31 December 2013

wrapping up 2013

2014 Resolution(s)
Tulis atas kertas dengan tangan supaya lebih 'lekat' diingatan & 'terkesan' dihati.. 
Tampal dekat organizer 2014.. tiap2 hari sebelum start keje, boleh nampak. kalau letak kat blog, bukan hari2 pun tengok. hahaha

so, 2013?
what have u done to me?

Terima kasih atas semua yg manis & pahit. 
Ia telah menceriakan dan menjadikan hidup saya lebih berwarna-warni. 
Alhamdulillah. 
Syukur, Ya Allah. 
Teruskanlah ujianMu untuk hambaMu ini.
Dengan adanya ujianMu, aku tahu masih ada sayangMu untukku agar aku tidak mudah melupakanMu.

Bismillah..

19 December 2013

berjam-jam di office dan jalan raya. berapa minit dari 1440 minit sehari yg betul2 untuk keluarga?

Penghujung tahun 2010, kami memulakan langkah membeli sebuah rumah. boleh dikatakan rumah idaman kami kerana rekabentuk dia sangat2 memenuhi citarasa kami pada waktu itu.

ada kawasan lapang dihadapan dan di belakang rumah. luas. cukup untuk merealisasikan impian saya memasak bahan2 dari tanah belakang rumah dan memenuhi hobi suami iaitu bercucuk tanam.

bilik air yg tak perlu berkongsi antara 2 bilik. 

harga yang berpatutan dibawah kemampuan kami.

tapi,

yang menjadi penghalang waktu itu ialah lokasi. kawasan rumah tu ialah di Antara Gapi, Serendah. waktu tu PKNS sedang membangunkan kembali kawasan Antara Gapi lepas 'diam' utk beberapa waktu. itu sebab harga murah. tak sampai 200k utk rumah teres 2 tingkat (20x70). murahkan?

lokasi ni agak jauh dari tempat kerja kami suami isteri. tapi waktu tu, ibu dan arwah abah galakkan utk beli. dorang berpendapat, kami masih muda, masih belum ada anak waktu tu. jadi setakat ulang alik berdua tu takde hal. nnt alah bisa tegal biasa.

Lagipun banyak tempat dah kami survey sebelum tu. perumahan baru di KL, mmg tak mampulah. yang kami mampu masa tu pun area Kajang, Bangi, Salak Tinggi, Puncak Alam, Kota Puteri, Bandar Sri Putra & Bandar Sri Mahkota. itulah kawasan2 yg kami dah lawat dan tinjau rumah. sama je jaraknya dengan AG. tapi AG paling memenuhi ciri rumah idaman kami.

proses pembelian dan mendapatkan CF agak lama juga. akhirnya pertengahan tahun 2011 kami dapat kunci rumah. kami mula beli perabot dan tanam rumput, pasang semua wiring, buat sedikit renovation di hadapan rumah. perancangannya kami ingin berpindah pada awal tahun 2012. 

rumah AG a.k.a rumah hujung minggu
 Allah Maha Besar

we got pregnant! pregnancy saya mungkin tak sama dengan kebanyakkan orang. we're TTCians. sedangkan memasak pun husband xbagi, inikan pula nak pindah rumah dan berulang alik setiap hari? Akhirnya kami terus menyewa sehingga Ziyad lahir. masa Ziyad umur 3 bulan, adik lelaki saya kahwin. perjanjian terpaksa ditunaikan. iyalah, pasangan baru kahwin, xkanlah nak menumpang di rumah mertua kan? walau macam mana kamcing pun menantu dan mertua, mmg tak boleh duduk sama utk tempoh lama. bak kata org, biar jarang2 jumpa, baru 'rindu' dan 'sayang' tu lama..hahahaha

disebabkan saya dah berjanji dengan adik utk beri dia duduk & sambung menyewa di rumah sewa kami tu, kami pun berpindah lah. Arwah abah pulak begitu kesiankan Ziyad yg masih kecik waktu tu utk berulang alik AG-KL-AG tiap hari. duduk AG, kami org palinga awal keluar. selalu jadi orang pertama yg pak guard kene bukakkan rantai kunci palang. pukul 530 pagi kami dah mulakan perjalanan. sebab nak elakkan jalan sesak di pekan rawang. Subuh di rumah keluarga saya di KL. waktu itu, selalu jugaklah kami tumpang bermalam di rumah keluarga saya bila tak larat balik AG sebab hujan. kadang2 husband je balik sebab nak basuh baju.

2 bulan macam tu. kami ambik keputusan utk cari rumah sewa di area rumah keluarga saya. rata2 tanya sewa rumah RM 500 keatas. padahal rumahnya sama je macam rumah sewa kami yg dulu. rumah sewa pertama kami, RM350 je. lepas berfikir2, kami putuskan utk beli saja rumah area situ. sama je bayar bank lebih kurang harga bayar sewa.

lepas gitu gini dptlah kami rumah C3 yg bulan2 bayar rm600. rezeki anak mungkin. mulanya nampak macam tak mampu nak byr rumah C3 tu tambah rumah AG lagi. 2 bijik rumah nak bayar, bayangkanlah berapa ribu dah kat situ utk sebulan. tapi Allah Maha Besarkan? Alhamdulillah, gaji saya naik dengan kadar yg tak tercapai dek akal masa tu. lepas byr sebijik rumah..

we're happy.

dalam nak setup rumah C3, adik lelaki bagitau dia nak beli rumah. kemudian arwah abah meninggal. kalau adik pindah dari rumah sewa yg 350 tu, maka agak jauh jugaklah utk kami tengok2kan ibu dan adik2 lain. jadi, kami ambik keputusan utk pindah blk rumah 350 tu. tunggu punye tunggu, sebab proses pembelian rumah atas orang ni mmg rumit sikit kot, hinggalah dah hujung tahun ni, kami masih belum masuk rumah 350.

InsyaAllah, tahun depan mungkin.

Rumah C3 pun dah ada yg nak menyewa. Alhamdulillah. sekurang2nya sekarang, kami dapat berjimat sikit sbb bakal rumah sewa ni lebih murah dari C3.

tahun 2014, tahun yg penuh dengan gelombang kenaikkan harga. tahun yg perlu utk berjimat cermat.

Menghabiskan masa di rumah AG.
kalau orang kata " rugi beli rumah tapi at the end duduk rumah sewa"

atau "tak sayang ke rumah AG tu besar, tapi duduk sewa rumah kecik ni?"

Kalau dulu ragu-ragu, tapi sekarang, sebenarnya semakin hari saya semakin yakin yg keputusan kami utk duduk dirumah 350 pada hari2 biasa & rumah AG pada hujung minggu, adalah yg terbaik.

