Pages

19 November 2012

Disebalik pindah rumah


Salam

Sabtu lepas, memang plan nak pindah barang masuk ke rumah baru. kisahnya, husband booked untuk sewa lori. lori ni actually bukan untuk lori sewa. tapi driver dia buat 'black market' guna lori syarikat untuk buat kerja tambahan. tulah sebabnya lori hanya boleh datang pukul 230 ptg, iaitu selepas driver habiskan kerja company dia.

konon2 ambik lori black market ni murahla. padahal, xpernah pun tanya lori yang betul2 kerjanya disewakan untuk orang pindah rumah. mungkin sebab kakak ipar pindah pun guna lori yg sama ni, husband terperngaruh disitu.

ziyad tinggal rumah nenek sementara ibu & ayah kemas rumah hari jumaat tu.. siap ambik cuti lg kami nak packing barang2.. ada barang dah packing sejak setahun yg lalu sbb plan mmg nak pindah.. tiba2 dpt berita saya pregnant, terus postponed.

dah hampir siap semua, dalam pukul 630 ptg, dapat call. lori cancel!!
terduduk jugak husband dengar.. iyelah, penat mengemas, rumah dah macam tu, kesian baby ziyad nak tidur dalam keadaan rumah macam tu.. mana nak cari lori lagi.

immediately, saya call abah mintak tolong. kot2 ada kenal mane2 lori sewa yg boleh disewa esok jugak.. tak sampai 10minit, abah dtg rumah bawak seorang lelaki. tokey lori sewa. namanya yusuf. pakcik yusuf tgk barang apa yg nak diangkat sebab lori dia ada 3tan & 1tan. so, barang kami muat pakai lori 1 tan saja.

guess what? the charges adalah sama dengan lori black market yg suka2 hati cancel last minutes.. dia ingat pindah rumah ni senang kot. plus, lori black market xsediakan orang utk angkat barang. kita kene angkat sendiri. rumah kami dahlah tingkat 4. nasib pindah ke rumah baru tu, landed house. kalau ke tingkat 4 jugak? fengsan!

lori pakcik yusuf ni pulak, kalau nak tolong angkat, add rm100. saya minta husband byr je sekali upah angkat.. additional rm100, bayar jelah.. since dah serik, takut pulak esok, tiba2 last minutes, xde orang nk tlg angkat.. so, better upah je orang terus.

the service memang tiptop!. tak sampai setengah jam, barang semua dah siap masuk lori. cantik je susun dalam lori. ada 3 orang tukang angkat yg gagah perkasa. sekali angkat minimum 2-3 kotak besar seorang. lepas dah angkat barang masuk lori, abah saya bawak mereka pergi breakfast. belanja minum kat kedai mamak depan rumah sementara husband tunggu ipar duai saya dtg.. sbb plan asal nak pakai lori black market, so dah mintak tolong abang ipar tolong angkat barang.

sekali, dengan kakak ipar saya yg masih dalam pantang pun datang. terharu =') 

apa lagi, ibu bagi tazkirah ringkaslah.. hehehe.. ok, lesson learnt! next time jgn guna black market sebelum survey yg pakar punya.. ada jugak hikmah lori black market cancel. after tgk org lori pakcik yusuf kerja, saya terfikir macam manalah kalau pakai lori black market.. tah2 sampai malam since yg angkt semua bukan pakar pun.. nak susun barang dalam lori lagi.. hahaha.. memang terkedek2 kot.

ok, sekarang memang tak sabar nak duduk rumah baru!

6 comments:

  1. nasib kan..kalau tak letih seminggu nak angkat barang..kalau sikit xpela..kalau banyak..memang penatt

    ReplyDelete
  2. aiyarkkk!! tensennya mcm ni. nasib baik ada pakcik yusuf tu. slmt bkemas plak lepas ni ye :)

    ReplyDelete
  3. berapa kos semua sekali ek? dari mane ke mane? :)

    ReplyDelete
  4. RM350 untuk lori 1 tan from Pandan Jaya to Antara Gapi dengan 3 orang pekerja utk angkat barang..

    ReplyDelete
  5. Okayla tu sebab ade orang tolong kan.... :)

    ReplyDelete
  6. macam2 hal lori sewa ni..tapi ni memang terbaiklah yang saya kenal boleh tengok sendiri www.lorisewaselangor.com ni nombor pfone dia 017-3258908 nama tak berapa ingat melayu kite.

    ReplyDelete