Pages

27 March 2012

apa yang telah ditetapkan untuk kandungan berusia 4 bulan?

Salam

Alhamdulillah, hari ni masuk 16 minggu sudah usia kandungan atau 4 bulan lah.

Beberapa hari lepas, ibu ada share dengan saya pasal ceramah agama yang ibu selalu hadiri. memang ibu selalu share apape input yang ibu dapat dari ceramah2 yang dihadiri. kadang2 ada jugak dishare buku2 kuliah yg digunakan dalam kelas2 agama tersebut.

tapi kali ini saya rasa nak berkongsi sedikit isi ceramah yang ibu ceritakan pada saya minggu lepas. berkaitan dengan kandungan/mengandung. sedikit ilmu yang kita tahu, xsalah jika dikongsi bersama. bukanlah bertujuan utk riak atau menunjuk2 kelebihan ilmu yg kita ada.

menurut ustaz yg memberi ceramah tu, pada usia kandungan 4 bulan, Allah telah menetapkan segala-galanya untuk bayi kita. tentang jantinanya, tentang rezekinya, tentang jodohnya, tentang ajalnya, semualah.. jadi sebagai ibu mengandung yang mustajab doanya disisi Allah, mintaklah dengan bersungguh2 semua kebaikkan untuk anak yang dikandung.

Seringlah memperdengarkan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran kerana bayi sudah boleh mula mendengar dan peka dengan persekitarannya. lebih afdal jika ibu sendiri yg memperdengarkan bacaan Al-Quran (mengaji) sbb suara ibulah yg paling2 dikenali oleh bayi. jika ibu tidak berkemampuan untuk membaca Al-Quran (contoh, masih morning sickness yg teruk) bolehlah minta pertolongan dari si ayah.

Salah satu usaha saya mengenai mengaji ni, selain mengaji pada waktu malam (selepas kerja), saya juga sedaya upaya mencari peluang dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran melalui CD yang saya pasang pada radio semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. kan pagi2 jalan jammed. biasanya saya akan perdengarkan bacaan dari Ustaz Dzulkarnain Hamzah. kalau naik kereta husband, kami akan perdengarkan bacaan dari adik Muhammad Ahmad Zahid.

biasanya saya akan selang selikan bacaan Al-Quran dengan dzikir. contoh kalau pagi ke tempat kerja, saya pasang cd mengaji, petang pula balik dari kerja, saya akan dengarkan cd zikir. saya juga ada minta husband tolong mengaji dekat saya malam2 bila saya dah tidur. sbb sejak pregnant, pukul 10malam biasanya saya dah zzzzz.. so, husband yg selalu tidur lewat dari saya.

Kalau kawan2 ada lagi cara2 atau usaha2 lain, sudi-sudikanlah share dengan saya ya.. saya teringin nak kongsi bersama.. insyaAllah, moga usaha kita membuahkan hasil untuk melahirkan zuriat yang soleh.. amin..

ada kelapangan nanti, saya akan kongsikan doa untuk dibaca ketika kandungan berusia 4 bulan di littlecaliphkami .. InsyaAllah..

26 March 2012

Majlis Adik

Salam

Akhirnya adik sms "kak, kalau nak upload gambar tunang tu boleh tapi jgn dedahkan identiti dia"

Hamboi! sudahlah di facebook xde 1 keping pun gambar yg dibenarkan upload. so, skrg, saya hanya share kan, gambar2 sekitar majlis yang ada muka saya! hahaha.. nak buat macam mana kan?

Pak & Mak Sedara sapa lah ni sporting sungguh. bila mintak pakai baju melayu & baju kurung sbb nak 'tradisional', semua menurut perintah! hahaha..

