Pages

10 March 2010

Majlis Sanding lagi?

Incik Asben agak terkejut dgn penamatan episod Majlis Sanding.. "aik? ini je?"

nampak tak jam didinding tu? dah 4.30petang & mereka setia menunggu.. utk mengisi masa, setiap orang diberi peluang utk meluahkan pendapat, cadangan & ucapan.

hahaha.. sebenarnya after sesi bergambar2 'luar pintu' *outdoor* tu saya dan Incik Asben terus ke Rumah ERT utk menunaikan solat. tanpa sedar, rupa2nya di dewan, saudara mara terdekat sudah menunggu utk Hi-tea.. ini satu lagi tradisi keluarga, after selesai kenduri kahwin,mesti ada Hi-Tea sambil dgr ucapan tuan rumah & pengantin serta sedikit komen or post moterm apa yg terkurang & terlebih dalam majlis yg baru berlangsung agar menjadi panduan & iktibar pada majlis sepupu2 lain yg akan dtg. lepas je acara hi-tea & postmoterm ni, barulah sama2 kemaskan dewan, bungkus2 lauk, ambik bunga2 segar, pack semua barang2 milik sendirian berhad & sebagainya..

kamu tahu sajalah betapa susahnya nak cabut segala bulu mata, dgn make-up yg waterproof yg sgt diyakini air wudhu' tak sampai ke kulit & malangnya saya tak bawak make-up remover or even toner! jadi saya mengambil masa utk ini. lepas dah selesai, satu hal lagi nak pakai balik tudung & baju sanding tadi sebab saya tukar baju since baju sanding tu mempunyai lengan yg meleret2 & takut basah masa ambik wudhu'.. memang makan masa!



lihat si event manager ni..dah siap2 tukar baju.. dari berbaju melayu siap bersampin songket ke t-shirt biasa.. bersedia utk mengemas..

ibu dah col2 byk kali suruh cepat tapi tak hantar pun askar bantuan..saya jugak agak terkejut kerana mengikut perancangan hi-tea tidak akan diadakan didewan sejurus selepas majlis seperti tradisi terdahulu. sebaliknya akan diadakan di Taman Burung Kuala Lumpur pada 17 Januari 2010 *selepas selesainya majlis di pihak lelaki* . apape pun, dah ramai menunggu, terpaksa jugak cepat2 & panik2..


kesetiaan  & kesabaran ada hadnya... marilah kita berkemas.. si pengantin muncul lambat sangat..
sampai je kat dewan *actually rumah ERT tidaklah jauh, di blok sebelah dewan je* semua orang dah bangun dan dah start kemas2..we know, we already late for the hi-tea=( sampai sekarang agak terkilan.. dan sampai sekarang dok terfikir2 camne bride & groom manage time utk solat Zohor if majlis pada tengahari? and if majlis waktu malam pulak, camne dorang curi masa utk solat maghrib sebab ikut pengalaman, make-up biasanya ambik masa 1-2 jam..

2 comments:

  1. lamenye jugak nk mekap kan..?
    erm..,utk mjlis nnti,abah dh pesan, saanding akan wat pas zuhur..mybe dlm kul 2.30..so pas azan jerk,mmg kena trus solat,then bersiap..

    ptg,bila sume dh setel,bulehla solat asar + tuka t'shirt..huhuhu..

    tp riso gak,kdg2 ape yg dirancang,tkot tak jd..

    ReplyDelete
  2. kwn i dulu reception dia buat mlm. so sblm mekap, dia amik wudhu siap2. bila masuk maghrib, boleh terus semayang then kul 8 reception start.. :)

    ReplyDelete