Penyimpanan baju Little Caliph.
barang2 Little Caliph stil dalam plastic bag. so, terfikir nak cari almari utk simpan baju2 dia nanti. survey2, kebanyakkan bloggers share pengalaman dorang pakai almari dari Ikea ni.
Chest Drawer dari Ikea RM199.
Cantik. baju baby pun banyak mana la sangat kan? muatlah dalam chest drawer ni. tapi setelah di fikir2kan, saya lebih suka kalau masa Little Caliph masih baby, penyimpanan bajunya ditempat yang senang di alih2kan.. mungkin chest drawer idaman kalbu yg cantik ni boleh mula dipakai dan lebih praktikal bila Little Caliph dah membesar sikit. bila kami dah mula setup satu bilik khas utk Little Caliph.
Masa Little Caliph baby lagi, dia akan tidur 1 bilik dengan kami dan akan dijaga oleh neneknya bila saya keluar bekerja. kami juga kerap pulang ke kampung. jadi pemilihan chest drawer utk awal2 ni, agak kurang praktikal.
saya terfikir nak pakai box Toyogo ni.
bila dah tak pakai lagi bekas ni, boleh simpan langsir dan bedsheet. tapi agak besar jugak. lepas browse lagi website Ikea, saya prefer box ni,
Masa Little Caliph baby lagi, dia akan tidur 1 bilik dengan kami dan akan dijaga oleh neneknya bila saya keluar bekerja. kami juga kerap pulang ke kampung. jadi pemilihan chest drawer utk awal2 ni, agak kurang praktikal.
saya terfikir nak pakai box Toyogo ni.
bila dah tak pakai lagi bekas ni, boleh simpan langsir dan bedsheet. tapi agak besar jugak. lepas browse lagi website Ikea, saya prefer box ni,
bed storage box. lebih leper, dan senang untuk dialih2kan. kotlah lepas mandikan Little caliph kat tingkat bawah, tiba2 rasa nak pakaikan baju lain. senang nak mintak tolong ayah dia bawak 1 box ni terus utk pilih baju lain.. hehehe.. awal2 ibu little caliph dah cerewet. bila dah pakai chest drawer, box ni boleh simpan langsir & bedsheet. lepas tu simpan bawah katil. nama pun bed storage kan..
box ni pun from Ikea. senang nak kemas box ni masukkan stok baju Little Caliph untuk 5hari utk dihantar ke rumah ibu saya. sbb nnt ibu saya yang nak jaga Little Caliph sampai dah besar sikit baru hantar rumah pengasuh or nursery (Amboi, syg btl nenek takut nak kasi org lain jg cucu dia). hari Isnin hantar box yg penuh, jumaat boleh bwk balik box yg kosong. tapi baju kotor mesti bwk blk hari2lah..
itu je lah kot setakat ni yg saya fikir cara praktikal utk kami nanti. belum rasa keadaan sebenar, jadi mungkin ada perubahan bila semakin lama semakin pandai & tahu nak sesuaikan diri.