Pages

29 August 2012

Baby Cot, Stroller & Car seat : Perlu atau tak?

Salam

keterujaan sediakan barang baby mmg lain mcm sikit. lagi2 kalau husband asyik bagi green light ambik ape saja untuk baby bila kami shopping barang baby & dia bayar.. memang boleh ambik kesempatan jadi pisau cukur.. hehehe.. tapi mungkin jugak sebab husband tahu isteri dia jenis berjimat cermat & cerewet punya olang sejak belum kawin lagi, tu la sbb dia berani offer.. sebab dia berani jamin, bini dia xkan jadi pisau cukur kot?

memang setakat ni, saya hanya beli barangan asas je.. yang saya rasa saya akan guna masa dalam pantanglah.. tapi still tak tahu ape yg saya rasa perlu tu, sebenarnya penting ke x, kan?

Baju, barut, selimut, towel, napkins & lain2 tu mmglah perkara asas.. dah ready siap basuh pun. tapi dari segi kuantiti samada cukup ke x, atau berlebihan sangat ke, xtahu lah.. xde pengalaman. saya xikut sangat list barang baby yg saya google mahupun yg saya bertanya pada orang berpengalaman.. semua ikut logic & instinct saya saja (-_-")

Baby Cot

Belum beli lagi. tak tahu lagi perlu ke x. bagi husband, dia nak anak dia tidur satu katil dengan kami. wujudkan 'bonding' di situ. tapi saya agak ragu2 sebab saya rasa kami berdua mmg fully utilized ruang yg ada dikatil. mana nak letak Little Caliph? husband kata, xpe nanti dia tukar dari queen ke king! nak jugak (-_-")


menghias bilik baby memang mengujakan..

hamboi! kecik2 dah tidur dalam katil mcm ni, mmg melampau.

katil macam ni, boleh pakai lama sikit sampai umur 4-5 tahun kot?

Stroller

belum beli lagi, tapi akan beli. sekrang baru survey2 je.. tu pun dah pening nak pilih yang mana.

tengah find out ape beza roda 4 dengan roda 3.

Car Seat

Mula2 fikir xnak beli car seat sebab rasa macam membazir je. nanti dah pindah rumah baru, saya & husband akan carpool ke rumah ibu untuk hantar Little Caliph. so Little Caliph saya boleh jaga dalam kereta. duduk seat belakang & baringkan je. sampailah saya terjumpa satu artikel yg menerangkan kepentingan car seat untuk keselamatan anak. ramai ibu bapa take for granted pasal bende ni. just alaskan seat & bagi anak tergolek tidur kat seat belakang. sangat bahaya sebenarnya ok!

sedangkan orang dewasa pakai seat belt, bila tiba2 emergency break, or apape yg xdiingini berlaku, boleh tercampak keluar beberapa meter, inikan pulak anak kecil yg xde apape protection. iye, malang xberbau. walau ikat anak mcm mana sekali pun, kalau nak jadi, jadi jugak. tapi sekurang2nya kita dah ambik langkah untuk minimized kan kejadian tu dari berlaku. jadi marilah kita invest sikit duit beli car seat demi anak. 

mungkin akan beli yg boleh attached dengan stroller. kalau anak tidur dalam car seat, kita hanya perlu keluarkan car seat dari kereta & letak dalam stroller tanpa perlu angkat anak/ganggu tidur anak.


Sesiapa yang ada pengalaman, nak berkongsi dengan saya, amat dialu-alukan..

1 comment:

  1. My self xbeli stroller smpi anak dh 7 bln tu sbb pregnant lg...time baby2 dukung je..bsr sikit guna carrier pstu soft structure carrier...lgpun slalu kuar x berlama2 psl tu kot xbeli awal2..

    Baby coat beli tp end up lg senang tido sama2...co sleeping, car seat ingat2 lupa plak tp rasanya beli masa lps dh bersalinla...

    Klu rasa xsure beli lps bersalin pun xpe...skrg shopping online, xpun siap2 save je details items nk beli..mintak tlg husband belikan( time pantang)

    ReplyDelete