Pages

25 July 2014

pesanan yang agak cliche.. tapi bacalah sampai habis dulu..

Kedatangan Syawal kali ini, memang direntetkan dengan pengajaran & pengalaman yang berharga.

First time buat business online, Rak Bonda Collection. Alhamdulillah.
dalam berniaga ni, rugi itu pasti. tapi untung tidak mustahil.
terima kasih kepada semua customer Rak Bonda Collection.
Rasanya by this time semua dah dapat cadar patchwork. dah boleh tidur lena ya..

Lepas je register SSM, saya pregnant. mungkin mood teruja dengan Rak Bonda tu. hihihi.. masa dapat tahu pregnantkan Ziyad dulu pun, mmg saya tengah teruja dengan rumah AG & majlis adik saya. so,bila happy, no stress, ia macam stimulate hormon saya utk balance & senang conceive. semestinya rezeki dari Allah, kan?

bila pregnant, sy slow down sikit dgn Rak Bonda. kalau ikutkan byk plan nak buat. lagi2 Ramadhan just around the corner. nak all-out kononnya. tapi, Allah cepat2 sedarkan saya bahawa bila-bila masa Dia bagi rezeki, bila2 masa juga Dia boleh tarik. Alhamdulillah atas peringatan itu. tanda Allah masih syg pada hambaNya yg lemah ini. dan diberi pengalaman D&C.

"abang, ct tak tahu nak cakap macam mana. tapi ct syukur sangat sebab Allah bagi ct rasa kesusahan nak pregnant so that ct kenal apa itu TTC.. lepas tu Dia bagi pengalaman mengandung.. pengalaman induce.. sekarang ni, pengalaman D&C.. my motherhood journey is so colorful" - ini yg saya luahkan pada husband waktu perjalanan balik dari hospital lepas D&C.

Atas sebab inilah, saya kongsikan cerita & pengalaman ini dalam blog ini. dengan niat, mudah2an sedikit sebanyak dapat membantu pasangan suami isteri diluar sana. Saya tulis blog utk berkongsi ilmu yg sedikit ini. Maka saya menulis bukan pada waktu bahagia saja, tapi waktu berduka juga. asalkan bila saya rasa apa yg saya lalui itu dapat sesuatu pengajaran atau ilmu, maka saya kongsikan. 

Dari zaman perancangan nak kawin dulu, sampailah dah beranak ni. semuanya melalui pengalaman saya sendiri. suka atau duka. asalkan sy rasa ada sesuatu yg boleh dimanfaatkan, saya tulis.

Semua penulis akan mati, hanya karyanya akan terus abadi. Maka, tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan kamu di akhirat nanti -Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Dan saya berharap sangat, selama saya menulis ini, nawaitu saya tidak menyimpang. tapi, penulisan, tetap penulisan dan setiap pembaca mempunyai intonasi yg berbeza bila membaca sesuatu ayat. dan sebagai hambaNya yg lemah, saya tidak lari dari melakukan kesalahan.

dengan ini, saya memohon maaf, andai sepanjang penulisan saya di blog ini, ada ayat2 saya yg berintonasi mengguriskan hati sesiapa saja yg membacanya, saya mohon ribuan kemaafan.

Maaf Zahir & Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

23 July 2014

Rumah 350 : Jom berkemas raya!

Tinggalkan dulu hal berpantang & jamu..hihihi..

jom cerita raya!


Inilah anak bertuah yang paling rajin berkemas tanpa kenal erti penat..

Raya yang tak sempat nak buat persediaan.

Since sejak awal puasa saya dah tak boleh bergerak ke mana2 melainkan berbaring di katil & berpantang, jadi persiapan raya mmg takde. nasib baik baju melayu Ziyad saya dah sediakan awal2 sbb memang niat takmo berjalan time Ramadhan lagi2 time tu dah tahu pregnant. sekali, Allah makbulkan niat, xleh berjalan langsung time Ramadhan. Allahu Akbar! Allah Maha Mengetahui segalanya.

Baju melayu husband guna balik baju Melayu masa adik saya bertunang dulu. orang lelaki, baju melayu tak perlu tempah setiap tahun, rasanya. Kot ada jgk suami2 yg tiap2 tahun tempah baju melayu baru? ada?