Kesian.. keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap =(
Ziyad sedang membesar. setiap saat dia berharga utk proses pembesaran & pembelajaran. tak sampai hati nak biarkan dia macam dulu. tengah sedap tidur pukul 530 pagi, kene angkat masuk kereta sambung tidur dalam carseat. pastu kene angkat lagi & sambung tidur rumah nenek dia. balik pulak, sekurang2nya lepas Isyak baru kami boleh bergerak balik dari rumah keluarga saya. sampai rumah dah malam. keluar gelap, balik pun gelap. lagipun, sampai bila? nnt dia akan bersekolah. ada kerja rumah, ada exam & perlu masa utk study. kesian nak biarkan banyak masa dia dalam kereta saja. faham2 sajalah jalan2 kat sini mmg jammed selalu.. lagi2 kalau hujan. mahu tengah malam baru sampai rumah AG kot.

sampai bila pulak asyik nak makan masakan ibu saja? atau asyik kat makan diluar saja? duduk rumah AG mmg tak sempat masak. dulu sebelum ada anak, masa duduk dirumah 350 tu, mmg hari2 asah skil memasak. harapnya lepas ni dapat balik bukak buku resepi & cuba macam2 resepi.

dengan ketiadaan arwah abah, duduk rumah 350 akan memudahkan kami utk tengok-tengokkan ibu dan adik2 terutama waktu malam. arwah abah meninggal mengejut tanpa sebarang sakit pening sebelum tu. jadi, kami agak trauma dengan kematian mengejut.

Saya boleh memasak utk keluarga kecil kami! memasak adalah membahagiakan sebenarnya. tengok suami tercinta dan anak kesayangan tidur nyenyak kekenyangan makan makanan air tangan kita, pemandangan paling indah sebenarnya. saya & suami rindu sangat kehidupan kami macam dulu.

Jika diizinkan Allah dan diberi rezeki lagi utk Ziyad ada adik, maka keluarga kami semakin membesar. kesian pulak kat anak2 kan terpaksa berulang alik.

tak lama lagi, semua benda naik harga. petrol & tol dah naik harga. rumah 350 dekat dengan tempat kerja tak perlu tol. boleh jimat. jimat masa, jimat wang untuk tampung kenaikkan barang yg lain.

sebenarnya yg jadi keutamaan kami ialah menghabiskan masa bersama sebagai keluarga. kalau dah dalam 24 jam tu, berapa minit je sebenarnya yg boleh spend betul2 untuk family? sbb dah berjam-jam di office & hadap jalan raya saja! susah sebenarnya zaman sekarang ni. itulah sebab banyak anak2 kurang dapat perhatian mak ayah. mak ayah sibuk cari duit. bukan sengaja sibukkan diri. tapi keadaan yg memaksa utk kita kerja keras cari duit dalam keadaan kos sara hidup yg menggila ni!

ada yang tanya " sampai bila nak menyewa & hidup macam ni?"

kami xde jawapan. mungkin sampai pencen? atau sampai anak2 semua masuk boarding school & tinggal kami berdua saja utk berulang alik ke rumah AG.

Kami merancang. sebaik2 perancang adalah Allah.

Jadi, 

tawakaltua'llahlahaulawalakuataillahbillahialihil'azim. 

11 December 2013

Bilik anak bujang.. color ape yg best selain biru?

kalau dah anak lelaki, mesti nak kaitkan dengan color biru.

Bilik Ziyad nanti nak cat color ape?
Biru.

Baju Humaira ni nak belikan yg mane?
Pink.

macamlah dah termaktub dalam semua kitab didunia ni, wujud 2 color je utk anak kecik.
anak perempuan, pink. anak lelaki biru.

baru2 ni kami berbincang nak cat bilik Ziyad. banyak color yg saya suggest, tp kene reject dengan husband. huhuhu.. 

mungkin, color mcm ni boleh dapat approval tanpa banyak soal. tapi soalnya, ibu Ziyad rasa mcm boring. so old fashion. cat 1 color, then tampal wall paper as border kat tengah2.




Ibu Ziyad nak color terang mcm ni. biar anak aktif tgk color2 terang. hahaha.

masih belum decide nak color ape.. dahlah saya ni jenis xpandai nak matching2 color.. kang jadi buruks pulak bilik anak.

boleh korang tolong pilih kan?

=)



Pakngah Ziyad dah pindah rumah. minggu lepas bergotong royong bersih n kemas rumah pakngah Ziyad. mmg mencabar bila dengan Ziyad.. semua benda nak kepochi.. last2 kene duduk dalam bilik dengan adik Mayya.. si Mayya pulak, bantai tidur sampai kitorang siap kemas.

Lepas ni bolehlah selalu lepak2 rumah Mayya.. Abang Ziyad suka sebab dekat dgn playground. playground xperlu rebut2 sbb xde org pun. Ibu Ziyad suka sebab ada bicycle.. boleh exercise dgn bicycle xbergerak2 tu walau kayuh selaju mane pun.. 

06 December 2013

Having Second

Bila Ziyad dah pandai berjalan ni, ada lah jugak yg bertanya

"bila nak tambah?"
"bila nak bagi Ziyad adik?"

takpelah, mungkin dorang lupa kot kami ni bekas TTCians. hanya TTCians je yg takkan tanya another successful TTCians about having second. Dapat sorang anak bertuah ni ha dah kira bersyukur sangat.

tapi mmg tak nafi pun, hasrat hati naklah lebih sorang kan? tapi semuanya bergantung pada rezeki which is not in our hands. being realistic, kami tak mengamalkan atau mengambil apape ubat/kaedah merancang keluarga. even Dr. Norshida pun advise supaya tak ambik suntikan or implant utk family planning. paling2 kurang pun katanya, makan ubat je.. yg di suggestkan pada masa tu tak silap saya Yasmine kot..lupa dah.

saya ada tanya pasal breastfeeding should be one of family planning method. Dr. Shida kata, kaedah tu berkesan if Exclusive Breastfeeding. ramai misunderstood this term. nah, baca link ni pasal how safe is breastfeeding as a form of birth control. lebih kurang sama je ape yg artikel tu tulis, dengan explanation Dr. Shida.

However, my decision to breastfeed my baby not because of the family planning. its simply because breast milk are the best milk for my baby(s). Of course my breastfeeding journey not as etsy pitsy as what i can imagine before the baby born. hahaha.. ingt susukan anak senang je. selak baju, sumbat je!

Rupanya salah! nasib baik ibu and arwah abah banyak bantu! will recap this breastfeeding journey on another post tapi tak janjilah bila..hihihi...InsyaAllah.. akan tulis utk rujukan masa depan.

so, cut the story short, kami mmg tak ambik apape kaedah menjarakkan kehamilan!

dan, kami seringkali ingatkan diri utk berhati2 dalam menjawab soalan2 pasal tambah anak ni.. iyelah, kata-kata tu kan 1 doa. jadi, haruslah hati2.

