27 February 2013

Tips simpan icepack elak bocor

Salam

Saya tak pernah pakai ice pack lain selain dari brand Autumnz. bukan sebab Autumnz baguih sangat, tapi sebab bile beli barang, selalu package dengan free icepacks=)

so, terima & pakai jelah. jangan membazir.

Satu pagi, saya dapati icepacks saya basah. malam tu, sebelum tidur, mmg saya biarkan icepacks saya diluar peti ais.  jadi, saya fikir mungkin basah sbb air biasa kesan dari beku ke xbeku kot.

terus letak dlm cooler bag. sampai office, keluarkan nak letak dalam peti ais. eh, masih basah?
ambik tisu & lap. masih lagi rasa basah. last2 baru perasan rupanya tu bukan air biasa. tapi cecair gel dalam icepacks yg dah keluar sebab icepacks bocor (-_-")

tapi bekukan jugak. bila beku, xdelah bocor.. hihihi..
tapi sebenarnya dalam instruction clearly stated kalau bocor, xleh pakai. dah darurat. nnt time blk keje, xde icepacks pulak.

lepas tu pergi mengadu kat kakak ipar cakap icepacks bocor. kakak ipar cakap dia bungkus icepacks dia dengan plastic bungkus sayur. serius xdpt gambarkan macam mana. tapi angguk je.. hihihi..

tp kakak ipar ai tau you, ai xdpt imagine n blur.. hahaha.. so dia bg contoh kalau icepacks moms little ones ada cover.  malamgnye, icepacks tu pun sy ctau rupe cmne.. terus goggle tgk gmbr icepacks tu.. nk tgk cover mcm mane..

dari situ, timbullah idea nk membungkus icepacks autumnz saya. sygla ada 2 kotak icepacks autumnz xguna lagi, xkn nk bli baru brand lain kan?


Yeay... bungkus icepacks dengan non-woven bags free goodies orang kawin=)


simpan dalam peti ais.bila dah cover ni, senang sikit hati xperlu risau kalau2 icepacks tercucuk benda tajam masa dalam peti ais. maklumlah peti ais office.. share2.. xsemua orang alert pasal icepacks ni lagi2 kat office ni, saya sorang je yg dah beranak & breastfeed anak. yg lain masih belum kawin.

tengok, icecream pun simpan kat office.. tah sapa punya pun dah lupa..or mungkin free gift dari supplier ice-cream kot..

gitulah kisahnya seorang ibu yg berjimat cermat menyelamatkan icepacks free nye dari terus bocor & rosak=)

22 February 2013

kali pertama dalam hidup 5 bulan

Salam

Antara tarikh-tarikh penting dalam hidup
Ahmad Zahin Ziyad.


Kiri : 
Fresh from oven. 3.45kg.

Tengah : 
6.10.12. Sebulan selepas lahir. bersiap nak ke klinik for injection. pakai baju 1st ibu & ayah beli utk Ziyad. untuk 5 minit pertama, kepala xgerak2.. ingatkan kenapa.. rupanya Ziyad xbiasa ada topi kat kepala=) 4.9kg. menambahkan keyakinan ibu untuk terus menyusukan Ziyad sbb secara fizikal nampak ziyad macam xbesar je.. takut susu ibu xbantu pembesaran Ziyad.. tapi Alhamdulillah, itu illusi semata-mata.. hasilnya berat Ziyad naik lebih dari 1kg dalam masa sebulan.

Kanan :
6.11.12. Alhamdulillah, 2 bulan dah. Gambar masa nak pergi injection kat Klinik Khairat. Klinik ni dulu merupakan klinik saya pergi tiap kali sakit dari saya baby sampai sekarang. xsangka Ziyad pun serasi dengan klinik ini.. Dr. Khairat dari muda remaja sampai dah berusia. masih serasi air tangan dia dengan budak2.. pakar kanak-kanak, kan? 5.7kg. dah start kurang tidur.. lebih banyak masa berjaga sebab nak main-main!


