Pages

14 September 2011

3 perkara pertama bila pindah rumah

"kos pindah rumah baru sama macam nak buat kenduri kawin"

betul! dalam kes saya, rasanya kos pindah rumah baru lagi tinggi kot dari kos majlis kawin. sbb majlis kawin aritu banyak cut cost sbb ada yg boleh di DIY. ni nak pindah rumah baru, xde lagi yg saya nmpk boleh di DIY selain dari perhiasan rumah lah. bab hiasan tu nanti2 pun xpe. ni nak sediakan yg asas & keperluan tu yg xboleh nak DIY.

kalaulah saya si tukang kayu, dah lama saya buat perabot saya sendiri. DIY sofa, cabinet TV, set meja makan pun boleh dapat 8 seater..bla..bla..bla.. *dah kata tukang kayu kan?=)*

so, kami suami isteri dah sort out perkara2 keperluan mengikut priority. rumah kami adalah rumah baru. maksudnya baru dibina. bukan baru beli atas tangan. rasanya rumah beli atas tangan kurang sikit kot peningnya. tahlah.. antara perkara2 yg saya fikir kami patut lakukan mengikut turutan selepas semua proses pembelian selesai, mcm biasa, check default pada rumah. biasanya developer bagi tempoh utk check rumah & dorang akan fix kan percuma.

pertama sekali, kami mahukan gril utk rumah. sebelum pasang apape, gril harus dipasang dulu. atas sebab keselamatan. mungkin memerlukan awning di bahagian dapur.*owh, tugas saya utk memilih jenis gril belum dilakukan lagi. malam tadi suami dah tanya bila nak finalized gril?*

kedua, kami nak tukar tombol pintu & kuncinya sekali selepas rumah dah selesai dipasang gril. sbb? takut mat-mat Indon or sesiapa je lah dah duplicate kunci2 tombol pintu tu.

ketiga, cuci rumah. mulakan dari tingkat atas & bawak turun ke bahagian bawah. Rasa mcm nak upah staf2 saya. ada nak keje part-time x? kalau xde, mungkin mintak tolong adik beradik & ipar2, nanti kami belanja makan=)

Atas nasihat abah, pemasangan lampu & kipas hanya akan dilakukan pada hari kami betul2 pindah masuk. atas sebab keselamatan jugak. maklumlah kawasan perumahan baru ni mmg jadi fav para maling.

perkara yang masih KIV, kitchen cabinet! skrg ni saya pulak rasa yg kami x memerlukan kitchen cabinet pasang siap. sbb sekarang ni hanya masak utk berdua. barang dapur pun xlah banyak mana. maka saya fikir mungkin saya boleh gunakan almari2 beli dari kedai perabot. sy tgk blog Aty. Klik sini. cantik jugak dapur tanpa built-in cabinet.

mungkin lagi 5-10thn akan dtg, kami akan buat renovation dapur. extend ke belakang sbb tanah dibelakang ada 18 kaki lagi. besarlah sikit dapur seiring dengan penambahan ahli keluarga & keperluan barang dapur nanti. InsyaAllah.. masa tu, built-in cabinet lebih berbaloi.

kene plan & update check list dari masa ke semasa. takut terlepas pandang. maklumlah xde pengalaman.  

No comments:

Post a Comment