Eh.. kenapa ada yang ingkar ni? harap maaf, ibu mengandung ni dahlah kekurangan baju kurung, lebih sadis lagi baju kurung banyak dah tak muat! Ingkar..ingkar pun dapat bawak hantaran!=P

inilah untuknya jadi kakak sulung. boleh escort ibu pergi naik pelamin sarung cincin=) mesti gambar i ada disetiap camera.. Nasib baik, hormon baik lagi waktu ni bagi muka i glowing tak kusam walaupun pagi tu lupa pakai bedak. eh, salah.. mmg sejak pregnant xsuka pakai compact powder & lipstick sbb rasa nak muntah?

sebab mak-mak sedara sporting & gigih pujuk suami masing2 utk pakai baju Melayu, so letaklah gambar sorang kat sini..

see.. muka happy sbb tak lama lagi dapat makan.. legi2 nampak lori caterer tulis "Sekincan Ikan Bakar", lagilah xmenyempat kan?

tapi berakhir dengan termenung sebab xboleh makan ikan keli bakar kesukaan selalu.. orang kata ikan berbisa xelok utk ibu mengandung..so, ikan pari pun xdapat makan.. last2 hanya melantak sotong & udang yg kene kopek sendiri sbb biasanya husband tukang kopek udang & saya makan je.. tapi sbb husband makan kat meja lelaki, nnt orang kata mengada pulak..


Alhamdulillah, selesai sudah. masa balik, sekali lagi keistimewaan ibu mengandung ialah tidak dibenarkan angkat barang berat. so, xyahlah angkat hantaran sbb hantaran tu dulang dia je dah berat!

Ramai saudara mara tanya, bila majlis langsungnya? saya hanya mampu jawab,

"tak tahu lagi.. kene tunggu parlimen negara bubar kot?" (Hamboi! ape kaitan dengan masalah negara ni?)

19 March 2012

Persiapan Tubuh Badan (Dalaman) : Pemakanan sihat & tips untuk mudah mengandung?

Hi ladies!

Niat dihati nak listkan semua blog yang bagi link kat side kanan blog ni.. senang nanti i nak baca.. tak perlu sign in bagai.. tapi rupanya ada limit utk blog list.. max 25 blogs.. jadi saya dah listkan senarai blog kamu semua dalam dashboard ya.. terima kasih sudi jemput saya baca blog kamu..

untuk pengantins pengantins sekalian, kali ni jom kita share cerita pasal persiapan perkahwinan.

tapi kali ni persiapan 'tubuh badan'. pernah dengar tak orang2 tua selalu pesan, 'orang perempuan ni kene jaga badan. luar dalam.. badan ni nak pakai lama'.. pernah?

Camne caranya?

Sila makan makanan sihat..

ye.. saya tahu bila kita dah busy nak siapkan itu, siapkan ini, fikir itu, fikir ini, haruslah jugak kita menjaga pemakanan kita.. makan makanan yang sihat.. nak diet, xsalah.. tapi jgn sampai tak makan. diet dengan cara yg sihat. contohnya, kurangkan makanan yg banyak gula & berkarbohidrat.. jgn fikir, 'ah, aku xmakan nasi.. nak diet.. makan roti je lah'.. dik, roti pun karbohidrat dik.. 

banyakkan makan sayuran & buah-buahan.. kalau pergi lunch tu, udah2lah order teh ais ke, kopi ais ke.. tukar kepada jus buahan2..  sila request jus buah no sugar, less ice.

kurangkan melepak dikedai2 'kopi kaya'. dik, kopi ada kafein.. kafein ni tak bagus utk badan kalau banyak sangat.. kesan dia boleh menyebabkan kadar metabolisme rendah.. selain dari mengganggu keseimbangan hormon.. eloklah amalkan minum teh hijau sebab dia bersifat antioksida.. xsedap? saya dulu pun xminum teh hijau sbb rasa dia xsedap.. tapi kamu boleh campurkan dengan sedikit madu atau lemon..  sedap!.. try dulu..ingat, minumlah tanpa gula ya...

elakkanlah ais.. ais boleh menyebabkan kita lemah2 badan... akak pernah baca 1 artikel yg mengatakan antara faktor penyebab masalah keputihan adalah ais.. banyakkan lah minum air suam.. perasan x kalau kita minum air suam, tak lama lepas tu kita akan berpeluh? dan mungkin akan terkencing2 sebb minum air banyak? hah, baguslah tu.. bukan ke perkumuhan juga melalui peluh & kencing?