Cukur rambut.. Husband saya yg cukurkan.. first time cukur rambut baby, kepala anak sendiri pulak tu.. mula2 takut, tapi lama2 dah yakin. Ziyad baik.. tidur je.. senang nak cukur. no majlis cukur jambul as i'm already explain in previous post..

rambut yg dah dicukur, kami simpan dalam bekas untuk di timbang. saya tak tahu kawasan lain, tapi untuk timbang rambut ni, boleh bawak pergi ke kedai emas. kalau kawasan yg berhampiran dengan kami, kami bawa ke kedai emas di Jusco Maluri. kedai emas melayu. xpasti pulak kalau kedai emas Poh Kong, Wah Chan, etc, ada khidmat timbang rambut baby ke x. kalau xsilap saya nama kedai emas tu Marz kot.. sebelah mesin ATM depan Black Canyon. Kedai tolong timbang & bagi tau nilai wang yg perlu disedekahkan. duit tu, kami serahkan kepada ustaz yg mengajar di Masjid ibu saya selalu pergi utk kelas agama. ustaz yg akan uruskan utk diberi kepada fakir miskin.


muka masam timbang berat masa umur 3 bulan. 6.3kg. masiih lagi klinik Khairat. klinik ni agak old school sikit.. maklumlah, klinik lama. yang penting, service masih tip top!

Umur Ziyad 2 bulan lebih, ibu saya dah xpakaikan mitten.. katanya biar Ziyad belajar bukak jari jemari & belajar grab. tapi itu pun sebab ibu saya berani potong kuku Ziyad. saya memang surrender bab potong kuku baby.. halus sgt jari baby.. takut terketip isi..ouchhh!


11.11.12 - Ziyad baru 2 bulan lebih. Ibu & Ayah bawak Ziyad jalan2 ke JJ Setiawangsa. pertama kali pergi shopping mall. masukkan dalam buggy. kene bedung sbb takut Ziyad terkejut2.. keluar xlama. dalam 2 jam macam tu, kami balik rumah. 

1.1.13- Tahun baru. Anniversary kami yg ketiga! Ziyad pertama kali masuk buaian pada usia hampir 4 bulan. mulanya ibu saya memang nak masukkan Ziyad dalam buaian, tapi saya yg agak keberatan. tunda-tunda, sampailah hari tu Ziyad nak berdukung & semua orang dah xlarat nak dukung, maka abah saya terus set upkan buaian. Actually ibu & abah saya dah lama beli kain & besi buaian ni sblm Ziyad lahir lagi rasanya.


17.12.12- 3 bulan lebih. Ziyad meniarap buat pertama kali!


6.2.13- Ziyad 5 bulan, 7kg. berat xnaik banyak. mungkin sebab Ziyad makin aktif meniarap, berpusing2, main2..


Ziyad sangat suka main dengan kain.. bagilah dia sapu tangan ke, tuala ke, dia boleh leka bermain dengan kain tu. tapi xboleh biarkan sorang2 sbb takut lemas dalam kain.


dari dalam perut, masa scan, Ziyad mesti dalam posisi silang kaki.. Doktor Shida selalu gelak.. hihihi.. sampai dah lahir pun masih sama. husband kata ikut cara saya tidur.


9.2.13- Birthday maklang Ziyad. Dinner kat luar. Ziyad masih belum tegap utk dibiarkan duduk. tapi TokBah & nenek Ziyad selalu suka buat Ziyad nampak macam dah besar. siap request baby chair padahal Ziyad duduk 1-2minit je.. pertama kali duduk baby chair. Ziyad pun suka berlagak macam dah pandai duduk.. bercita-cita besar budak bertuah ni..


1.12.12- pertama kali duduk dalam carseat. tidur. perjalanan balik kampung selama sejam setengah. 1st time  duduk, saya xpakaikan seat belt sbb nak bagi dia biasa dulu..

15.2.13 - kali pertama pergi Terengganu & kali pertama stay in 5 stars hotel. itu dah cerita dalam post lepas.

dan Ziyad sebenarnya jadi cucu pertama. tumpuan semua, kesayangan semua. moga2 kasih sayang yg melimpah ruah ni xspoilkan Ziyad. Moga Ziyad membesar menjadi insan soleh. amin..

21 February 2013

samun pecah tingkap kereta : mana nk letak handbag?