Selalu dengar kalau orang tanya pasal tambah anak, mesti akan dijawab, "tunggulah yang ni besar sikit.. bagi puas manja dulu"
adakah selepas dapat adik baru, anak terdahulu diabaikan? adakah selepas dapat adik baru, anak terdahulu dah tak boleh bermanja?

atau

"tunggulah,  yg ni kecik lagi. biar sampai dia puas manja"
makbapak akan sentiasa menganggap anak dia kecik. kadang2 sampai tak sedar yg anak dia dah besar rupanya. dan anak, mmg takkan puas utk bermanja dengan makbapak. takut2 kalau selalu jawap mcm ni, dimakbulkan pulak.

jadi, bila orang mengusik pasal tambah anak, kita amin kan saja.. mohon di permudahkan.
mungkin, pengalaman mengajar kami. the best planner is Allah. masa kami fikir kami dah bersedia utk ada anak, kami pergi dapatkan rawatan (TTC journey). lepas tu kami stop sebulan sbb fikir nak focus utk pindah and setup rumah AG. rupanya masa tulah masa yg terbaik & masa yg telah Allah tentukan utk kami ada anak. alhamdulillah, mengandung tanpa sebarang bantuan perubatan.

Ibu, Ziyad dah ready nak jadi abang. tengok, Ziyad pandai pakaikan booties utk adik mayya..
jadi, utk yg kedua ni pun, kami berserah. kami tahu, bila wujudnya degup jantung dalam rahim ni, makanya itu adalah masa yg terbaik & masa yg kami paling bersedia sekali. bukan kami je, malah Ziyad juga ready utk jadi Abang. sebenarnya kita dah ready pun. tapi xde keyakinan je.

tetap memohon utk dipermudahkan segala urusan.

03 December 2013

Pelacur yang melacurkan kata

Adik bongsu saya punya puisi dah diterbitkan!

tah bila masa adik bongsu ni dah dewasa rupanya. pandai kembangkan minat sendiri sampai dapat masukkan 2 puisi utk diterbitkan. dah habis sekolah ni, bolehlah fokus lebih gigih lagi utk projek2 yg tengah 'pending'.



Get your own copy of

PELACUR KATA.

next projek dia dgn artis sebelah negara. serius tah bila adik saya ni dewasa. senyap2 dia ada 'klik' dia tersendiri. kalau org kata ada muzik indie, skrg baru saya tahu rupanya dikalangan penulis buku pun ada indie.

samada sy yg tua, atau dia dewasa terlalu pantas.

Arwah abah mesti bangga ;')

25 November 2013

Trying To Conceive (TTC): adakah supplement kesuburan berkesan?

dah lama tak cerita pasal TTC lagi.
bila ada timbul soalan di email, baru terasa ada benda patut dikongsi.

produk itu, produk ini. untuk suami isteri yg nak zuriat. untuk hamil...bla..bla..bla..
berkesan ke?

mula2 sekali, kita kenalah faham pasal ape kita ambik2 benda ni semua. tak kisahlah, set kesuburan ke, vitamin itu ini ke, kacip fatimah ke, makanan sunnah ke, semuanya hanyalah supplement. makanan tambahan. dah nama pun makanan tambahan, bukan ubat. jadinya fungsi utama dia bukanlah menyembuhkan. sebaliknya sebagai makanan tambahan, ia memberi extra kebaikkan pada badan kita.

kalau tak makan, badan masih boleh sihat.
tapi
kalau makan, badan bertambah sihat. dengan izin Allah.

jadi, pasal orang yg amalkan makanan sunnah, dengan tujuan untuk kesuburan,
bagus.

orang yg ambik supplement2 yg dipercayai untuk tujuan kesuburan,
juga bagus.

itu adalah sebagai salah satu usaha kita.
tapi, kene ingat. apape pun perkara, haruslah cari penyebabnya.
apa sebabnya dah lama kawin, tapi tak mengandung?

ini yg selalu orang lupa. padahal inilah step pertama sekali.
kenal pasti sebab/penyakit yg menghalang kita dari mengandung.
sekarang ada macam2 faktor yg menyebabkan kita tak dpt mengandung.

ada dengar kawan mengeluh.

"dah macam2 produk untuk dapatkan anak, aku makan. dah mcm2 cara aku cuba. tapi belum ada hasil"
"apa cara kau cuba?" saje tanya dengan harapan dia akan jawab, IVF ke, IUI ke..
"org cakap pergi berurut, aku dah urut. laki bini g urut"
"kau dah consult dengan doktor?"
"tak. mahal la. lagi pun aku takut"

pada pendapat saya, eloklah berjumpa dengan gynae dulu. check apa masalah sbnrnya. sbb tak semua penyebab tak boleh pregnant boleh diubati hanya dengan memakan supplement or makan sunnah. lets say, rupanya kita punya tiub fallopian yg tersumbat, mana mungkin supplement boleh ubatkan. haruslah jalani pembedahan,kan?

unless, masalah yg kita hadapi tu adalah disebabkan oleh hormon ke, bolehlah kita ambil supplement/makanan sunnah utk stabilkan hormon.

Pengalaman saya dulu, lepas gynae sahkan saya ada Retroverted Uterus (RU) dan boleh mengandung tanpa perlu jalani pembedahan utk betulkan kedudukan rahim tu, barulah saya amalkan makanan sunnah bersama2 dengan Clomid. cuma bila dah tak makan Clomid baru amalkan makanan sunnah dengan lebih tekun & alhamdulillah, sampai masanya, sebulan selepas itu, Allah bagi rezeki mengandung.

dulu, makanan sunnah ni susah sangat nak dapat. kene pergi kedai arab or kirim dari orang yg pergi Mekah baru dapat. sekarang, bukak je FB, ada je iklan2 makanan sunnah. siap 1 botol ada 13 ramuan makanan sunnah lagi. Buah Zuriat/adam hawa tu pun boleh beli online je skrg.

even, dah ada anak sorang & susah sangat nak conceive the second one pun, consult doktor dulu. bila ada anak, x semestinya kita dah xde masalah untuk mengandung lagi. biasanya, masalah untuk conceive kali kedua selepas lahirkan anak sulung, dipanggil Secondary infertility. boleh google utk info lanjut.

sekadar pendapat peribadi saya saja berdasarkan pengalaman yang lalu & penerangan dari gynae saya semasa saya dapatkan rawatan.

18 November 2013

Boleh pergi public toilet dengan senang hati...sikit..

Bulan lepas ada cerita pasal public toilet.
siap tolong bagi suggestion cmne nak pakai public toilet dengan berhemah.


berjalan2 di Guardian, ternampak benda ni. tak tahulah, mungkin dah lama ada dalam market, saya je yg tak tahu. hahaha..

however, this is cool! 

best kan? senang simpan dalam handbag. dalam ada 8 or 10 keping kot. harga around rm8+. brand guardian jugak.

terima kasih kepada si pencipta yang tah siapa.. 

