Pages

11 May 2012

list barang untuk Mom & Baby Expo esok & lusa

Salam Jumaat..

Rasanya ramai dah tau yg sekarang ni ada Mom and Baby Expo kat Mid Valley sampai hari Ahad. kami dah plan nak pergi ke expo tu esok dan mungkin bersambung pada Ahad.. hehehe.. 

sebenarnya ada beberapa barang yang saya nak tengok, survey dan mungkin beli kalau berbaloi & puas hati. memang selalu dah survey online.. tapi sbb takde pengalaman lagi, jadi saya rasa elok saya tengok sendiri barang tu, baru decide nak beli jenis yg mana.

1. Bengkung

Yup, gambar from Bengkung Tali Mia hasil carian di google images semuanya. memang dah lama aim this type of bengkung. i'm a bit tradisional sikit kalau bab berpantang ni. tak tahu kenapa.. lagipun, ibu dah approved jenis yg ini. my aunty pun kata dia pakai bengkung macam ni masa dia berpantang dulu dan memang best sebb senang dan boleh dipakai sendiri sambil berbaring. 

ada yang panggil bengkung lipan atau bengkung roda. tapi pada saya ia macam bengkung kasut sekolah sbb tali dia macam kita ikat kasut sekolah. hehehe.. 

kita tgklah nanti kat expo tu kalau2 ada booth jual bengkung dan dgr dulu penerangan salesgirl.. mana yg berkenan dihati, insyaAllah, akan grab.. lagipun bengkung ni boleh turun temurun.. 

2. Ayah Bag

suka hati je panggil ayah bag=) bag ni perlu sebab nanti senang nak bawak barang Little Caliph time balik kampung ke, shopping ke, hantar rumah ibu ke, hantar babysitter ke, hantar nursery ke.. masa tgk kawan saya, Mama, pakai beg ni untuk Adam, saya rasa convenient sangat dan dah start aim for my baby walaupun masa tu baru je kawin..

3. Nursing Cover


Nursing cover penting sebab walaupun berpantang kat rumah ibu sendiri, stil rasa malu dengan adik2 lelaki dan ayah sendiri. xkanlah nak breastfeed depan dorang kan? and this cover sangat useful bila balik kampung. malu lah ada abang ipar dengan pak mertua..

saya tengok ada macam2 design dan corak nursing cover ni.. ada design macam apron, ada design macam pashmina.. tak tahu nak pilih mana. so mmg kene tgk sendiri then baru decide.

4. Baby sling

Selalu tengok anak buah saya duduk dalam ni.. nampak dia sangat selesa sampai lena tidur. SIL saya pun nampak selesa je letak anak dia dalam tu dan memudahkan pergerakkan dia.

5. Lain-lain

Hehehe.. lain2 tu maksudnya kalau2 ternampak barang2 yg tak terfikir lagi nak beli, tapi sebenarnya berguna.. 

so, mommies/mommies-to-be semua, jom ke sana.. oh ya, if sesiapa ada pandangan or pendapat or pengalaman mengenai barang2 diatas, boleh share x? sekurang2nya bolehlah saya jadikan panduan nak buat pilihan nanti.. 


No comments:

Post a Comment