Nah! susah2 sangat nak ingat semua pesanan, ingat jelah piramid makanan ni..
jgn pulak kamu 'baca' piramid ni terbalik.. yg kat atas tu kamu utamakan.. SALAH!
yg kat atas sekali tu sepatutnya yg PALING kurang dimakan.. semakin kebawah sejajar dengan keluasan tapak piramid, maknanya makanan itulah yg harus diambil dengan kuantiti yg banyak..
ok?

exercise.. at least, keluarkan peluh!

kebanyakkan kita seharian duk kat office ber air-cond.. balik pulak duduk dalam kereta, ada air-cond.. LRT pun ada air-cond.. hah, mesti ada yg cakap, 'saya xde masa lah nak bersenam2 ni'..

Jom saya kongsikan cara saya bersenam setiap hari selama bulan November 2011 lalu.. saya pun macam kamu juga.. xde masa nak keluar berjogging dengan berpakaian sukan yg lengkap. dahlah hari Sabtu pun saya bekerja.. Ahad tu pulak, dah dok bersilat kat rumah.. laundry, mengemas, memasak.. tu belum lagi tambah kalau ada anak..

jadi, saya akan pastikan saya jogging setempat dirumah setiap malam sambil tengok tv sampai keluar peluh.. senang kan? pakai baju kerja pun boleh buat, pakai baju tidur pun boleh.. tapi nnt bushuklah nak tidur pakai baju dah kene peluh..=) husband kat sebelah geleng kepala je tgk bini dia semangat bersenam malam2 buta.. tapi lepas sebulan, Alhamdulillah, ada penurunan berat badan selain badan rasa 'ringan' je.. stamina pun bertambah.. lepas dah berpeluh tu, jgn terus duduk or baring.. rileks sambil menyapu rumah & tunggu peluh kering, baru g mandi.. seeloknya mandilah dengan air panas.. dah malam2, ape kejadahnya nak mandi air sejuk? tak elok utk kesihatan jangka panjang.

oh ya! kalau ada duit lebih, moh le kita beli treadmill *wishlist 2012 ni!*
Alhamdulillah, lepas sebulan amalkan semua diatas, saya disahkan pregnant 4 minggu selepas 2 tahun berkahwin. jadi saya percaya, kita harus 'sediakan' badan yang sihat untuk membawa 1 lagi nyawa dalam badan.. InsyaAllah, dengan izin Allah & usaha dari kita dengan doa yang tak putus2, Allah akan makbulkan juga..

13 March 2012

fride magnet untuk foil, plastic wrap,tissue, potholder & towel..

Mana nak cari benda ni?

dari sumber gambar di google, nama benda ni ialah 4 magnetic kitchen accessories. maknanya ianya ialah fridge magnet yang mempunyai kegunaan. harap ada jual kat Malaysia. 

saya mahu!

07 March 2012

Little Caliph Kami..

Hi..

Ingat tak saya ada sharekan tips menyambut 1stAnniversary tahun lepas?

Tahun ni tiba2 macam xde pulak sambungan tips menyambut 2nd Anniversary kan?

Actually untuk 2nd anniversary ni mmg xsempat nak plan apape. Sebab husband demam tiap2 malam. Tapi bila siang je, dah ok. Bini dia pulak, cepat bebenar rasa penat. Jadi xsempat nak fikir utk 2nd anniversary..

Tapi takpe. Semuanya berbaloi. Alhamdulillah..

Berbaloi bila dapat ‘hadiah’ dari Allah.. SubhanAllah..

