Salam
Kata orang tua-tua.
Sebelum kawin, ibu selalu tegur suruh belajar masak. Nanti dah kawin tak reti masak, malu. Bukan kamu yg malu, tapi ibu & abah yg malu. Mcm tak pandai ajar anak. Ok, jujur. Bukan sebelum kawin, sebelum akil baligh lagi dah pesan rasanya.
Org kata budak dari form 1 sampai universiti duduk hostel pandai berdikari. Pandai urus diri. Pandai urus masa. Tapi mesti tak berapa pandai masak. Bab tak pandai masak tu, saya akui lah. Duduk hostel, sekali sekala balik, mesti manja dgn makbapak. Masakkan yg sedap2, makan restoran sedap2. Nak balik ke asrama pun, 1beg penuh makanan bekalan. Dgn susu berkotak2, koko crunch, biskut2. Maklumlah, budak tgh membesar=) Tengok, mane ada peluang nak belajar masak kan?
Alasan!
Selalu dgr ‘takpe, dah kawin nanti automatic tahu masak’.
Tapi ibu selalu bantah keras2. Memanglah tahu masak tapi belum tentu PANDAI masak.
Patutlah kalau lurus bendul sgt ikut resepi 100% mesti tak jadi. Ibu kata kena PANDAI adjust. Resepi tu guideline je. Nk pandai adjust, kenelah selalu berlatih memasak. Supaya cekap. Tak terhegeh2 mengagak2 sukatan bahan. Supaya bila rasa setitik je kuah tu, dah tahu bahan ape yg terkurang, bahan ape terlebih.
‘eh, awak betul ke nak kawin dgn saya? Saya tak pandai masak langsung tau’
‘takpe, boleh belajar’
Betul2 di’suruh’nya bini dia belajar masak. Tolong pun yg mudah2 je mcm kupas bwg, basuh pinggan mangkuk guna masa masak. Yg lain, dia biar bini dia ‘belajar’. Setia menemani disisi.
Tah kenapa tiap kali mcm tu, rasa macam syukur sgt Tuhan ‘pinjamkan’ dia. Dia sudi makan masakan bini baru belajar masak ni. Padahal kedai makan bersepah2 kat depan rumah.Kadang2 kesedapan tu memang ‘lari’. Walaupun lauk tu tah kali keberapa masak pun, kadang2 sedap, kadang2 out. Nama pun belajar, kan?
Mcm semalam. Dah banyak kali masakkan tomyam untuk dia. Tapi semalam, tomyam ada rasa pahit2 sikit. Puncanya, pakai daun limau purut dah nak kering (-_-“) terus tomyam jadi payau tak wangi.
‘takpe, tu lah namanya belajar. Lain kali taklah buat salah tu lagi’
Dia sanggup bertahan perut sebab bini dia masih terkedek2 tak cekap memasak. Dia tak pernah mengeluh sebab katanya,dia hargai kejujuran bini dia diawal lamaran dihulurkan. Penangan berkata benar walaupun pahit utk ditelan.
Tapi 1 je yg sampai sekarang kdg2 buat saya malu sendiri.
Dia tak pernah miss untuk ucap ‘terima kasih’. Atas setiap perkara.
‘terima kasih syg, sudi masakkan untuk abang hari ini’..
Tak perlu hadiah mewah. Itu cara dia didik isteri. Nnt bini dia byk lemak, susah handle. Cukup 2 patah perkataan tu, terbang semua penat lelah.. hilang semua tekanan. Sekelip mata! Bila dengar, dalam hati, nangis syukur.
Terima kasih Tuhan. Kurniakan dia yg tidak sempurna untuk diriku yg juga tidak sempurna agar kami saling lengkap melengkapi menyempurnakan kisah cinta ini.
Terima kasih, Kasih.

Ya...Buncitkan dia supaya tiada yg tertawan
ReplyDeletesix packs would be more sexy
ReplyDelete=P
haa..betul2..kena pandai-pandai ejas resepi..huhu..bunga setuju.
ReplyDelete