna masa wedding saya dulu. tapi pasu buluh yg saya pakai masa wedding semua dah bagi kat saudara mara yg datang menolong sampai habis majlis. just ada lagi 50+ pasu extra yg belum pakai, saya simpan. suami buat extra masa kami nak kawin dulu.

jadi kalau nak pakai balik pasu buluh ni, saya rasa agak menepati tema sikit. lebih kemelayuan kan? tapi, saya haruslah fikir gubahan dan jenis bunga utk dihiaskan dalam pasu buluh tersebut. jom, mintak tolong google image bagi inspirasi..

ermm.. gubahan bunga melintang macam ni pun bagus juga.. asyik nampak bunga diletak dalam pasu secara menegak pun, bosan jugak, kan?

pakai botol minuman pun ok juga. nampak lebih vintage gitu!

atau just gunakan fluffy fluffy si bunga tisu & gubah macam ni je.. buatkan 1 kuntum besar macam ni..

atau beberapa kuntum bunga tisu dalam 1 bekas pasu macam gambar diatas pun ok juga..

tapi, hati saya sudah jatuh cinta pada bunga tullip tersebut! Auww..

25 November 2011

Cara buat bunga tisu

Salam

Sebenarnya idea utk menggunakan bunga tisu datang dari tahun lepas. masa tu kami suami isteri sedang jalan2 di Wangsa Walk & ternampak ada 1 booth kecil ajar buat bunga tisu secara percuma. apa lagi, cepat2 pergi menempekkan diri & belajar. best sbb dia ajar kita seorang demi seorang & PERCUMA!=)

Jadi sekarang, saya ada perancangan utk mengaplikasikan ilmu yg saya dapat secara percuma ini. nanti bila plan ini berjaya direalisasikan, InsyaAllah tahun depan, saya akan kongsikan bersama hasil akhirnya.


Shomel tak?=P
gambar ehsan Mr. Google

tu sajalah perkongsian utk kali ini. jangan lupa pergi search kat YouTube, berlambak video ajar buat bunga ni. baru perasan. Ingatkan nak buatkan tutorial.. xyahlah ye..hehehe=)

22 November 2011

bunga telur yg trendy utk 2012

Ingat tak saya pernah bagi tahu kami sedang bereksperimentasi dengan bunga DIY utk majlis adik? ok, klik sini utk entri yg lalu.

Actually pada waktu itu saya dah pilih 1 jenis bunga yg amat berkenan dihati. teruslah kene buat demo kat adik pasal dia yg nak kawin kan? dia setuju or lebih tepat lagi dia xkisah apa jenis bunga pun janji cantik. lepas dia setuju, kami, semestinyalah saya & ibu pergi terjah kedai beli bahan utk bunga tersebut. ingatkan susah nak cari bahan, sekali masuk kedai, oh mak ai, berlambak ok bunga pilihan hati!. orang kedai tu siap bagitau sekarang ni tengah trend bunga ni. bunga utk 2012..

presenting.. bunga 2012..

Fluffy fluffy si BUNGA TISU !

Iya! bunga utk majlis adik yg kami rancang ialah bunga tisu. dah complete beli bahan2 utk DIY kan bunga ni.. walaupun majlis adik tahun depan, tapi kami kene bersiap lebih awal. maklumlah kata banyak benda nak DIY.. ni adik dah tuntut nak kad kawin DIY.. siapa nak designkan ni? Albert, pleaseeeee....=)

kami dah start buat persiapan. tapi yg paling utama kene siapkan utk majlis pertunangan dulu. nasib baik kami di pihak lelaki.. just sediakan hantaran je.. idea utk deko hantaran bertunang nanti, idea ibu saya.. saya just tolong je mana yg patut. nnt dah nak dekat siap deko hantaran tu, saya kongsikan bersama ye utk tatapan bakal2 pengantin yg sedang mencari idea.

16 November 2011

Crabtree X'mas Sale! cepat pergi beli utk jadikan hantaran..

Hi..

Sekarang sudah masuk musim orang kawin..
Alhamdulillah..


Nah, saya sharekan disini bahawa Crabtree & Evelyn sedang mengadakan promosi utk X'mas.
bagi saya agak berbaloi utk melengkapkan keperluan barang perkahwinan ketika sedang berlangsung promosi macam ni sebab boleh jimat dengan diskaun2 yg diberikan.

=)

03 November 2011

warna berani!

Hey Ladies!


Ibu tanya :
"tak boleh ke color lembut sikit?"

Anak jawab :
"ala.. buat color terang sikit.. nnt anak yg lain, lembut balik ye"