Pages

26 November 2015

Pantang bersalin 100 hari? Boleh ke?

Salam

Berpantang kali ni lebih baik dari masa berpantang anak sulung. kali ni, alhamdulillah, diberi kesedaran oleh Allah s.w.t. untuk mencari ilmu berpantang sewaktu mengandung lagi. dipertemukan dengan kak ice (Siti Aisyah dari Blessed Beauty Confinement) pengasas BBC & pengamal tegar NR. waktu mengandung 7 bulan pun saya sudah ke spa BBC di Shah Alam untuk berurut & alhamdulillah saya diurut oleh ibu Bed.

Rasanya ramai kot dah kenal dengan Kak Ice ni.. kalau belum, just search di FB untuk Blessed Beauty Confinement atau join group Konsultasi Rawatan Herba Nona Roguy yg dikendalikan oleh BBC jugak.. Ia adalah closed group, so korang kene add dulu eh..

semasa di spa, ibu Bed bagi banyak petua. antaranya dia suruh saya amalkan minum air Akar Herbanika nipis2 dicampur madu. mengandung kali ni saya bebas dari diabetis jadi bolehlah di campur madu. kebetulan, di rumah memang ada stok Akar Herbanika ni. sejak cuci rahim dulu, saya ada beli Akar Herbanika & Phytonatal untuk diamalkan ketika berpantang keguguran dulu & stop bila dapat tahu dah pregnant balik.

memang takut-takut jugak nak minum air akar tu. bukan sebab rasa dia. saya takdehal minum air2 jamu atau herba ni. tapi saya risau takut ada kesan sampingan kepada baby dalam perut. namun, saya tetap minum jugak air akar tu seperti yg disyorkan & berdoa agar segala kebaikan herba tu diserap dan segala keburukan dihindarkan. tapi tidak ler saya amalkan hari2.. seminggu dalam 2-3 kali je saya amalkan. tak berani kan.. tapi alhamdulillah, tak apape pun.

Malah, rahim saya mengecut dengan cepat! seminggu lepas bersalin, CL Ita bagitahu rahim saya dah kecut. siap tanya saya lagi ada ambik suntikan kecutkan rahim tak..hihiihi..takde pun. untuk rawatan berurut dalam pantang pun sebenarnya saya ambik pakej rawatan dari BBC. Best! itu je yg saya boleh cakap. Best!

Hihihi..

sepanjang dalam pantang, saya hanya amalkan apa yg diajarkan oleh Kak Ice dengan menggunakan set bersalin NR. Alhamdulillah, selepas 2 minggu bersalin, jumpa Dr. Shida utk postpartum check up, berat badan saya turun ke 53kg! ok, mungkin bagi orang lain biasa2 je 53 kg tu. tapi bagi saya it is a BIG thing tau. sebab SEBELUM pregnant, berat 57kg. Lepas bersalin 2 minggu, 53kg! 

Membuatkan saya makin bersemangat untuk terus istiqamah!

cuti bersalin saya hanya 60 hari saja sedangkan ada aturan-aturan berpantang yg Kak Ice bagi, up to 100days. so, inilah yg saya nak sharekan .Pheww~~ panjangnye intro!

Phyto Natal saya masih teruskan. 2 biji setiap pagi sebelum sarapan. 


Air Akar Herbanika pun saya teruskan minum sebagai pengganti air masak. Bezanya, kalau kat rumah saya boleh rebus uncang tu & dapat pati yg pekat. tapi bila di office, saya hanya rendamkan dalam air panas & topup bila dah habis. dari pagi sampailah ke petang, minum air akar saja.

Sweater.. yup! masih pakai sweater. kalau nak pakai blazer pun boleh je. namun saya lebih suka pakai sweater. lebih tebal & badan lebih hangat. Stokin! jangan lupa.. mujur kat office saya dibenarkan pakai sneakers atau sport shoes.. mmg saya pakai stokin tebal2 pun.. actually, kalau pakai stokin bola pun orang tak perasan kot.. hahaha..

lepas 20 hari berpantang, dah kene add on tiub baru untuk krim herbanika barut.. gigih tak gigih lah berbengkung kalini 24 jam.. hihihihih
untuk perut, setelah berjaya mendapatkan perut yg kempis semasa berpantang, amatlah rugi kalau di abaikan. cuma, nak sapu krim herbanika barut untuk ke ofis, agak melampau. nampak nau baru lepas beranak. bau krim tu mmg bau herba. hihihihi.. jadi, saya gantikan dengan Lotion Sejuta Khasiat keluaran Anugerah yang warna hijau tu. wangi sikit. lagi best kalau korang dapat pakai bersama bengkung moden atau corset. ini bukan untuk dapatkan bentuk badan semata-mata tapi lebih kepada penjagaan rahim. untuk support rahim kita yg baru lepas disengkak & diletakkan ke tempat sepatutnya. mencegah peranakan turun.

bab makan, mmglah kene disiplin tinggi. kalau agak2 tak mampu dengan godaan, jgnlah keluar lunch.. lebih baik tapau dari rumah ataupun tapau dari luar & makan di pantry.. tapi nasib baik saya ni bukan jenis pemakan sangat, jadi bab makan bolehlah control. sampai harini masih berjaya berpantang air sejuk & ais.. Bravo untuk diri sendiri! hahaha

tapi failed bab pantang kopi..

hewhewhew.. 

tak bolehlah tak minum kopi pagi2.. nanti dah serupa jasad tanpa soul.. huhuhu.. dan akibatnya, perut dah mula menampakkan kebuncitan sedikit..huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...