Salam

Kes samun pecah tingkap kereta agak glamour skrg ni.. memang dari sejak awal pandai n berani drive sorang2 ulang alik office setiap hari, saya xpernah letak handbag & bag laptop di passenger seat.. biasanya saya akan letak dibawah  tempat duduk penumpang sebelah. 

konon penyamun xboleh capai sbb agak jauh jarak dari tingkap kereta ke bahagian bawah kerusi. tapi saya silap! tiba2 seorang sepupu ayah saya whats app gambar dibawah dalam group bigbigfamily (group whats app yg menghimpunkan semua keluarga sebelah ayah utk ber whats app bersama2)

yup! kereta dia kene pecah masa berhenti di traffic light dan penyamun berjaya ambik handbag dia yg berisi berbelas2 ribu sebab nak bayar gaji staff dia. handbag dia bukan letak kat atas kerusi.. tapi bahagian bawah kerusi! sama mcm yg saya selalu buat.. oh no! kene fikir cara lain utk letak handbag.


last2 saya letak je kat bawah kerusi saya.. ini je cara yg saya rasa paling selamat dapat saya fikirkan.

mudah2an perjalanan seharian kita semua selamat dari sebarang musibah.. amin..

19 February 2013

Pengalaman traveling with 5 months old Ziyad : Tidaklah seperti yang disangka

Salam

Baru-baru ni kami sekeluarga ke Terengganu atas urusan Majlis Adik yg ke.. ok, malas nk kira.. hahaha.. xkisahlah berapa banyak kali nak buat majlis, yg penting pengantinnye tetap orang yg sama.. lagi penting, xyah membazir buat baju baru utk setiap majlis.. kami hanya menyediakan baju baru untuk majlis nikah & majlis resepsi di Stadium aritu (masih berhutang entri itu..hewhewhew..) majlis2 yg lain, just pakai baju sedia ada..kan saya dah kata adik ipar ai sempoi je..

alang2 dah sampai ke sana, haruslah jalan2 kawasan sekitar. kali ni lain sikit sebab bawak si kecil Ziyad yg baru 5 bulan dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu..

masa nak packing baju, seriously had no idea berapa helai nak bawak and what kind of baju nak bawak.. yg pasti, baju tidur saya bawak 2 pasang sbb stay 2 nights. baju2 lain saya hentam je bawak rompers, t-shirt dengan seluar 3/4, socks, sleeveless shirt (konon duduk pantai takut panas, sekali hambek, mendung & hujan renyai2).. diapers? xtahu nak budget, bawak je semua jumbo pack!

bawaklah semua barang2 grooming dia.. groomingla sangat..sbnrnya hanya baby bath, syampoo, bedak, diapers cream, losyen, cotton buds, nasal aspirator, 4 paket wet tissues. last2 pakai baby bath, bedak & diapers cream je.. wet tissues pun pakai jugak, tapi lebih kepada ibu & ayah yg pakai utk lap tangan lepas makan satar & kepok lekor=)

ubat? xde bawak pun sbb si ibu percaya pada susu badan sendiri sebagai ubat terbaik!

Alhamdulillah, Ziyad memang bukan baby yg kuat meragam.. sangat senang sebenarnya utk bawak dia berjalan2.. dia suka pada orang ramai & setakat ni, dia senang ketawa terkekek-kekek dengan sesiapa saja yg main dengan dia. kalau penat, boleh nampak dia letih, tapi dia xkan menangis.. Alhamdulillah, memang ibu saya doakan sejak saya pregnant agar anak saya x ikut perangai saya masa kecik yg kuat meragam(-_-")

cuma bab minum susu ni, kadang2 Ziyad agak memilih.. kalau ramai orang, or dia baru lepas main2, tiba2 nak bagi dia minum direct, mmg dia meraung2 xnak.. terpaksa bagi botol. tapi kalau dia tinggal berdua dengan saya, mmg tekun dia minum susu direct dgn saya. itulah sebab utama saya xboleh nak tinggalkan breastpump. dan untuk pengetahuan, saya pernah jadi EP Mom utk tempoh beberapa minggu.

dalam kereta, biasanya dia senang direct feed sbb saya dengan dia je duduk belakang. husband driving didepan.

gambar terkene penyakit parkinson sbb kereta bergerak laju..

bila Ziyad tidur, saya akan ambik masa utk pam susu.. standby.. kan susu fresh boleh tahan 4jam dalam suhu bilik. if Ziyad xminum, saya akan masukkan dalam cooler beg yg ada 3 icepacks.. sampai hotel, masuk dalam peti ais. boleh buat stok. tapi kalau ziyad nak minum, saya panaskan je.. xperlu bawak warmer. saya hanya rendamkan dalam bekas berisi air panas (jgn panas sgt.. suam2 sikit sbb susu ni xboleh dipanaskan dlm suhu lebih 40 darjah celsius)

tapi hasilnye, bila blk, xde pun yg dapat dibuat stok. semua habis diminum. 1 botol (5oz) je yg sempat masuk peti ais sbb ziyad xnak minum. tapi pagi2 tu, dia nak minum botol. so, panaskan.. maka, tiada stok dibawa pulang..

