09 August 2010

senarai hantaran saya

Salam

selepas semua bersetuju dgn idea kami utk forwardkan upacara berbalas hantaran dilakukan masa majlis bersanding di dewan, jadinya kuota dulang hantaran dapat jadi 7 berbalas 9 lepas tolak dulang mas kahwin & barang kemas serta cincin. sebenarnya kalau kira2 jumlahnya 8 & 10 dulang lah. ada my cousin sempat bisik kat i "pandai ye buat mcm ni.. dapat banyak sikit barang hantaran". =)

owh ya, kami berdua tak punya banyak masa utk bershopping barang hantaran ni. waktu yang kami ada utk keluar bersama memilih brg hantaran, tak byk. sbb masa tu Incik Asben takde kat sini. kerja jauh dari KL. jadi, mane sempat je lah.

jadinya barang hantaran dari pihak saya kepada Incik Asben ialah :


 1. BAJU


lepas beli kemeja ni, terus simpan dlm almari. dah dekat2 majlis, baru gubah jadikan hantaran. tu pun pagi buta kul 2-3 pagi. sbb tu je masa yg ada. bila bgn pagi2 tu, terus tunjuk kat ibu, ok tak. soalan pertama keluar.

"eh, takkan baju je. seluar mane?"

hah? nak seluar sekali ke? (-_-") sbb i tgk gmbr hntrn dlm internet, tak nmpk pun ada seluar sekali. takpelah, redha,takde seluar. nak pergi beli, tuan badan jauh. lepas tu, atuk pulak tgk, pun soalan sama gak. "mane seluar?". lepas tu, i simpan dlm almari, tutup dgn kain tudung tak nak bagi habuk. DAH, siap!=)

2. SEJADAH


ini adalah barang hantaran pertama yang i gubah! my adik said apasal macam bentuk siput? (-_-") sekali lagi redha..sbb memang takde niat nak buat siput pun. tapi sebab terlalu ber'seni' sgt, orang nmpk mcm siput.

mula2 nak bagi Al-Quran & tafsiran. tapi i betul2 risau takut orang 'lupa' nak jaga kesucian kitab tu. yelah kan, dah sibuk2 dalam majlis, takut ada terlepas pandang, suka suki je letak Al-Quran tu kat mane2. jadi, i gantikan dgn sejadah.

3. KASUT


ibu pesan, ibu taknak kasut tu ditatang dalam dulang hantaran mcm tu je. ibu nak kalau boleh, bagi 'tutup' sikit. puas i fikir mcm mane nak 'tutup' sikit tu. last2 i ambik je kain net & bungkus je mcm hamper raya=) hahaha.. datang pulak makcik kepochi tanya kenapa i pergi tutup brand kasut tu.. haih~~ kasut Dr. Cardin pun nak kene tayang ke? bukan kasut Jimmy Choo pun! kalau kasut Jimmy Choo pun, i tak suka lah dgn mentaliti menayang brand ni..

datang pulak atuk ku dok belek2.. "eh, tak de stoking ke?"ah! sudah.. cepat pergi nyorok..

4.WALLET & PURSE

beli yang siap2 ada jual kat kedai satu set. senang! Incik Asben i pun sempoi je. tak susah nak  pilih.

5. COKLAT

Mula2 plan nak letak je dalam bowl kaca yang beli kat SSF masa bulan puasa tahun lepas. pastu Mak Uda bagi idea untuk buat mcm anggur. jadinya ramai2 tolong ikatkan 3 biji choclairs menjadi sebiji buah amggur. cantum2kan & jadilah segugus anggur letak dalam bowl tu. kenapa choclairs? sebab ia color purple!=)

6. TOWEL


kebanyakkan barang hantaran mesti ada toiletries or perfume or make-up. both of us takdelah ada specific 1 set toiletries dari brand yang sama *syampu jenis lain, shower gel jenis lain, facial foam jenis lain.. caca merba dlm dulang tu nnt*. Mcm tu jgk dgn perfume. Kami bukan jenis orang ber’perfume’. Make up? I pakai lipstick pun liat=) jadi gantikan je dgn towel mandi.. hahaha..

