Pages

27 March 2012

apa yang telah ditetapkan untuk kandungan berusia 4 bulan?

Salam

Alhamdulillah, hari ni masuk 16 minggu sudah usia kandungan atau 4 bulan lah.

Beberapa hari lepas, ibu ada share dengan saya pasal ceramah agama yang ibu selalu hadiri. memang ibu selalu share apape input yang ibu dapat dari ceramah2 yang dihadiri. kadang2 ada jugak dishare buku2 kuliah yg digunakan dalam kelas2 agama tersebut.

tapi kali ini saya rasa nak berkongsi sedikit isi ceramah yang ibu ceritakan pada saya minggu lepas. berkaitan dengan kandungan/mengandung. sedikit ilmu yang kita tahu, xsalah jika dikongsi bersama. bukanlah bertujuan utk riak atau menunjuk2 kelebihan ilmu yg kita ada.

menurut ustaz yg memberi ceramah tu, pada usia kandungan 4 bulan, Allah telah menetapkan segala-galanya untuk bayi kita. tentang jantinanya, tentang rezekinya, tentang jodohnya, tentang ajalnya, semualah.. jadi sebagai ibu mengandung yang mustajab doanya disisi Allah, mintaklah dengan bersungguh2 semua kebaikkan untuk anak yang dikandung.

Seringlah memperdengarkan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran kerana bayi sudah boleh mula mendengar dan peka dengan persekitarannya. lebih afdal jika ibu sendiri yg memperdengarkan bacaan Al-Quran (mengaji) sbb suara ibulah yg paling2 dikenali oleh bayi. jika ibu tidak berkemampuan untuk membaca Al-Quran (contoh, masih morning sickness yg teruk) bolehlah minta pertolongan dari si ayah.

Salah satu usaha saya mengenai mengaji ni, selain mengaji pada waktu malam (selepas kerja), saya juga sedaya upaya mencari peluang dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran melalui CD yang saya pasang pada radio semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. kan pagi2 jalan jammed. biasanya saya akan perdengarkan bacaan dari Ustaz Dzulkarnain Hamzah. kalau naik kereta husband, kami akan perdengarkan bacaan dari adik Muhammad Ahmad Zahid.

biasanya saya akan selang selikan bacaan Al-Quran dengan dzikir. contoh kalau pagi ke tempat kerja, saya pasang cd mengaji, petang pula balik dari kerja, saya akan dengarkan cd zikir. saya juga ada minta husband tolong mengaji dekat saya malam2 bila saya dah tidur. sbb sejak pregnant, pukul 10malam biasanya saya dah zzzzz.. so, husband yg selalu tidur lewat dari saya.

Kalau kawan2 ada lagi cara2 atau usaha2 lain, sudi-sudikanlah share dengan saya ya.. saya teringin nak kongsi bersama.. insyaAllah, moga usaha kita membuahkan hasil untuk melahirkan zuriat yang soleh.. amin..

ada kelapangan nanti, saya akan kongsikan doa untuk dibaca ketika kandungan berusia 4 bulan di littlecaliphkami .. InsyaAllah..

1 comment:

  1. alhamdulilah...

    sya selalu juga dtg jnguk blog ni...baru tau dah ada little caliph..tahniah yea..

    satu perkongsian yang menarik...

    bagi saya, saya pun cuba membhagikan masa semaksimum mungkin untuk mengkhatmkan al quran dan membaca surah surah amalan..

    satu hari habiskan bacaan harian sekurang2nya setengah juzuk selepas solat dan satu atau dua surah amalan..:-)

    ReplyDelete