untuk basuh botol2 & pump, saya beli je sabun cuci botol ni. lebih kecil and handy. sbb kalau kat rumah, mmg pakai botol besar yg pum tu..satu kat rumah saya & satu letak rumah ibu. tapi nak travel ni, malaih haih nak bawak gabak2..

of courselah xboleh nak bawak sterilizer bagai. jadi, tawakal saja dengan merendam dalam air panas yg dimasak pakai kettle hotel..

pasal pum pulak, saya bawak je 2-2 jenis. Ameda saya bawak, Harmony pun bawak. Ameda tu sebenarnya boleh pakai elektrik & bateri. tapi bateri dia jenis AA. 6 biji. takdelah baterinya long lasting sangat macam FS, tapi stil, boleh pum 3kali jugak lah.. kalau nak membazir, beli je bateri biasa. kalau nak tahan lama, belilah rechargeable bateri.

Masa travel ni, saya bersyukur sangat sbb akhirnya Ziyad nak jugak direct feed dengan saya sbb masa nak dekat2 habis pantang tu, tiba2 dia reject direct feed. sempat jugaklah saya merasa jadi EP Mom (exclusive pumping mom untuk beberapa minggu.. hampir give sebenarnya nak breastfeed. hampir2 jugak nak bagi je fm.. tapi alhamdulillah, berkat galakan suami & keluarga terutama ibu & abah saya, akhirnya Ziyad mahu direct feed & sampai sekarang masih fully minum breastmilk. penat hokeh jadi EP Mom.. Salute to EP Mom!!

Hotel penginapan

Bilik Penginapan

Husband teruja nak bawak anak bujang dia mandi swimming pool. tapi hari hujan renyai.. xsesuai. bawak jalan tengok laut je la.. tapi utk tidak menghampakan Ziyad, kami bawak dia berendam dalam bath tub. mandi sama2.. pengerat kasih sayang katanya=)


Anak bertuah.. semua benda nak ambik tahu, nak cuba..

OTW balik KL.. kepenatan.. tidur sampai kepala terlentok & terpaksa sendal dengan selimut kuning.. moga terus behave and happy duduk dalam car seat dia tu..

Alhamdulillah, sehingga hari ni, Ziyad masih lagi sihat & cergas. takde pulak menunjukkan tanda2 keletihan melampau. Semalam masih rancak bermain sampai nenek xsempat nak mendobi semua baju..

14 February 2013

Pengalaman baru- travelling with 5 months old Ziyad..

Salam

Esok kami sekeluarga dan beberapa lagi keluarga terdekat akan bertolak ke Terengganu untuk majlis meraikan pengantin adik. hahaha, yup! memang dah 2 bulan nikah pun stil ada je majlis2 meraikan pengantin ni. khabarnya majlis kali ini akan ada jugak pasangan pengantin lain yg merupakan sepupu kepada adik ipar saya. adik ipar ai memang baik hati pergi ajak sepupu join majlis dia.

persiapan? simple2 je.. adik ipar saya tu memang jenis sempoi. kalau tengok majlis nikah & resepsi dia pun simple je. orang lain pulak yg ter hober2.. oh! baru teringat saya ada 'hutang' entri Majlis Resepsi Adik! hahaha.. 

"nanti majlis kat Terengganu, pakai baju ape? dah tempah baju?"
"takde pun kak. kitorang pakai balik baju nikah"

pagi tadi, sebelum saya ke office, terjumpa adik.

"baju nikah dah ready x?"
"petang ni baru nak g ambik dari dobi"

sesetengah orang rasanya dah g tempah dah buat baju baru tapi adik ipar saya x. sebab nak ikutkan dari segi kemampuan, memang mereka mampu buat lebih. tapi dah memang dididik dari kecik untuk bersederhana, Alhamdulillah, didikan itu berjaya.

kadang2 saya sendiri pun malu kalau pergi ke kenduri kendara sauadara mara or jiran tetangga & adik ipar saya ada sekali. kalau majlis sederhana xpelah.. tapi kalau g majlis beriya bagai ni, malu jgklah. even saya sendiri pun malu ada blog ni. especially entri2 saya pasal hal2 kawin ni. kan beriya benar. malah seolah2 macam saya menggalakkan sesiapa yg melawat blog ni untuk buat majlis beriya2 sebab berkongsi macam2 idea..

