Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti
-Sayyidina Ali bin Abi Talib-

05 December 2014

lepas baca ni, terus tak jadi resigned, tak jadi nak beli property.. marilah kita langsaikan apa yg ada dulu...

Salam,

Dalam entri lepas, saya ada cakap pasal keinginan nak resigned. tapi lepas baca artikel di bawah yg dihantar oleh salah seorang pakcik saya dalam whatsapp group keluarga besar, terus rasa tak jadilah nak resigned. jadi, fokus kita tahun depan ialah TAK MO TAMBAH HUTANG.

meaning to say, no new property for the time being. tunggu nilai Ringgit naik balik, atau tetiba pendapatan bulanan ada extra seribu dua tetiap bulan.. barang keperluan dah naik oi~~ tutuplah mata kat barang kehendak..

......................................................................................................

KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.

Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan : 

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT

Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.

Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST 

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI

Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara. 

Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan. 

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN

Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.

Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN 

Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.

Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI

Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia. 

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI

Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.

Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya. 

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG

Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998

Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion. 

Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%. 

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA

Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN

Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknan
ya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama. 

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.

Pandangan Peribadi :

Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia 

Bersedia untuk tahun 2015..����

01 December 2014

RESIGNED

welcome December.. December is another term for New Year is around the corner, new resolution(s) & planning
saya selalu ingatkan diri tentang umur 30 akan jadi turning point dalam hidup saya. jadi benchmark untuk beberapa pencapaian peribadi. sebab bila dah 30 tahun, bermakna saya ada 10 tahun lagi untuk make sure at the age of 40, saya dah boleh rasa hidup yg stabil. bukannya masih tercari2 arah hidup.

so, turned 30's last October and I voice out my intention to husband tentang niat saya nak keluar dari company ni. for others, it is quite surprising sebab dorang 'nampak' saya dah stable dalam company ni. dalam comfort zone.. mungkin sebab 'senior' kat depan nama kot. Husband ok je.. dia kata dia mampu tanggung. tapi hidup taklehla mewah macam sekarang. tiap2 minggu berjalan, pergi shopping, dine-out etc.. rupanya dia pun ada plan lain untuk tambah property kami. kalau saya dah tak bekerja, menambahkan property lagi akan jadi 1 bebanan pulak bila seorang je yg bekerja.

ada pendapat, sokong kalau saya resigned &stay at home saja.. 

ada pendapat pulak rasa insecure utk perempuan zaman sekarang berhenti kerja sbb banyak lelaki berjawatan suami ni, tak boleh dipercayai. esok-esok kalau jadi apapa, kita ada pendapatan (bekerja)

ada pendapat suruh lari bidang.

ada pendapat suruh keje gomen. dia ingat nak masuk gomen mcm nak masuk rumah, ketuk pintu bagi salam dah boleh terus masuk.. katanya saya ada strong 'cable', so it is possible. malangnya dia tak tahu, 'cable' pun ada macam2 jenis.. jadi, toksahlah kita cerita panjang..

ada kata jgn masuk gomen.. nanti asyik kursus..kursus..kursus..

ada pendapat suruh continue private sector.. company lain la.. to start a new beginning kat private sector, rasa mcm malas pulak..huhuhu..sebab pernah merasa utk survived dalam private, bukan senang owh.. ada jugak kes 'buli'.

jadi, sekarang ni dalam dilema..

lama dah fikir hal ni..

maybe final decision would be.. 

lets follow the flow..

sah! mmg ko dalam comfort zone yg amat

21 November 2014

When was the time u had your pillow talk?

Perasan tak, masa bercinta, every single thing kita mesti nak share dengan pasangan. even small thing like what u r wearing on that day pun nak jugak bagitau pasangan and the conversation will take more that a minute or more than a line if we r sharing via sms/text. apatah lagi kalau pakai baju baru or kasut baru.. 

kita sharing all the opinions. "kasut baru awak ni cantik pakai dengan baju kurung" atau, "saya suka tengok awak pakai kasut ni dengan stoking". camtu.. all the feelings, the opinions kita luahkan.. kita bagitau kat pasangan.

tapi bila dah kawin, jgn kata nak bagi pendapat.. nak cakap "u look great" pun payah. Complimentary become so expensive secara tiba2..

Masa dah bercinta, rasa macam setiap saat nak berbual2 dengan pasangan. ada saja perkara/benda yg kita jadikan 'modal' untuk bercerita. ada saja cara/alasan yg kita cari agar dapat berbual.

tapi bila dah kawin, secara tiba2 kita rasa tak perlu dah nak luah. tak perlu nak cerita. sebab kita anggap pasangan kita sepatutnya dah faham perangai kita. tak perlu cakap. mungkin jugak sebab hari-hari jumpa, jadi tak perlulah nak cerita banyak. pasangan kita boleh tahu sendiri. kita lupa pasangan kita bukannya magician yg ada telepathy boleh 'baca' apa yg ada dalam kepala otak kita atau boleh tengok 'cermin' ajaib apa yg berlaku kat kita sepanjang hari tu.