Little Caliph in my womb!




as requested by family members,
saya terpaksa merahsiakan dulu tentang perkara ini sekurang2 sehingga habis 1st trimester.
alhamdulillah, now we're in 2nd trimester.

presenting my new blog
for the new journey..


see you there!

06 March 2012

Wawancara bersama ideakahwinsaya

Soalan : Mana janji-janji manis nak update gambar Majlis Adik?

Ideakahwinsaya : Saya nak mintak maaf sangat2. macam dalam last entri saya dulu, saya perlu dapatkan keizinan dari tuan badan utk upload & sharekan bersama gambar2 majlis mereka. tapi mereka belum bersedia lagi utk sharekan.

Soalan : Hamboi.. artis pun tak lokek share gambar tau.. takat tunang je.

Ideakahwinsaya : Ermm.. saya rasa, kita perlu hormat dan beri ruang pada hak privasi seseorang, kan?

Soalan : Senyap je sakarang pasal deko-deko rumah. dah pindah ke?

Ideakahwinsaya : Belum lagi. Terpaksa postponed dulu.

Soalan : Kenapa? Rumah ada problem ke?

Ideakahwinsaya : Alhamdulillah, xde problem. Actually rumah dah boleh duduk bila2 masa. lampu, kipas semua dah lengkap. gril pun dah pasang. perabot yang besar2 pun dah sampai. tinggal barang yang remeh temeh belum lagi.

Soalan : dah tu, kenapa xpindah je terus?

Ideakahwinsaya : Macam saya cakap, perkara yg major semua dah ok. tinggal yg remah temeh je belum. kalau boleh biarlah semua settle baru pindah, kan? lagipun, skrg dekat dengan rumah ibu, so senang sikit nak tolong2 utk preparation majlis kahwin adik nanti. husband pulak macam ada plan baru.

Soalan : Plan ape tu?

Ideakahwinsaya : Plan asal kami nak tanam rumput je depan rumah. sbnrnya mmg dah tanam pun. tapi akhir2 ni bila musim hujan, nmpak mcm lecak pulak. so husband plan nak pasang tiles je.. tapi masih dalam perancanganlah.. macam biasa tengok budget dulu..hahaha..

Soalan : hah, bila pulak majlis kahwin adik you?

Ideakahwinsaya : semuanya masih bergantung pada perbincangan kedua-dua keluarga. tapi kalau boleh dalam tahun ni jugak lah.

Soalan : ermm.. you macam dah jarang update blog.. last entri pun 20.2.12.. tu pun lately ni entri you semua mcm short entry je.. busy sangat ke?

Ideakahwinsaya : Actually, i have a lots of story and opinion nak share, tapi tak berapa sihat kebelakangan ni.

Soalan : Why? you sakit apa?

Ideakahwinsaya : orang dulu-dulu kata sakit buatan orang.

Soalan : Ha? buatan orang? sapa yg dengki kat you ni?

Ideakahwinsaya : isk, taklah.. sapalah nak dengki kat saya ni.. bukan blogger famous pun.. hehehe.. tu orang dulu-dulu yang kata sakit buatan orang.. tapi saya jumpa doktor, doktor kata saya mabuk pregnant. alhamdulillah..

Soalan : Alhamdulillah, Tahniah.. so, macam mana dengan pregnancy?

Ideakahwinsaya : Kita cerita next time, boleh? i dah pening2 lalatla..anyway, i would like to share 1 picture here.


Soalan : Ok, sebelum kita end up wawancara ni, boleh tak explain sikit picture ni?

Ideakahwinsaya : ok, yg UPT stick tu, tu UPT saya. Husband yg over excited tolong snapkan. yg gambar perut perempuan, tu, ofcozlah bukan saya.. kidnap dari google..hehehe.. gambar scan tu, kami punya. masa ni baby dah 11w5d.. 

see u next time ya!