Pages

18 June 2012

InsyaAllah, bersalin disini nanti..

Salam

Masa mula2 pregnant dulu, memang blur tak tahu nak check-up macam mana. maklumlah kawan office semua mana ada yg pernah pregnant. jadi terpaksa redah sendiri je lah.

Memang mula2 plan nak bersalin samada di Pusrawi atau Ampang Puteri. 2 options ni je yang husband bagi. kene pilih. tapi nak pilih pun xtau sebab xde sapa nak share experience bersalin kat 2 tempat ni. so, saya pun pergi jelah buat monthly check-up kat klinik kerajaan dulu. bukak buku pink sebab goggle dalam internet, katanya kalau ada buku pink lagi senang. in case nak beranak kat hospital kerajaan, just bwk je buku pink. kalau nak beranak kat private hospital pun, boleh je bawak buku pink bila dah decide hospital mana.

saya buka buku pink di KIA Tanglin walaupun KIA terdekat dengan rumah ialah KIA Kg. Pandan. tapi saya rasa lebih convenient di Tanglin sbb dekat dengan office senang saya nak berulang alik. parking pun banyak. husband saya selalu je outstation. jadi kalau di Tanglin, saya boleh pergi sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Bila dah nak masuk 7 bulan ni, tiba2 husband tambah 1 lagi option hospital. Columbia Asia Hospital. saya memang dah pilih mahu Ampang Puteri pada mulanya. tapi husband selalu kata "Ampang Puteri crowded lah.. dah xmacam private hospital".."kawan abg kata, Columbia service dia tiptop".. "kat Columbia, food dia sedap".. "kat Columbia, hospital dia 2 tingkat je".. "kat Columbia, kite ddk je dlm bilik.. nurse yg bwkkan bil semua"..

Ok, dalam sehari asyik berzikir "kat Columbia...""kat Columbia.." haruslah bini dia faham. terus bukak website Columbia tengok yang terdekat. Columbia Asia, Setapak. baru je bukak. tapi malangnya xde pulak doktor muslimah. ada 2 doktor lelaki melayu & seorang doktor india perempuan.

lastly, saya buat appointment kat Columbia Asia, Cheras Selatan. sebelah JJ Cheras Selatan. booked Dr. Norshida untuk 3D/4D scan. bila tanya nak register sekali utk deliver kat sana, customer care consultant dia suruh consult dengan gynae sendiri.


tarikh appointment adalah Jumaat lepas. masuk je hospital, mmg impressed gile.. terasa ke'eksclusive'an nye.. hehehe.. register xsampai 5 minit.

dapat kad biru tu.. siap ada gambar sekali. gambar dorang scan dari IC saya. sekejap je dah siap. lepas tu siap di escort ke depan bilik doktor.


Sementara tunggu doktor sebab appointment pukul 3.30.. tapi 2.45 kami dah sampai.. masa tunggu tu, ada nurse timbang berat badan. dia tanya nak scan saja ke.. so, saya terus kata kalau boleh nak register utk deliver kat sini. saya terus bagi buku pink pada dia. terus dia bawa saya ke lab untuk urine test. semuanya kat floor yg sama & xjauh.. xdelah penat ibu mengandung ni nak berjalan.

jumpa Dr. Norshida.. punyalah friendly.. lepas dibelek2 buku pink saya, ada beberapa benda yg dr. suruh saya request dari KIA sbb ada report yg x attached dalam pink book tu. Alhamdulillah, saya boleh bersalin di sini=).. kebetulan, EDD saya selepas raya, so Dr. Norshida ada.. sbb masa raya dr. pergi umrah. insyaAllah, ada rezeki bersalin dengan dia.

kemudian kami proceed dengan 3D/4D scan.. lama jugaklah.. semua ditengok. jantung, alhamdulillah ada 4 chambers, tali pusat normal dengan 1 ruang besar & 2 ruang kecil. mula2 Little Caliph agak pemalu sikit.. sorok muka dengan tangan.. last2 doktor pujuk2, nampak jugaklah muka dia.. siap senyum lagi=)

Dr. Norshida bekalkan saya dengan vitamins ni,

Sebelum ni pun memang saya tak ambik apape supplement dari KIA. sebab lepas je confirmed pregnant kat klinik, terus saya ambik Obimin & Folic acid beli sendiri. jadi saya dah xambik apape supplement dari KIA. Obical pulak saya ambik masa masuk 2nd trimester. pun beli dari farmasi. utk fish oil, saya hanya ambik Neurogain. semua pun masih ada stok lagi. baru je beli tambah stok.. 

