15 July 2011

Lepas Kahwin : Memasak #2

Salam

Sambung dari episod semalam=)

yup! saya setuju kalau ada yg kata, memasak bukan satu kewajipan utk isteri. tapi ia satu keperluan kan?

awal2 perkahwinan, hidup agak tunggang langgang sikit. masing2 baru nak beradaptasi. baru nak belajar uruskan masa. 

masa tu mmg kami bereksperimentasi dlm banyak perkara terutama masa.

dalam bab masak, masa ni lah tercari2 cara penyelesaian utk semua perkara dalam proses memasak tu. bila nak beli bahan2? mcm mana dengan bahan mentah? kat mana nak beli? berapa banyak kena beli? belum lagi kira, macam mana nak masak.

saya belajar masak dari sumber ini :

1. mestilah dari ibu!

kadang2 saya akan call ibu utk tanya resepi & cara masak. tapi selalunya saya belajar masa ibu memasak didapur. husband dah pesan, masa dia outstation utk beberapa hari (biasanya 3D2N) saya kene pergi belajar memasak dgn ibu. bila dia blk dari outstation, masakkan ape yg dah dipelajari utk husband pulak.
dan biasanya hari ahad saya akan masak lebih & hantar rumah parents utk di kritik oleh ibu & abah serta adik2.. hahaha..so bolehlah perbaiki apa yg kurang.

2. YouTube

hahaha.. saya tak pasti berapa ramai yg belajar masak pakai YouTube. yang pasti, saya berjaya masak TomYam Kung tanpa apape kritikan walaupun 1st time masak. semuanya gara-gara tgk org Siam masak TomYam Kung kat YouTube. ada lagi beberapa menu yg saya belajar dari YouTube. alhamdulillah, kebanyakkannya berjaya berbanding dari saya belajar ambik resepi kat website2 masakan atau blog2 tanpa video. InsyaAllah, malam raya nnt nak rujuk YouTube utk belajar buat Pavlova pulak!


3. Blog

Yup! dari blog kawan2 yg saya kenal secara realiti. sbb walaupun tanpa video, kalau ada yg saya xberapa faham atau pasti, senang saya nak contact terus handphone.

4. Asian Food Channel & Life Inspired



terima kasih Astro sbb ada 2 channel yg amat berguna ni! please jgn naik harga lagi ya.. tax pun dah 6%. cukup2lah tu.. dulu saya pernah share pasal channel Life Inspired ni.

Sesiapa ada sumber rujukan best bab masak memasak ni, share dgn saya, boleh? sbb saya stil lagi dlm proses belajar..

2 comments:

  1. sy akuai..sy skrg nie dlm prose nak kawin tp xpndai masak pun..sampai kdg2 kalau nak masak nasi kene tanye mak sukatan air takut lembik..bimbg jgk nie nk kawin nanti cmne..keluarga mertua cmne kan..:(

    ReplyDelete
  2. xpe..yang penting, ada usaha utk belajar..

    ReplyDelete