14 November 2013

pengalaman bawak anak naik kapal terbang

first sekali, mmg cukup nervous.

siap buat research lagi. baca pengalaman orang kat blog, forum.
tanya kawan2 semua. and mostly dorang advice susukan anak masa take off.

mmg berdebar2.. takut ziyad nangis sbb sakit telinga. saya mmg selalu standby mentos tiap kali naik flight masa zaman belajar dulu. tapi, takkan nak bagi ziyad makan mentos kot.. hahaha..
sebenarnya saya risau sebab ziyad ni jenis menyusu ikut mood. kadang2 dia ok, bila nak susu, kita direct feed je.. kadang tiba datang ragam dia, lapar mcm mana pun dia xnak direct feed. nak botol. sampai sekarang tak tau kenapa.

so, saya discuss dengan husband. nak bawak pump. bawak harmony je la.. malas pulak nak angkut ameda.
before masuk kapal terbang, pam dulu susu siap2 masuk dlm botol n susu boleh tahan 4 jam. at least kalau Ziyad xmo menyusu, boleh sumbat botol.

ada jugak discuss dengan housemates masa study dulu (geng rumah banglo). Mama kata, anak dia Adam, umur 5 bulan dah ajar naik flight sbb masa tu dia tgh buat PhD and ulang alik Terengganu-KL. bawak si Adam sekali. xde masalah. dia siap2 bancuh susu dalam botol. susu formula. biasanya lepas je sbb orang tau kita ada anak kecik so rules liquid not exceeded 100ml per bottle dikecualikan.

happy saya dengar sbb plan utk pump fresh milk masuk bottle dan bawak masuk cabin, boleh. maklumlah, sejak beranak, mane pernah naik flight bwk anak.

then Izza pulak cakap, dia takde problem sebab Marissa mmg direct feed je tiap kali ulang alik KL-Kuching.


dah pening2 berdebar2 fikir cara nak susukan Ziyad masa take off, tah macam mana baru saya terfikir.
kenapa nak susah2?

tujuan susukan baby masa take off ialah utk elakkan baby sakit telinga akibat tekanan udara yg berubah. kalau orang2 besar, dinasihatkan utk makan gula-gula or telan air liur utk kurangkan rasa sakit. so, utk baby, dorang mana nak tau telan air liur. kita cakap pun bukan dia faham lagi. the only option is bagi susu. at least ada something utk dia telan & kurangkan sakit telinga tu.

so, utk anak yg dah start makan, tak bergantung sepenuhnya pada susu ibu, should be no problem la.. bagi je la anak sedut air masak!

itulah yg saya lakukan. hihihi..

masa berlepas dari KL, Ziyad sendiri nak direct feed. Alhamdulillah. masa nak landing, kami bagi Ziyad air masak. tapi bagi dia sedut sikit2.. sedut, telan, lepaskan straw. macam tu la,  banyak2 kali sampai kapal terbang dah stable. ada jugak waktu, Ziyad pegang telinga dia, korek telinga n garu2 kat leher.. tandanya, dia tgh rasa tak selesa la tu kat telinga. so, cepat2 offer air.. 

Alhamdulillah, dia x nangis pun. 

yg kelakarnya kitorang punyelah nervous sampai takut sangat anak tak selesa lah, lapar la, itulah, inilah.. kami g order Spagetti.

and become one of Ziyad fav! makan sampai habis tu! bagus jugak sebenarnya. kill the time kata orang. xdelah Ziyad bosan sebab dia sibuk makan. pergi balik order food. tapi menu waktu balik, nasi ayam.

dan pada hari kejadian, saya tak bawak langsung pun breast pump! hahaha..

gitu la pengalaman kami bawak Ziyad naik kapal terbang untuk pertama kali dalam hidup Ziyad. 1 tahun 1 bulan, merasa awak naik kapal terbang. ibu and ayah dah tua bangka baru dapat naik flight.. iyelah, dulu mana ada AirAsia..MAS sgt mahal zaman 80an & 90an.

11 November 2013

rumah AG: semangat nak deco kembali lagi.

Hujung minggu baru balik rumah sendiri.

kali ni balik, dengan penuh semangat berangan nak deko rumah macam mana sambil gtau kat husband. kalau cerita dari jauh (dari rumah c3) husband macam lost sikit.. mungkin xboleh nak bygkan kot.

rumah AG ni memang tak banyak barang pun. ada separuh barang masih dalam kotak. sejak pindah tak bukak. hahaha.. takde budget lagi nak beli almari hiasan berukiran2. jadi barang2 yg patut letak dalam almari hiasan, patut simpan dalam kotak dulu..
mana yg boleh masuk stor, dah masuk dah.

Ziyad, kemain lagi golek2 kat ruang tamu. malas nak praktis skil berjalan. kalau balik, ruang ni paling semak. takde keperluan utk kami setup playroom di rumah AG ni.. setup terus bilik anak bujang je nanti..

kawasan rumah semakin ramai orang. fasa baru (rumah atap kelabu) pun dah siap tapi belum ada orang duduk lagi.. tunggu CF kot. pagi semalam hujan turun awal pagi. jadi bila bangun pagi2 rasa nyaman & sejuk. bukit kat belakang pun masih berkabus.

bila tengok dari tingkap bilik yg menghadap belakang rumah, baru realize, xramai pun yg extend dapur lagi.
buktinya, kawasan belakang rumah masih hijau. masih luas.
gambar kanan, pokok serai kami =) rumput dah panjang. biasanya husband racun je rumput2 tu.. tapi sekarang musim hujan. elok meracun rumput waktu panas terik. sedap sikit kata husband.
kiri: kawasan belakang rumah jiran. selang sebuah rumah. penuh dengan tanaman berguna. halaman depan rumah dia, penuh pokok2 bunga. katanya dia suka gardening. baguslah.

Kiri : rumah yg meriah dengan pokok tu lah rumah jiran yg suka gardening ni. jiran sebelah rumah kami, jarang ada rumah. pegawai bomba. selalu outstation katanya. 
kanan: rumah pakcik yg dah pencen. hari tu balik, masih berumput. minggu ni balik, dah pasang tiles.. meriah!

ada orang tanya, tak sayang ke ada rumah sendiri tapi pergi sewa lagi rumah lain? kan membazir. byr duit rumah sampai 2.

dok aih makcik. kami kan kaya 

dush!! jawapan mmg mintak penampar. hahaha..

jawab kat entri lain. malaih nak taip dah.

06 November 2013

potong kuku anak. waktu tidur atau berjaga?

Sampai sekarang, saya masih belum expert lagi potong kuku anak sendiri terutama waktu dia berjaga.

