Pages

26 July 2012

merancang majlis aqiqah & cukur rambut..

Salam


Ada juga pandangan mengatakan majlis cukur jambul yang sebahagian besar kita buat sekarang adalah bidaah. Benarkah?



ABU HASSAN: Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama". (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)



Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham". (riwayat Tirmidzi)

Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu.

Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat.

Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim.

Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut.



Usia kandungan dah 8 bulan. sekarang orang mungkin sedang sibuk buat persiapan raya kot. beli kuih raya la, baju raya lah, tudung raya lah, songkok, butang baju melayu, brooch.. mcm2.. tapi saya sibuk cari pasal majlis aqiqah.

tengok gambar2 majlis aqiqah baby2 lain hasil carian goggle, Ya Allah, comel sungguh!

antaranya gambar2 dari Jabbe Production.

geram tengok decoration yg cantik2. saya dah survey beberapa tempat untuk sewa buaian. tapi bila nampak ada jugak yg pakai baby cot & deco cantik2, pun ok.. jimat jugak kos sewa & boleh DIY (amboi, dalam pantang nak berDIY).. kata majlis adik punya barang2 dah ada.. pakai je la kan?

mungkin majlis cukur jambul xakan diadakan. sebab saya mmg berazam nak botakkan baby masa hari ke7. just panggil orang untuk cukurkan di rumah je.. tapi kalau ayah Little Caliph ada keberanian untuk cukurkan, lebih baik=) nenek Little Caliph pun dah pesan, ustaz kelas agamanya nasihatkan untuk botakkan baby masa hari ketujuh dan beri nama terus. sunat. lagipun, lebih cepat dicukur, cepatlah tumbuh balik..

takpe, idea2 dan deco2 yang menarik tu, bolehlah kita buat masa majlis aqiqah pulak. majlis aqiqah ni, mungkinlah kami buat lepas saya habis pantang. InsyaAllah, majlis aqiqah ni akan dibuat dirumah baru kami nanti.. senang jugak buatkan satu sudut, letakkan baby cot.. masa majlis tu, mesti ramai nak tengok baby.. jadi letakkan je dia dalam baby cot.. senang.. xkan nak bagi dia tidur dalam stroller kot..hehehe.. nak dukung sentiasa pun, letih. nak letak dalam bilik, jenuh pulak nak turun naik tangga.


Tapi ayah Little Caliph belum bagi approval untuk baby cot.. ayah nak Little Caliph tidur bawah ketiak dia..hahaha.. ibu Little Caliph just risau takut Little Caliph terkena 'pukulan' manja ibu je.. maklumlah ibu dia tidur takleh sopan santun sangat.. tidur mati katakan..

Apape pun, kene discuss balik dengan suami & keluarga.. ada jugak  beberapa benda pasal cukur rambut ni nak mintak tolong ibu tanya kat ustaz kelas agama ibu. kalau boleh, nak tahu cara sebenar2nya dalam Islam. xnak terikut2 sangat dengan budaya & adat. biarlah kita buat sesuatu tu, ada pengisian yg kita perolehi.. InsyaAllah..


nanti dah faham & dapat jawapan yg sebenar2nya, saya sharekan ye.. mungkin lepas Little Caliph lahirla.. kita cerita step by step..


Little Caliph & ibu puasa penuh setakat ni.. Alhamdulillah.. doakan kami terus kuat ye..

2 comments:

  1. hoho.. semoga semuanya berjalan lancar.. aminn..byk idea nii..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya istilah tu yang tak betul. dalam islam yang ada hanyalah bercukur rambut iaitu cukur semua rambut baby tu sampai botak. bukan cukur jambul. cukur jambul tu adalah istilah melayu.

    ReplyDelete