Baju saya pulak, mmg awal2 dah sediakan jubah sebagai langkah selamat sebab tak tahu perut mengandung akan sebesar apa masa raya. sekali, ramping balik rupanya. jadi, pakai jelah jubah yg disediakan tu. Jubah yg keluarga saya beli di Madinah.

Kuih raya? xde pun. mungkin beli je kot kerepek2 since sepanjang puasa ni saya memang melepek je.

Rumah. Kami beraya di kampung husband tahun ni. dan rumah AG memang tak 'bersentuh' lagi. mungkin lepas raya ni kita buat sikit make over sebab tahun depan giliran raya rumah family saya & cadangannya nak berkumpul di rumah AG.

untuk pengetahuan, dah setahun lebih arwah abah meninggal & ibu saya masih tak sanggup nak jejak kaki ke rumah AG sebab few days before arwah meninggal, arwah ada ajak ibu pergi rumah AG & overnite. tapi tak terlaksana. begitu jugak dengan kampung husband. awal2 ibu dah cakap dia tak sanggup lagi nak jejak ke sana sebab arwah abah saya teringin sangat nak datang menghadiri majlis akad nikah bapak mertua saya, tapi tak kesampaian jugak. inilah 2 tempat yg masih 'pantang' bagi ibu. hopefully, by next year, ibu dah ada kekuatan utk ke AG.

Jadi, tahun ni kami akan bertapa di KL saja. rumah 350. last week, husband cat rumah 350. walaupun rumah sewa, tapi haruslah kita jaga & belai dengan baik kan? macam kita selalu harapkan agar penyewa tak jahanamkan rumah yg kita bagi orang sewa, macam tulah harapan tuan rumah kita.

Dinding rumah ni masih elok lagi sebenarnya. walaupun Ziyad dalam fasa suka pen & akan conteng2 apa saja termasuk diri dia sendiri (-_-"), alhamdulillah, we managed to train him not to conteng or buat sebarang vandalism terhadap dinding rumah! thanks to ibu saya jugak yg banyak ajar & train Ziyad utk lebih behave.

walaupun bersih dari contengan, tapi dinding ni dah nampak tompok2 kuning. mungkin kah cat lama tu dah berkulat atau chemical reaction of the paintings after some times? tak tahulah. jadi, kami cat kan saja. moga2 bila sampai masa kami dah tak sewa rumah 350 ni, tuan rumah akan berpuas hati dengan jagaan rumah ni. sedihkan, bila penyewa pindah keluar, tinggalkan dinding penuh berconteng & bertebuk? kalau boleh, tolonglah cat balik dinding tu. bukan mahal pun cat. yg mana dah bertebuk2 tu, tampal je dengan plaster simen. bila kita buat orang happy, insyaAllah, orang lain juga akan buat kita happy. cmtu la..


Inilah tompok2 kuning tu.. macam kertas yg dah lama akan ada kesan kuning, dinding ni pun cmtu..

frankly, we didnt expect ramai tetamu akan datang during this raya since we will organise Majlis Tahlil & Aqiqah at Felda Villa pertengahan Syawal nanti. ramai saudara mara terdekat dah dijemput ke majlis tu. but, still, kalau ada lagi tetamu nak datang rumah, we are more than happy.


the outcome.. baby blue..

dinding dah bersih di cat. tinggal nak menyusun & menyorokkan 'harta karun'. hihihi..



Dapur pun husbnad cat. perasan tak color tu? yup! lebihan cat dari bilik Ziyad.. hihihi.. jgn membazir and kebetulan dapur tu mmg nak buat tema biru hijau..

itu je lah persediaan raya. tak menarik kan?

22 July 2014

Lepas cuci rahim, perlu ke berpantang?

Sebenarnya, saya bukan dalam kategori keguguran. sebabnya kandungan tak gugur pun. rahim membesar sesuai dengan usia kandungan 11-12 minggu, hanya janin saja yg takda. bila dah janin takde, mestilah xde degup jantung semua. keadaan ni dipanggal blighted ovum atau bahasa makcik2, kandungan kosong. kalau ikut kepercayaan nenek-nenek dulu, janin di'culik' bunian. tapi kita ni sejak dari sekolah menengah sampai masuk universiti belajar biology, mestilah kata mengarut, kan? yup, mmg mengarut sebab secara saintifiknya, sperma memang dah berjaya senyawakan ovum cuma semasa pembahagian sel, berlaku kelainan samada pada proses pembahagian sel atau kerosakan kromosom secara genetik. wah, gitew kelas biology kita hari ini.

jadi, bila janin takda, maka tak perlulah nak biarkan rahim semakin membesar dengan kantung kosong sbb lama kelamaan, boleh bahayakan diri sendiri. sebab itulah, saya buat D&C.

