10 December 2010

Remeh : Pak Guard Kereta

Salam

Kembali ke label REMEH.

Kebiasaanya, majlis kahwin di dewan, antara perkara yg harus diberi perhatian ialah mengenai carpark. cukup atau tidak kawasan utk tetamu meletakkan kereta. 

Paklong saya sangat2 particular bab ni. even siap berpesan supaya sediakan orang utk jaga parking pada setiap majlis anak2 buahnya. dulu, sebelum paksu Epul saya berkahwin, beliaulah orang yg paling boleh diharapkan mengetuai bab jaga parking ni. ingat tetamu dalam dewan je ke perlu usher/usherette? kereta tetamu pun perlu tau.. supaya tetamu tahu kemana hala atau arah utk parking.

Tapi masa majlis saya, paksu Epul dah kahwin & ada anak kecik seorang.. haruslah dia busy jaga anak kecik dia dari dok jaga parking kereta(-_-"). jadi saya hanya letakkan signboard "MORE PARKING" bersama arrow utk tunjuk arah parking dari pintu gerbang Institut Perguruan *tempat majlis berlangsung*. kadang2 adik lelaki saya yg akan keluar dewan utk check parking & laluan kereta supaya tak sesak.

beliau sedikit bengang pasal takde orang nak tolong jaga parking. takpe, nanti majlis korang, akak upah orang luar utk jaga ye.. yelah, budak2 muda zaman sekarang, mane boleh berenyah sikit..

jadi, diringkaskan cerita, untuk majlis keluarga yg terbaru ni, pihak keluarga pengantin menolak utk sediakan orang jaga parking atas alasan lokasi majlis *Bora Ombak* mempunyai parking yg luas & banyak. saya pun agak bersetuju sbb tempat parking betul2 depan dgn Bora Ombak.

bak kata ibu, lain kali kalau orang yg lebih tua bagi cadangan, bagi pesanan, eloklah bincang elok2. jgn tolak mentah2 kata semua dah settle. dgn kuasa Allah nak beri pengajaran pada kami, kereta Paksu saya kena pecah. padahal beliau letak kereta betul2 depan pintu masuk sport center tu.

 pro tak pro lah.. siap bukak seat utk access ke bonet kereta & ambik handbag maksu saya yg ada handphone, rantai emas & cash money. quite a lot jugak amount cash tu pasal maksu saya plan nak turun KL shopping barang2 anak beliau nak kawin bulan 2 nanti. 

orang akan tanya 'la, kenapa letak handbag dalam kereta?'.. ok, meh saya tlg jwbkan.. sbb maksu saya berniat nak menolong waktu majlis. jadi beliau takut handbag tu letak merata tempat sampai lupa letak mane. jadi, beliau minta anak beliau simpankan dalam kereta.

jadi saya nak sharekan kat sini, eloklah kamu semua sediakan orang utk membantu menjaga keselamatan kereta-kereta ini. bukan kereta orang pun, kereta tetamu kamu jugak yg semestinya terdiri dari saudara mara, jiran dan sahabat handai kan?

DeepInsideMyHeart : nanti adik2 saya kawin, saya plan nak upah orang luar je jadi pak guard. mintak tlg staff tempat kerja saya sape yg nak buat part time jadi security guard.. sekarang saya sedang busy siapkan tempahan bunga gantung.

1 comment:

  1. sesetengah kenalan saya upah anggota Rela utk jg parking n keselamatan semasa majlis.rasanya upah dalam Rm50 seorang, quite reasonable juga =)

    ReplyDelete