10 December 2010

Remeh : Pak Guard Kereta

Salam

Kembali ke label REMEH.

Kebiasaanya, majlis kahwin di dewan, antara perkara yg harus diberi perhatian ialah mengenai carpark. cukup atau tidak kawasan utk tetamu meletakkan kereta. 

Paklong saya sangat2 particular bab ni. even siap berpesan supaya sediakan orang utk jaga parking pada setiap majlis anak2 buahnya. dulu, sebelum paksu Epul saya berkahwin, beliaulah orang yg paling boleh diharapkan mengetuai bab jaga parking ni. ingat tetamu dalam dewan je ke perlu usher/usherette? kereta tetamu pun perlu tau.. supaya tetamu tahu kemana hala atau arah utk parking.

Tapi masa majlis saya, paksu Epul dah kahwin & ada anak kecik seorang.. haruslah dia busy jaga anak kecik dia dari dok jaga parking kereta(-_-"). jadi saya hanya letakkan signboard "MORE PARKING" bersama arrow utk tunjuk arah parking dari pintu gerbang Institut Perguruan *tempat majlis berlangsung*. kadang2 adik lelaki saya yg akan keluar dewan utk check parking & laluan kereta supaya tak sesak.

beliau sedikit bengang pasal takde orang nak tolong jaga parking. takpe, nanti majlis korang, akak upah orang luar utk jaga ye.. yelah, budak2 muda zaman sekarang, mane boleh berenyah sikit..

jadi, diringkaskan cerita, untuk majlis keluarga yg terbaru ni, pihak keluarga pengantin menolak utk sediakan orang jaga parking atas alasan lokasi majlis *Bora Ombak* mempunyai parking yg luas & banyak. saya pun agak bersetuju sbb tempat parking betul2 depan dgn Bora Ombak.

bak kata ibu, lain kali kalau orang yg lebih tua bagi cadangan, bagi pesanan, eloklah bincang elok2. jgn tolak mentah2 kata semua dah settle. dgn kuasa Allah nak beri pengajaran pada kami, kereta Paksu saya kena pecah. padahal beliau letak kereta betul2 depan pintu masuk sport center tu.

 pro tak pro lah.. siap bukak seat utk access ke bonet kereta & ambik handbag maksu saya yg ada handphone, rantai emas & cash money. quite a lot jugak amount cash tu pasal maksu saya plan nak turun KL shopping barang2 anak beliau nak kawin bulan 2 nanti. 

orang akan tanya 'la, kenapa letak handbag dalam kereta?'.. ok, meh saya tlg jwbkan.. sbb maksu saya berniat nak menolong waktu majlis. jadi beliau takut handbag tu letak merata tempat sampai lupa letak mane. jadi, beliau minta anak beliau simpankan dalam kereta.

jadi saya nak sharekan kat sini, eloklah kamu semua sediakan orang utk membantu menjaga keselamatan kereta-kereta ini. bukan kereta orang pun, kereta tetamu kamu jugak yg semestinya terdiri dari saudara mara, jiran dan sahabat handai kan?

DeepInsideMyHeart : nanti adik2 saya kawin, saya plan nak upah orang luar je jadi pak guard. mintak tlg staff tempat kerja saya sape yg nak buat part time jadi security guard.. sekarang saya sedang busy siapkan tempahan bunga gantung.

08 December 2010

Mencemar Duli

Salam

Sabtu lepas, kami menghadiri majlis kahwin sepupu saya. saya share kan disini sebab majlis ni penih dgn protokol segala.. dah nama pun majlis berprotokol, haruslah bersopan santun even dalam mengambil gambar!.. harap maaf atas kualiti gambar yg tak berkualiti sbb tak dapat gerak dari kerusi nak merayap2 ambik gambar.. kan kena sopan santun..

Lokasi berlangsungnya majlis.. ini majlis waktu malam. kami sampai ke Dewan lagi beberapa minit sebelum azan maghrib. ada surau disediakan. elok je azan, terus solat & bersiap2..

Ayat-Ayat Cinta Bercerita Cintaku Padamu

ini didepan pintu masuk sebelum naik tangga pusing2 mcm cerita Cinderela..

inilah tangga pusing2..