dengan status dia sebagai seorang anak vvip, majlis dia xde pun grand mana. xde pun nak buat kat hotel. buat kat stadium je. tu pun sebab jemputan ramai.. so perlu stadium sbb lebih besar berbanding dewan biasa.

dari segi dekorasi, biasa saja. takde photobooth, xde meja khas potong kek, xde candy bar.. tapi dari segi makanan, memang mewah. sbb prinsipnya senang saja. anggap majlis ni macam kenduri. niat kita nak menjamu tetamu dan menghebahkan berita perkahwinan tu supaya nanti xtimbul fitnah bila dilihat pengantin berdua. ingat belum nikah tapi sebenarnya dah. so, bab makan memang mewah dah pemilihan caterer agak cerewet sikit. semua makanan mesti sedap. alhamdulillah, makanan cukup dan pelbagai serta enak juga..

esok juga merupakan pertama kali kami akan berjalan jauh dengan Ziyad!.. huhuhu..pengalaman baru yg bakal ditimba.. masih tetap akan angkut sekali Ameda & Harmony! Ziyad sejak umur 3bulan lebih, demand dah tinggi. sekali minum terus 5oz.. sehari waktu saya bekerja, mmg kene tinggalkan 5 botol susu utk dia. dah 2 hari production xberapa bagus. sehari dapat 15oz je.. biasanya dapatlah jugak 20oz.. apape pun, Syukur! masih ada rezeki utk little caliph.. kene berusaha lebih sikitlah utk penuhi permintaan dan utk kekalkan stok dlm deep freezer 300oz.. chayok2!!


08 February 2013

Nescafe dan menyusu badan

Salam

Lately super duper busy!

Sewacan Hazelnut White Coffee dipagi hari sebelum bergegas masuk utk meeting . kalau x, ai ting tong sorang2 dalam meeting, balik office xreti nak report kat boss..hahaha...
ramai kata, if you are breastfeeding a baby, you should avoid several things and caffein adalah salah satu darinya. how? saya mmg suka white coffee/latte. 1st few months after delivery, mmg boleh tahan.. tapi bila start masuk kerja lepas 2 bulan cuti, bulan pertama tu, agak susah sikit.. sbb tanpa secawan white coffee dipagi hari, hari saya akan 'muram' & saya xproduktif! nak fikir selesaikan masalah kerja yg senang pun xboleh!.. tahap kronik!

sy tak ingat start bila, mungkin masa ziyad dah 3 bulan lebih mcm tu kot, dalam seminggu bekerja, adalah dlm sehari, saya akan minum white coffee.. samada nescafe dibancuh bersama susu nespray (minuman panas yg ibu buatkan masa struggle stay up late nite utk SPM) atau 3in1 hazelnut dari old town atau Nescafe Ipoh White Coffee. saya mmg xminum minuman o. mesti nak bersusu. nasib baik teh o boleh terima.. yg lain, out! milo susu, horlicks susu, kopi susu..semua susu..

mula2 takut jugak. takut effect pada Ziyad. so, normally saya kan buat observation on the next day. kalau saya minum white coffee, esok tu saya akan bekalkan ziyad fresh EBM hasil dari hari yg saya minum white coffee tu, utk 5 botol semuanya. kalau hari biasa tanpa coffee, saya akan selitkan 1 botol frozen EBM utk rotate stok.

alhamudulillah, lepas banyak kali experiments, mmg xde pape effect pada ziyad.. poopoo ok, perut ok, suhu badan ok...yeay.. thanks ziyad! just, ziyad wee wee agak berbau kuat sikit=)

selain dari perhatikan keadaan ziyad, saya juga observed production susu saya. alhamdulillah.. malah rasanya lebih bertambah mungkin sebab mood happy sbb dapat minum 'wake me up' drink kot. biasanya mmg saya minum secawan je sehari. tu pun waktu breakfast. mmg saya xkan minum lebih dari secawan/mug sehari. dari belum kawin pun mmg mcm tu.


ni gambar ziyad. suka sangat tidur dengan gaya penuh keayuan ala-ala model giteww..
6hb lepas ziyad genap 5 bulan. perkara baru yg dia dapat ialah, xnak tidur dengan bantal dalam buaian.

daa...hari ni jumaat. lunch time. ai nak buat power pumping sambil buat kerja..thanks to Ameda sbb handsfree & bateri operated.. sambil pum boleh menaip lagi.. Jom PP!!