11 November 2010

remeh : makan pangkal

Salam

Makan Pangkal

Ape bende ni?

Mula2 kena tau orang pangkal iaitu orang yg tau hujung pangkal majlis. Ok, sorry, ayat terbelit sikit.

Senang2 penanggahlah. Orang yg dapat corsage/rozek tu. Jadinya makan pangkal ialah acara orang pangkal makan.

Sebab

Sepanjang majlis berlangsung, orang pangkal ada tugas masing2. Jadinya takut mereka tak berkesempatan utk makan semasa majlis berlangsung. Jadi, lebih elok kiranya kita beri penghormatan pada orang pangkal utk makan terlebih dahulu.

Biasanya majlis akan bermula pada jam 12 tengahari. Tetamu pun akan mulai dtg pada jam 12 tghari. Seeloknya makan pangkal diadakan dalam jam 11pagi atau 11.30 pagi. Barulah kenyang orang pangkal nak menjalankan tugaskan?

Majlis kami.

8 pagi – 

dah terpacak kat dewan. Kerja2 dah 90% siap. Tinggal letak bunga dalam pasu buluh utk table centerpiece. Tak banyak kerja nak buat. Just tunggu caterer setup buffet line.

9 pagi – 

orang pangkal dah start dtg. Orang pangkal saya semuanya makcik2, pakcik2 dan cousins saya.

11 pagi – 

-Ucapan dari abah saya selaku tuan rumah. Nyatakan terima kasih atas kesudian membantu dlm majlis ini, -nyatakan harapan agar majlis berlangsung dgn lancar.
-Bacaan doa agar majlis diberkati dan berjalan lancar.
-Pengantin dah hilang pergi rumah ERT utk bersiap.

11.15 pagi –

Makan pangkal. Masa ni patut bagi doorgift siap2 kat orang pangkal. majlis kami, saya dapat feedback doorgift tak diberi masa ni..=( bukan lupa. tapi pengantin dah takde dlm dewan, jadi tak boleh nak make sure semua ikut planned. mungkin adik saya lupa pesan saya. *next majlis kena INGAT! noted*

12 tghari –
Majlis bermula.

1.30 tghari –

Ketibaan pengantin

4.00 ptg –

-Majlis berakhir. Tapi still ada lagi tetamu yg dtg. Jadi lebih kurang pukul 4 lebih, baru semua tetamu balik & yg tinggal hanya orang pangkal.
-Post moterm mengenai majlis bermula.

4.30 ptg –

Kemas dewan.

7.00 ptg –

-Home sweet home
-Orang pangkal lepak2 kat rumah sambil bercerita2 & tolong angkat hadiah sampai dpn pintu rumah!.

2 comments:

  1. baru first time dgr pasai org pangkal nih..hihi

    ReplyDelete
  2. tah, saya pun tahu sebab family sebelah abah saya yg selalu panggil orang pangkal.

    ReplyDelete