Sampai je tingkat atas, terus nampak benda ni yg menyambut tetamu..

masa kami sampai, belum ada dayang2 dan pahlawan2 berbaju melayu pink. kosong je.. kami disambut oleh mak bapak pengantin perempuan dan beberapa orang saudara mara pihak perempuan yg menunjukkan kedudukan surau.. dekat betul dewan ni dgn surau.. selesa..

senarai nama tetamu serta nombor meja di tampal pada pintu masuk.. kami adalah dalam kategori 'keluarga Amirul' si pengantin lelaki..

dalam dewan.. pinky pinky... keluarga pengantin lelaki masuk awal.. lepas selesai solat je terus masuk.. dalam kul 730-745 baru start tetamu jemputan masuk & dewan penuh sedikit demi sedikit..




bila semua meja hampir penuh, ada pengumuman supaya handphone di off kan atau letak dalam silent mode. masa ni Sultan Selangor dah berada dalam Auditorium yang terletak bersebelahan dgn dewan..


Ketibaan masuk Sultan Selangor tak dapat nak capture.. just snap kat screen projector je lah.. walaupun sebenarnya meja kami dekat je dgn walkway dan pelamin. tapi sebab semua tetamu berdiri masa ketibaan Sultan, terus saya jadi pendek (-_-")

 nasib baik meja kami berdekatan dengan pelamin dan walkway. jadi bila perarakan masuk pengantin, masih boleh zoom.. tapi tetap kualiti gambar, teruk! ish..


pengantin diiringi oleh 7 orang dayang dihadapan, diikuti oleh pengapit, ibu bapa pengantin perempuan dan seterusnya adik beradik pengantin perempuan selaku tuan rumah majlis..

baju pengantin perempuan sangat cantik! bila tengok live, berkelip2 bersinar2 details pada baju dia.. rasa macam nak tanya 'eh, ni batu Swarovski ke?' =P


selepas bacaan doa, majlis menepung tawar diadakan. dimulakan dengan Sultan Selangor kemudian barulah Datuk & Nenek pengantin perempuan, Ibu bapa pengantin perempuan dan ibu bapa pengantin lelaki.


terus ke meja santapan untuk bersantap bersama Sultan.. semasa makan, tetamu dihidangkan dengan dendangan nyanyian band dari MPPJ. sangat best sbb muzik dia sedap didengar.. tak bingit.. sedap2 je.. kemudian ada video majlis pernikahan dan persandingan yg diadakan seminggu sebelum ini. 27 November 2010.  mereka dinikahkan pada jam 10 pagi dan bersanding pada jam 1 ptg hari yg sama. majlis ni diadakan dirumah pengantin perempuan.

setiap meja ada kotak comel ni.. dalamnya ada fruits cake. sangat praktikal bagi saya sebab kek boleh makan & kotak tu pulak boleh dijadikan kotak utk isi jewelery sbb penutupnya bermagnet.. paling penting, cantik!..

lepas ucapan dari ibu bapa pengantin perempuan selaku tuan rumah, acara memotong kek pulak. lepas je siap potong kek, pengantin berangkat keluar meninggalkan dewan..

keberangkatan Sultan Selangor.. ramai tetamu ambil kesempatan utk bersalaman dgn Sultan. Menteri Besar Selangor pun ada.. sebenarnya pengantin dah berada di luar pintu dewan utk bersalaman dengan semua tetamu & mengucapkan terima kasih serta bagi doorgift berupa paperbag ada air bikarbonat, kerepek & telur rebus..

lepas acara habis, kami ambik kesempatan bergambar bersama ahli keluarga yg lain..

HAPPY 27TH ANNIVERSARY UNTUK IBU & ABAH
yang jatuh pada hari tersebut
4 Disember 2010

Fuh~~ panjangnya review.. ok, nanti ada masa kita share pulak majlis sebelah pengantin lelaki yg diadakan pada keesokkan harinya di Bora Ombak, Ampang. Daaa...

03 December 2010

persedian kahwin: ape yg patut difikirkan?

Salam

Pagi tadi sebelum ke office, tengok MHI. Eh, bukan tengok.. tapi dengar. Pasang volume TV kuat2 sambil bersiap2 ke office.. hehehe..

Topik hari ni pasal persediaan kenduri kawin. Tetamu jemputan adalah seorang Datin dan wedding planner nama Raja Andak atau Pak Andak. Host pulak ialah Wardina. Jadi saya kongsikan sikit tips2 yg saya dengar hasil perbincangan dari MHI selama lebih kurang 15 minit tu.. kejap je pun..

Tips dari Pak Andak (Wedding Planner) :

Berbincang 

pengantin kena berbincang dgn keluarga tentang majlis mcm mane yg dia impikan.