7. ASAM MERAH


sorry.. saya tak tahulah nama asam ni ape. tapi asam ni last minutes beli. esok nak nikah, dah lewat petang perantin ni dok round2 drive sendiri pergi carik! pedulik, darah manis ke ape! sbb baru perasan tak cukup lagi 1 dulang. keluar masuk berapa kedai pun tak ingat dah. sbb tgk semua barang2 pun tak timbul idea ape nak letak dalam dulang. ikutkan hati, kalau sampai maghrib tak jumpe jgk, i rela beli Twisties berkampit2, letak dlm bakul, bubuh bunga. siap hantaran saya!

abah i bising pun i redha. memang salah sendiri! tapi dlm kereta, rasa nak nangis. tensi tahap gaban!

tapi ramai saudara mara kata idea asam ni agak kreatif. asam tu pun nampak cantik. dari jauh merah menyala. sekali imbas, mcm strawberry. saya balut dgn food wrapping. tegang2. pastu lilit dawai & cantumkan dgn daun. ambik idea gubah mcm choclairs tadi. letak dlm bowl jugak.

8. BISKUT


pada asalnya nak bagi kek. tapi tak tahu macam mane boleh tukar bagi biskut pulak. biskut kuih bangkit tu amat suci murni berwarna putih, tambah pulak Mak Su saya nak sponsor biskut berbentuk Manggis. kenapa bentuk manggis? sbb manggis color purple. sesuai dgn color hantaran.

9. SABUN WANGI

kebiasaannya barang hantaran akan datang bersama dgn bunga rampai atau potpuri. tapi saya saje nak tukar dgn sabun riben wangi ni. Mak Uda saya yang tolong buatkan. jadi saya beli riben bergulung2 di SSF dan Mak Uda sponsor sabun. 7 bijik sabun dekat dalam 1 dulang hantaran ni.

complete story about hantaran for him.

so, story about hantaran for her, akan dibuat dalam post yg lain=)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..

DISAMPING BUSY DENGAN PREPARATION KAHWIN, JGN KETINGGALAN REBUT GANJARAN RAMADHAN..

SEMPENA KEDATANGAN BULAN RAMADHAN INI, SAYA MEMOHON AMPUN SEKIRANYA ADA TULISAN2 SAYA DALAM BLOG INI YANG BUAT KAMU TERASA HATI, KECIL HATI, DAN SEWAKTU DENGANNYA..

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

05 August 2010

hantaran hati..ape benda?

Salam

Hari ni nak langsaikan ‘hutang’ cerita pasal hantaran. Kami berdua sepakat & setuju untuk mengadakan hantaran sebanyak 7 dulang berbalas 9. Mula2 confused pasal eh, mas kahwin, duit hantaran dan barang kemas tu nak kira dalam 7 dulang ke? sibuklah tanya sana sini. Mula2 ingatkan mcm ni:

Dari pihak lelaki pada perempuan:
Sireh junjung 
some people said this thing is ‘wajib’ sebagai memenuhi adat and sireh junjung adalah simbolik sebagai ‘ketua/kepala’ hantaran.

Mas kahwin dan barang kemas 
mas kahwin adalah wajib sebab tuntutan agama.

Duit hantaran
some families may have duit hantaran before the majlis. But since my moyang dulu dah pesan, duit hantaran bagi lepas akad nikah, so I listed dlm senarai hantaran.

So, ni pun dah ambik tempat utk 3 dulang hantaran. Lagi 4 dulang adalah barang2 kehendak yang lain.

