Pages

16 November 2010

tips pilih pengapit

Salam

Pengapit – selalunya kita akan pilih sahabat baik kita jadi pengapit. Ada jugak yang mintak adik jadi pengapit. Jarang mintak kakak jadi pengapit.

Tapi apape pun, mesti nak MUDA BELIA REMAJA.

Kepercayaan orang lama

Kalau pengapit tu anak dara, nnt ‘berat’ jodoh.

Kalau boleh pengapit biarlah orang yg ada ‘ilmu pendinding’. Pasal zaman dulu2 selalu sgt org menghantar ‘barang’ ditujukan ke pengantin. Jadi pengapit mesti jadi bodyguard zahir & batin utk pengantin. Ni zaman dululah. Zmn sekarang ada lagi ke orang pakai bomoh2 nak rosakkan pengantin?

Apape pun, bagi saya, pengapit mestilah

1. Seorang yang tahu perjalanan majlis dari awal sampai akhir
2. Sentiasa alert dgn hal2 yg tak dijangka. tolong cover utk pengantin.
3. Faham diri pengantin
4. Biar pengantin nampak lebih cantik dari diri dia sendiri. letih weh, kalau pengapit asyik dok lap peluh sendiri, kipas diri sendiri, jaga baju sendiri, pengantin terbiar! Org nak tgk pengantin ke pengapit?
5. Seorang yang tak tarik perhatian org. biar focus semua kat pengantin sorang je.

Penampilan,

1. Kalau boleh lebih kurang sama tinggi dgn pengantin. Kalau boleh.. tak boleh, takpe..
2. Tak boleh lagi cun/handsome dari pengantin. nnt orang asyik tgk dia je, tak tgk kita! haha.. ok x tips ni?
3. Baju tak boleh sama color dgn pengantin. penting : pasal saya tgk gambar saya, pengapit pakai baju color hampir sama dgn saya, tak naik. Kalau contra sikit, mesti cun!
4. kalau boleh elakkan pengapit pakai color putih pasal kebiasaannya pengantin sinonim dgn putih. Takut org salah anggap.

Majlis kami

Pengapit utk saya, saya pilih. Untuk pengantin lelaki, dia pilih sendiri.

Nikah

Maklong saya yg jadi pengapit masa dlm masjid. Yeah,sbb saya nak seorang yg dah ada pengalaman & kuat utk saya bergantung emosi waktu itu. Taknak bebankan ibu saya yg pastinya emosi beliau pun sama ‘hebat’ mcm saya waktu tu. Tapi ibu tetap ada sama dengan saya.

Pengapit kena make sure pengantin sentiasa anggun..ok? 

tiga beradik. dari kiri, maklong, ibu saya & makngah saya.

Photographers salah anggap adik lelaki saya sbgai pengantin lelaki pasal dia pakai baju putih mcm nak menikah sama!

Sebenarnya tak byk sgt pun tugas pengapit masa ni. Duduk je dlm masjid.

Majlis Bersanding

Makcik saya yang muda 4 tahun dari saya yg jadi pengapit. Dia dah biasa jadi pengapit dan sgt pro jaga pengantin. dia tahu dimana dia patut berdiri, bila patut tolong pegangkan bunga tangan, mcm mana nak kipas dgn baik, jaga veil, jaga kain, mcm2 lah.

 nasib ada dia. kalau tak ada jugak pengantin jatuh terpijak kain sendiri.. hehe..

kanak2 sebenarnya paling happy kalau majlis kawin. nk jadi flower girls la, nak bwk bunga manggar lah, nak tolong bagi doorgift lah.. dah siap pengantin berarak masuk, ramai2 cabut bunga manggar buat pedang main lawan2 (-_-")

pengapit saya jugak pandai kawal flower girls dua orang tu jgn over. Hahaha..kanak2 kalau dah excited, atas pelamin pun nak bertekak tau. Berebut2 nak bagi bunga telur padahal dah pesan bagi gilir2 ikut turn biar seimbang kiri kanan bunga telur.

ingat! pengantin tak boleh marah2.. nanti tak ayu lah.. jadi wakilkan pengapit je utk marah.. kan pengapit kena faham diri pengantin..hehehe

Majlis bertandang.

Pengapit yg sama masa bersanding. Takyahlah tukar2 orang. Leceh.

pengapit alert! bende kecik lekat kat veil pun boleh nampak.. haha.. takut bridal house marah i lah tu kotorkan veil.. 

dah, itu je nak share.. kalau ada nak tambah, sila kan..

4 comments:

  1. betul2.. pengapit saya bff sy.. tapi die pon bidan terjun. Tapi sbb dah penah tido 1 bantal, makan 1 pinggan. Dia tahu apa yg terbaik utk kita... Time saya nangis di pelamin dia..suruh sy cool. Dia kata nanti make up xcantik.. senyum dan pandang camera.

    sO sweetkan...

    ReplyDelete
  2. nak share yeh.. utk bff saya yg tgh kompius cari pengapit.. tengs!!!

    ReplyDelete
  3. haa..elya tgh pening nk pilih pengapit nii...
    ramai member2 yg tak sama tinggi degn elya....
    harap2 ade laa yg willing to jadi pengapit elya nnt

    ReplyDelete
  4. daleela : Sweet!

    Kak Nazza : Ok!

    Elya : hehe.. tak sama tinggi pun takpe.. tapi lengguh sikitlah nak mengipas pasal tinggi tak sama.

    ReplyDelete