23 September 2010

for her

Salam

ok, saya tahu blog ni dah lama tak update. rasanya mungkin ramai pembaca blog ni dah kahwin pun=) sorry ya. takpe, kita share2 je story mory kat sini. previous post pasal senarai hantaran saya. jadi kita sambung hantaran for her pulak. cerita 'behind the scene' pasal hantaran2 ni boleh wujud..

jumlah hantaran for her adalah 7 dulang dibalas dgn 9 dulang.. saya rasa sedang eloklah jumlah dulang hantaran yg di pilih. kalau 3 bls 5, mcm sikit sangat.. kalau 5 balas 7, mcm tak best tak dpt byk brg. tapi kalau pilih lebih dari 7 balas 9, mcm byk sgt..tak larat pulak nak beli byk2..nnt akan drag budget jugak..
1. Kasut


mula2 fikir nak mintak sport shoes or snickers je. sbb saya pergi office tak pakai kasut yang feminin ni. tapi my friends cakap, takpelah belilah kasut perempuan yang vogue sikit. boleh pakai time dinner or kenduri kawin. betul jugak. takkan kasut hantaran i nak lenjankan hari2 bwk g kerja. kasut special, mestilah ada hari2 yang special utk dipakai kan? jadi i mintak kasut yang i confident boleh berlari2 dgnnya. taklah kekok pakai psl mmg jarang pakai kasut tinggi2 alam ni! vogue hbs lah bg i yg jarang bergaya ayu ni.

2. Handbag

handbag ni pun saya pilih dari brand yang sama dgn kasut. kononnya nak nmpk seragam sikit. tapi beli on different day & place.. kesudahannya bila nak diletakkan dalam 1 dulang, tak match langsung! tak synchronize lah kiranya.. terpaksalah diasing2 kan dulangnya.

3. Towel


sama mcm Incik Asben. tapi Incik Asben mengubahnya membentuk bakul buah2an. jadi ada tambahan towel2 kecik2 pelbagai warna buah2an=)

4. Telekung


mula2 plan nak beli telekung yg ada bunga2 sulam color pink. cantik! tapi ibu kata ada ustaz tu cakap lebih elok telekung tu warna putih sepenuhnya. tidak terlalu berhias dgn sulaman. takut timbul riak & menarik perhatian jemaah perempuan yang lain. jadinya beli je telekung kat Bandung dgn sulaman dari benang putih jugak.

5. Buah-buahan

1 bakul penuh buah2an. cousin i yang tolong angkat dulang tu mengeluh berat!=)

6. Kain

Kain pasang dari jenis Chiffon. sekali dgn kain lining. sampai sekarang belum buat baju lagi.

7. Duit Hantaran

saya tak bagi Incik Asben masukkan duit hantaran dalam mas kahwin. saya dah berpakat dgn beliau utk bagi je cek tu secara personal. biarlah nilainya hanya kami je yang tahu. tapi mlm sblm majlis, Incik Asben call cakap dia kekurangan 1 dulang hantaran. dan desakan dari orang kampung yang bergotong royong hias hantaran suruh frame kan je cek tu. saya berkeras taknak.

tapi saya tahu Incik Asben dalam keadaan serba salah. memang rasa mcm nak nangis je tengok duit hantaran tu di frame kan dan ditayangkan sedemikian rupa. sampai ibu pun terkejut sbb ibu tahu saya tak suka mcm tu.