Salam
bila dah terpatri ikatan perkahwinan, maka dgn rasminya kita bukan sahaja mengahwini seorang lelaki. tapi kita mengahwini seluruh hidupnya. termasuk yg ada disekelilingnya. keluarga, kerjaya, sahabat handai, kelebihan & kekurangan diri. semua lah.
biasannya kita akan sediakan goodies special utk rombongan pihak sebelah, kan? terpulanglah pada masing2 nak bagi apa.
majlis kami dulu, saya bagi kek, puding, cookies dan air mineral yg diletakkan didalam paper bag utk setiap ahli rombongan. sebagai bekalan sebab mereka dtg satu bas. jadi dlm perjalanan pulang, bolehlah buat kudap2. saya juga bagi cenderahati utk dibuat kenangan memandangkan makanan tu nanti selamat masuk perut & dihadamkan. jadi saya bagi sabun wangi ini.
Sabun wangi ini adalah hasil DIY. boleh refer kat bahagian DIY sebelah kanan anda.. cewah.. oh ya, kalau nak tempah, boleh. Mak Uda saya ambik tempahan sabun wangi ini. sila email saya ya kalau berkenan..
tapi utk keluarga mertua, saya sediakan mangkuk tingkat.. a'ah, mangkuk tingkat. diisi dgn nasi minyak dan lauk pauk kenduri yang dah diasingkan awal2 lagi.
abang ipar saya bersama mangkuk tingkat di tangan kirinya keluar dari dewan..
ini apa yg kami dapat hasil dari post-moterm majlis saya dulu. untuk majlis akan dtg *utk adik2 saya lah*, kami akan order extra 50 pax khas utk rombongan pihak sebelah dan 50 pax lagi khas utk orang pangkal/penanggah bungkus bawa pulang.dah siap asingkan awal2. bukannya dah habis kenduri baru bungkus. tu sisa namanya.
masa majlis saya dulu, Alhamdulillah, makanan semuanya cukup dan habis bila majlis selesai. ramai yg puji caterer tu pandai masak. sedap. ramai yg tambah 2 kali. adik saya sendiri perasan ramai yg makan bertambah. ada seorang jiran bagitau mak saya dia menyesal pasal dia ambik nasi sikit je. dia takut tak sedap sbb biasanya lauk orang kawin biasa-biasa je rasanya. sekali makan, kena dgn tekak dia. nak tambah segan. walaupun dia sendiri nampak ramai yg bertambah.
jadinya, selesai majlis, makanan pun habis. senang tu mmg senanglah pasal tak membazir & tak perlu nak bawak balik. tapi kalau ada yg dibungkus2, boleh bagi saudara mara bawak balik. kami sendiri pun boleh makan lagi utk dinner lepas kenduri, kan?
tapi saya memang puas hatilah dgn service dari caterer. kalau nak tahu, bantal nikah saya guna kat masjid masa akad nikah tu, caterer tu bagi pinjam free.. takyah bayar sewa.. kalau kat bridal house yg saya ambik tu, dia charge RM50 utk sepasang kalau tak silap.. save RM 50..
Jadi, apa yg kamu bekalkan pada keluarga mertua?
tapi saya memang puas hatilah dgn service dari caterer. kalau nak tahu, bantal nikah saya guna kat masjid masa akad nikah tu, caterer tu bagi pinjam free.. takyah bayar sewa.. kalau kat bridal house yg saya ambik tu, dia charge RM50 utk sepasang kalau tak silap.. save RM 50..
Jadi, apa yg kamu bekalkan pada keluarga mertua?
No comments:
Post a Comment