Pages

20 May 2011

kad ucapan pada hadiah pengantin

Salam

Macam saya pernah cerita, kami mmg suka buat stok hadiah selepas peristiwa kelam kabut terlupa nak beli hadiah last2 singgah seven-E beli Pearl Kacip Fatimah & Ali Cafe diletakkan dalam paperbeg lalu dijadikan hadiah (-_-"). tambahlah sikit angpau kat hadiah tu=)

hahaha...walaupun hadiah tu mcm tah pape, tapi saya rasa sweet sangat *perasan sendiri*. sbb pengantin yg dapat hadiah saya tu, sampai sekarang still ingat hadiah yg saya bagi. dia kata lain dari lain & senang ingat. "kalau aku bunting pelamin, aku akan ingat hadiah kau bile tgk muka anak aku nnt".. hahaha..semuanya rezeki dari Allah, kan? 

dah xnak peristiwa tu berulang, jadi kami buat stok hadiah kawin.

masa nak ke kenduri Elly, mmg xrisau pape pasal hadiah sbb dah ada siap berbalut cantik. just pilih je hadiah mana nak bagi.. tapi last minutes, baru terperasan kami takde kad ucapan! saya mmg xsuka nak conteng2 dgn pen or marker pen pada pembalut hadiah. biarlah ada kad ucapan sekurang2nya pengantin boleh simpan dalam album buat kenangan.

nak tahu ape yg saya gunakan sebagai ganti kad ucapan?

ye! saya pakai poskad=) hehehe.. kalau kamu pergi honeymoon, jgn lupa beli poskad & fridge magnet! kami berdua mula mengumpul benda tersebut sejak kawin. sengaja! sbb melalui barangan ni, kami dapat kira berapa banyak tempat kami dah pergi bersama sepanjang kami kawin dgn mengira fridge magnet=)

tulis ucapan dibelakang poskad



dan tampal pada hadiah. jgn pakai double sided tape. nnt xnmpklah page belakang yg kamu tulis ucapan. tampal hanya pada sebelah tepi satu bahagian je. satu lagi biarkan. agar boleh diselak mcm kad=)

Sekian untuk perkongsian idea yg tah pape ni.. kalau dah terdesak, ape pun boleh!

1 comment:

  1. ohh, hobi kite sama. suke fridge magnet. kalau kawan2 nak bagi pun mesti FM.
    now dah akwen encik so army dah terikut dgn hobi ini :)

    ReplyDelete