25 July 2014

pesanan yang agak cliche.. tapi bacalah sampai habis dulu..

Kedatangan Syawal kali ini, memang direntetkan dengan pengajaran & pengalaman yang berharga.

First time buat business online, Rak Bonda Collection. Alhamdulillah.
dalam berniaga ni, rugi itu pasti. tapi untung tidak mustahil.
terima kasih kepada semua customer Rak Bonda Collection.
Rasanya by this time semua dah dapat cadar patchwork. dah boleh tidur lena ya..

Lepas je register SSM, saya pregnant. mungkin mood teruja dengan Rak Bonda tu. hihihi.. masa dapat tahu pregnantkan Ziyad dulu pun, mmg saya tengah teruja dengan rumah AG & majlis adik saya. so,bila happy, no stress, ia macam stimulate hormon saya utk balance & senang conceive. semestinya rezeki dari Allah, kan?

bila pregnant, sy slow down sikit dgn Rak Bonda. kalau ikutkan byk plan nak buat. lagi2 Ramadhan just around the corner. nak all-out kononnya. tapi, Allah cepat2 sedarkan saya bahawa bila-bila masa Dia bagi rezeki, bila2 masa juga Dia boleh tarik. Alhamdulillah atas peringatan itu. tanda Allah masih syg pada hambaNya yg lemah ini. dan diberi pengalaman D&C.

"abang, ct tak tahu nak cakap macam mana. tapi ct syukur sangat sebab Allah bagi ct rasa kesusahan nak pregnant so that ct kenal apa itu TTC.. lepas tu Dia bagi pengalaman mengandung.. pengalaman induce.. sekarang ni, pengalaman D&C.. my motherhood journey is so colorful" - ini yg saya luahkan pada husband waktu perjalanan balik dari hospital lepas D&C.

Atas sebab inilah, saya kongsikan cerita & pengalaman ini dalam blog ini. dengan niat, mudah2an sedikit sebanyak dapat membantu pasangan suami isteri diluar sana. Saya tulis blog utk berkongsi ilmu yg sedikit ini. Maka saya menulis bukan pada waktu bahagia saja, tapi waktu berduka juga. asalkan bila saya rasa apa yg saya lalui itu dapat sesuatu pengajaran atau ilmu, maka saya kongsikan. 

Dari zaman perancangan nak kawin dulu, sampailah dah beranak ni. semuanya melalui pengalaman saya sendiri. suka atau duka. asalkan sy rasa ada sesuatu yg boleh dimanfaatkan, saya tulis.

Semua penulis akan mati, hanya karyanya akan terus abadi. Maka, tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan kamu di akhirat nanti -Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Dan saya berharap sangat, selama saya menulis ini, nawaitu saya tidak menyimpang. tapi, penulisan, tetap penulisan dan setiap pembaca mempunyai intonasi yg berbeza bila membaca sesuatu ayat. dan sebagai hambaNya yg lemah, saya tidak lari dari melakukan kesalahan.

dengan ini, saya memohon maaf, andai sepanjang penulisan saya di blog ini, ada ayat2 saya yg berintonasi mengguriskan hati sesiapa saja yg membacanya, saya mohon ribuan kemaafan.

Maaf Zahir & Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

No comments:

Post a Comment