Pages

27 March 2010

surat perakuan nikah/kad nikah pintar

rabu lepas bercuti sakan dgn Incik Asben utk settlekan hal2 berkaitan 'bukti' sudah nikah..=) selama ini kami hidup dgn berpegang pada surat perakuan nikah kepunyaan Incik Asben..

ok, sedikit info utk dikongsi bersama pengantin2 yang bernikah di Selangor. Selepas selesai akad nikah, jgn pulak korang berjimba sakan sampai lupa ambik sijil perakuan nikah. in my case, my kariah/ masjid yang memberikan surat kebenaran bernikah ialah di Kajang dalam daerah Hulu Langat. tetapi majlis akad nikahnya diadakan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

makanya, surat perakuan nikah a.k.a sijil nikah perlu diambil di Kajang. jgn lupa datang berdua iaitu suami & isteri sebab surat perakuan nikah ini hanya boleh diambil oleh tuan empunya diri sahaja.. ada 2 sijil nikah. 1 salinan utk lelaki (suami) & 1 salinan utk perempuan (isteri).. even si suami pun tak boleh ambikkan utk isteri sendiri & vice versa. Menurut pegawai/staff kat sana, kalau tak dapat jugak nak ambil sendiri, bolehlah wakilkan sesiapa utk ambik sijil tersebut dgn syarat perlu disertakan surat wakil.

lepas dpt sijil nikah, terus ke Shah Alam utk buat kad nikah pintar. sampai2 je terus ke kaunter pertanyaan. perlu isi borang yg dia bagi & lampirkan photostat sijil nikah beserta gambar suami & isteri berukuran passport. sebab sijil nikah baru ambik, jadi tak photostat pun padahal kena photostat. tapi nasib baik ada kedai photostat. lepas photostat & ambik pas, kena ke bangunan utara, tingkat 9. buat pembayaran disitu. RM 40.

dah selesai bayar, turun semula & ke bangunan sebelah pulak iaitu bangunan selatan utk buat permohonan kad nikah di tingkat 4. jgn tanya saya kenapa nak naik turun lif 2 kali sebab dlm hati saya pun tertanya2 apasal lah tak samakan saja tingkat utk urusan ini. paling tidak pun, sama bangunan dah kira ok.

sampai di tingkat 4, just serahkan resit pembayaran, photostat sijil nikah & gambar. lepas seminggu baru boleh datang & collect the card. but staff tu pesan suruh call dulu before datang utk ensure kad dah betul2 siap or not..ohh..itu sudah pasti..saya mmg 'berhati-hati & faham' sangat berurusan rasmi mcm ni..suka call dulu utk make sure saya tak kecewa bila dah tiba di lokasi sebenar.. saya sangat kedekut cuti=)

utk urusan kad nikah pintar, takyah datang suami & isteri pun takpe..sorang je dah ok..

harap dapat membantu..utk kawasan & daerah lain, saya tak pasti prosedur mcm mane..alangkah eloknya if semua prosedur nikah kawin ni diselaraskan.. mas kawin nilai sama, proses nak nikah sama, proses selepas nikah pun sama.. barulah 1 Malaysia kan?

*Gambar akan di tepek bila berkesempatan* 

1 comment:

  1. thanks dear for the info and congrats on ur wedding. :)

    ReplyDelete