Tiap kali nak potong kuku, saya akan potong waktu dia tidur. tu pun kadang2 xsempat siap sepenuhnya, Ziyad dah sedar (-_-") maka selalulah terjadi insiden potong kuku sebelah2. mcm pagi ni, dapat potong kuku tangan kanan dengan kaki kiri. esok terpaksalah sambung pulak kuku tangan kiri & kaki kanan.

hahahaha...

dahlah anak bujang tu tidur lasak. bila dia tidur meniarap tu, kekok jadinya nak potong kuku. saya yg terpusing2 nak potong.

bukan takut nak potongkan kuku time dia berjaga. banyak kali try, tapi tak pernah berjaya! 
sebabnya? dia suka berebut nail clipper tu dengan kita -_-"

buat muka kesian nak nail clipper. ibu buat muka garang pun x jalan!
kalau x bagi nail clipper tu, mmg menjerit2lah nak jugak. lagi susah nak potong kuku.. nnti nk kepit kuku, terkepit isi pulak.

Nampak? hajat besar nak potong kuku sendirilah kononnye tu.
tengok kakak ipar rileks je potong kuku anak dia. anak ai baru sorang, dah macam nak berwushu tiap kali nak potong kuku -_-"

any tips?

22 October 2013

Playschool : umur berapa tahun boleh hantar anak?

lately ni saya terfikir nak hantar Ziyad ke playschool.

Kenapa?

Sebab rasa dah taknaklah susahkan ibu utk jaga 2 orang cucu sekarang. ibu saya bukan makin muda. saya pernah suarakan utk hantar Ziyad ke rumah pengasuh since Humaira juga akan dijaga oleh ibu. tapi ibu tak nak. ibu sayang. dari kecik dah jaga Ziyad, bila dah senang jaga, nak hantar rumah org pulak.

bila saudara mara tanya siapa jaga? jawablah ibu jaga. "dua-dua org ni". angguk. "boleh ke jaga?". nada terperanjat tak percaya. "larat ke jaga?".

mmg tak syok dengar nada mcm tu. seolah2 macam anak2 menyusahkan ibu. suruh ibu jaga cucu. mmg tak terbalas jasa ibu. kami suami isteri sedaya upaya kalau boleh nak ringgankan beban ibu. mungkin dari segi tenaga & masa kami agak terhad utk membantu. jadi kami dah cakap dengan ibu, bil elekrik, kita bahagi dua. bil selalunya dalam lingkungan RM200+. sesiapa pun tak kan percaya bil rumah ibu boleh capai macam tu.. rumah bukanlah besar pun.

kami jugak bagi duit jaga Ziyad. sama amount kalau hantar ke babysitter area rumah ibu. bagi jugak duit belanja dapur sebab selalu makan rumah ibu.

mmg ibu tak mintak. tapi takkanlah kita sebagai anak nak buat tak tahu? even masa arwah abah masih hidup pun, saya hulurkan juga duit utk bil elektrik sbb saya tahu anak saya jenis tidur mahu berair-cond.

kalau bab penjagaan Ziyad, mmg kami betul2 ikut advice ibu. sbb ibu yg jaga Ziyad. so, kalau apape yg jadi pada Ziyad, kami sama2 tanggung.. sama2 jaga.. outsiders or even family sendiri yg bagi advice, kami akan dengar, tapi tak ikut pun.. hahaha.. kenapa? sbb org2 luar yg bagi nasihat ni, bukan orang2 yg akan bersusah payah, bersengkang mata bila kami susah.

contoh,

Ziyad demam. orang nasihatkan jangan bagi ubat. susukan je. 
tapi dorang ke yg bersengkang mata bila demam Ziyad tak kebah?

Waktu berpantang, boleh la makan itu, makan ini.. tak yah berpantang sangat.. 
tapi dorang ke yg tolong urut, tolong comfortkan Ziyad bila dia kembung akibat pemakanan saya?

even, boleh kira dengan sebelah tangan je berapa kali Ziyad balik kampung husband before he reach 6 months old. sbb saya xnak susahkan ibu bila Ziyad sakit. tahulah budak2 ni senang sikit nak 'terkena' apape..alhamdulillah, syukur husband faham. bila dah lepas 6 bulan tu, barulah kami slowly biasa2kan ziyad bawak berjalan luar rumah. 

takpelah, biarlah orang nak bandingkan anak dia dalam pantang dah ke sana ke sini, anak saya masih terperuk dalam rumah. umur 3 bulan dah boleh lepak luar rumah balik malam2, anak saya tersepuk dalam rumah. biarlah. 

apape jadi, bukan mereka yg sama2 susah. bukan!

sekarang ziyad dah mula tak boleh berkongsi barang dengan strangers. dgn kitorang yg hari2 dia tengok ni, tak pe. tapi bila balik kampung, sepupu pegang barang dia sikit, dia marah. bila pergi shopping mall, duduk rehat kat bench. bila ada strangers duduk sebelah, dia boleh haip orang tu? (-_-")

sungguh merisaukan. sbb mmg dia seorang je kanak2 dalam rumah tu selama ni. mungkin sbb tu jadi macam tu.

not good utk social life dia.

plus, playschool ada provide activity. at least xdelah Ziyad buat same routine everyday. 

the good thing is, Ziyad jenis cepat adapt. dia cepat adjust dengan perubahan sekeliling. betul2 punya adjustment. mungkin sbb dari umur 3 bulan kami dah biasakan dia macam tu kot.

so, saya rasa takkan ada masalah kalau dimasukkan ke playschool lebih awal.

tapi, sayangnya.. bila semua email yg dihantar ke playschool (islamic) semuanya nak budak umur 3 tahun ke atas! maybe at this age, toddler lebih playful. diaper-free and senang dengar instruction.

Ziyad only 13months old.. he got another 23 months to go!

aiyooh.. 

18 October 2013

Tips ke tandas awam yang kotor

kalau kita pergi public toilet kat Malaysia ni, mesti akan nampak tapak kasut kat atas toilet bowl. reason ada tapak kasut atas toilet bowl? sbb geli nak duduk kat toilet bowl, so sanggup panjat & squat kat toilet bowl yg sepatutnya duduk, bukan squat. kesian kat orang macam ni. memang tak cerdik langsung.

first, mmg bahaya utk panjat & squat kat toilet bowl. 

second, kalau kau geli nak duduk kat toilet bowl dgn alasan kotor, kaulah penyebab toilet bowl tu kotor. come on, kalau kau claim, kau ni pembersih, jadilah seorang pembersih sejati. yg sentiasa mahu bersih & tak kotorkan tempat lain. kalau geli, tunggu & guna toilet yg mmg utk squat (--")

come on Malaysian!

kalau geli sangat nak duduk atas toilet bowl, mungkin boleh buat cmni;

1. sentiasa ada sanitizer dalam beg. so, bila nak pakai toilet, sentallah toilet bowl dengan sanitizer.. hahaha
2. nak senang, pakai wipes/wet tissue pun boleh. beli yg antibacteria yg membasmi 99.9% bacteria.. laplah toilet bowl.
3. nak bersih lagi, lapik dengan toilet paper/tissue sepanjang lingkaran toilet bowl.
4. dah yakin bersih, duduklah & buat apa yg patut.
5. wash. make sure duduk atas toilet bowl and wash. so that, air semua dalam toilet bowl and lantai di bawah x basah.
6. clean up toilet bowl yg dah guna. flush. toilet paper/tissue, boleh buang properly dalam sanitary bin. kalau nak dump dalam toilet bowl pun boleh. flush la.. but make sure yg dibuang tu betul2 toilet paper/tissue sbb kalau korang buat tissue biasa (facial tissue) boleh menyebabkan toilet tersumbat sbb texture dia susah nak hancur berbanding tisu tandas.

alah, kite sibuk2 bersihkan balik lepas pakai toilet.. nnt orang lain masuk, kotor jugak..

come on! jangan berkira sangat. sbb semua org fikir macam ni la, sampai sekrang public toilet kite sgt teruk!

tak mustahil 1 hari nnt public toilet kita akan jadi cantik mcm ni,


dapat public toilet macam ni, takyah dah terkepit2 menahan dari buang air semata2 nak balik rumah sendiri..

hahaha..

lets do it Malaysian!

