Pages

23 January 2010

dalam taman atau dalam hutan?


akhirnya,setelah berfikir2 tentang pemilihan color utk table cloth, maka warna hijau ini yg dipilih. semestinya ia akan menjadi 'main color' for this wedding sebab sememangnya dewan dipenuhi dgn meja & kerusi..mula-mula fikir nak color purple..memandangkan color purple dan pink sgt popular pada 2009, maka takut macam 2010, purple & pink sudah tidak 'in' lagi utk thn 2010 ini..

bila terfikir tentang 'in' atau tidak, maka kebimbangan terhadap kesan mengikut trend mula melanda..maksudnya baru terfikir nak cari color yang match dgn tema english garden dan dalam masa yg sama color tersebut tergolong dalam color evergreen..color yg tak lapuk ditelan zaman mahu pun trend..color yg bila cucu cicit tgk album atuk & nenek kawin, mereka still boleh 'terima' color tu.

rasa-rasanya, hijaulah yg paling tepat..demi utk mengurangkan penggunaan deco yg sarat dgn bunga-bungaan yg sememangnya trade mark english garden, maka penggunaan table cloth hijau ini sedikit sebanyak membantu menaikkan mood garden..tujuan nak kurangkan deco adalah sebab tak nak ruang hall nampak 'semak' selain daripada sikap pengantin perempuan yang amatlah berjimat & tidak suka serabut-serabut..nanti orang ingat i kawin dalam hutan=)

dalam hati, pengantin taknak dia terselindung disebalik bunga-bungaan tu=)penat tau i berangan-angan dapat duduk atas pelamin yang atas stage tinggi yg dari pintu masuk orang dah boleh nampak..bygkan tiba-tiba orang tak nampak pengantin sebab terhalang oleh sebuah pasu besar penuh dgn bunga..mahunye i frust menonggeng!=)that's why i reject hall yg stage dia rendah yg ala-ala macam tak payah ada stage pun takpe..takde beza antara pengantin bersanding dgn tetamu yg ke hulu ke hilir cari seat nak makan..

DeepInsideMyHeart : sangat berharap agar adik cepat pulang utk ambil balik gambar2 i dalam his laptop..banyak benda nak bebel ni..

No comments:

Post a Comment