06 April 2016

Tak membazir ke hantar anak ke playgroup? seminggu sekali je pun..

Salam

Umur Ziyad tahun ni 4 tahun. Most of our friends dah start hantar anak ke kindergarten at this age. Memula tu memang terfikir jugak nak hantar Ziyad ke kindergarten bila umur dia 4 tahun. Tapi sebab birthday dia bulan September, jadi rasa macam baru je celebrate birthday ke-3 tetiba lagi beberapa bulan dah masuk sekolah sebab umur dah 4 tahun.

Hahaha.. 

Tapi Ziyad sebenarnya dah excited nak pergi school. Masa musim budak2 masuk sekolah tu, dia adalah tengok dalam TV melalui berita & suratkhabar. So, dia start tanya kitorang, "bila Ziyad nak g school?". Tambahan pulak bila dia tengok cousin dia yg sebaya, Adam dah masuk taska, lagilah hari2 dia bertanya "hari ni Ziyad dah boleh g school tak?"

Hari-hari jugak dia asyik bercerita dengan penuh fantasi pasal 'kehidupan dia ke school'

"Yad g school. School Yad jauh. Yad naik bas. Kawan Yad tunggu kat school"

Hati rasa luluh dengar anak bercerita. rasa bersalah giler sbb macam tak bertanggungjawab pulak tak hantar anak g sekolah walaupun sebenarnya belum masanya lagi. Baru umur 4 tahun. lebih2 lagi bile anak sendiri excited nak g sekolah pastu kita tak hantar dia pergi , perasaan tu...

Akhirnya, kami decide masukkan dia ke playgroup since waktu kitorang pergi kerja, ziyad duduk dengan nenek je. tak ramai kawan. takat main dengan anak jiran je, taklah seramai & seseronok seperti berkawan di taska.


Kami enroll untuk playgroup di Alimkids Wangsa Maju. Playgroup ni ikut Modul. untuk setahun ada 6 Modul dengan topik berbeza. Playgroup setiap hari Sabtu selama sejam. Aktiviti ni memang dikhaskan untuk anak dengan mak. 1 modul ada 6 kali perjumpaan meaning selama 6 minggu la. sekarang Ziyad dah berada dalam Modul 2.

Basically playgroup ini belajar sambil bermain. And our expectation pun taklah tinggi mana. idok ler tujuan kami hantar ke playgroup untuk jadikan ziyad cemerlang akademik.. hahaha.. Kitorang lebih kepada nak bagi disiplin dan improve social skill dia.

Dari segi disiplin, lebih kepada nak bagi dia 1 rutin & 1 tanggungjawab that by hook or by crook, every Saturday kene commit to playgroup. kene bangun awal. then masa playgroup berlangsung pun, kene berdisiplin. dengar arahan teacher, beratur, interact dengan kawan2, etc..

Frankly, kitorang tak risau sangat pasal social skil ziyad. Alhamdulillah, dia jenis senang sesuaikan diri dan senang bergaul/ajak main. just sebab dia masih 'pelat', jadi interaction dia dengan kawan sebaya ada sedikit terganggu .. hihihi lagi2 kalau kawan dia pun pelat. masing2 susah nak faham. tapi dorang okaaay je..hihihi.

So, perkembangan Ziyad setakat Modul 2 ni.

Ziyad sangat excited TIAP KALI nak ke playgroup. Kitorang tak pernah lagi encounter any drama or sinetron bila nak kejutkan dia bangun pagi2 even dia mengantuk giler sampai jalan nak g bilik air utk mandi pun sambil pejam mata.. hihihi.. harapnya akan kekallah sampai bila2.. minat untuk ke sekolah.

Ziyad ni jenis berhati-hati orangnya. Dia bukan jenis kasar ataupun lasak. mungkin sebab faktor dia anak sulung & dia hadir dalam hidup kitorang selepas hampir 3 tahun berkahwin, menjadikan ziyad sedikit manja. Manja in terms of banyak pertolongan.. Susah sikit, ibu & ayah dia selalu tolong untuk memudahkan. so, Ziyad jarang push himself. dan mungkin jugak kitorang over protective. takut ziyad jatuh, so jarang bagi ziyad panjat2 kerusi ke, katil ke..kitorang yg akan dukung & letakkan dia. so, perkara2 macam ni menjadikan Ziyad jenis yg berhati2 dalam semua hal. dan bandingkan dengan budak2 lelaki sebaya dia, Ziyad bukan jenis yg lasak.

Masa mula-mula join playgroup, bila budak-budak berebut2 nak sticker ke, or apape yg teacher offer, Ziyad akan selangkah ke belakang. yes! dia berundur. Dia tak berebut2 pun. Yang saya nampak, dia macam ada sedikit shock dengan situasi tu. mungkin takut terjatuh atau terlanggar2 sebab dia jenis berhati-hati. mungkin jugak sebab dia masih belum faham konsep beratur atau berebut2 gitu. For the moment, terdetik dalam hati saya "habislah anak aku ni, kalau masuk sekolah bebetul, sampai habis masa rehat takdapat beli makanan"

Tapi alhamdulillah, dari masa ke semasa, Ziyad semakin ok. ada progress. dia dah faham konsep beratur. bila teacher sebut je "line-up", dia cecepat diri depan teacher..hihihi..

Playgroup ni conducted mostly in English. Tapi mother tongue Ziyad dirumah adalah Bahasa Melayu.. tapi takde masalah pun sebab kitorang pun ada jugak cakap campur2 English dengan dia kat rumah. cuma in very low percentage la.. dan takde masalah pun masa playgroup sebab semua aktiviti playgroup ni melibatkan mak jugak. jadi saya sentiasa ada dengan dia utk tolong translate dalam masa yg sama introduce new vocab kat Ziyad.

Alhamdulillah, Ziyad ada tunjukkan interest terhadap English. Mungkin sebab ada kawan-kawan dia yg memang dah master both language. salute lah kat parents yg boleh ajar anak bi-language ni. Ada sorang budak perempuan tu, wallah fasih betul dedua bahasa. Ada yg more to English tapi generally banyak macam Ziyad jugak.. Hihihi.. takpe pelan-pelan kayuh..

 Dah faham konsep beratur dan dah tak takut untuk selalu beratur paling depan.

Habis Modul 1, ada rombongan pergi Chocalate Museum.

So, kalau ada yang tertanya2 ok ke hantar ke playgroup? pendapat peribadi saya, sangat recommended for those yg dijaga oleh nenek atau babysitter. yang duduk Taska, macam tak perlu sangat sbb main objective atau perkara utama yg anak belajar kat playgroup ni bukannya bersifat akademik sangat pun. it is more to build up sahsiah diri, introduce environment yg similar to classroom, camtu.

Tahun depan dah boleh masuk kindergarten. Ok lah kan tadika 2 tahun dulu sebelum entering standard 1? sebab skrg ni pun tadika 2 tahun tu dah common sangat. ada yg dah start masuk dari umur 4 thn lagi. ke wujud lagi parent yg hantar anak tadika bermula umur 6 tahun? kiranya anak dia belajar tadika setahun je?

ada pendapat tak? jom share..