Pages

02 December 2009

ape nak takut..

kawan office tanya, masa pergi HIV test tu, macam mana?

haha..i pun cerita la..klinik kerajaan, biasalah dgn ambik2 nombor ni.so faham2 la mcm mane nak make sure dapat settlekan hari tu jugak. tak yah datang 2-3 kali. ada borang, kena isi. tunggu giliran. bila nurse tu panggil, masuklah..

ada lagi 1 borang lain kat nurse tu..kena isi. masa ni i memang gelabah coz i datang sorang2. then nurse tu nak i/c number bakal suami..dgn teruknye, just ingat nombor depan which is his birth date(^_^). then nurse tu mintak alamat dia..lagi la tak ingat. i pernah datang 2 kali je rumah bakal mertua sepanjang 6 tahun lebih kawan dgn En. Tunang. nurse suruh call. haiya..nurse, tunang i punya ladang walaupun mcm besar tapi susah mau dapat line! call jugak la..kot2 dapat. sah! memang tak dapat. i dah gelabah. then cakap kat nurse jap lagi I bagi all the details. Nasib baik nurse tu ok. Terus dia cucuk jari, ambik darah. Pastu, dia keluarkan flyers pasal HIV & AIDS dan explained pasal 2 benda tu.

Siap2 semua, tiba2 dia tanya,

“ni perkahwinan kali ke berapa?”

Sedikit tercengang & terkejut… "kali pertama”

“pernah buat hubungan seks sebelum kawin?”

Hah? Isk..ape punye soalan ni.. “tak!”

“ pernah terlibat dalam kemalangan yang ada pindah darah?”

“oh..tak jugak”

Kali ni baru dapat tangkap maksud soalan2 tu. Haih~~ masa nurse tu terang2 pasal HIV & AIDS, beriya2 mengangguk faham. Bila nurse tanya soalan, terkejut beruk macam tak faham2. Hahaha..sebenarnya, tujuan ditanya soalan tu ialah sebab virus HIV tak dapat di detect antara 3-6bulan selepas memasuki badan. Ini dipanggil window period. Bila nurse tu tanya mcm tu, dia nak pastikan if kita ada buat 2 bende mcm soalan di atas, dia akan advised utk check sekali lagi lepas window period ni.. sebab masa tu baru boleh kesan HIV ada ke tak..Utk keselamatan korang jugak kan..

Hah..utk simptom2 penyakit AIDS muncul, nurse tu kata ambik masa paling lama 10 tahun dari virus HIV masuk dalam badan. Dengar je la dia terangkan. At least tau la sikit2 pasal HIV & AIDS ni.

Lepas dah settle hal dgn nurse tu, tunggu sekejap. Pastu kena panggil masuk bilik jumpe doctor utk ambik result. Memang P&C betul result tu. Siap di seal. Tapi doctor tu ada tunjuklah result tu kat kita dulu.. positive or negative.

DeepInsideMyHeart : Rasa annoying gila dgn orang yg cakap “takyah nervous la dgn HIV test. Sendiri mau ingatlah..ko tak pernah ‘main’, takkan tiba2 ada”. Hello! HIV & AIDS bukan semata2 pasal seks, hoke!



No comments:

Post a Comment