Faham-faham sendiri, tak boleh pakai dik.. kene jugak bercakap. luahkan semua.. suka ke tak suka ke.. supaya nanti nanti takdelah mengungkit "sepanjang 5 tahun kita kawin, awak selalu selekeh & busuk".. dah 5 tahun baru nak cakap.. kenapa tak bagitau masa hari dia busuk tu? senanglah kan esoknya blh terus mandi bunga & limau..

"bini saya asyiklah potpet potpet je sejak duduk rumah ni.. saya dahlah balik rumah letih2 ingat nak rehat, kene pulak dengar dia potpet potpet" luah kawan pejabat saya. bini dia jadi surirumah lepas dapat anak.

"dengarkan saja.. saya jugak macam kamu dulu.. letih2 balik ke rumah, belum sempat duduk pun, bini sudah potpet potpet.. tapi mak saya pernah ingatkan, bini kita seharian dirumah mengurusi rumah & anak. tiada teman bicara..takkan sih dia mahu luahkan sama anak.. masih anak2.. rasanya tak sama seperti meluahkan pada org dewasa.. jadi kamu dengarin aja.. kalau tiba2 dia diam, pasti kamu pulak yg resah.. bila ada kamu rimas, tapi kalau tiada nanti, kamu pasti rindu" nasihat rakan pejabat saya dari Indonesia yg dah berusia.

bini punye cantik seksi menggoda kat sebelah tercongok pun boleh buat tak heran... penangan smart phone! - sumber goggle.
komunikasi penting dalam perkahwinan. itu yg selalu saya dengar dari orang2 yg makan garam dulu. berusaha untuk bersosial dengan pasangan sendiri sebab sekarang ni kelihatannya bersosial dengan media sosial lebih mengujakan. lebih teruja weh 'layan' instagram, facebook, berpuluh-puluh whatsapp groups, wechat, telegram, & lain-lain dari layan, dengar & pandang (eye contact) dengan pasangan yg tercongok kat sebelah. dan kebanyakkan kes masalah rumahtangga bermula dari media sosial.. be careful peeps!

logiknya, dari berbual2 tulah boleh wujudkan kemesraan. mana lebih mesra? dengar gelak tawa secara langsung melalui perbualan, atau dari baca 'kahkahkah' atau 'hahaha'?

dalam 7 hari, 5-6 hari adalah bekerja. dari pagi bawak sampai ke malam kadang2..belum kira kalau yg berhari2 outstation takde kat rumah.. balik rumah masing2 penat terus nak tidur saja. bila la masa nak berbual? belum lagi kira perasaan anak yg terabai.. main sorang2 atau main sesama sendiri je.. jom! take few minutes, do pillow talk.. not just talking about your kids only. talk about 2 of u..  


Jom!

18 November 2014

anak dah besar, senang nak jaga.. nak jaga anak kecik balik...

Perasaan pelik akhir-akhir ni, teringin nak ada baby balik. tapi perasaan tu muncul bila masa tengah shopping, lalu bahagian baby.. waaa.. terbau-bau harum baby bauan syurga.. tapi bila masa2 biasa, takde pulak rasa teringin tu.. hahaha.. mungkin lebih kepada nafsu nak bershopping barang baby kot..

Perasaan tu akan muncul balik bila tgk baju2 budak2 perempuan yg kiut miut.. timbul perasaan nak tahu macam manalah muka anak kalau ada anak perempuan. lepas tu perasaan nak 'melaram'kan anak perempuan dengan stoking renda-renda, kasut kilat, gaun kembang.. yg ni pun mungkin lebih kepada nafsu tgk barang2 & baju2 budak perempuan yg cantik2 kot.. untuk memuaskan nafsu, saya akan beli gaun yg paling & betul2 saya suka utk Humaira. Jarang belikan seluar. sbb budak perempuan, biarlah oh dia pakai gaun, skirt pendek2, seksi2 masa kecik sampai puas. then slowly ajar tutup aurat sampai dia akil baligh terus suruh tutup aurat. nanti dia x boleh claimed kata masih belum puas pakai gaun, skirt pendek semua. 

