Salam
Tahun lepas, masa rumah dalam proses utk dapatkan CF, saya dah berangan2 nak buat kitchen cabinet. tak tahu kenapa dalam banyak2 perkara pasal masuk rumah baru, saya teruja nak kitchen cabinet.
naluri perempuan barangkali.
mungkin jugak saya terpengaruh dengan 'rutin' orang yang berpindah masuk rumah baru. selalu dengar ada yang berpendapat, lebih baik siap2 renovate atau buat apa yg patut sebelum pindah masuk supaya tak perlu susah2 untuk mengemas kembali. even masa buat loan rumah dulu pun, officer bank siap tanya nak buat personal loan x untuk renovate or tambah apape untuk rumah? nak extend dapur ke, pasang kc, plaster siling atau nak beli perabot ke.. ramai orang buat mcm ni sekarang. senang sekali buat je.
tak terlintas langsung dlm kepala nak buat loan semata2 untuk hias rumah.
kami tolak.
biarlah rumah basic je tanpa sebarang renovation atau tambahan asalkan kami bebas dari timbunan hutang. ada rezeki lebih nanti baru renovate or tambah apa yg diinginkan. xpelah, kene kemas 2-3 kali pun, xpe.. janji xberhutang.
mula2 kami ada budget untuk buat kitchen cabinet dengan keluasan dapur sedia ada. dalam perancangan, ada rezeki lebih, baru kami nak extend dapur untuk jadikan lebih besar & luas (maklumlah design rumah sekarang, dapur semua comel2 je). bila fikir2 balik, lebih elok kalau kami tunggu lagi beberapa tahun (sampai budget cukup untuk extend dapur) baru pasang sekali kitchen cabinet.
sebab:
1. tanah belakang rumah seluas 15x20feet. boleh extend dapur bagi luas sesuai dengan keluarga Melayu yg suka dapur besar2 terutama time kenduri kendara.. dah pakai catering pun, still need dapur besar jgk. terbiasa mungkin.
2. tapi nak extend dapur mahu makan budget puluh ribu kot. buat masa sekarang, budget xde sebanyak tu..
3. kalau buat dapur besar2 sekarang, masih duduk berdua dengan seorang baby(InsyaAllah). dengan keadaan saya bekerja & jarak rumah agak jauh dari office, memungkinkan saya kurang berada didapur macam rumah sekarang. rumah sekarang, balik kerja, masih sempat masak dinner. nnt masuk rumah sendiri, sempat makan kat luar je terus. balik rumah dah boleh tidur.
4. kami estimate, lagi 5 tahun, insyaAllah cukup budget untuk extend dapur. jadi macam rugi pulak pasang kitchen cabinet sekrang sedangkan lagi 5 tahun akan datang, kene bukak balik untuk extend & buat kitchen cabinet baru. membazir2.. dahlah jarang masak, xpuas pakai kitchen cabinet, kene bukak utk extend & pasang baru pulak..
Sekarang, kami hanya beli beberapa almari untuk diletakkan didapur. mari kita 'lenjan'kan almari tersebut sampai budget cukup utk extend dapur jadi besar=)
nanti dapur dah luas, bolehlah ada islan kitchen macam ni..
tak pun, boleh buat island bar mcm ni. senang time breakfast makan kat sini saja.
ok, fine.. tak boleh berangan lelebih sebab ni perancangan 5 tahun akan datang. mana tahu time tu ada design yang lebih menarik lagi=)
same goes to me...perkare pertama lepas beli umah..pikir nak carik orang tuk buat kitchen cabinet..:)
ReplyDeleteaah...betul! maybe naluri perempuan mcm tu kot. sy pun sama lama pikir nak design KC.
ReplyDeleteor maybe sy bleh cadangkan wat KC yg bajet rendah supaya barang tak bersepah. Cth kat wira kitchen 2-3k pun dh dpt yg cantek. Tp material melamin + miecotop.
seronoknya tgok orang dah ada rezeki deco rumah...:)
ReplyDelete