17 October 2013

Nasib baik Ziyad ada kampung.. at least dapatlah merasa..

Hari Raya Haji

giliran kampung husband. petang raya tu kami sampai kampung dari rumah AG. 


Pagi raya, lepas solat raya, bawak si little caliph ni surau utk tengok orang sembelih lembu. ingatkan dia excited. rupanya xde perasaan pun.. lebih kepada muka pelik kenapa orang ramai ni.. dia tgk lembu mcm xde tengok pape.

husband hantar balik rumah, lepas tu baru dia join aktiviti melapah lembu.


macam ni la suasana kat kampung husband kalau time hari raya haji. bergotong royong mengerjakan sembelihan. tahun lepas, Ziyad ada bahagian korban. tahun ni xde.

kalau kat KL, kampung saya, mmg tak merasalah bende2 macam ni. so, Humaira, meh balik kampung paklong, boleh rasa pengalaman mcm ni.

malam raya, celebrate birthday saya. kebetulan, birthday jatuh hari isnin tu. pilih kek ni sbb dah muak pulak dengan choclate indulgence.. hikmah masa mengandung aritu ada GDM.. sampai sekarang kureng sikit dgn bende yg manis2 ni..

tapi..tapi.. tapi.. tak pernah muak dengan kek air tangan ibu. adik saya kata, pukul 11 mlm baru ibu saya teringat birthday saya & terus buat kek ni sampai 12 tengah malam padahal saya di kampung husband masa tu & hanya akan balik lepas Zohor raya pertama.. terharu! makan kek homemade sedap sebab boleh letak chocolate banyak2.. untuk tambah kesedapan, boleh letak aiskrim.

ini pulak, ex boss whats app gambar kek ni.. katanya nanti dia beli lagi & courier.. hello boss, i dah masuk kerja ni..=P

5 hari cuti.. pagi ni budak bertuah buat drama tak lepas dari dukungan. 2 hari je ibu and ayah kerja, lepas tu hari sabtu ni ibu & ayah bawak g jenjalan eh? makan nasi arab..fav Ziyad.. tiap2 minggu g Saba.. Sabar je la..

08 October 2013

yg mahal adalah yang terbaik untuk anak, kasih sayang, tolak tepi

saya tak tahu nak cerita macam mana. harap apa yg saya cuba sampaikan ni, tak disalah anggap/tafsir.

masa mengandungkan Ziyad, saya ada terfikir untuk berhenti kerja. masa tu commitment tak banyak macam sekarang. 

so, saya berborak dengan officemate. chinese. malaysian. katanya kalau saya berhenti kerja, macam mana nak jaga anak. sekarang seorang anak pakai banyak duit.

katanya kalau tak bekerja, cukup ke husband seorang nak tanggung. saya kata, insyaAllah cukup. cuma xboleh bermewah mcm sekrang la. kenelah adjust hidup ikut kemampuan.

rupanya bagi dorang, dari anak kecik, terus letak kat babysitter. ramai kawan chinese saya, ada anak, tinggal kat babysitter. tinggal di sini bermaksud, bermalam. hujung minggu je datang jenguk anak. and upah untuk babysitter ni paling murah rm1k. normally dorang letak kat rumah makcik-makcik yg dorang kenal. makcik saudara ke, jiran mak dorang ke.. macam tu lah.

bila anak dah besar sikit, boleh hantar ke nursery or kindergarten. ada jugak yg prefer ambik maid. nanti anak dah masuk sekolah, kene hantar anak g private school, music class, art class mcm ballet, drawing, craft. hantar tuition bagus2.. so, semuanya perlukan duit. sebab tu pada mereka seorang anak perlukan kos beratus2 ribu utk dibesarkan dan biasanya dorang xsuka anak ramai.

saya kata, culture bangsa kamu, berbeza dengan culture saya. mostly orang melayu suka anak ramai. meriah. tak pernah lah pulak kitorang terfikir pasal kos nak besarkan anak. or mungkin saya sorang je yg tak pernah fikir? sbb saya percaya setiap anak membawa bersama rezekinya yg telah ditetapkan oleh Allah. 

saya kata, family saya orang susah. abah saya seorang saja yg bekerja. mak saya surirumah sepenuh masa. tapi Alhamdulillah, saya boleh berjaya sampai ke degree.. 2 orang adik saya pun degree. tinggal yang bongsu saja masih sekolah. seorang lagi dah bekerja. pointnya kat sini, saya agak tak setuju bila mereka kata tugas mak bapak ialah carik duit utk besarkan anak.

tugas kita bukan carik duit je. tapi didik & asuh anak. 

family susah, duit tak banyak, masih boleh berjaya. masih boleh jadi manusia.

saya cakap jugak patutlah ramai anak2 sanggup upah dan hantar mak bapak kat elderly home. jengguk time hujung minggu or hujung bulan je. sbb masa anak tu kecik, makbapak sanggup tinggalkan anak kat rumah babysitter.

u might have billions in your account, but less love in your heart.

and mereka setuju dengan saya utk point yg ini. tapi dah budaya mereka begitu.

bagi mereka, parents perlu bekerja keras utk bagi yang terbaik untuk anak. private school, private tuition, makanan yg mahal/organik, best hospital, bla..bla..bla.. semua yg terbaik & tiptoplah.

tapi bagi saya, semua nak yg terbaik utk anak & tak semestinya yg mahal/tiptop tu adalah yg terbaik. kasih sayang & perhatian jugak penting. xguna jadi CEO terkenal, tapi hati kering.

tapi sampai sekarang, saya masih lagi bekerja. sbb syarat saya utk bekerja 5 hari seminggu telah diterima. Alhamdulillah, kehidupan lebih baik. sekarang ni kalau nak berhenti kerja, perlu ada back up plan pasal commitment dah bertambah. dari sharing bayar rumah dengan husband, dah perlu bayar seorang 1 rumah. mudah-mudahan kehidupan lebih baik dimasa akan datang. insyaAllah, kalau nawaitu betul, pasti dipermudah. mudah2an.

sedang persiapkan diri kalau nak jadi SAHM..pheww~~

04 October 2013

mana lebih bagus? renovate/deko sebelum pindah masuk atau selepas?