selepas saya D&C bulan Julai lalu, kami xde plan langsung pasal anak. maksud xde plan disini ialah, xde usaha langsung utk dapatkan anak. sbb dulu pernah TTC owh, jadi not advisable utk family planning dengan protection.. dah memang sedia maklum jenis susah 'lekat' buat apa mahu protect2 lagi.. hahaha.. lagipun doktor nasihatkan utk rest at least 2 bulan utk bagi rahim kembali pulih betul2 & ready utk pregnancy.

kebetulan jugak, akhir bulan 8, Ziyad admitted hospital because of Rotavirus for almost 2 weeks.. sepanjang bulan 9 & 10 kami hanya fokus kat kesihatan dia & selera makan dia sangat2 menurun dengan teruk. boleh kata setiap masa kat office rasa berdebar2 je.. asyik teringatkan camnerlah Ziyad kat umah.. nasib baik ibu yang jaga ziyad, jadi kepercayaan tu memang 100%. Alhamdulillah, sekarang slowly gaining his weight tapi bab selera makan tu masih mcm jigsaw puzzle.. selera utk makan nasi lagilah masih ibarat langit dengan bumi..

Ibu, dont worry.. i'm big enough and ready to become abang
 selepas macam2 perkara yang jadi, saya akui, saya fobia. fobia tengok anak sakit. rasa tak kuat dah nak tempoh lagi..

saya pernah bincang dengan suami pasal hal ni.

"tiba-tiba rasa macam nak pregnant.. tapi takut nak hadapi saat anak sakit.. saat nak beranak, tak setakut tu.."

"Kalau risau macam tu susahlah.. anak-anak ada ujian masing2.. ada rezeki masing-masing.. kita berusaha harap yang terbaik untuk anak"

ggggrrrrrrrrrrrr... 

05 November 2014

soalan harus tepat kalau nak jawapan tepat

Dialog suami isteri #1

isteri dah lama batuk tak baik2.. ubat batuk dah masuk botol ke2 dari 2 brand berlainan.

bukak peti ais..

Suami : syg buat apa? minum ais ke?

Isteri : taklah!

Suami : tak baik tipu.. habis tu, buat apa?

Isteri : minum air sejuk je. (nasib baik tanya minum ais.. mmg b ukan minum ais pun..kira bukan menipu la kan?

Suami : minum ais la tu..

Isteri : hihihi..tak tahanla.. panas..

31 October 2014

Demam Dr. Martens

Salam

Demam Dr. Martens?

Iya.. tengah demam dengan trend kasut yg cool dari Dr. Martens.



RM 70 Include Postage ALL Malaysia

Standard size 35-39. Ready stock.
Material : PU Leather
Heels Height : 2.5cm

Whats App 0192567011

=)

30 October 2014

ternganga tengok cheeky dance

Salam

Kitorang terima jemputan dari kakak sepupu saya utk birthday anak dia di KFC. Earlier, bapak mertua pulak beriya-iya ajak pergi Jengka utk overnite and attend kenduri kawin. dan kami broke masa tu T___T

Lama jugak husband tanya nak pergi mana 1 sedangkan saya dalam keadaan serba salah yg amat. fobia ziyad masuk hospital belum hilang lagi. jadi, bab pemakanan & air adalah amat penting.

Jadi, setelah difikir2kan, kitorang decide utk datang 2-2 sekali. the reason is, birthday at KFC adalah fun! i can still remember masa kecik attended birthday party kat A&W dan McD. banyak games, ada mascot, walaupun makanan xdela mengenyangkan perut sgt. and this is the 1st time for Ziyad gets experience. skrg matlamat kami nak tingkatkan social skil Ziyad. lagipun, jarang-jarang weh, org nak jemput birthday kat tempat limited cmtu..
  
duduk sopan penuh ketekunan makan meals dia dengan sepupu-sepupu yg lain. banyak jugak dia makan. Alhamdulillah..

Kebanyakkan games xsesuai sangat dgn Ziyad. sbb kecik lagi kot, tak faham bahasa lagi kekdahnya. mungkin bila dah umur 3-4 thn, baru pandai main. so, dia main belon je la..tu pun bukan main meriah & seronok.

dengan Cheeky paling dia suka. tapi saya control bagi pegang kejap2 je pasal cheeky tu dah berkeladak sangat. tah berapa tahun xbasuh. so far, Ziyad xde masalah dengan animals. maybe dari dalam perut dah diberi 'pendedahan' kot.

Masa ni budak2 semua ambik group foto. tetiba ada 2 org mak budak kat situ -__-"

Pagi ahad keesokkanya, kami bergerak ke Jengka. balik hari je. and the best part is, kami saja yg pergi. yang lain2 cancel. agak meletihkan & Isninnya saya sakit tiba2..MC 2 hari.. nasiblah saya yg sakit, asalkan bukan Ziyad. Alhamdulillah..