Pages

17 March 2010

Tips mencari doorgift

Salam..

mesti ramai B2B yg pening2 nak bagi ape kan as doorgift? Macam saya dulu..pening2..kejap nak itu..nampak yg cantik, nak ini pulak..last2 semua pun DIY from A-Z..hahaha..siap hilang beberapa kotak..mungkin terbuang atau tercuri dek orang..ada yerk tercuri?

Doorgift/ wedding favor seolah2 menjadi main items dalam sesebuah majlis perkahwinan sebab ia antara barangan yg ‘wajib’ dibawa pulang oleh tetamu & semestinya menjadi tanda ingatan tulus ikhlas dari pengantin sekeluarga. Jadi pemilihan jenis barangan/ item yg ingin diberikan agak memeningkan kepala ditambah lagi dgn persepsi & mentality masyarakat terhadap sesebuah majlis diukur berdasarkan doorgift/ wedding favor ini..

Disini saya nak share beberapa tips/factor dalam pemilihan doorgift/ wedding favor.. ini adalah berdasarkan pengalaman saya & hasil buah fikiran serta pendapat saya yang tak seberapa ni utk dikongsi bersama dengan B2B..

Tips memilih doorgift/ wedding favor..

1. Makanan atau cenderamata 
-haruslah tentukan kamu nak bagi apa.. makanan or barangan atau kedua-duanya sekali. Kalau nak bagi makanan, kebiasaanya dari jenis pencuci mulut & tahan lama. Kalau nak bagi barangan, biarlah yg cantik & boleh disimpan lama sebagai hiasan atau boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

2. Budget
- Perkara yg perlu dipertimbangkan dalam semua hal termasuklah bab doorgift ini.

3. Kumpulan sasaran
- Cececeh..macam nak buat marketing pulak.. tapi memang perlu ada kumpulan sasaran.. mungkin kamu bercadang untuk membuat beberapa kategori doorgift mengikut kumpulan sasaran.. paling biasa, utk dewasa lain, utk kanak2 lain. Atau mungkin utk VVIP, VIP, rombongan sebelah, kanak2, dewasa..semua berlainan jenis.

- Tapi adalah disarankan supaya memberi sama jenis bagi mengelakkan tetamu berasa kecil hati & wujud double standard.

- Pemilihan jenis doorgift harus mengikut kumpulan sasaran *merujuk kepada siapa tetamu yg hadir*.

Contohnya jika kamu berhajat memberikan senaskah surah Yaasin berserta Tahlil, maka kamu harus pastikan bahawa tetamu kamu terdiri dari yg beragama Islam. Kalau jemputan kamu terdiri dari bukan Islam, maka pemilihan doorgift kamu sudah tidak menepati kumpulan sasaran.. harus cari alternative lain bagi tetamu bukan Islam & pastinya ini berbalik & bergantung kepada perkara no. 2 tadi iaitu budget..

4. Vendors/ source
- Bila dah tetapkan jenis barangan ape atau makanan ape, maka langkah seterusnya adalah mencari vendors/ source bagi mendapatkan barangan tersebut. Bagi yg gigih, mungkin boleh DIY from A to Z, DIY sikit2 utk tambahan & mencantikkan lagi.

- Senaraikan beberapa vendors yg membuat produk yg sama seperti yg kamu inginkan & bandingkan harga utk mendapatkan budget yg terbaik=)

5. Praktikal
- Fikirkan tentang practicality jenis doorgift kamu.. contohnya jika kamu memilih majlis dgn RSVP/registration yang semua tetamu telah ditetapkan table & seating, maka adalah praktikal jika kamu memilih doorgift yg cantik dihias disetiap meja seperti ini :

ini doorgift Amymizzunderstood..gambar diambil dari blog Anillutaze..

gambar dari sini

gambar dari gogle images

Bila cantik di display macam ni, ia dah jadi sebahagian dari table decoration.. mungkin sebagai ganti kepada centerpiece. Kan?

- Tapi, jika majlis kamu adalah berdasarkan free seating & buffet, eloklah memilih doorgift yg berpenutup & senang dipegang. Lagi2 jika doorgift itu diletakkan dimeja buffet & tetamu ambil sewaktu ambil nasi sekali..kan susah kalau tak berpenutup..tergolek2 pulak isi dalam bekas doorgift kamu tu..ingat, tangan ada dua je..mane nak pegang pinggan, jg doorgift tak tergolek, dgn pegang gelas minuman lagi.penuh tangan..

- Tapi kalau kamu ada dayang2 kenit tukang bagi2 kan doorgift pada tetamu pada setiap meja, mudahlah jugak jika doorgift tak berpenutup pun ok..

Ini adalah faktor2 yg saya ambil kira semasa menentukan jenis doorgift yg ingin diberi kepada tetamu. Tak seberapa pun..bukanlah tips dari yg pakar..hanya berdasarkan pengalaman & pemerhatian sendiri.. Jika kamu ada lagi tips2 yang lain, bolehlah share2 diruangan komen..

harap ini dapat membantu B2B..

6 comments:

  1. ncie entry...
    sy pun dah pening nak decide door gift neh..byk kepala, byk idea.
    ehehe


    http://aproposjournal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. aiii..saya dyah..thanks 4 the info..saya pon tgh pening cari doorgift utk sumer tetamu n VVIP (rombongan lelaki)...ur blog very helpful...rasa dekat sgt di hati..=)

    ReplyDelete
  3. relyza : betul! byk kepala, byk idea..

    Acik Gee Chomel & Adieyza : Thanks..singgahlah selalu ye=)

    dyah : you're welcome dear..kita share2 idea mane yg patut..

    ReplyDelete
  4. assalam semua
    jom tengok door gift kahwin kat sini?
    berbaloi2.. trendy, cantik dan bermanfaat :)

    www.basketlab.blogspot.com

    ReplyDelete