Rumah hujung minggu kami..


masih xde apape perubahan besar.
mungkin boleh dikatakan terbiar?

ibu saya ada nasihatkan, jaga & bela rumah itu elok2.. sayang rumah baru kalau memburuk begitu je.

kami ada banyak plan sebenarnya utk rumah tu.. cuma budget belum mengizinkan. masa baru2 beli rumah, ramai jugak yg nasihatkan utk terus renovate rumah siap2 sebelum pindah masuk. tapi budget kami x mengizinkan.

masa di bank untuk urusan pinjaman, pegawai bank pun ada tanya pasal personal loan. katanya normally org beli rumah baru akan buat personal loan sekali. duit tu guna utk renovate/deko rumah. siap tolong calculate berapa puluh ribu kami layak utk personal loan.

hah? udahlah loan rumah ratus ribu pun dah risau. nak tambah lagi?

kami terus tolak. sbb kami mmg dah decide takmo tambah lagi hutang. lagipun, renovate/deko rumah adalah KEHENDAK. untuk barangan keperluan rumah seperti perabot, peti ais baru (peti ais lama bagi adik), washing machine, lampu, kipas, aircond, water heater, etc, semuanya dah ada peruntukkan hasil dari rebate pemaju. masa kami booking tu, pemaju sedang buat promotion rebate RM10k jika bayar deposit sebelum tarikh yg ditetapkan.

little caliph ni selalu jadikan kerja2 mengemas & dekorasi lebih mencabar.
bila ibu cakap pasal rumah, baru timbul kesedaran nak deco cantik.. tapi tetap dengan syarat, tanpa berhutang. jadi sekarang kami sedang dalam proses kumpulkan budget utk buat build in wardrobe utk 2 bilik. masih belum decide which one bilik Ziyad sbb balik pun hujung minggu saja. terus setup as bilik tidur je lah.. no playroom.. playroom lebih practikal di setup di C3, rumah weekdays kami=) c3 pun ada 3 bilik. baru pakai 1 bilik je..

jadi saya rasa bab renovate/deko ni bergantung pada tuan rumah. masing2 ada pro & cons

renovate/deko SEBELUM pindah masuk:
1. senang sbb tak perlu nak bersihkan rumah banyak kali. renovate semua, cuci semua 1 rumah, baru masukkan perabot.
2. kalau ada cash banyak & tak perlu berhutang, lagi bagus.
3. tapi kalau buat loan, byr je la bulan, xperlu risau dah sebab rumah dah cantik.

kalau SELEPAS pindah masuk:
1. banyak kerja sikitlah.. nak alih2kan perabot. tiap kali pun nak kene bersihkan rumah. iyalah, mana ada orang renovate rumah tak berhabuk kan?

so, pilihan ditangan masing2..

fokus sekarang : build in wardrobe!

25 September 2013

ada tak cara untuk bagi anak tak memilih makan?

melalui ape yg saya baca, kebanyakkanya akan cakap budak yg minum susu ibu biasanya tidak akan cerewet dalam soal makanan.. dia akan lebih enjoy menikmati variety of foods compared dengan budak yg minum fm sbb 'rasa' susu ibu akan berubah2 mengikut apa yg si ibu makan.

wah... ini sudah bagus. sbb saya seorang yg memilih makan sejak kecik. mungkin sbb saya bayi fm.. hihihi.. jadi, dengan harapan untuk dapat anak x memilih makan & boleh makan ape saje sekaligus mendapatkan pelbagai jenis nutrisi secara semulajadi tanpa perlu supplement, saya sendiri dah ubah cara pemakanan saya.

kalau dulu, mmg pantang makan sayur, sejak mengandungkan ziyad, saya start belajar untuk terima sayur dalam menu hidangan. sampai sekarang Alhamdulillah dah mewajibkan diri ambik sayur dalam setiap menu hidangan.

tapi...

Ziyad still ada sedikit ciri-ciri seorang yg memilih bab makan. sejak umur baru nak masuk 7 bulan, dah ada favourite sendiri.

bagi bayam & ikan bilis blend (puree), makan dengan laju & banyak.
bagi bronkoli, sikit je makannye..

bagi cerelac (bila on-the-go, mmg saya bagi cerelac), dia suka perisa gandum + honey. bila bagi ikan bilis, xmo.. bg buah-buahan, xmo.

sama jugak macam biskut. semangatlah pergi beli biskut baby. macam2 brand, xnak.
last2 yg dia suka makan biskut jacon weetameal.. sama mcm biskut nenek makan utk breakfast.

owh anak bertuah!


sekarang, dah pandai nak makan sendiri. even kalau kita suapkan pun, mesti nak ada pinggan n sikit nasi/makanan kat pinggan dia letak atas walker. dia akan makan sendiri. tapi utk make sure dia makan dalam kuantiti sepatutnya, saya still suapkan jugak.. sambil disuap, sambil makan sendiri.

jadi macam ni sbb masa bulan puasa aritu, time orang berbuka puasa, dia pun sibuk nak ada food sendiri walhal dah suap makan sebelum tu..

rumah mmg habislah bersepah kalau dia makan. tapi ibu cakap, xpelah penat sikit sbb nak kene sapu n mop rumah pastu lap badan dia & tukar baju baru. comot. ibu kata at least dia belajar sendiri. 

"mat salleh pun suka anak dorang makan sendiri. orang2 motivasi & psikologi pun kata elok kalau budak2 bljr makan sendiri" wah, gitu nenek Ziyad bagi hujah.. nasib x masuk bab motor skills development .. hahaha. boleh fengsan i..

harap2 bila dah ada banyak gigi ni, selera makan Ziyad akan lebih baik. lebih suka makanan berkhasiat. mudah-mudahan.. 

19 September 2013

TTC: Hikmah tersembunyi

mungkin ini antara hikmah yg tersembunyi..

dikurniakan zuriat ketika usia perkahwinan dah masuk 2 tahun.
dapat anak 9 bulan kemudian. anniversary ke 3, anak dah 4 bulan.

ni bila anak dah setahun, xterasa pulak anniversary dah yg ke 4. even masa saya bagitau ibu yg kami dah nak 4 tahun kawin, ibu boleh kata "ye ke? ibu xrasa pun macam dah 4 tahun?"

lepas diam kejap, baru ibu kata

"mungkin sbb baru ada Ziyad. baru ada anak kecik"

whats app husband sehari sebelum birthday anak bertuah..

yup betul!.. baru ada anak kecik.. baru merasa haru biru, lintang pukang buat 'adjustment' hidup. baru belajar tolerate laki bini demi anak.. dulu tolerate and fikir pasal berdua je..

syukur.. alhamdulillah.. hikmah tersembunyi yg selama ni tak nampak.

