07 May 2012

progress Majlis Adik

Hi,

in progress.. apa ni? sampai masa saya bagitau=) color di hitam putih kan dulu ya..

Time saya kahwin dulu, adik lelaki yang banyak membantu dari segi flow event selain dari terpaksa jadi runner on that day. saya hanya bagitau saya mahu flow majlis saya macam ni, macam tu, dia yang sediakan all the paperworks, pembahagian tugas, semualah. macam secretary saya. jarak jauh pulak tu sbb masa tu dia di UUM. semuanya by email. 

saya pulak lebih sibuk membuat semua projek DIY saya.

So, ibu selalu pesan, adik2 dah banyak tolong masa majlis saya, jangan pulak nanti time dorang nak buat majlis, saya buat don't know je. tak pun bagi alasan sibuk nak jaga anak lah, apa lah. sbb selalu sangat pesanan ni di 'zikir' kan ditelinga ni, jadi dah meresap dalam kalbu.. ceh..

hujung tahun lepas, masa adik bagitau dia nak kawin, kami masih berdua=) so, memang saya excited gile.. deko rumah baru & buat preparation wedding, 2 perkara yang mengujakan saya. Awal tahun, saya disahkan pregnant.. subhanAllah.. betul 'masin' mulut ibu=) so, jgn jadikan anak sebagai alasan!

Masa 1st trimester, mmg saya xsentuh langsung hal2 wedding adik. all-time-sickness plus the retroverted uterus,buat saya dilarang utk buat kerja2 berat. pergi shopping barang dapur pun doktor xbagi, suami pulak, angkat pinggan lepas makan pun xbagi, ini kan pulak nak bersengkang mata buat DIY majlis adik? mmg taklah.

Alhamdulillah, masuk 2nd trimester ni, mmg betul2 'honeymoon' trimester utk saya.. selera makan bertambah, berat bertambah (masa 1st trimester, hilang 3 kilo (dari 57kg ke 54kg), nasib doktor ok, nurse je macam bising2 kenapa berat turun) jadi saya sambung balik buat kerja2 DIY.. setakat ni tgh usahakan 1000 pcs bunga telur utk dijadikan goodies sbb adik nak konsep tradisional.

ibu pulak tgh focus siapkan corsage selain siapkan barut utk cucu, bantal & tilam cucu. mmg ibu suka DIY.. barut baby utk little caliph pun ibu nak jahit sendiri.. samalah bantal & tilam..xpe, kita bagi je peluang.. kalau dengan DIY boleh buat parents kita happy, why not kan? lagipun ada sentimental value disitu =')

harap little caliph ada sedikit bakat seni yang dapat diperturunkan..

No comments:

Post a Comment