Pages

09 February 2011

Perompak di hari bahagia?!

Salam

Kisah Benar 1 (berlaku sekitar bulan November lalu)

Majlis perkahwinan di rumah seorang Dato’ & Datin. Terdapat seorang wanita bertanyakan kepada salah seorang tetamu yg memakai corsage. Dia memperkenalkan diri sebagai PA kepada Dato’ & Dato’ mengarahkannya mengambil barang dari bilik tidur Dato’.

Biasalahkan, yg pakai corsage ni mestilah ahli keluarga pengantin. tapi tak semestinya dia kenal siapa staff Dato’, siapa PA Dato’, siapa driver office Dato’ semua. Jadi berpegang pada kepercayaan semata-mata, si pemakai corsage ini pun menjalankan tugasnya menunjukkan kedudukan bilik Dato’.

Masa tu Dato’ & Datin agak sibuk bersiap sedia sbb pengantin akan tiba pada bila2 masa. Sebagai tuan rumah haruslah Dato’ & Datin menunggu utk menyambut keluarga besan. Jadi si pemakai corsage tidak mahu kacau Dato’. Lagipun setakat tunjukkan bilik Dato’, bukannya susah.

Selesai kenduri, satu rumah kecoh pasal barang2 berharga dalam bilik Dato’ hilang! Agak bersepah bilik tidur itu. Kerugian dianggarkan ribuan ringgit! Setelah diingat2, hanya perempuan yg memperkenalkan diri sebagai PA Dato’ itu yg masuk. Jadi si pemakai corsage pun menyatakan kejadian PA Dato’ adalah orang terakhir dilihat masuk ke bilik itu.

Alangkah terkejutnya si pemakai corsage apabila di perkenalkan dgn PA Dato’ yg sebenar. Rupanya bukan perempuan ini yg masuk ke bilik Dato’. Setelah disiasat, rupanya perempuan yg memasuki bilik Dato’ tadi adalah PA palsu & sebenarnya adalah seorang perompak.

Kisah Benar 2 (berlaku sekitar December lalu)

Majlis perkahwinan jugak. Seorang perempuan muda membawa beg, dilihat berlegar2 didalam rumah pengantin. tiada siapa pun mengendahkanya sbb masing2 ingat dia adalah saudara mara pengantin jugak. Yelah, family sebelah ayah pengantin ingat, perempuan itu family sebelah ibu pengantin perempuan & sebaliknya. Ada yg andaikan itu mungkin kawan pengantin. akhirnya kehadiran dia tak dipedulikan.

Sehinggalah ada seorang tetamu ternampak perempuan muda ini keluar dari salah satu bilik dalam rumah tersebut & beg yg mulanya kempis, agak kembung. Terus tetamu ini masuk ke bilik yg perempuan tadi masuk & tahu ada rompakan berlaku bile bilik bersepah diselongkar!.. dia terus jerit arahkan perempuan itu ditangkap. Masa tu perempuan tu stuck kat depan pintu pasal orang ramai berkerumun nak tgk ketibaan pengantin.

Akhirnya, dapat tangkap! Mmg betul, beg perempuan itu penuh dgn brg berharga milik tuan rumah! Perempuan ini diserahkan kepada pihak polis.

Kisah Benar 3 (baru berlaku minggu lepas)

Seorang lelaki, tiba2 naik ke tingkat atas rumah pengantin. mungkin terkejut dgn kehadiran makcik & adik saya yg berada ditingkat atas sedang bersiap2 utk solat, maka lelaki ini terus menuju ke toilet. Dia siap marah makcik saya. “tepi sikit!”. Dgn nada sedikit marah. Jadi ini dah tarik perhatian makcik saya.

Pertama, siapa lelaki ini? tak pernah nampak pun sblm2 ni. Mungkin saudara mara sebelah kakak ipar makcik saya yg makcik saya tak kenal.

Tapi, kenapa dia perlu utk naik ke tingkat atas semata-mata utk masuk ke toilet sedangkan ada bilik air di tingkat bawah. Dan dia tidak solat sedangkan masa tu baru masuk waktu. Dah alang2 nampak ada sejadah terbentang, dah masuk ke toilet pun, terus je lah solat kan? Tapi dia turun ke tingkat bawah.

Teringatkan 2 kejadian kisah benar di atas yg berlaku pada ahli keluarga kami sebelum ini, terus suspect ada yg tak kena. Jadi makcik saya terus inform pada ayah sy.

Di tingkat bawah, ayah saya mengawasi lelaki ini. ambik gambar dia curik2. Dia keluar ikut pintu dapur! Maknanya masa dia msk tadi, dari pintu dapur lah!.. masih lagi lepak2 dikhemah di dapur yg agak kurang orang sbb pakai catering & orang sedang sibuk didepan tunggu ketibaan pengantin.

Agaknya terasa diperhatikan oleh ayah saya, lelaki ini pun terus blah. Tak makan pun. Dan rupanya dia dtg berdua dgn lelaki lain. Sbb bila dia dh blah, dari jauh nmpk dia berjalan dgn lelaki lain.

Lepas kenduri, tunjuk gambar lelaki tadi pada tuan rumah. Kot2 mmg ahli keluarga atau rakan2 tuan rumah yg kami tak kenal. Tapi tuan rumah pun tak kenal. Jadi kami anggap lelaki itu adalah perompak yg gagal merompak.

Saya kongsikan kisah ini utk perhatian bakal2 pengantin supaya mengambil langkah2 berjaga2..

Modus operandi,

1. Berlagak mcm tetamu
2. Melakukan sesi mencuri pada waktu puncak *iaitu waktu tetamu ramai & sibuk nak sambut kedatangan pengantin.

Hati2 tau!

7 comments:

  1. ee..takutnye..kalo time nikah..mas kahwin n duit hantaran tu kne jage2 kan..takut ade yg panjang tangan..huhu

    ReplyDelete
  2. memang bahaya camni kan..


    psst akak, cantik la daisypath akak tu..1 year, 1 month, 1 week, 1 day

    ReplyDelete
  3. noted, nasihat yg sgt berguna.. tq..

    ReplyDelete
  4. ya Allah...serius takot jugak mcm niii....nnt mohon share dekat blog elya boleh?

    ReplyDelete
  5. dear..bgs ur entri nie..
    mohon share kat blog ye..

    ReplyDelete