"Nurse, after this, do i need to pantang?"

"eh, mesti! pantang macam orang bersalin jugak tau"

"oh, saya confused sbb ramai orang kata takyah pantang" (bukan orang kata, tapi baca kat internet, blog2 semua..hihihi)

"ooo... boleh je takmo pantang. tapi nanti dah tua, you sakit2 urat je lah"

nurse senyum & terus pergi. Saiko. sampai sekarang saya ingat & kejadian ini yg buat saya kembali semangat tiap kali rasa malas nak pakai bengkung, malas nak bertungku, pendek kata, malas nak berpantang, datang.

seriously, kadang2 lupa yg rahim kita ni tak sihat. besi2 dah godek2 rahim kita masa kita pengsan. sebab tak rasa sakit, tak kena jahit. tu yg selalu lupa diri.

oklah, saya berpantang dengan bersungguh kali ni berbanding masa beranakkan Ziyad dulu. mungkin pantang sorang diri, xde anak kecik nak jaga, nak susukan semua.Ziyad pulak tiap pagi husband hantar rumah ibu sebelum g kerja & tinggal saya sorang diri kat rumah belai diri. bertungku, berbengkung, mandi minyak, mandi herba, makan jamu dengan jayanya tanpa risau sebab mmg takde baby menyusu.

Mandi Herba

reneh dengan api kecil supaya khasiat2 herba dapat dikeluarkan.

Warna air mandian semakin pudar dari hari ke hari.. masa utk tukar uncang baru.

Mestilah mandi air suam. Since kat rumah 350 ni takde water heater, jadi saya masak air pakai cerek elektrik. biasanya 2 kali masak. 1st masak, masuk dalam baldi & campurkan air biasa. jadi suam2 je utk mandi. tambah dengan air rebusan uncang mandian herba ni. uncang ni, saya reneh dalam periuk kaca sbb syg cerek elektrik takut melekat bau herba. ikutkan hati, nak je masak dalam cerek skali.

uncang ni boleh pakai 3-4 kali mandian. makin lama warna herba makin hilang, maksudnya dah bolehlah ganti uncang baru.

Mandi minyak

Sapu minyak panas ke seluruh badan. biasanya lepas mandi dengan air suam, liang2 roma akan terbuka. jadi elok sapu minyak supaya meresap masuk. saya pakai minyak herbanika dari NR. memang suam je badan. memula saya akan sapu pada kaki pastu pakai stokin. lepas tu baru sapu kat badan, tangan, semua..

Berbengkung

Dalam pantang ni, bengkung kenelah ada 2-3 helai sbb seelok-eloknya pakai 24 jam kecuali waktu mandi je la. masa beranak ziyad dulu, saya paling culas pakai bengkung. lagi2 berat badan kurang dari sebelum mengandung, lagilah kembang hidungkan? kengkonon dah kurus lebih dari target asal. takmo lah berbengkung. leceh kononnya. akibatnya, lepas 2-3 bulan beranak, perut yg hampir six pack, kembali buncit. lagi2 lepas habis pantang minum ais. makin menjadi2.. so, sekarang saya insaf! in fact saya beli lagi bengkung baru sbb bengkung sentiasa.

awal2 tu, saya pakai krim herbanika barut & tuangkan setitik 2 minyak herbanika. sapu kat perut, pinggul, dan belakang pinggang. balut dengan kain lampin tak pakai, lepas tu baru ikat bengkung dari bawah ke atas ya! ni mak bidan masa ziyad yg ajar. kalau dari atas ke bawah, nanti peranakkan boleh tertekan turun kebawah. tak pasal2 nanti kene sengkak balik. azab sakit kene sengkak, ok!

reason lapik dulu dengan kain lampin before berbengkung, sbb taknak bengkung kotor. at least, kita just perlu tukar kain lampin yg baru je. bengkung boleh tukar hari2 seelok2nya atau 2 hari sekali. dalam pantang elok berpeluh supaya badan sihat. jadi, mmg bengkung kene basuh selalu & itulah sbbnya bengkung kene lebih dari sehelai.

selain dari sapu krim ni, saya juga amalkan petua turun temurun. sapu dengan campuran kapur makan & air limau nipis. Alhamdulillah, kulit saya xde alahan dengan bahan ni sbb kalau ikut ibu saya, mmg dia xleh.. kulit jadi gatal and ada sesetengah orang, kulit hitam mcm terbakar.

