Pages

02 July 2012

susu, calcium dan jaundice

Salam

Ibu mengandung. soalan yg selalu ditanya selepas vitamin, mesti pasal SUSU.

Ibu saya seorang penggemar susu. jadi sejak kami kecil, memang diajar (dipaksa mungkin) untuk minum susu. setiap pagi pasti kene minum milo dengan susu tepung Nespray. kalau bulan puasa, macam mana sekali pun, abah akan usahakan bekalan susu kotak sentiasa ada utk anak2 dia minum seorang sekotak setiap kali sahur. Alhamdulillah, sampai besar, saya xde masalah nak minum susu. 

dalam tahun lepas, popular pulak susu kambing. biasa susah nak dapat susu kambing. tapi bila muncul Hi-Goat, susu kambing dalam bentuk tepung mudah bancuh, saya suka! sebagai peminat susu, haruslah ibu saya jd ahli. bukan utk jual susu kambing Hi-Goat, tapi jadi ahli utk kegunaan sendiri. boleh dikatakan hari2 saya minum susu kambing ni. sekali beli 4 kotak RM110 (harga ahli) untuk sebulan.

kadang2 tukar2 juga dengan susu kambing Hi-Goat yang ada campuran kurma tu.

sebaik saja disahkan pregnant, saya stop susu kambing sbb risau ramai kata susu kambing ni panas. memandangkan rahim saya bukan kuat sangat mcm orang lain, saya ambil langkah berjaga2. saya minum susu Anmum. susu khas utk ibu mengandung.. susu nespray pun still minum jugak bancuh dengan milo. tapi masa trimester pertama tu, memang badan saya menolak susu. asal minum susu je, muntah dengan dahsyat. terpaksalah stop. bermulalah episod sakit gigi berdenyut2. tiap kali berus gigi, mesti berdarah. dalam hati terdetik, kesianlah badan.. kekurangan calcium.

masuk trimester 2, saya minum kembali Anmum. sebab ada GDM, dietitian suruh kurangkan dari 4 sudu kepada 2 sudu saja. tapi saya bancuh 3 sudu=)hehehe.. kalau susu kotak pulak, dietitian nasihatkan ambik jenis low fat. xde masalah nak minum low fat. sedap je bagi saya.

bila masuk trimester 3 ni, saya banyak baca pasal nak elakkan anak kene jaundice, elok amalkan susu kambing. maka kembalilah saya kepada susu Hi-Goat original. tambahan pulak saya jenis darah O positive. kebarangkalian bayi yg ibunya berdarah O untuk dapat jaundice adalah tinggi.

Ayah Little Caliph xminum susu putih.. dia boleh minum susu coklat saja.. jadi semua ni, ibu Little Caliph yg punya.. dalam 2 tupperware tu, ada kurma, kismis & buah tin. ihsan saudara mara yg balik dari umrah. Alhamdulillah..

buah delima tu, sebelum pregnant, selalu je makan. biasa habiskan sebiji terus setiap kali makan sbb dalam sebiji buah delima tu, ada sebutir dari syurga. so, lebih baik makan sorang2 sebab tak tahu butiran yg mana dari syurga tu. tapi bila dah pregnant ni, susah pulak nak habiskan sebiji (-_-")

Mudah-mudahan bekalan calsium ni cukup untuk Little Caliph & ibu. Ramadhan semakin hampir.. mudah sikit nak dapatkan kurma terutama kurma kegemaran dari Yusuf Taiyoob.

Nubian Goat's Milk ni, susu kambing segar.. lebih hanyir sikit dari Hi-Goat. 1st time, adik saya yg belikan sebab saya suruh dia cari kat Mid Valley. pasal Nubian ni, saya tahu dari masa TTC dulu.. susah sikit nak dapatkan stok. 1st time minum, alhamdulillah, boleh terima. sekarang setiap 2 minggu sekali, saya akan minum Nubian.

saya cuba yang terbaik. andai kata, lepas berusaha mengambil langkah elakkan baby kene jaundice, tapi ditakdirkan nanti Little Caliph kene jaundice, itu ujian dari Allah. saya hanya berusaha. bak kata BIL, yang penting NIAT KITA=)


No comments:

Post a Comment