Pages

21 October 2011

hari besar saya

Salam


Entri ditulis pada 17 Ogos 2009..


Semalam, adik beradik abah dan adik beradik ibu berkumpul di rumah sewa saya for kenduri arwah dan bacaan tahlil. Kami turut solat zohor berjemaah. Menu yang dimasak oleh ibu for the kenduri adalah nasi putih, gulai tempoyak, kari ikan talang masin, dan ayam goreng berempah. Mak Su saya bawa ayam merah dan kuih kole kacang. Makngah saya masak sayur campur dan pudding custard. Maklang bawa cempedak goreng. Mak uda bawa kek buah buahan. Ibu juga tempah curry puff dan kuih seri muka dari seorang jiran. 


Selesai kenduri, semua pun berbincang mengenai ‘hari kenduri besar’ saya nanti. Menjadi rutin keluarga besar kami mengadakan mesyuarat demi mesyuarat sempena ‘hari kenduri besar’ dikalangan ahli keluarga dan kami seakan2 sudah faham dengan tugas masing2 pada hari tersebut. Saya bersyukur mempunyai keluarga besar begini. Sering kali juga mendengar adik beradik atau makcik2 dan pakcik2 yang kurang/tidak memberikan kerjasama apabila terdapat ahli keluarga yang mengadakan ‘hari kenduri besar’. Ada yang bukan setakat kurang/tidak bekerjasama,malahan sukar untuk menghadirkan diri. Mudah2an saya terhindar dari keluarga begini.


Memang sekarang sudah kurang/jarang dengar acara rewang2 masak beramai2 sebab dah ramai guna khidmat catering, tetapi saudara mara masih lagi diperlukan bagi membantu kelancaran majlis. Saya suka ‘hari kenduri besar’ sebab masa ni la nak jumpe dan meluangkan masa bersama sanak saudara. Saya akan pastikan saya dapat menghadiri setiap ‘hari kenduri besar’ keluarga. Tetapi kadang kala tidak dapat menghadirinya sebab perlu bekerja.


Pendek cerita, selepas perbincangan yang masih di peringkat awal semalam, saya dapati begitu banyak rama-rama beterbangan dan membiak di dalam perut! 


Berdebar-debar…
Kang chong…
Nervous…


Mudah2an segala2nya berjalan lancar. Maklumlakan ini first time ibu dan abah kahwinkan anak..

No comments:

Post a Comment