18 September 2013

anak lebih pandai ber cam whore dari ibu & ayah



pandai dah. tgk camera buat mcm2 aksi. tengok cermin, buat mcm2 mimik muka..
tah ilmu dari mana tah budak bertuah ni dapat.

sampaikan ibu & ayah hari2 xsabar nak sampai rumah cepat!

10 September 2013

selepas setahun bersalin

perancangan untuk birthday Ziyad sebenarnya lebih dari yg berlaku. kami memang nak spend utk birthday dia yg pertama ni.

perancangan asal nak buat birthday, aqiqah dan open house sekali. kenduri masuk rumah baru dah selamat pun dibuat. tapi masa tu buat kecil-kecilan je untuk 100 org tetamu saja. jadi cadangnya birthday ziyad ni mahu lah jemput lebih ramai lagi dengan menu utama kambing golek.

tapi, itulah manusia. hanya mampu merancang. bila arwah abah meninggal secara mengejut, kami xsampai hati nak teruskan perancangan yg agak grand tu. kesian juga pada ibu yg semestinya akan teringatkan arwah.

jadi, kami hanya belanja makan adik beradik saja. itupun di rumah ibu sebab adik ipar masih berpantang & ada baby kecik. mulanya hanya makan2 saja tanpa kek. tapi adik saya kata, apalah makna hari jadi tanpa kek?

dah besar dah boyfriend i ni!

jadinya, maklang Ziyad sponsor kek. pakngah sponsor lilin nombor 1 tu (tapi kami xnyalakan pun). baju memang dah lama beli. nenek Ziyad belikan. kata pun dah lama merancangkan? baju ni pun arwah abah dah pernah tgk n memang simpan utk birthday celebration. nenek ziyad beli masa ziyad baru 6 bulan xsilap. mmg ngam2 muat bila umur setahun. itulah, mata orang tua berpengalaman. topi askar tu, hadiah dari paksu Ziyad. merangkap hadiah favourive. sbb ziyad selalu suka main helmet paksu, tu yg pakstu belikan topi tu. perasan mcm helmet la tu..

hadiah2 ziyad pun semuanya dari makcik n pakcik dia je lah. pakngah bagi hipseat & carrier i-angel. bolehlah pakai masa holiday nnt. xyah susah2 bawak stroller naik flight. agak leceh jugak sbnrnya nak angkut stroller naik flight sbb pergi berdua suami isteri dengan Ziyad je..

maklang ziyad bagi ABC. makteh Ziyad bagi aqua doodle. semuanya education oriented. paksu bagi topi askar. 

excited semuanya

selamat dah pakai carrier ni.. dengan tak semene2, pergi join group pasal babycarrier ni.. macam2 dah rupanya.

itu sajalah sambutan birthday yg pertama.. insyaAllah, tahun depan panjang umur murah rezeki, kita plan lagi ye..

04 September 2013

macam mana orang beranak rapat?

Sayalah Aisyah Humaira..

Saya sekarang ada kat rumah nenek. tok dan aki saya sangat busy sebab jadi hos hari merdeka. tapi aki saya sgt chomel sbb selalu suruh saya tengok dia dalam tv.. tapi aki sempat jumpa saya sebelum pergi countdown Merdeka.. nanti dah besar, saya nak ikutlah.

saya dalam nursery hospital.. tak boleh balik sbb paeds nak monitor. saya keluar awal sangat. tak sabar nak membesar kat luar. asyik membesar dalam rahim ibu je.. so, saya keluarlah awal..

ini abang Ziyad. abang Ziyad pelik bila saya ada rumah nenek. kami belum berkenalan lagi masa ni.


tapi perlahan-lahan, abang Ziyad belajar untuk terima saya.. hihihi

Lepas beberapa hari, abang Ziyad baik dengan saya. sampai biskut dia pun dia x pandang.

ni la yang abang Ziyad suka buat. suka sentuh pipi saya dengan pipi dia.

kadana2, abang Ziyad lupa yg dia belum cukup kuat utk dukung saya.. hihihi

nenek suruh cium saja.. biar nenek yg dukung

hari-hari inilah yg kami lakukan..

akhirnya, terkantoi dengan ibu. gaya tidur kami juga sama! menongkat dagu?

agaknya macam ni lah kot gaya orang beranak rapat?

03 September 2013

kereta merajuk? sumpahan? mitos? kisah benar?

"abang ingat nanti kalau ada rezeki lebih, abang nak tukar MPV"

"nnt abang outstation, tak pakai minyak banyak ke? lagipun sensorang je, watpe kete besar2"

"abang jual kete abang..outstation bawak kete sayang, sayang bawaklah MPV tu g office"

"xnaklah besar sangt.. lagipun xbiasa bawak kete lain selain Myvi sendiri"

..................................

dari dulu saya dah pesan kat husband. no matter what will happen, saya takkan jual aset pertama saya. kereta atau rumah pertama, saya xkan jual. InsyaAllah.. ini petua yg diturunkan dari seseorang. katanya, kalau mahu berharta, yg pertama, jangan sesekali jual.

sbb tu kot, husband xmentioned nak jual kete saya. lagipun kereta saya tu dah 6thn lebih.. pejam celik pejam celik, dah nk habis bayar dah.

esoknya,

" abang, tolong datang kat Maluri.. depan petron ni.. accident.. sandwich!"


kereta jadi sandwich masa bulan puasa, amat xmenyelerakan langsung.

"Alhamdulillah"

"Alhamdulillah? abang, kereta kene langgar depan belakang ni"

"syukurlah, sayang dapat bumper depan belakang tukar baru. free pulak tu.. takyah bayar.. org belakang yg salah, dia yg kene tanggung 2 kereta yg dia langgar"

betul jugak. kebetulan, bumper belakang saya mmg ada kesan calar. motor langgar lari.. masa jalan tengah sesak. dia senanglah lari.. kita ni dah stuck xleh kejar. bumper depan pulak mmg dah terlari sikit alignment dia. sbb saya pernah terlanggar tembok parking office akibat salah masuk gear.. hihihi..

itulah sebabnye kot orang kata lebih baik beli kereta 2nd hand kalau baru2 nak belajar bawak kereta. ni tak, saya terus beli kereta baru lepas 4 bulan kerja.. pastu ambik masa setahun utk biasakan diri drive pergi balik kerja.. arwah abah dan adik lelaki saya yg selalu jadi teman setia dok sebelah jadi co-pilot..

kereta siap sebelum raya hari tu. claim sepenuhnya dari driver belakang yg langgar. nasiblah ye kene tanggung cost 3 kereta.

pasal kereta merajuk ni. mmg kebetulan yg selalu sangat jadi. katakan, kalau plan nak tukar kereta, mesti kereta buat hal. tiba2 rosak, xleh start lah, ape lah.. kan? macam sumpahan pulak..