After bincang2 and tanya orang2, lastly kami berdua putuskan:

Sireh junjung 
no sireh junjung! Sbb itu adalah part of the ADAT only. Tak buat pun, bukannya berdosa. Dalam kedua2 belah families pun, takde dah nenek2 or atuk2 makan sireh,so kami fikir mcm membazir sbb lps majlis, sure akan buang sbb layu. Mcm masa bertunang dulu. Takde sape nak makan. And membazir itu amalan syaitan. Lagi hebat hukumnya dari melanggar ADAT, right?

parents kami pun takde masalah dgn pendapat & keputusan kami berdua pasal hal ni. 

Mas kahwin dan barang kemas 
sebulan sebelum majlis, I decided utk TIDAK bertukar2 dulang hantaran di Masjid after akad nikah. I nak seringkas yang mungkin majlis di DALAM masjid. Takmo havoc2 and kecoh2 dlm masjid. Nak tgk2 hntrn lah, ambik2 gmbrlah posing dpn hantaran. Tu belum lagi yang ‘bisik2’ psl hantaran. Kalau ‘bisik2’ tu, kadang orang bukan kira tempat. Lupa tatacara menghormati kesucian masjid. Nk ngomel2 lawa ke, buruk ke, branded ke, murah ke.. sbgai tuan rumah, saya nak elakkan benda2 mcm ni lah. so, only 1 dulang ni je yang akan dibawa ke masjid sbb wajib ada mas kahwin. And barang kemas tu hadiah from Incik Asben. But imam jurunikah said kena lafazkan sekali nilai barang kemas tu dalam mas kahwin. Maksudnya, duit RM300 tunai yg dh jadi roses tu + nilai barang kemas. *siap kene tunjuk resit pembelian kat imam jurunikah masa hantar borang kebenaran bernikah*

mula2 abah said mane ada orang tak tukar2 hantaran after nikah. tulah sebabnya orang buat upacara batal air sembahyang. ok, i tukar mas kahwin and barang kemas je lah. ok ape?=) ibu i setuju je. coz ibu cakap lecehlah nak bawak2 hantaran masa nikah. lama2 dua2 pun setuju dgn idea i. family Incik Asben lagilah setuju.

Duit hantaran 
as adviced by imam jurunikah, duit hantaran kalau dibawa bersama semasa akad nikah, akan diakadkan menjadi mas kahwin. Jadi mas kahwin I akan jadi, RM300 + nilai barang kemas + duit hantaran.

Pesan kat Incik Asben, jgn bwk duit hantaran masa akad nikah sbb I nak buat surprise hadiahkan duit hantaran tu to ibu and abah. Kalau dah lafaz jadi mas kahwin, duit tu I sorang je yang punye. Orang lain tak boleh ‘sentuh’. Cukuplah RM300 tunai dan barang kemas I dapat tu.

Makanya, I berjaya menyelamatkan 3 dulang hantaran ini utk beri ruang barangan lain=)

Masa hari akad nikah, hanya 1 dulang saja dibawa oleh kedua-dua pihak.


Mas kahwin & barang kemas from him.




Cincin from me. 

Mula2 tak plan pun nak bagi cincin ni. Last minutes mcm terfikir, isk.. bagi cincin pun ok jugak. Sekurang2nya, Incik Asben pun dapat satu ‘tanda/barang’ utk dijadikan kenangan *mungkin jugak tanda ingatan yang dia tu dah kahwin=)*. Cincin ni pakai kat jari, jadi hari2 pun dia akan pakai & ‘nampak’. Owh ya, jgn bg cincin emas tau! Haram lelaki pakai!

7 dulang hantaran berbalas 9 tu, I ‘forward’kan ke majlis bersanding di dewan. pihak lelaki akan membawa dulang hantaran tu masa majlis bersanding. acara penyerahan dulang hantaran dilakukan di depan pintu utama dewan dengan iringan pantun-pantun. rujuk ke post yg ni.

hantaran dari pihak perempuan pulak dibawa masa majlis bertandang. kiranya taklah datang dgn tangan kosong. ada sesetengah tempat, masa bertandang, bawak bunga pahar. tapi both side dah agree kami buat style mcm ni pulak. no bunga pahar but 9 dulang hantaran=)

Bersambung..