Bertungku


Ini boleh buat awal pagi sebelum mandi. tanggalkan bengkung & bertungkulah. bertungku pun kene cara yg betul. saya pun sbb mak bidan Ziyad yg ajar. sebelum tu, ibu pun ada ajar. kene ingat jgn tungku tengah perut. tungku di keliling bahagian bawah perut dgn cara menolak ke atas. alasan masih sama, takmo peranakkan jatuh. so, rutin saya, bangun pagi, bakar batu tungku. saya pakai batu sungai. bakar atas dapur dengan api kecik so panas batu tu akan tahan lebih lama berbanding panaskan dengan api besar. batu sungai saya xdelah besar sangat. kalau besar2, berat, pun xelok utk peranakkan. lebih bagus kalau ada daun mengkudu. letakkan batu aas daun mengkudu baru balut dengan kain. daun mengkudu ni bantu buang angin dalam badan. kali ni saya xpakai sbb xde daun mengkudu. time ziyad dulu, mak bidan bagi serimbun!.

kiranya, bangun -->bertungku -->mandi herba -->mandi minyak --> berbengkung --> baru boleh makan!

bertungku boleh buat pagi & petang. kalau rajin, malam. 3kali sehari. bagus keluarkan darah kotor.
Makan

Macam biasalah lauk orang pantangkan. husband cuti 2 hari lps D&C tu. so, awal2 tu mmg dia yg masak & buatkan semua termasuk jaga Ziyad. pastu bila dia kerja, dia dah siapkan bersihkan ikan semua. senang utk saya masak masa dia kerja.

 

Saya guna khidmat ibu & pakcik goggle utk tgk apa yg boleh & tak boleh makan. dalam pantang, masih amalkan susu kambing. Shaker dah tukar baru! Shaker lama susu asyik terkeluar time goncang. pastu susah nak bukak.. last2 beli shaker tupperware. puas hati! kalau nak, saya ada jual..hihihi.. whats app je 019 2567011..menyempat lagikan nak iklan?

next entri saya cerita pasal jamu & supplement masa pantang ni. kali ini lebih bebas pasal jamu sbb xsusukan baby.

18 July 2014

Ramadhan : Dilation & curettage (D&C) atau cuci rahim

Sebenarnya, saya sangat berdebar2 untuk jalani D&C. start google cari info masa bedrest seminggu tu. ada yang kata tak sakit sebab tak sedar apapa. tapi ada yg kata sakit contraction macam nak bersalin.

Memandangkan saya dah ada experience bersalin, jadi saya ingin kongsikan pengalaman D&C atau cuci rahim pulak. rentetan cerita macam mana & kenapa kena cuci rahim, boleh rujuk entri sebelum ni. kalau flashback lagi sekali, panjang berjela pulak entri ni.

hari Selasa tu, start pukul 5 pagi saya dah start berpuasa. Bulan Ramadhan kan, kira lepas sahur dengan suami, saya berpuasalah tapi bukan niat puasa Ramadhan, tapi puasa sebab nak bius utk D&C tu.. syaratnya kene puasa at least 6 jam sebelum D&C. D&C saya dijadualkan pukul 12 tengahari.

InsyaAllah, ada rezeki yang lebih baik selepas ini.
pagi tu sebelum pukul 8 dah sampai hospital. masuk day care saja sebab petang nanti dah boleh balik rumah. lepas register semua, nurse masukkan ubat untuk induce bagi pintu rahim terbuka dan 'lembut'. macam masa lahirkan ziyad dulu pun saya kene induce jugak. lps masuk ubat xboleh bangun or pergi toilet sebab takut ubat jatuh & tak berkesan. dalam pukul 9.30pagi macam tu, saya dah terasa mild contraction. kemudian Dr. Sudha datang utk check. tak lama lepas tu, anaesthetist datang untuk explain procedure dan ambik tandatangan kebenaran.

contraction. memang ada. tapi tak sehebat contraction masa kita betul2 bersalin ada baby kat dalam perut. mungkin waktu bersalin tu, berganda2 sakitnya sebab surges dari baby jugak. jadi, bila dah lalui sendiri baru tahu yg contraction utk D&C ni tak sama macam contraction bersalin. saya agak nervous pada mulanya sebab ada terbaca kat mana tah, katanya contraction sama mcm nak beranak. huhuhu...rupanya, bagi saya tak sama pun. contraction nak beranak, MAHA hebat, ok..