Mungkin boleh share majlis. Dua belah keluarga share utk satu majlis sahaja. Lebih menjimatkan.. *tapi saya rasa ni praktikal utk pasangan pengantin yg tinggal dikawasan berhampiran antara satu sama lain. Takkanlah the bride duduk Johor, the groom pulak duduk Perlis, pastu korang nak share majlis. Memang tak kene gaya..*

Budget 

masa berbincang, factor budget perlu diambil kira.

Buat persediaan lebih awal 

Pak Andak tu suka guna perkataan “berdikit-dikit”. Dari start dah terbukak hati nak kawin, eloklah simpan duit. Boleh jugak start beli barang2 sikit2.. taklah terasa sangat. Oh, dia pun ada ingatkan, duit tu bukannya nak kasik perabih utk majlis yg satu hari tu je.. yg penting lepas kahwin tu nanti, pun nak pakai banyak duit *which is saya rasa sgt tepat! Dan saya rasa bersyukur saya tak berhabis-habisan utk majlis kawin dulu. Sekadar apa yg termampu dan apa yg paling menjimatkan. baik duit tu kumpul byk2 beli rumah sebijik!*

Praktikal 

contoh dia bagi ialah doorgift. Ramai yg tak sedar pembaziran selalu terjadi dlm hal doorgift. Tips pilih doorgift, kasiklah yg praktikal. Tetamu bukan mintak sangat doorgift merepek2. Dia siap bwk contoh doorgift yg dia rasakan membazir. Termasuk sapu tangan yg gam kuat sgt dgn riben sampai tak boleh bukak.. dia rasa itu tak praktikal.

Datin tu pun ada tambah, dia lebih suka kalau doorgift tu barang makanan. Masa adik Datin ni kawin, dorang jadikan limau Sunkist dgn gula2 sebagai doorgift. Sbb Datin ni rasa majlis kahwin adalah majlis meraikan pengantin dan menjamu orang makan.

Komersil

Pak Andak kata sekarang ni majlis kawin orang Melayu dah berubah dgn mendadak berbanding dulu. Dia dah 29 tahun jadi wedding planner. Perubahan mendadak ni buat dia rasa yg majlis kahwin tu sesuatu yg telah di komersil kan.

Walaupun bagus sbb dpt lahirkan ramai usahawan dlm bidang ni, tapi eloklah elakkan pembaziran.

Loan

Ada jugak yg sanggup buat loan sbb nak kawin. Tulah sbbnya Pak Andak ni nasihatkan supaya mula menyimpan dan merancang lebih awal. “berdikit-dikit”. Tapi kalau boleh elakkanlah buat loan ni. Buat setakat yg mampu saja.. nnt dah kawin, susahlah nak byr installment je kejenye..

Jadi, kesimpulan yg saya dapat ialah:

Perancangan yg rapi amat penting utk elak pembaziran.

Biarlah orang nak kata majlis kita ni cheap ke, sengkek ke, ape ke..
janji kita tak berhutang..
janji kita hidup aman damai lepas kahwin tak payah fikir pasal nak bayar hutang.
Paling penting, lebih berkat jamu orang makan bukan pakai duit hutang..

Ikut kemampuanlah kan? biarlah orang nak mengata.. dia yang dapat dosa..=P

01 December 2010

nak pilih color ape?

Salam

nak padankan color kadang2 pun memang jadi masalah. kalau tersalah padan, boleh jadi SUPER cantik ataupun SUPER hodoh..hehehe.. tulah sebabnya bukan senang nak padankan warna.. kalau jadi SUPER cantik, oklah.. kalau SUPER hodoh, mcm mane?

jadi, mari kita kongsikan bersama tips2 untuk mendapatkan padanan warna. walaupun mungkin tak dapat yang SUPER cantik, tapi sekurang2nya taklah SUPER hodoh..

ingat dua WARNA PENYELAMAT ini..
BLACK & WHITE 

bagi saya cream bukanlah warna penyelamat. sbb warna krim sangat subjektif. ada krim cair, sederhana atau pekat.

sebab saya pernah terbaca, tapi dah lupa kat mane. padanan warna membantu menaikkan mood sesuatu ruangan. dan berkait rapat dlm mempengaruhi keadaan sekitar secara psikologi..

MAKSIMUM 3 WARNA UTK DIPADANKAN
tapi kalau berani mencuba dan kena gaya, padanan lebih dari 3 warna juga akan jadi superb! 

tapi kalau bab nak pilih color baju, bukan saje padanan warna yg cantik je diambik kira, padanan dengan warna kulit si pemakai pun perlu diambil kira..

Sekian.