tp Dr. Norshida bekalkan lagi Obical. cuma sebelum ni saya makan Obimin biasa, tapi kali ni Dr. bagi Obimin Pluz.. takyah makan folic acid sbb semua dah ada dalam 1 pil. fish oil pulak, tukar brand.. tak tahulah apa bezanya dengan Neurogain.

next appointment adalah lagi 2 minggu.. sekarang ni check-up kene tiap 2 minggu pulak.

lepas dah ambik bil & supplement, ada pulak tour. melawat wad dan labour room. wah..wah.. wah.. terasa mcm VVIP pulak bila dibawa melawat wad dan labour room.. yang bawa & beri penerangan pada kami ni ialah Customer Care Consultant. dia tunjukkan charges bagi wad2 yang ada. dia tunjukkan wad 2 beded.. kebetulan ada wad kosong.. sangat selesa juga wad dia.. maklumlah, baru kan.. nmpk cantiklah semua..

wad single pulak kami hanya lihat dari luar je sbb penuh. xde wad kosong. InsyaAllah kalau ada rezeki masa bersalin nanti wad single kosong, dapatlah duduk wad single. selesa sikit kalau nak husband or 1 family pun boleh stay overnite kat wad.. tapi kalau 2 beded room, dorang xgalakkan family members stay utk jaga.. sbb takut ganggu patient yg katil sebelah tu pulak..

masuk labour room pulak, terus rasa seram.. hehehe.. terbayang diri sendiri tengah meneran nak beranak kat katil tu.. hehehe.. nasib baik labour room dia hanya 1 katil je dalam 1 bilik.. sebab selalu baca pengalaman orang bersalin, dalam labour room ada byk katil dan siap boleh dengar lagi orang sebelah bersalin... nurse kat situ baik.. siap borak2 and explain lagi ape yg dorang buat if kita nak breastfeed baby sendiri or nak terus bagi susu formula je.. InsyaAllah, Little Caliph akan di breastfeed.. mudah2an murah rezeki la ye.. amin..

ok, overall inilah 1st impression tentang hospital yg dipilih untuk deliver nanti. nanti dah bersalin, baru boleh share dengan lebih lanjut lagi.

15 comments:

  1. insyaAllah dipermudahkn bersalin nnti...bestnyer leh pilih private hosp utk bersalin..sy br ni xleh pilih sbb ada mslh darah tggi masa nk bersalin...nasib baik lum book private..kalau x,burn je la deposit...

    ReplyDelete
  2. salam.nk tanya la.mcm mne nk buat appointment dkt columbia asia ni ek.sy try email tp xboleh.tk.:)

    ReplyDelete
  3. Anon:

    Bukak je website columbia & call je nombor dia..

    ReplyDelete
  4. oo ok,terima kasih ya.:)

    ReplyDelete
  5. macam mana dgn charges dia yer?leh share?

    ReplyDelete
  6. setakat ni kat Columbia cheras, xde lagi package bersalin. just range harga if normal delivery RM2.5-3k and c-sec up to 6.5k..(ni without epidural, vacum, etc..)

    utk room, nursery.. semua ada dlm website..

    ReplyDelete
  7. hi, charges for each visit berapa ye?tgh berkira2 nk bersalin di CA puchong..

    ReplyDelete
  8. Bergantung.. kalau just jumpa doktor & scan, range dalam RM150++.. tapi kalau ada special case mcm blood test ke, ambik vitamins ke, boleh jugak cecah RM300++..

    ReplyDelete
  9. klu ade prob kencing manis ade dlm berape yer costnyer...

    ReplyDelete
  10. klu ade diabities costnyer berape pulk yerr...

    ReplyDelete
  11. klu ade prob kencing manis ade dlm berape yer costnyer...

    ReplyDelete
  12. klu der diabities caner pulk costnyer...

    ReplyDelete
  13. Salam. Boleh kongsi pengalaman bersalin disini? Sye plan nk kesini jgk. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Sara Liyana,

      Boleh rujuk blog Little Caliph Kami kat sebelah kanan blog ni..

      Delete