11.30pagi, dah siap2 untuk ke Operation Theatre (OT), sekali lagi jumpa anaesthetist yang sama, Dr. Zuraina. Dr. Zuraina siap2kan pakai drip, masukkan ubat bius/tahan sakit sementara ada 5 lagi nurse yg lain tengah sibuk2 setting alatan pada badan. kemudian, saya nampak Dr. Sudha. Dr. Sudha usap lengan saya & cakap "everything will be fine, dear.. keep praying". walaupun berlainan agama, tapi setiap agama pun ada Tuhan untuk bergantung harap,kan?

the best part yg rasa touching sangat masa Dr. Zuraina bagitau,

"saya nak masukkan ubat tahan sakit ni ye.. baca bismillah & mengucap syahadah"..

seriously, masa ni tersedar, i cant take this for granted. buatnya lepas kene bius, terus tak sedar2 langsung, cmne? sebab sebelum ni, bila dapat tahu perlu buat D&C, saya nervous sgt. tapi selalu pujuk diri "alah, cuci rahim je pun.. minor operation".. lagi2 bila baca dan dengar pengalaman orang lain, rata2 cakap "alah, cuci je.. takde pape. tak sedar..tak sakit pun". tapi bila Dr. Zuraina suruh mengucap tu, saya sedar, anything can happen & saya imagine the worst it can be.. sedangkan doktor yg hari2 dok bius orang tu pun masih serious dengan D&C ini. inikan pulak saya yg baru 1st time jalani operation.

lepas tu nurse suruh sedut gas. "ini gas oksigen ye, sedut dalam2".. rasanya 2 atau 3 kali sedut kot, saya pengsan.

Tau2 je, Dr. Zuraina kejutkan suruh bangun. semua orang hilang. tinggal seorang nurse je dekat sisi saya.

"dah siap ke nurse?"

"dah"

"dah? pukul berapa sekarang?"

"1"

lepas tu saya mintak nak tengok 'hasil' cuci tu. nurse tunjukkan. memang hancur. bukan berketul ke ape. tak lama lepas tu, saya dibawak balik ke wad day care. husband memang menunggu temankan dari pagi. kalau bersalin, bolehlah husband teman sampai labor room. tapi untuk D&C ni tak bolehlah masuk OT.

rehat & nurse suruh tido. tapi saya takleh tidur pun.tak lama lepas tu, Dr. Sudha datang melawat. dia bagitau yg rahim saya mengembang besar sejajar dengan usia kandungan nak masuk 12minggu. bila dengar ni, makanya, saya tahu, saya patut berpantang utk kecutkan balik rahim.

"your rahim besar ye. match dengan 11-12weeks."

"got baby tak doktor?" kalau ada betul ada pun, mmg dah tahu tak dapat diselamatkan. tapi tah kenapa spontan pergi tanya lagi.

Dr. Sudha hanya gelengkan kepala saja. lepas dah discuss pasal MC, next appointment semua, Dr. Sudha bagi discharge tapi perlu kebenaran dari Dr. Zuraina pulak. kemudian, nurse kata kalau dah tak rasa pening, dia akan orderkan makan. boleh makan & tengok muntah ke tak. kalau tak, boleh tukar baju & kencing. mesti kene kencing, baru boleh balik. hahaha..

lepas dah makan & tukar baju semua, bagitau nurse saya nak discharge. Dr. Zuraina datang utk check & bagi kebenaran utk balik. tapi stil tak boleh buat kerja berat & tak boleh memasak utk hari tu sebab kesan ubat bius akan hilang selepas 24jam. takut tgh masak, tiba2 pitam or pening, bahaya.

Alhamdulillah, sampai rumah pukul 5ptg. dan bermulalah episod cuti rehat selama 2 minggu..

macam tulah pengalaman saya Ramadhan kali ini.

#PrayforGaza
#PrayforMH370
#PrayforMH17
#PrayforSabah